Anda di halaman 1dari 23

1.

0 PENGENALAN

Instrumen Penentuan Penempatan (IPP) Pendidikan Khas Bermasalah


Pembelajaran adalah satu dokumen khas untuk memilih dan menentukan penempatan
murid-murid yang sesuai ke Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran di sekolah rendah dan menengah, Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
atau NGO.
Instrumen ini menjadi sumber maklumat asas untuk menentukan penempatan
murid-murid ke Program Khas Bermasalah Pembelajaran setelah disahkan oleh
pegawai perubatan. Instrumen ini mengandungi satu set ujian yang mengandungi lima
komponen iaitu Pengurusan Diri, Tingkah Laku, Manipulatif, Bahasa Melayu dan
Matematik.
Kementerian Pendidikan telah menggariskan Falsafah Pendidikan Khas yang
bersifat progresif. Falsafah Pendidikan Khas menekankan perkembangan optimum
seseorang individu sebagai orang yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh
merancang dan mengurus kehidupan sendiri serta menyedari potensi diri kepada
masyarakat

1
2.1)

(:,F
T
g
o
-C
S
K
ts
ic
P
lM
rb
u
y
m
h
k
a
d
n
e
p
.)f
2.0 PENGURUSAN NOTA GRAFIK

KANAK-KANAK YANG MENGALAMI MASALAH BAHASA DAN


KOMUNIKASI

 Kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan komunikasi adalah


seperti gagap, masalah sebutan serta masalah suara yang memberi kesan
kurang baik terhadap pencapaian dalam pembelajaran.

MASALAH BAHASA

2
d
y
b
u
i
t
r
s
M
l
e
k
n
a
h
c
MASALAH KOMUNIKASI

3
2.2) CIRI-CIRI KANAK-KANAK YANG BERMASALAH BAHASA DAN
KOMUNIKASI

a
g
n
s
m
r
e
b h
l
a
t
s
o
k
r
e
m
l
a
P
b
d k
i
n
u
s
e
d
h
s
i
n
a
g
r
m
o
e
d
a
k k
l
i
s
a
g
n
k
i
m
l
g
r
i
y
u
b
p
a
d
n
e
o i
a
n
t

4
p
m
e
ln
is
tb
c h
o
r
k
a
d
fIg
2.3)

y
u
A a
k
m
d
e ik
IMPLIKASI MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI TERHADAP
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

5
f-
o
s
jy
6
tid
g
c
p
r
e
bT
w
lu
k
m
n
a
h
3.0 LAPORAN BERDASARKAN KAJIAN KES YANG DIJALANKAN KE ATAS
SALAH SEORANG MURID BERKEPERLUAN KHAS

3.1) LATAR BELAKANG MURID

Pada 12 Mac 2009, saya dan rakan-rakan yang lain telah bercadang untuk
membuat lawatan ke sekolah bagi menjalankan satu kajian ke atas salah seorang murid
berkeperluan khas. Kami telah memilih Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar
sebagai sumber untuk memenuhi tuntutan yang terdapat dalam tugasan kami. Di
samping itu, kami diberi tugas untuk mendapatkan segala maklumat berkaitan seorang
murid khas yang mengalami masalah bahasa dan komunikasi dalam lingkungan umur
antara 8 hingga 15 tahun. Setelah mendapat keizinan daripada pihak pentadbir, saya
terus mendapatkan seorang murid berkeperluan khas yang bernama Nafis Mirza Ariff
Bin Yassir Ariff. Gelaran namanya ialah Nafis. Dia dilahirkan pada 11 April 1999 di
Hospital Besar Alor Setar. Menurut laporan yang saya peroleh, dia, telah ditempatkan di
kelas khas tersebut pada 7 September 2008. Dia tinggal bersama kedua ibu bapanya di
Alor Setar, Kedah. Bapanya bekerja sebagai seorang kerani di CIMB Bank Bhd, Alor
Setar. Manakala, ibunya pula merupakan seorang guru siswazah di Sekolah
Kebangsaan Haji Hassan Itam, Alor Setar.

Dalam hal ini, saya mendapati bahawa dia merupakan murid yang tergolong
dalam keluarga yang agak berpendidikan. Hal ini kerana, dia telah berkomunikasi
dengan keluarganya di rumah dengan menggunakan bahasa Inggeris. Kemungkinan
besar taraf pendidikan ibunya yang memiliki ijazah turut mempengaruhi dia bertutur
dalam bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, bahasa ibunda yang digunakannya ialah
bahasa Melayu. Dari segi status keluarga, Nafis mempunyai 3 orang adik-beradik, iaitu
dua lelaki dan seorang perempuan. Dia juga merupakan anak yang terakhir atau lebih
dikenali sebagai anak bongsu. Selain itu, Nafis merupakan seorang murid yang normal
dari segi fizikal tetapi dia telah disahkan oleh pegawai perubatan bahawa dia
merupakan salah seorang penghidap Disleksia. Menurut guru pembimbingnya, dia
dilahirkan dalam keadaan pramatang iaitu lahir tidak cukup bulan. Jadi, sedikit
sebanyak ia turut mengganggu proses perkembangan otaknya.

7
3.2) SEJARAH PERKEMBANGAN MURID

Dalam aspek ini, sejarah perkembangan murid ini turut dilihat berdasarkan
pemerhatian saya menerusi buku panduan Instrumen Penentuan Penempatan
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (I.P.P). Dari segi tingkah laku, Nafis
didapati tidak mempunyai sebarang masalah. Hal ini terbukti apabila rekod menyatakan
bahawa dia tidak merosakkan harta benda awam dan mencederakan orang lain. Dia
juga tidak memencilkan diri dan berbahasa kasar atau kesat dengan orang lain. Dari
segi pengurusan diri pula, saya mendapati bahawa Nafis dapat melakukan sendiri
semua kerja yang mudah tanpa menggunakan bantuan orang lain. Bagi saya, dia
merupakan seorang anak dan juga murid yang dapat berdikari.

Selain itu, saya mendapati bahawa Nafis dapat menguasai kemahiran


mendengar, pengamatan, penglihatan, dan kemahiran tulisan yang terdapat dalam
komponen Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, Nafis tidak dapat menguasai
kemahiran lisan dan juga bacaan. Dari aspek kemahiran lisan, Nafis tidak dapat
menceritakan perihal dirinya, menyebut nama ibubapa, dan menceritakan tentang
hobinya. Keadaan ini terbukti apabila saya menyoal tentang nama ibu dan bapanya.
Walaubagaimanapun, dia tidak dapat menjawab soalan tersebut. Dari aspek kemahiran
bacaan pula, Nafis tidak dapat membunyikan huruf vokal dan menyebut huruf
konsonan. Tetapi, Nafis boleh menamakan gambar yang ditunjukkan kepadanya seperti
kereta dan lori dalam bahasa Inggeris.

Dalam kompenan Matematik pula, Nafis dikatakan dapat menguasai semua


kemahiran yang terdapat dalam buku panduan ini. Misalnya, Nafis dapat menguasai
aspek pranombor seperti warna, bentuk dan saiz. Selain itu, Nafis juga dapat menyusun
urutan mengikut warna, saiz dan bentuk. Malah, dia juga dapat menguasai kemahiran
dari aspek perbandingan dalam himpunan yang banyak, sedikit, dan sama banyak.
Aspek lain yang dapat dikuasai oleh Nafis ialah dalam mengenal nombor. Hal ini
terbukti kerana Nafis boleh menamakan nombor, menulis nilai nombor dan menulis
nombor satu hingga lima.

8
3.3) CIRI-CIRI MURID BERKEPERLUAN KHAS

Setelah menemubual Nafis Mirza, terdapat banyak ciri yang boleh diperhatikan
padanya. Salah satu daripadanya ialah dia mempunyai kesukaran dalam pertuturan.
Hal ini dapat dibuktikan apabila dia lewat untuk bertutur jika dibandingkan dengan
kebanyakan rakan yang sebaya dengannya. Dalam hal ini juga, dia tidak dapat
menuturkan sesuatu perkataan dengan betul. Misalnya, dia menyebut perkataan
‘chiken ball’. Malah, dia juga sukar menyuarakan fonem (satuan bunyi) dan membentuk
menjadi sebuah perkataan. Sebagai contohnya ialah /n/,/a/,/n/,/g/,/i/,/s/. Selain itu, dia
juga lewat dalam mengenali abjad, angka, hari, minggu, bulan serta sukar untuk
menyusun huruf-huruf dalam perkataan. Hal ini dapat ditonjolkan apabila saya dan
rakan yang lain menyuruhnya membaca abjad ABC. Walaubagaimanapun, dia tidak
dapat memenuhi kehendak saya. Seterusnya, pertuturannya juga tidak teratur dan
tersusun. Hal ini kerana, dia tidak dapat membina ayat yang mudah ketika hendak
menjawab soalan.

Di samping itu, dia juga turut mengalami kekeliruan dalam banyak perkara.
Antaranya ialah dia keliru dengan abjad seperti /b-d/, /p-q/, /m-w/, /n-u/, /y-j-g/,/s-z/.
Sebagai contoh, dia akan sering terkeliru dengan perkataan seperti ‘baki’ dan ‘daki’.
Tambahan pula, dia turut keliru dalam memahami konsep kiri-kanan, atas-bawah,
utara-selatan, timur-barat. Hal ini dapat dibuktikan apabila saya menjalankan ujian ke
atas dirinya dengan mengangkat tangan kanan di hadapannya. Malangnya, dia
menjawab bahawa saya sedang mengangkat tangan kiri. Dalam matapelajaran
Matematik pula, dia turut berasa keliru dengan simbol-simbol matematik. Misalnya,
simbol seperti tambah(+), tolak(-), darab(x) dan sebagainya. Hal ini kerana, dia tidak
dapat menyelesaikan masalah dan menjawab soalan matematik yang mudah ketika
guru sekolah memberi latihan kepadanya. Malah, dia turut mengalami masalah dalam
pembalikan huruf dan nombor. Keadaan ini dapat dibuktikan apabila dia menulis huruf
seperti ini. Contohnya ialah huruf ‘p’ ditulis menjadi huruf ‘q’, huruf ‘n’ ditulis menjadi
huruf ‘u’, huruf ‘Ν’ ditulis menjadi ‘И’.

9
Sehubungan itu, dia juga turut menghadapi kesukaran dalam memahami,
mengingat serta mengenali sesuatu perkara. Salah satu daripadanya ialah dia
mengalami masalah dalam memahami konsep masa. Dalam hal ini, saya telah
menanyakan padanya “sekarang waktu apa?”. Jadi dia hanya perlu menjawab pada
waktu itu sama ada pagi, petang, senja ataupun malam. Tetapi, dia tidak dapat
menjawab soalan tersebut. Seterusnya, dia menghadapi kesukaran untuk mengingat
kembali sesuatu perkataan yang telah disebut. Dalam masa yang sama, dia hanya
dapat mengingat tiga perkara yang maujud. Hal ini jelas terkandung dalam Buku
Panduan Instrumen Penentuan Penempatan Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran murid tersebut. Di samping itu, murid ini juga menghadapi kesukaran
dalam mengenali waktu. Keadaan ini dapat dilihat apabila saya menyoalnya tentang
waktu. Sebagai contoh, saya menanyakan kepadanya “sekarang pukul berapa?”. Dia
tidak dapat menjawab soalan tersebut. Namun begitu, melalui sesi temubual
bersamanya, saya mendapati bahawa dia boleh menyebut waktu dalam bahasa
Inggeris. Misalnya, ‘2 o’clock’.

Sebagai maklumat tambahan, saya juga mendapati bahawa dia mengalami


masalah dalam pembelajaran. Melalui sesi temubual bersama guru pembimbingnya, dia
dikatakan agak lemah dalam konteks membaca, menulis dan juga mengeja.
Walaubagaimanapun, dia mempunyai pengetahuan am yang luas dan baik dari segi
mengenalpasti sesuatu benda dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini dapat ditonjolkan
apabila dia menyebut nama benda seperti ‘blood’. Dalam masa yang sama, saya juga
tidak menyangka bahawa dia tergolong dalam murid berkeperluan khas. Hal ini kerana
dia kelihatan cerdik dan berkemampuan seperti murid lain. Namun begitu, dia sering
menghadapi masalah untuk menyelesaikan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru.
Keadaan ini sekaligus turut mempengaruhi pencapaiannya dalam pembelajaran.

10
3.4) DIALOG

Berikut merupakan dialog antara saya bersama-sama 2 orang rakan dengan pelajar
tersebut, Nafis.

Ain : Umur Nafis berapa?

Nafis : 5 tahun.

Ain : Dah makan ke belum? Makan apa?

Nafis : Dah. Makan ‘chiken ball’.

Tini : Tadi makan dengan siapa?

Nafis : Dengan Afiq.

Nur : Nama ayah apa?

Nafis : Ayah? Erm…bapak?

Ain : ha, nama bapak apa?

Nafis : Erm…

Ain : Bapak kerja apa?

Nafis : Erm…bank.

Nur : Nama emak apa?

Nafis : Erm…ibu?

Tini : Ibu kerja apa?

Nafis : kerja teacher.

Tini : Kerja apa? Oh,Ibu kerja cikgu ye. Dekat sekolah mana?

Nafis : Sekolah lain.

Ain : Nafis ada adik tak? Berapa?

Nafis : Ada (angguk kepala). Laki ada dua. Fatin tiga.

Tini : Siapa hantar pergi sekolah?

Nafis : Wan(datuk).

11
Ain : Naik apa?

Nafis : Erm…2 o’clock.

Ain : Wan hantar naik motor ke kereta ke?...

Nafis : Kereta.

Ain : Warna apa?

Nafis : Warna merah.

Nur : Nafis suka warna apa?

Nafis : Merah.

Nur : Kenapa?

Nafis : Erm…warna ‘blood’.

Ain : Nanti dah besar Nafis nak jadi apa?

Nafis : Nak makan.

Tini : Makan apa?

Nafis : Makan ayam.

Ain : Nanti dah besar Nafis nak jadi apa?

Nafis : Tak tau.

Nur : Kenapa Nafis nak makan ayam? Oh, nanti dah besar Nafis nak buka restoran?

Jual ayam?

Nafis : Erm…tak tau.(geleng kepala)

Tini : Nafis suka tengok cerita kartun tak?

Nafis : Suka.

Tini : Cerita apa?

Nafis : Ultraman Max.

Ain : Kenapa suka cerita tu?

Nafis : Erm…

12
3.5) ANALISIS MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Berdasarkan pemerhatian beserta temubual saya bersama Nafis, saya


mendapati bahawa dia menghadapi banyak masalah dari aspek bahasa dan
komunikasi. Seperti sedia maklum, aspek-aspek yang terkandung dalam masalah
bahasa ialah fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan juga pragmatik. Aspek
masalah bahasa yang pertama adalah dari segi fonologi. Dalam hal ini, dia tidak dapat
menuturkan sesuatu perkataan dengan betul. Misalnya, dia menyebut perkataan
‘chiken ball’. Bagi sebutan dan ejaan yang betul ialah ‘chicken ball’. Menerusi contoh itu
tadi, dia juga boleh dikategorikan sebagai pelat. Malah, dia juga sukar menyuarakan
fonem (satuan bunyi) dan membentuk fonem tersebut menjadi sebuah perkataan.
Keadaan ini dapat ditonjolkan apabila saya dan rakan yang lain menyuruhnya mengeja
nama salah seorang daripada kami yang terdapat pada tag nama sebelum memulakan
sesi temubual. Namun begitu, dia tidak dapat memberikan respon yang positif terhadap
kami. Dia kelihatan terpinga-pinga untuk mengeja nama tersebut. Malah, dia juga
lambat untuk memberi tindak balas apabila diajukan soalan dan nampak teragak-agak
untuk menjawab soalan.

Aspek yang seterusnya adalah dari segi semantik. Dalam keadaan ini, dia tidak
dapat memahami sesuatu konsep yang sama. Hal ini kerana, dia tidak dapat
memahami maksud sesuatu perkataan yang sinonim. Dalam sesi temubual, saya telah
menanyakan kepadanya tentang nama ayahnya. Misalnya, “Nafis, siapa nama ayah?”.
Namun begitu, dia tidak faham akan maksud perkataan tersebut. Hal ini kerana, dia
sudah biasa memanggil ayah dan maknya sebagai “bapa” dan “ibu”.
Walaubagaimanapun, dia tidak mampu untuk menjawab soalan tersebut setelah saya
membetulkan nama panggilan tersebut. Selain itu, murid ini juga kurang memahami
maksud ayat yang saya sampaikan. Misalnya, saya telah bertanya “Nanti dah besar
Nafis nak jadi apa?”. Lantas dia menjawab bahawa dia “nak makan”. Menerusi ayat
tersebut, di sini jelas membuktikan bahawa dia tidak menjawab kepada soalan yang
diajukan kepadanya.

13
Di samping itu, aspek masalah bahasa yang terdapat padanya ialah dari segi
sintaksis. Dalam hal ini, Nafis tidak dapat membina ayat dengan menggunakan
perkataan yang sesuai. Misalnya, Nafis ingin menyatakan bahawa beliau menangis.
Namun, beliau berkata bahawa “tadi Nafis teriak”. Melalui pemerolehan saya, Nafis
menggambarkan perkataan ‘teriak’ sebagai ‘menangis’. Selain itu, nafis tidak dapat
mengutarakan pendapat yang kompleks. Dalam keadaan ini, saya telah menyuruhnya
untuk menceritakan serba sedikit tentang cerita animasi kegemarannya. Jadi, dia
mengatakan bahawa dia sangat menggemari ‘Ultraman’. Namun begitu, dia tidak dapat
menyalurkan pendapatnya walaupun dia sudah mempunyai idea. Hal ini kerana, dia
tidak dapat menginterpretasikan idea tersebut. Malah, dia juga tidak dapat membina
ayat mudah. Misalnya, saya telah menyoal “Nafis ada adik tak? Berapa?”. Kemudian,
dia menjawab “ada. Laki dua. Fatin tiga”. Ayatnya yang ringkas ini menandakan
bahawa dia tidak pandai dalam menyusun ayat dengan baik.

14
3.6) IMPLIKASI MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Dalam masa yang sama, Nafis juga turut mengalami kesan terhadap masalah
bahasa dan komunikasi yang dialaminya dalam kehidupan seharian. Impak pertama
yang dapat dikenalpasti ialah dari segi penilaian akademik. Dalam hal ini, dia
mengalami kesulitan dalam menyusun idea. Keadaan ini dapat ditonjolkan menerusi
cerita animasi kegemarannya. Misalnya, Ultraman. Selain itu, dia turut mengalami
kesulitan dalam menghasilkan bunyi. Malah, dia juga menghadapi masalah dalam
mengecam fonem. Misalnya, fonem /b/ dan /d/. Seterusnya, dia juga mengalami
masalah dalam memilih perkataan yang sesuai.

Selain itu, impak kedua yang dapat dikenalpasti ialah dari segi fungsi kognitif.
Berdasarkan pemerhatian saya, dia mengalami masalah dalam mengatur dan
menyusun maklumat yang perlu diingat kembali. Malah, dia juga memberi tindak balas
yang lambat ketika ingin membalas semula pendapatnya kepada saya. Keadaan ini
terbukti apabila dia diajukan beberapa soalan. Tetapi, dia tidak dapat menjawab soalan
tersebut. Dalam hal ini, dia juga tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian, lalai dan
leka terhadap sesuatu perkara. Hal ini kerana, fikirannya sentiasa tertumpu kepada
perkara selain daripada pokok perbincangan yang diusulkan.

Di samping itu, tingkah laku merupakan impak ketiga yang dikenalpasti. Melalui
pemerhatian yang saya peroleh, Nafis tidak mempunyai sebarang masalah dalam
berinteraksi dengan orang lain. Walaubagaimanapun., kemungkinan besar dia akan
mengalami kekecewaan sekiranya dia tidak memiliki apa yang dia inginkan. Jadi, ibu
bapa haruslah memainkan peranan untuk berdiplomasi secara baik dengan anak
seperti ini. Selain itu, dia juga sudah pasti menarik diri daripada berinteraksi dengan
orang lain. Keadaan ini boleh terjadi sekiranya dia berasa bosan dengan persekitaran
orang ramai di sekelilingnya.

Akhir sekali, impak terakhir yang dapat dikenalpasti ialah dari segi interaksi
sosial. Antaranya ialah dia turut mengalami kesulitan dalam meneruskan atau
menyertai perbualan. Selain itu, murid ini juga turut menghadapi masalah untuk
mematuhi peraturan-peraturan dalam permainan. Dalam hal ini, Nafis gagal dalam

15
mengikut arahan yang telah diberikan kepadanya. Malah, besar kemungkinan dia
enggan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Sekiranya perkara ini terjadi, maka
secara tidak langsung keadaan ini akan menjadikan mereka berasa terpinggir dengan
kanak-kanak yang lain.

16
3.7) INTERVENSI AWAL ATAU CADANGAN

Sepertimana sedia maklum, Nafis merupakan murid yang menghidap penyakit


Disleksia. Jadi, dia juga tergolong dalam murid berkeperluan khas yang bermasalah
dalam pembelajaran. Oleh itu, terdapat pelbagai pendekatan serta kaedah yang boleh
digunakan untuk membantunya mengatasi atau mengurangkan masalah tersebut. .

Salah satu daripadanya ialah kita perlulah menjalankan ujian Diagnostik terlebih
dahulu terhadap murid berkeperluan khas. Melalui ujian tersebut, kita dapat
mengenalpasti dengan lebih terperinci daerah-daerah kelemahan dalam membaca,
mengeja, menulis, dan masalah-masalah yang berkaitan dengan disleksia untuk tujuan
pembelajaran dan pengajaran. Malah, kita juga dapat mengenalpasti kekuatan serta
kelemahan yang terdapat padanya. Menerusi aspek ini, murid dapat memperbaiki
kelemahan diri di samping mempertingkatkan kekuatan diri yang sedia ada padanya.
Selain itu, kita perlu mengenalpasti bakat, kebolehan atau kemahiran khusus yang
dimiliki. Malah, kita juga boleh memberi sokongan dengan cara menggilap bakat atau
kebolehan yang sedia ada pada mereka. Melalui sokongan yang diberikan, mereka
sudah pasti akan berasa dihargai.

Di samping itu, model inklusif turut disediakan untuk murid yang mengalami
masalah disleksia yang ringan. Dalam kelas ini, hanya matapelajaran Bahasa Melayu
akan diadakan di kelas khas. Manakala, matapelajaran yang lain diinklusifkan di kelas
biasa. Kadangkala, murid akan belajar di kelas sama ada dalam matapelajaran bahasa
Melayu atau dalam pelajaran yang lain sekiranya perlu. Dalam model inklusif ini, Guru
khas disleksia akan membantu guru kelas dari segi melaksanakan kerja-kerja bertulis.
Seterusnya, terdapat juga model kelas khas yang disediakan untuk murid yang
mengalami masalah disleksia yang teruk. Menerusi kelas ini, guru juga perlu
menggunakan pelbagai strategi yang khusus untuk murid yang bermasalah dalam
pembelajaran. Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan
turut digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Malah, hanya
matapelajaran yang tertentu akan diinklusifkan dalam kelas ini.

17
Seterusnya, kita juga haruslah mengenalpasti sama ada golongan murid seperti
ini mempunyai sebab-sebab yang boleh menjejaskan prestasi dalam pencapaian
akademiknya. Dalam hal ini, murid ini mungkin menghadapi tekanan emosi di rumah.
Hal ini kerana, ahli keluarganya terutama kedua ibu bapanya memberikan penekanan
yang sangat tinggi terhadap anaknya supaya mendapat keputusan yang cemerlang dari
segi akademik. Jadi, sedikit sebanyak keadaan ini turut mempengaruhi emosi murid
tersebut sehingga menjejaskan prestasi pelajarannya. Dengan berbuat demikian, kita
juga akan dapat mendekati murid tersebut dengan lebih mesra dan rapat mengikut
gaya tersendiri.

Di samping itu, kita haruslah berfikiran kreatif dan inovatif dengan menggunakan
pelbagai pendekatan untuk menarik minat murid serta meningkatkan motivasi dalam
dirinya. Menerusi pendekatan tersebut, murid tidak akan berasa bosan kerana sering
menggunakan pendekatan atau kaedah pembelajaran yang sama. Dalam masa yang
sama, motivasi juga turut meningkatkan kesedaran murid tentang betapa pentingnya
pendidikan bagi mereka. Tambahan pula, kita haruslah memahami gaya pembelajaran
kanak-kanak Disleksia. Keadaan ini juga mampu memudahkan kita sendiri sekiranya
kita berbuat demikian. Hal ini kerana, kita sudah mengetahui selok-belok untuk
mengajar mereka dengan menggunakan kaedah pengajaran yang berlainan daripada
murid biasa.

Selain itu, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan berfokus kepada
kaedah pengajaran. Salah satu daripadanya ialah dengan menggunakan pelbagai jenis
deria yang terdapat pada anggota tubuh badan kita. Antaranya ialah deria penglihatan,
deria rasa, deria sentuhan, deria bau, deria pendengaran dan sebagainya. Misalnya,
kita boleh menggalakkan mereka menulis di atas pasir dengan membina pelbagai
bentuk-bentuk huruf. Tambahan pula, kita haruslah kerap mengulangi apa yang telah
kita buat khususnya dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, kita akan dapat
memantapkan serta mengukuhkan fahaman dan ingatan melalui cara yang berbeza.

Seterusnya, kita haruslah memupuk sifat otomatik dalam diri murid tersebut.
Berdasarkan sifat ini, kita lebih menumpukan kepada kemahiran asas. Misalnya, kita
akan menyuruh murid itu mengenali sesuatu huruf dan perkataan yang semestinya

18
menjadi otomatik sebelum daya pemikiran boleh digunakan untuk fahaman terhadap
sesuatu ayat. Selain itu, kita juga harus menekankan pengajaran yang bersifat struktur
dan turutan. Dalam hal ini, kita akan mengajar mereka dengan bertindak dari unit kecil
dalam turutan yang jelas. Contoh di sini ialah penggunaan nombor mengikut turutan.
Tambahan lagi, kita juga perlu menyuruh mereka mengusahakan sesuatu perkara
dengan menggunakan langkah yang kecil serta berperingkat.

Sehubungan itu, kita juga boleh menggunakan pendekatan pengajaran yang


berbentuk kumulatif. Melalui pendekatan ini, murid dapat mengaitkan maklumat baru
dengan apa yang telah dipelajari. Malah, kita juga boleh menggunakan contoh yang
berlainan untuk mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus mampu
membina keyakinan dalam diri. Seterusnya, kita perlu bertindak untuk menggunakan
pelbagai strategi dalam mengingat atau menghafal sesuatu perkara. Seperti sedia
maklum, kaedah ini biasa digunakan dalam mana-mana proses pembeljaran. Misalnya,
kita lebih bertumpu kepada peta minda ataupun lukisan carta. Melalui kaedah ini, murid
akan dapat melihat sesuatu aliran itu berlaku dengan lebih jelas lagi.

19
4.0 KESIMPULAN

Pendidikan khas ialah kaedah pengajaran untuk kanak-kanak istimewa seperti


kanak-kanak yang cacat penglihatan, cacat pendengaran, cacat akal dan termasuk juga
kanak-kanak pintar. Program pendidikan khas ini memerlukan guru yang terlatih,
penglibatan pelbagai kepakaran, kurikulum khas dan kaedah pengajaran khas. Program
ini terdiri daripada pendidikan inklusif, pelajar khas belajar dengan pelajar biasa,
pendidikan individu dan pendidikan pemulihan serta pengayaan.

Dalam masa yang sama, guru haruslah menggunakan pelbagai strategi dealam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, sedikit sebanyak kita dapat
meningkatkan tahap perkembangan kognitif mereka khususnya dalam pembelajaran.

Peranan ibu bapa juga amat penting untuk untuk membantu kanak-kanak yang
bermasalah dalam pembelajaran. Kebiasaannya, masalah tersebut datangnya daripada
ahli keluarga itu sendiri. Mereka seharusnya memberi sepenuh perhatian terhadap
golongan kanak-kanak seperti ini supaya mererka tidak akan berasa terpinggir dengan
orang lain.

20
5.0 REFLEKSI

Kajian tentang murid berkeperluan khas ini merupakan kajian pertama bagi saya.
Hal ini kerana, saya dikehendaki untuk mengenalpasti masalah-masalah yang terdapat
pada bahasa dan juga komunikasi. Untuk makluman, saya telah memilih Sekolah
Kebangsaan Jalan Dato’ Kumbar sebagai bahan untuk kajian saya. Dalam masa yang
sama, saya berasa agak teruja untuk berjumpa dengan murid-murid berkeperluan khas.
Hal ini kerana, saya tidak mengetahui bagaimana tingkah laku mereka semasa berada
di sekolah.

Setibanya di sekolah, saya dibawa ke kelas pendidikan khas. Saya berasa


sangat teruja kerana kelas tersebut mempunyai tenaga pengajar yang ramai. Suasana
di dalam kelas juga sangat meriah dan kelihatan ramai murid pendidikan khas terhibur
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pada waktu itu, guru
matapelajaran muzik tersebut telah mengajar mereka menyanyi. Hal ini menunjukkan
bahawa guru tersebut memainkan peranan penting dalam memastikan kepentingan
pendidikan muridnya dipenuhi. Malah, guru juga turut mempelbagaikan strategi
pengajaran supaya dapat menarik minat murid untuk belajar. Tambahan lagi, semangat
yang dipamerkan oleh guru semestinya mempengaruhi tahap perkembangan kognitif
murid khususnya dalam pembelajaran.

Di samping itu, saya turut berasa sangat bangga dengan diri mereka. Hal ini
kerana, mereka merupakan golongan kanak-kanak istimewa yang senantiasa ceria
menjalani kehidupan mereka. Mereka tidak pernah merungut walaupun memiliki
kecacatan dari segi fizikal. Dalam masa yang sama, saya menganggap bahawa
kecacatan yang mereka miliki sebenarnya merupakan satu keistimewaan yang tidak
ternilai. Saya juga berasa diri ini terlalu kerdil kerana tidak dapat menandingi
keistimewaan yang ada pada mereka. Oleh itu, kita seharusnya bersyukur dengan apa
yang kita miliki. Tambahan pula, sudah semestinya, pengalaman bersama-sama
dengan mereka merupakan suatu pengalaman yang amat berharga.

21
6.0 BIBLIOGRAFI

22
LAMPIRAN

23

Anda mungkin juga menyukai