Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Di sebuah taman perumahan di pinggir Bandar Kuala Lumpur, tinggal sebuah keluarga yang sangat
bahagia. Mereka hidup agak sederhana. Ayahnya bernama Encik Azman, ibunya pula bernama Puan
Siti. Mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata, 3 lelaki dan 2 perempuan. Encik Azman merupakan
seorang guru, tetapi isterinya hanya suri rumah sahaja. Anaknya yang sulung berusia 17 tahun,
kedua 15 tahun, ketiga 13 tahun, 10 tahun dan yang bongsu berusia 8 tahun.
Ketika ini, dunia dilanda dengan Virus COVID-19. Along, Angah, Alang, Adam dan Dina sering
mengikuti perkembangan Covid 19 ini di kaca televisyen. Mereka sangat takut dengan Virus ini.
Puan Siti dan Encik Danial sering mengingatkan anak-anaknya tentang kebersihan.
Antara anak-anaknya, Alang anak ketiga Encik Azman agak pemalas orangya. Alang lebih gemar
tidur dan melayari internet. Dia juga sentiasa malas membersihkan diri dan agak degil orangnya.
Ibunya sering menasihatinya. Alang tidak suka mendengar nasihat dan kata-kata orang lain. Setiap
kali dinasihatinya, ibarat mencurah air ke daun keladi.
Mereka hidup dengan gembira. Setiap hari mereka akan membantu ibu mereka
membuat kerja rumah, memasak dan melipat kain. Along akan membahagikan tugas
kepada adik-adiknya. Mereka saling bantu-membantu. Alang seorang sahaja yang
enggan membantu. Walaupun, berkali-kali disuruh, Alang tidak akan membantu. Dia
memang seorang yang agak keras kepala dan hati kering.
Setiap hari Alang akan memberikan pelbagai alasan dan helah. Kadangkala, dia akan mengarahkan
abang dan adik-adiknya melakukan kerja-kerja rumah yang sepatutnya dilakukannya. Disebabkan
tidak mahu bergaduh, mereka terpaksa melakukan kerja Alang. Adik beradiknya yang lain saling
bekerjasama. Bak kata pepatah, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”
Dek kerana sikapnya semakin menjadi-jadi, Alang seakan lupa diri…….hanya suka duduk bermain,
makan dan tidur sahaja. Sikapnya semakin dibenci adik beradiknya sendiri.
Pada suatu petang, dia berasa bosan lalu meninjau ke luar rumah. Pada masa kini, sesiapapun tidak
dibenarkan berada di luar rumah kerana Perintah kawalan pergerakan. (PKP)
Tiba-tiba, tanpa pengetahuan sesiapapun , Alang keluar dari rumah dan menuju ke taman
permainan berdekatan dengan rumahnya.
Tanpa disedarinya, ketika itu sebuah kereta polis peronda sedang menjalankan rondaan. Pegawai
Polis itu memberhentikan kereta lalu berjalan menuju ke arah Alang. Alang agak terkejut apabila
melihat polis itu.
Polis bertanya banyak perkara kepada Alang. Alang kelihatan takut dan mukanya pucat seperti
mayat. Dia terus menangis apabila pihak polis akan membawanya ke balai untuk ditahan.
Dari jauh, adik beradiknya yang lain memerhati keadaan Alang itu. Mereka berasa kasihan dan
bersimpati. “Mari kita selamatkan Alang , “kata Angah seperti berbisik.
“Biarkan saja dia ditangkap oleh polis dan masuk penjara, selama ini dia berlagak sombong dan
sangat pemalas,”kata Adam dan Dina.
Apa sudahnya, hidup ini kalau asyik berdendam sahaja, Ujar Along.
Mereka dengan pantas berlari menuju ke taman. Along memohon maaf dan meminta polis tidak
menahan Alang. Akhirnya, polis melepaskan Alang.
Sejak kejadian itu, sikap Alang semakin berubah dan sering bergurau senda dengan keluarganya.
Dia juga membuat kerja bersama dengan adik-beradiknya yang lain. Alang sudah rajin membantu
keluarganya membuat kerja rumah. Dia juga sentiasa mematuhi nasihat ibu dan ayahnya. Ayah dan
ibu berasa sangat gembira kerana Alang sudah berubah.
Kita hendaklah sentiasa rajin membantu ibu bapa dan bertolak ansur sesama anggota keluarga..
Sekian terima kasih.