Anda di halaman 1dari 21

TOPIK: PERANAN ALQURAN DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI

ISLAM DAN SAINS

CTU087

DISEDIAKAN OLEH:

MARYAM NABILAH BINTI MUSTAFFA (2012874364)

MUNIRAH BINTI MOHAMAD NORDIN (2012270352)

FATIN NURHANA BINTI ABDUL MATIN (2012424666)

NUR SYAHIRAH BINTI BASRI (2012425622)

NUR HAZIRAH BINTI HARITH (2012288122)

GROUP : PI080F1 (KUMPULAN 5)

DISEDIAKAN UNTUK :

USTAZAH SYUHAIDA IDHA BINTI ABD RAHIM

SEM 2013
PENGHARGAAN

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركته‬

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan ke hadrat Ilahi, dengan

keizinannya dapat kami selesaikan kertas kerja ini dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw, kerana usaha Baginda,

kita dapat hidup dengan nikmat Iman dan Islam.

Jutaan penghargaan kami tujukan kepada pensyarah subjek CTU087 kerana banyak

memberikan tunjuk ajar dan panduan demi menjayakan proses penghasilan kertas kerja ini.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang sentiasa memberikan dorongan dan motivasi

untuk kami terus berusaha mencapai cita-cita.

Akhir sekali, kami ingin menucapkan jutaan terima kasih kepada teman-teman

seperjuangan sepanjang pengajian di UITM Puncak Alam atas segala sokongan dan

kerjasama yang telah diberikan. Semoga ALLAH merahmati kalian.


ISI KANDUNGAN

Penghargaan

Pengenalan

Peranan al-Quran dalam Bidang Biologi

- Asas Utama Kehidupan - Semut

- Proses Kejadian Manusia - Tekanan Oksigen di Altitud Tinggi

- Kehidupan Manusia Berpasangan - Kegelapan Lautan dan Lapisan

- Komuniti Haiwan Ombak

- Lebah

Peranan al-Quran dalam bidang Teknologi

- Kejuruteraan Kimia - Kejuruteraan Awam

- Proses Pembentukan Besi - Kejuruteraan Mekanikal

Peranan al-Quran dalam bidang Perubatan

- Madu - Anggur

- Kurma - Susu Ibu

- Zaitun

Kesimpulan

Bibliografi
PENGENALAN

Tajuk yang telah diberikan kepada kami ialah Peranan Al Quran dalam Sains dan

Teknologi. Dalam topik ini, kami telah melalukan beberapa penyelidikan melalui pembacaan,

melayari internet dan lain-lain. Hasilnya, kami telah menemui banyak ayat al Quran yang

mengetengahkan topik-topik berkenaan sains dan teknologi. Ia telah mendorong ramai saintis

di seluruh dunia untuk mengkaji sekali gus membuktikan kebenaran al-Quran di samping

membuat pelbagai penemuan baru.

Kami telah memilih tajuk ini kerana ia sangat bersesuaian dengan matlamat kami

untuk menjadi muslim profesional. Kami berhasrat untuk mengintegrasikan ilmu Islam

dengan ilmu sains supaya dapat membentuk generasi Ulul Albab yang menyahut seruan

ALLAH untuk memerhati dan meneliti hikmah di sebalik penciptaan alam.

Selain itu, kami mengharapkan, dengan kajian ini, kami mampu membuka mata hati

kami untuk lebih mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi sekali gus menjadi insan yang sentiasa

meningkatkan iman dan taqwa kepada ALLAH swt.

Semoga dengan penghasilan kertas kerja ini, dapat melayakkan kami memperoleh

keredaan ALLAH swt dan kejayaan di dunia dan di akhirat.


Peranan al-Quran dalam Bidang Biologi

Dalam tajuk ini kita akan membahaskan kemukjizatan al-Quran dari segi ilmiah.

Mukjizat Ilmiah bermaksud al-Quran mampu merangkumi seluruh kelengkapan manusia

melalui ayat-ayat yang terkandung di dalamnya. Ini termasuk di dalam bidang ilmiah secara

spesifiknya ilmu Biologi. Al-Quran merupakan asas kepada penemuan ilmu sains yang kita

pelajari pada hari ini. Dari segi Biologi terutamanya, al-Quran telah banyak menerangkan

maklumat-maklumat yang lebih terkehadapan(advanced) daripada apa yang lahir hasil

daripada pemikiran manusia. Kemukjizatan al-Quran dalam bidang ini sangat jelas apabila di

dalam ayat-ayat itu sendiri jelas diterangkan proses-proses yang apabila dikaji memang benar

kesahihannya dari segi saintifik.

1) Asas Utama kehidupan

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa


sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda
yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap
benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
(Al-Anbiya', 30)

Ayat ini menceritakan tentang setiap makhluk Allah itu diciptakan daripada air,

daripada sekecil-kecil ciptaan sehingga ke sebesar-besar makhluk Allah. Air merupakan satu

sumber yang sangat penting dalam kehidupan manusia dan merupakan satu nikmat yang

sangat berharga bagi kita. Kajian telah membuktikan bahawa tubuh badan manusia

komposisinya terdiri daripada 70% air. Begitu juga dengan bumi yang terdiri daripada 70%

air. Malahan sel-sel (cell membrane)di dalam badan kita juga terdiri dari pada air. Oleh itu al-

Quran telah pun terlebih dahulu menerangkan asas penciptaan sesuatu makhluk di muka bumi

iaitu air.
Di dalam al-Quran juga menerangkan penciptaan manusia daripada air :

Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya
(mempunyai) keturunan dan musaharah 1 dan Tuhanmu adalah Maha Kuasa
sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).
[Al-Furqan, 54]
Selain itu, ayat al-Quran dari surah ini memberitahu bahawa secara jelas manusia itu

diciptakan daripada air. Allah telah menciptakan manusia mempunyai titisan baka (air mani)

bagi meneruskan lagi zuriat memakmurkan bumi ini.

2) Proses Kejadian Manusia

Proses kejadian manusia diceritakan daripada awal sehingga ke akhir di dalam al-

Quran sebelum manusia mampu memikirkan proses itu sendiri.

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari
tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh2;
Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan
darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi
beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna
kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah
kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”. [Al-Mu’minun: 12-14].

Ayat di atas menceritakan proses pembentukan manusia, seperti mana yang

didedahkan kepada kita hari ini. Ayat ini telah menerangkan secara sempurna mengenai

proses pembentukan manusia.

Pada mulanya manusia tercipta dari pati yang merujuk kepada tanah. Kejadian ini

adalah ketika penciptaan manusia pertama iaitu peristiwa Allah menciptakan Nabi Adam

daripada tanah. Bermula daripada cantuman air mani (sperma dan ovum) kemudian
1
Musaharah ;hubungan kekeluargaan yang berasal dari hubungan penikahan, seperti menantu mertua dan
sebagainya
2
Penetapan yang kukuh; rahim
bergumpal menjadi darah beku (alaqah) yang tergantung di dinding Rahim. Seterusnya,

gumpalan darah itu membesar menjadi seketul daging (mudghah). Ketulan daging itu pula

akan terbentuk beberapa tulang (tulang belakang), yang kemudiannya disempurnakan

rupanya dengan balutan daging yang akhirnya membentuk janin.

3) Kehidupan Manusia Berpasangan

Tiada satu pun makhluk di muka bumi ini Allah ciptakan keseorangan. CiptaanNya

semua dijadikan berpasangan supaya mereka sentiasa mengingati kebesaran kuasa Allah. Ini

juga menunjukkan ciptaan Allah yang berpasangan ini mempunyai sifat saling melengkapi.

Dua ayat yang menerang unsur berpasangan dalam ciptaanNya:

Maha suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan;


sama ada dari yang ditumbuhkan oleh Bumi,
atau dari diri mereka, atau dari apa yang telah mereka tidak mengetahuinya
[Yasin:36]
Sebagai contoh seperti kejadian siang dan malam. Kejadian siang dan malam tidak berlaku

dalam satu waktu yang sama. Pada satu masa Allah jadikan suasana gelap dengan sedikit

cahaya, dan kemudian Dia menciptakan suasana yang terang benderang dengan cahaya

matahari yang mampu menerangkan seluruh alam. Kejadian siang dan malam ini saling

melengkapi, apabila adanya gelap disuluhi pula cahaya supaya keadaan menjadi terang

(siang) supaya manusia dapat menjalankan aktiviti seharian masing-masing.

Engkau memasukan siang ke dalam malam, dan memasukkan malam ke dalam siang.
Dan Engkau mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati
dari yang hidup dan Engkau memberikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki
tanpa perhitungan
[al-Imran:27]
Selain itu juga, adanya jantina lelaki dan perempuan, pahala dan dosa, syurga dan

neraka. Setiap ciptaan Allah itu lengkap dan seimbang. Keterangan di dalam ayat-ayat Allah

menunjukkan kewujudan semua ciptaan di dunia ini secara berpasangan.

4) Komuniti Haiwan

Al Quran telah menyatakan mengenai kewujudan umat-umat selain manusia, seperti

umat haiwan dan sebagainya. Ia bermaksud bahawa haiwan juga hidup bermasyarakat,

mempunyai tingkatan-tingkatan sosial yang tersendiri. Perkara ini dapat dilihat di sekeliling

kita, di mana kita mampu melihat kawanan-kawanan burung dan kumpulan-kumpulan

haiwan hidup bersama-sama.

5) Lebah

Surah an-Naml banyak menyentuh mengenai kelebihan lebah serta ciri-cirinya. Hal

ini telah menyebabkan para saintis mengkaji lebih banyak mengenai kelebihan lebah.

Terbukti, sememangnya lebah merupakan sejenis haiwan yang unik. Ia mempunyai

kebolehan menghasilkan madu yang sangat berkhasiat dan mampu menjadi penawar kepada

manusia. Ia mengandungi bukan sahaja kandungan karbohidrat yang tinggi, malah turut

memiliki nutrien-nutrien penting seperti protein, enzim, asid amino, garam mineral, unsur

surih (trace elements), vitamin, campuran beraroma dan polifenol yang amat diperlukan oleh

tubuh manusia.3 Sebagaimana telah dinyatakan dalam al Quran,

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu

di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan

oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan

(yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhan mu yang diilhamkan dan

3
Due to the variation of botanical origin honey differs in appearance, sensory perception and composition. The
main nutritional and health relevant components are carbohydrates, mainly fructose and glucose but also about
25 different oligosaccharides. Although honey is a high carbohydrate food, its glycemic index varies within a
wide range from 32 to 85, depending on the botanical source. It contains small amounts of proteins, enzymes,
amino acids, minerals, trace elements, vitamins, aroma compounds and polyphenols. The review covers the
composition, the nutritional contribution of its components, its physiological and nutritional effects. It shows that
honey has a variety of positive nutritional and health effects, if consumed at higher doses of 50 to 80 g per intake.
dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman

(madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-

bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan

kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (An-Nahl, 68-69)

6) Semut

Di samping itu, nama semut juga turut diangkat dalam kisah Nabi Sulaiman yang

telah direkodkan dalam al Quran. Menurut ayat 17-18 dalam Surah an Naml, Nabi Sulaiman

dan bala tenteranya telah melalui Waadin-Naml yang dihuni oleh semut. Maka, seekor semut

telah bertindak menyeru sekalian semut untuk masuk ke dalam sarang demi mengelakkan

mereka dipijak secara tidak sengaja oleh bala tentera Nabi Sulaiman. Berdasarkan kisah ini,

kita dapat membuat kesimpulan bahawa semut juga hidup di dalam komuniti yang ramai

serta berkomunikasi sesama sendiri. Ia dibuktikan oleh beberapa kajian secara saintifik oleh

para saintis. Antaranya, semut mempunyai sistem komunikasi yang sangat kompleks

melibatkan bahan kimia serta mereka juga mempunyai tingkatan sosial seperti permaisuri,

pekerja dan sebagainya.

7) Tekanan Oksigen di Altitud Tinggi

Sebagai tambahan, al Quran juga ada menerangkan mengenai keadaan sesak nafas

apabila naik ke langit. Firman ALLAH swt: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat

hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki

sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-olah naik ke langit. Demikianlah

Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (QS (Surah al-An’am, ayat

125) . Berdasarkan ayat ini, saintis telah membuat kajian dan mendapati bahawa tekanan gas

oksigen pada altitud tinggi telah menyebabkan semakin kurang kandungan oksigen yang

disedut ke dalam saluran pernafasan, lalu membawa kepada kadar pernafasan yang lebih
tinggi. Ia mampu memberikan kesan seperti sesak nafas, keletihan terlampau serta

kepeningan. 4

8) Kegelapan Lautan dan Lapisan Ombak

Dalam bidang sains marin pula, kewujudan dua lapisan ombak di laut dan kegelapan

di dasar laut dinyatakan dengan jelas di dalam surah an Nur, ayat 40. Apabila dikaji,

sememangnya wujud ombak pada lapisan kedua laut (internal tide), yang mana

kewujudannya dapat dilihat secara jelas hanya dari angkasa. Malah, ombak dalaman ini

mempunyai amplitud yang jauh lebih tinggi berbanding amplitud ombak di permukaan air,

dengan ketinggiannya mampu mencecah 300 meter. Kewujudan dua ombak ini disebabkan

perbezaan pada ketumpatan air laut. Selain itu, kegelapan dasar laut pula dibuktikan apabila

manusia mula mampu menyelam sehingga ke dasar dengan bantuan peralatan moden.

Kegelapan secara total ini disebabkan penyerapan spektrum cahaya oleh lapisan laut yang

menyebabkan tiada cahaya yang mampu menembusi hingga ke dasar. Hasilnya, dasar lautan

menjadi tempat yang sangat gelap dan makhluk-makhluk yang hidup di dasar laut

mempunyai ciri-ciri unik untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan keadaan

dasar laut yang sangat sejuk dan bertekanan tinggi.5

Peranan al-Quran dalam Bidang Teknologi


4
Acute Mountain Sickness (AMS)
AMS is common at high altitudes. The symptoms of Mild AMS are headache, dizziness, fatigue, shortness
of breath, loss of appetite, nausea, disturbed sleep, and a general feeling of malaise.
5
The darkness in deep seas and oceans is found around a depth of 200 meters and below. Below a depth of 1000 meters there is no light at
all. Human beings cannot survive unaided in the deep dark part of the oceans, such as at a depth of 200 meters. Scientists have recently
discovered this darkness by means of special equipment and submarines that have enabled them to dive into the depths of the oceans. But
what about the first waves? Scientists have recently discovered that there are internal waves which “occur on density interfaces between
layers of different densities.”1 (see figure 16). The internal waves cover the deep waters of seas and oceans because the deep waters have a
higher density than the waters above them. Internal waves cannot be seen by the human eye, but they can be detected by studying
temperature or salinity changes at a given location.
Terdapat banyak ayat Al-quran yang menyeru manusia supaya mengkaji dan meneliti

fenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membina

suatu tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di bawah jelas bahawa alam yang

diciptakan oleh Allah s.w.t tertakluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada di

langit dan di bumi adalah hak Allah s.w.t untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat.

Islam tidak terbatas antara hubungan manusia dengan tuhan bahkan merangkumi semua

aspek kehidupan. Allah berfirman yang bermaksud : “Tidakkah kamu perhatikan bahawa

Allah memudahkan untuk kemudahan muapa yang ada di langit dan di bumi, dan telah

memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah

melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan batin.”(Surah Luqman: 20).

Oleh itu, kita seharusnya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita kerana di

dalam Al-Quran telah tercatat segalanya yang berkaitan dengan hidup ataupun mati. Bidang

kejuruteraan juga ada disebut di dalam Al-Quran. Ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh

Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan untuk mengkaji bidang kejuruteraan

sehingga mereka dapat mencipta peralatan yang berguna hingga kini.

Kejuruteraan Kimia

1) Proses Fotosintesis dan Proses Pembakaran Sempurna

Di dalam Al-Quran terdapat fenomena sains yang boleh dikaitkan dengan

kejuruteraan kimia iaitu “proses fotosintesis” dan “proses pembakaran sempurna”.

Firman Allah swt : “Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-

pohon hijau yang basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api

dari pohon-pohon itu”. (Surah Yasin: 80) “Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang
kamu nyalakan (dengan cara digesek)? Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya

atau Kami yang menumbuhkannya?” (Surah al-Waqi’ah : 71-72).

Beribu-ribu tahun yang lalu dan zaman sekarang membuktikan kandungan

Al-Quran menepati ilmu sains dan teknologi. Ini kerana orang zaman dahulu

menyalakan api daripada pokok kayu dan sekarang manusia menggunakan petrol, gas

dan sebagainya untuk menyalakan api. Jika kita memikirkan di zaman dulu, tentu kita

takjub bagaimana daripada kayu yang hijau itu boleh mengeluarkan api. Di zaman

kita pula, kita masih merasai ketakjuban di atas penggunaan petrol dan gas yang boleh

menghasilkan api untuk kegunaan seharian. Sebenarnya, petrol, diesel, gas, arang

batu dan sebagainya yang dikeluarkan dari perut bumi berasal daripada pokok-pokok

yang tertimbus jutaan tahun yang lalu. Ini dapat meyakinkan kita bahawa Allah itu

Maha Besar. Dia telah menyatakan sumber api dulu dan sekarang itu adalah berasal

dari pokok. Allah s.wt juga menggunakan perkataan “al-syajarah al-akhdar”

(tumbuhan hijau) dalam Surah Yasin ayat-80 kerana perkataan ini boleh diertikan

dengan tumbuhan hijau yang mempunyai klorofil. Menurut kajian sains tumbuhan

hijau melakukan proses fotosintesis yang menghasilkan gas oksigen dan unsure

karbon hasil daripada tindak balas cahaya matahari dan gas karbon dioksida. Kedua-

dua unsur ini (karbon dan oksigen) merupakan unsur penting untuk menghasilkan api

daripada proses pembakaran sempurna.

Oleh itu, firman Allah swt dalam Al-Quran yang menyatakan tentang proses

fotosintesis dan proses pembakaran sempurna tidak ada sebarang keraguan dan

sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui sesuatu.

2) Proses Pembentukan Besi


Firman Allah s.w.t : "Dan kami telah menurunkan besi, padanya ada kekuatan

yang hebat serta berfungsi berbagai manfaat untuk manusia." (Surah Al-Hadid : 25)

Terdapat satu surah di dalam Al-quran yang menggunakan nama logam iaitu Surah

Al-Hadid yang bermaksud besi. Dalam Surah Al-Hadid ayat 25, Allah telah berfirman

“waanzalnaalhadiid” yang boleh diterjemahkan “dan kami turunkan besi”. Ayat ini

memberi satu pertanyaan kepada kita umat manusia tentang asal usul besi.

Sebenarnya, besi berasal dari langit yang tercipta daripada bintang-bintang melalui

proses nukleosintesis. Ketika bintang-bintang itu mati (padam) lantaran kehabisan

bahan bakar hidrogen(H) , besi itu (bersama-sama unsur lain) dihamburkan ke ruang

angkasa. Unsur berat dalam alam semesta ialah dihasilkan oleh nuklid bintang besar .

Sistem solar kita bagaimanapun tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan

besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan oleh bintang yang lebih besar daripada

matahari  iaitu suhunya mencecah berates juta celcius .Apabila besi mencapai amaun

melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak lagi dapat

menampungnya dan akhirnya meletup dalam satu letupan yang dipanggil nova atau

supernova. Hasil daripada letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan

keseluruh alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehingga

ditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala. Selain itu, elemen utama pada

pusat bumi iaitu teras bumi yang berjejari 3470 km ialah besi (Fe) dengan

kandungannya 90% dan nikel (Ni) dan belerang (S). Fungsi utama besi di pusat bumi

Allah telah jelaskan dalam ayat yang berbunyi “fiihiba'sunsyadiid” (padanya ada

kekuatan hebat). Besi di pusat bumi itu menimbulkan kekuatan yang hebat yang

berupa magnet dan tarikan graviti. Firman Allah selanjutnya pada Al hadiid (ayat 25)

yang bermaksud serta berbagai manfaat untuk manusia. Manfaat yang perlu

disebutkan paling dahulu (sebab manusia sering lupa) ialah bahawa besi merupakan
salah satu unsur yang membangun haemoglobin, protein dalan darah yang berfungsi

mengikat oksigen yang kita menghirupnya dari udara. Ketika oksigen masuk ke dalam

paru-paru kita, oksigen itu segera ditangkap oleh besi dalam haemoglobin, kemudian

dihantar oleh darah keseluruh tubuh kita untuk proses metabolisme. Jelas sekali Allah

memelihara kelangsungan hidup kita melalui besi. Oleh itu, kita sebagai manusia

perlulah sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada

kita.

3) Kejuruteraan awam

Kubah dan menara masjid yang di bina menunjukkan kefahaman dan kemahiran

sarjana-sarjana Islam dahulu dalam bidang sains bangunan dan seni bina. Dalam kejuruteraan

awam hidrologi6, orang-orang Islam juga memberi sumbangan penting. Pada zaman

pemerintahan khalifah ‘Umar, beberapa terusan telah di bina. Saiyidina Umar pula telah

mengarahkan pembinaan satu terusan yang panjangnya lebih kurang 10 km yang mengalirkan

air dari sungai Furat. Terusan ini di beri nama Terusan Abu Musa Asy’ari, pemerintah Basrah

ketika itu. Satu lagi terusan ialah Terusan Ma’akal yang di bina di bawah penyeliaan Ma’akal

Ibnu Yasar. Teknologi air bawah tanah juga telah di usahakan di Parsi.Bandar Isfahan di

kelilingi oleh padang pasir. Teknologi ini telah di tulis oleh Syaikh Bahauddin al- A’mili

seorang ahli sufi Safavid yang mahir dalam matematik dan keagamaan.

Bagi negara yang yang di kelilingi oleh padang pasir, teknologi ini amat berguna

kerana ia dapat mengelakkan pengewapan air. Bukti ini menunjukkan bahawa mereka juga

telah meneliti bukan sahaja tentang pembinaannya, bahkan mengambil berat tentang

perancangan dan penyelenggaraan projek tersebut.

4) Kejuruteraan mekanikal
6
Hidrologi merupakan kajian pergerakan, taburan, dan kualiti air di bumi. Bidang ini memberi
perhatian khusus kepada fenomenon seperti kitar air dan sumber air.
Boleh dikatakan sumbangan sarjana sains dan teknologi Islam yang banyak ialah

dalam bidang mekanik. Sumbangan Banu Musa terkandung di dalam buku Kitab Peranti (The

Books of Artifices) yang telah disebut dahulu. Ibnu Sina pula walaupun beliau lebih terkenal

dalam bidang perubatan dan pembedahan, namun beliau banyak memberi sumbangan yang

mengagumkan dalam bidang mekanik. Di antara saranan Ibnu Sina ialah prinsip inersia yang

terkandung di dalam kata-katanya yang berbunyi “tidak ada jasad yang mula bergerak atau

berhenti dengan sendiri.” , “masa tidak boleh di bayangkan tanpa gerakan.” , “daya hanya

boleh di sukat dalam sebutan kesan-kesannya.” , “dalam sesuatu mesin mudah, apa yang

diperoleh dalam bentuk kuasa adalah kehilangan dalam kelajuannya.” Al-Khwarizmi pula

tertarik kepada kerja-kerja amali tentang bagaimana dapat menentukan ketumpatan spesifik

dan berat kegravitian (tarikan bumi) dan keapungan. Di antara pernyataan Khawarizmi yang

berkaitan dengan hal ini ialah “berat ialah daya malar inheren tatkala sesuatu jasad tertarik ke

pusat bumi” , “jasad-jasad yang mempunyai graviti sama ialah jasad-jasad yang bergerak di

dalam cecair dari titik tunggak melalui jarak yang sama dalam masa yang sama.” Teknologi

yang mendapatkan tenaga dari udara dan air telah mendapat perhatian orang serata dunia dan

ia merupakan ‘Penggerak Perdana” yang utama sehinggalah kuasa tenaga stim diperkenalkan

semasa Revolusi Perindustrian. Antara contoh rekaan ialah jam air gajah, pam air dua

silinder, pam air enam silinder selari, perangan jet stim. Ini jelas mengambarkan manusia

pada zaman nabi juga mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang ilmu dalam bidang

teknologi dan ini seterusnya memberi manfaat kepada manusia sejagat.

Peranan al-Quran dalam Bidang Perubatan


Bidang perubatan tidak terkecuali daripada dirakamkan ALLAH SWT di dalam kitab

suci AlQuran.Setelah ditafsir oleh para mufassirin,didapati bahawa bidang perubatan ini

sebenarnya terselindung di sebalik beberapa jenis makanan dan minuman yang telah disebut

ALLAH SWT di dalam AlQuran. Setelah dikaji oleh para saintis mutaakhirin, terbukti

bahawa makanan-makanan dan minuman-minuman ini mempunyai pelbagai khasiat dan

zatnya yang tersendiri.

Walau bagaimanapun,kami tidak akan membicarakan secara terperinci tentang

kesemua jenis makanan dan minuman tersebut,sebaliknya akan memfokuskan kepada

beberapa jenis sahaja.Antaranya ialah khasiat dan kelebihan madu, kurma, buah zaitun,

anggur dan susu ibu dari segi perubatan.7

1) Madu

Pertama sekali,madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu disebut

dalam al-Quran ( Surah an-Nahl : 68-69 ) dan hadis Nabi SAW. Dalam kitab perubatan Islam

dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk

kecerdasan minda.Antara kelebihan madu ialah mampu menyembuhkan sehingga 77 jenis

penyakit kerana ianya merupakan agen penyembuhan yang berkesan. Ia juga merupakan

antioksidan dan anti-penuaan semula jadi yang mampu mengembalikan keremajaaan

kulit.Selain itu,madu dapat menghilangkan kedinginan dan lendir dalam hati,sekaligus

mencegah batuk yang berpanjangan. Dalam kitab Al-Has Ali Al-Hafizul Ilmi oleh Abdul

Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H) menyatakan yang bermaksud: "Hendaklah kamu

mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan."Diriwayatkan daripada Imam Ja’far Ash-

Shadiq r. a ,beliau berkata,:”Rasulullah SAW sangat menyenangi madu.”8

7
Normadiah daud. Kenali 15 Superfoods Dalam al-Quran. Kuala Lumpur : Perintis Books
Sdn.Bhd.
8
Ibid
2) Kurma

Bukan itu sahaja,buah kurma juga mempunyai pelbagai khasiat kesihatan untuk

manusia dan ini dibuktikan melalui kekerapan buah kurma disebut di dalam alQuran iaitu

lebih daripada 20 kali. Kurma atau tamar ini disebut antaranya dalam surah Maryam ayat

25,surah al-An’am ayat 99 dan 141 dan surah ar-Ra’du ayat 4.Antara khasiatnya ialah

mengelakkan Mengelakkan pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah

tinggi.Selain itu ia dapat memudahkan proses bersalin dan pencernaan.Kurma juga dapat

mencegah pengaruh sihir terhadap seseorang seperti yang pernah dikatakan oleh Abu

Abdillah a.s. :“Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat

mensirnakan pengaruh sihir”.Di samping itu,kurma dapat membunuh cacing di dalam tubuh

seperti kata Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s.:“Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik,

maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”. Akhir sekali,Rasulullah SAW pernah

bersabda,: ” Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana

sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu

menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”9

3) Zaitun

Buah zaitun tidak terkecuali daripada memiliki khasiatnya yang tersendiri. Buah ini

disebut di dalam surat at-Tiin ayat 1,surah al-An’am ayat 99 dan 141 serta surah an-Nur ayat

35 yang membicarakan dengan khusus tentang minyak zaitun. Antara kelebihan minyak

zaitun ialah mengandungi vitamin E dan K yang baik untuk kesihatan kulit terutamanya

untuk rawatan kecantikan wanita.Ia juga bagus digunakan sebagai minyak rambut. Dalam

kitab Sunan al-Tarmizi dan Ibnu Majah, terdapat sebuah hadith daripada Abdullah bin Umar

yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Makanlah kamu minyak zaitun dan

gunakanlah ia sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon yang
9
Ibid
penuh berkat."Selain itu,minyak zaitun berperanan menambah zat makanan, mencuci dan

membaik pulih perut,membantu pesakit gastrik dan mereka yang mengalami masalah buah

pinggang.Ia juga boleh diambil sebagai sapuan luaran, selain bertindak sebagai pelican dan

pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis. Akhir sekali, Minyak zaitun

boleh melawan racun dalam badan dengan bertindak sebagai laxative dan menyingkir cacing

di dalam badan.

4) Anggur

Makanan terakhir yang akan dibincangkan khasiatnya secara ringkas ialah buah

anggur. Buah yang mempunyai keajaiban rasa dan khasiat ini dirakamkan ALLAH SWT

dalam surah ar-Ra’du ayat 4,surah al-An’am ayat 99 dan surah ‘Abasa ayat 28. Tiga jenis

warna anggur yang paling digemari ramai iaitu anggur hitam, anggur merah, dan anggur

hijau dan setiap warna anggur mempunyai khasiat yang berbeza. Ketua Program Kualiti,

Kesihatan dan Pemakanan di Scottish Crop Research Institute (SCRI), Dr Derek Stewart,

mengiktiraf anggur hitam sebagai “Superfruit No.1” kerana hasil penyelidikannya telah

menemui bahawa anggur hitam mempunyai kandungan vitamin, mineral dan bahan

antioksida lebih tinggi berbanding 20 buah lain yang telah diuji. Anggur merah pula

merupakan sumber antioksidan yang tinggi dan kaya dengan kalium untuk melambatkan

proses penuaan. Kandungan antioksidan dalam anggur juga mempunyai khasiat sebagai

pelindung sel dari radikal bebas penyebab penyakit degeneratif, seperti penyakit jantung,

kanser, dan beberapa penyakit akibat penuaan. juga di percayai boleh mencegah dan

membantu proses penyembuhan penyakit bawaan virus seperti influenza. Akhir sekali,

Anggur hijau mempunyai banyak khasiat bagi kesihatan kerana kandungan kimia yang

berada di dalamnya, salah satu di antaranya adalah flavonoid yang dapat mencegah oksidasi

LDL (kolesterol jahat) 20 kali lebih kuat daripada vitamin E, yang selama ini dikenal

sebagai antioksidan semula jadi yang sinonim dalam proses menguruskan badan.
5) Susu Ibu

Penutup bicara, kami akan membincangkan serba sedikit mengenai kelebihan susu ibu

yang ada disebut oleh ALLAH SWT dalam surah Luqman ayat 14.Antara kelebihan susu ibu

atau dipanggil “kolostrum alami” ini adalah mengandungi zat makanan dalam nisbah yang

betul bagi bayi yang masih tidak mampu makan dan minum melainkan menyusu dengan

ibunya sahaja.Susu ibu juga mengandungi antibodi semula jadi untuk melawan pelbagai

penyakit.Bayi yang menyusu dengan ibunya terbukti lebih sihat berbanding bayi yang diberi

susu formula sejak kecil.Antara penyakit neonatal yang paling mudah disembuhkan dengan

kaedah penyusuan susu ibu ini ialah penyakit jaundice atau demam kuning. Selain itu,

pelbagai vitamin yang terkandung dalam susu ibu juga mampu meningkatkan kecerdasan

otak bayi. Bukan itu sahaja,si ibu juga mendapat manfaat apabila menyusukan bayinya.

Antaranya ialah tubuh lebih segar,terasa ringan dan sihat. Naluri keibuan juga semakin

terserlah dan ikatan kasih sayang yang paradosikal antara ibu dan anak semakin

kukuh.Itulah keajaiban susu ibu sehingga digelar susu terbaik di dunia.10

KESIMPULAN

Konklusinya, al-Quran yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad saw

mempunyai peranan yang sangat penting dalam bidang sains dan teknologi. Galakan al-

10
Ibid
Quran untuk mengkaji dan merenungi penciptaan alam telah menjadi titik utama untuk

mendorong para saintis Islam melakukan kajian.

Justeru, kita sebagai generasi muda Islam yang bakal menerajui bidang-bidang

profesional ini mestilah bertindak bijak dengan mengamalkan segala ajaran al-Quran dan

mengkaji penciptaan alam semesta agar dapat bertemu dengan hikmahnya serta meningkat

ketaatan kepadanya, sekali gus mewujudkan baldatun toiyyibatun wa rabun ghafur.

BIBLIOGRAFI

Abd Aziz, H. (2008, APRIL 16). [Web log message]. Retrieved from
ctu551.blogspot.com/2008/04/sains-teknolgi-menurut-islam.html
Alvarez-Suarez, J. M., Tulipani, S. Romandini, S., Bertoli, E., & Battino, M. (2010).
Contribution of honey in nutrition and human health: a review. Mediterranean
Journal of Nutrition and Metabolism 3, no. 1 (2010): 15-23.

Bogdanov, S., Jurendic, T., Sieber, R., & Gallmann, P. (2008). Honey for nutrition and
health: A review.Journal of the American College of Nutrition,,27(6), 677-689.
Retrieved from http://www.jacn.org/content/27/6/677.full.pdf

Curtis, R. (n.d.). Outdoor Action Guide to High Altitude: Acclimatization and Illnesses.


Retrieved March 14, 2013, from http://www.princeton.edu/~oa/safety/altitude.shtml

Danial, Z. A. (2012). Islam: The misunderstood religion. (Revised ed., pp. 45-112). Selangor,
Malaysia: PTS Millenia.

Deep sea. (2013). Retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Deep_sea. 

Harun, Y. (2004). The quran leads the way to science. (2nd ed.). Turkey: Global Publishing.
DOI: www.harunyahya.com

Internal Tide. (2012). Retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Internal_tide.

Internal wave. (2013). Retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Internal_wave. 

Ibrahim, I. (1997). A brief illustrated guide to understanding islam. (2nd ed., pp. 20-21).
Texas, USA: Darussalam Publishers and Distributors. Retrieved from
http://www.islam-guide.com/islam-guide.pdf

Littin, S. (2011, MAY 20). Ants give new evidence for interaction networks. UANews.
Retrieved from http://uanews.org/story/ants-give-new-evidence-interaction-networks

Miller, G. (1992). The amazing quran. Abul Qasim Publishing House. Retrieved from
http://d1.islamhouse.com/data/en/ih_books/single/en_the_amazing_Quran1.pdf

Muhammad Mujahid, I. M. F. (2013). Mukjizat al quran. In M. H. Shahrizan & I. M. F.


Muhammad Mujahid (Eds.), Mahabbatur Rasul (1 ed., pp. 88-89). Kedah, Malaysia:
Pustaka Paksi.

Peacock AJ. ABC of oxygen: Oxygen at high altitude. Br Med J. 1998;317:1063–1066.

Pelinovsky,E., Talipova,T., Holloway, P. E., (1997). Strongly Nonlinear Internal Waves on


the Australian North West Shelf . Retrieved from
http://www.whoi.edu/science/AOPE/ISW98workshop/text/holloway/holloway-
ht.html. 

Anda mungkin juga menyukai