Anda di halaman 1dari 6

LATIHAN TEORI SET 2:

Bahagian A
1. a. Komunikasi Visual
Perhubungan secara langsung antara penyampai dan masyarakat untuk menyampaikan
maklumat atau mesej melalui reka bentuk grafik dalam bentuk melalui penglihatan seperti
poster, iklan, papan tanda, kulit buku dan lain-lain lagi. Media yang popular digunakan
seperti media certak dan media elektronik.

b. Reka Bentuk Teknologi


Reka bentuk teknologi merangkumi bebrapa bidang seperti reka bentuk industri, reka
bentuk tekstil, reka corak kain, batik cap dan batik lukis serta jenis, sifat kain dan eknik. Rea
bentuk seramik berkaitan dengan reka bentuk dan reka corak tembukar serta bahan dan
teknik. Reka bentuk fesyen berkaitan dengan ilustrasi fesyen pakaian, warna corak, jenis dan
sifat. Reka bentuk logam halus berkaitan dengan aktiviti pertukangan. Bahannya ialah perak,
tembaga dan besi.

c. Reka Bentuk Persekitaran


Kemahiran mengolah persekitaran berpandukan pengetahuan seni visual yang
meggabungkan elemen ruang, alam semula jadi dan objek buatan manusia supaya
persekitaran lebih menarik, Mengutamakan konsep, fungsi dan nilai estetik.

2. a. Unsur seni yang mempunyai keragaman atau kelainan. Apa yang dimaksudkan dengan
keragaman ialah kelainan dari segi sifat, saiz dan jenis.

b. Kepelbagaian yang diaplikasi dalam karya seni visual adalah dari segi susunan atau reka
letak. Susunan atau reka letak merupaan satu peraturan yang tidak khusus kerana tidak
perlu berlakunya pengulangan dalam rupa, saiz dan sifat yang sama tetapo berlainan.
Susunan lebih bebas kerana tidak mengikut urutan.

3. a. Logo berkenaan adalah logo representasi, kerana imej yang terdapat dalam logo Pesta
Bola Merdeka adalah bunga raya dan bla yang memberi pengertian tertentu.

b. i. Imej utama
Imej utama dalam logo berkenaan adalah bola dan bunga raya. Bola lambing kepada
pertandingan yang akan diadakan sempena dengan kemerdekaan Malaysia.
Manakala bunga raya adalah bunga yang menjadi lambang kepada negara kita.

ii. Pemilihan warna


Pemilihan warna yang sama berwarna merah melambangkan semangat yang jitu.
Oleh sebab itu warna yang dipilih adalah warna mono merah.

iii. Kesan Visual


Bentuk ringkas dan distailisasikan dengan gaya baru kelihatan seperti rupa
geometrical dan organik.
4. F1 Satu nostalgia
Pin baju ini mengingatkan kita mengenai kehidpan masa lalu sewaktu kana-kanak ketika
memakai lampin. Di waktu itu tidak ada “pampers” seperti sekarang setelah digunakan akan
dibuang tetapi hanya menggunakan lampin untuk kanak-kanak supaya mudah buang air kecil
atau buang air besar setelah kotor dibasuh dan digunakan semula.

F2 Mengindahkan persekitaran
Arca replica ini dapat mengindahkan kawasan. Dalam aliran Pop Art biasanya arca yang
dihasilkan berdasarkan ime yang popular. Semua orang mengenali dan menggunakannya.
Secara tidak langsung arca berkenaan akan mengindahkan kawasan tersebut kerana warna
dan reka bentuknya.

F3 Mengimbangi kehidupan flora dan fauna


Pengarca seorang yang bijak kerana arca berkenaan merupakan objek buatan manusia.
Apabila dibina di kawasan taman rekreasi secara tidak langsung dapat mengimbangi
persekitaran yang dipenuhi dengan alam semula jadi dan diimbangi dengan objek buatan
manusia.

Bahagian B
5. a. Gaya
F1 Gaya keanak-anakan (naif)
Merujuk kepada karya Aishah Nasronm gaya catan berkenaan adalah gaya keanak-anakan.
Gambaran imej yang tidak realistic seperti bangunan, awan yang dihasilkan oleh kanak-
kanak. Selain daripada itu lukisan berkenaan tidak menggunakan kadar banding yang betul
antara objek yang dilukis.

b. Warna
F1 warna yang cerah atau kontras atau menarik
Penggunaan warna yang mentah iaitu warna daripada tiub, tidak banyak menggunakan
campuran warna. Warna yang digunakan lebih kepada ekpresi pelukis yang berjiwa kanak-
kanak dengan warna yang terang seperti kuning dan warna yang kontras seperti biru dengan
kuning. Warna yang diaplikasikan untuk mewujudkan suasana yang gembira.

c. Perasaan
F1 Ceria atau gembira
Perasaan mempunyai kaitan dengan jiwa dan ekspresi pelukis. Apa yang selalu digambarkan
oleh kanak-kanak adalah berkaitan dengan keindahan alam sejagat iaitu kehidupan flora
seperti pokok dan rumput yang subur. Kehidupan fauna pula ialah rama-rama yang boleh
terbang bebas. Cuaca yang baik dengan cahaya yang cerah dan terang benderang dijelaskan
dengan pancaran matahari. Gambaran yang jelas melalui karya adalah gambaran persaan
yang ceria dan gembira.
6. F1 Ukiran rumah Melayu Tradisional
Nilai tradisi adalah budaya yang diamalkan pleh masyarakat terdahulu dan masih diguna
pakai oleh masyarakat masa kni dalam kehidupan mereka. Nilai tradisi berkenaan adalah
mengenai reka corak ukiran kayu rumah Melayu tradisional. Nilai tradisi berkenaan
digunakan oleh Ruzaika Omar Basree dalam karya catan bersiri beliau iaitu “Siri Dungun.”

F2. Seni Silat


Nilai Tradisi yang lain adalah seni silat. Seni silat merupakan satu cabang seni untuk
mempertahankan diri yang digunakan oleh masyarakat melayu zaman dahulu. Nilai tradisi
berkenaan diijadikan sebagai idea utama dalam penghasilan karya Amron Omar untuk
menyampaikan mesej dalam catan bersiri beliau iaitu pertarungan.

F3 Seni batik
Batik terbahagi kepada dua iaitu batik cetak dan batik lukis. Seni batik merupakan satu seni
yang telah dihasilkan oleh pengusaha batik di pantai timur sejak dahulu lagi. Fungsi utama
batik pada ketika itu ia dijadikan pakaian untuk kegunaan harian. Kini seni membuat batik
telah digunakan oleh pelukis tempatan untuk penghasilan catan. Pelukis yang masyhur
mengggunakan teknik batik seperti Khalil Ibrahim, Chuah Thean Teng, Tay Moy Leong,
Hashim Hassan dan ismail Mat Hussin.

7. Pendahuluan
Kemahiran mengolah ruang berdasarkan pengetahuan seni visual, menyesuaikan perabot,
warna, barang hiasan, peredara udara dan cahaya supaya selesa. Keutamaannya oalah
konsep, fungsi dan nilai estetik. Pelan konsep hiasan dalaman biasanya untuk rumah
kediaman, pejabat dan ruang perniagaan yang mempunyai fungsi tertentu.

i. Elemen
F1 aksesori
Elemen utama dalam reka bentuk hiasan dalaman ialah kesesuaian ruang yang sedia
ada. Contoh ruang untuk pejabat. Apakah peralatan dan aksesori yang perlu ada.
Seterusnya susunan atau reka letak perabot adalah amat penting dalam sebuah
pejabat kerana kelihatan teratur dan cantik. Akhir sekali warna blik yang serasi
dengn peralatan serta aksesori yang digunakan.

ii. Peranan
F1 Keselesaan
Peranan utama dalam pelan konsep hiasan dalaman adalah untuk fungsi dan nilai
estetik. Jika ruang pejabar bagaimana suasana ketika bekerja adakah merasa
seronok atau bosan. Adakah kita merasa selesa dan mesra pengguna terutama
pejabat yang selalu berurusan dengan pelanggan. Banyak perkara yang perlu
difikirkan dari aspek peranan dalam pelan konsep seni reka bentuk hiasan dalaman.
Papan penunjuk arah, nama kakitangan dan tugasnya perlu ada dalam pelan konsep
reka bentuk hiasan dalaman untuk memudahkan pelanggan.

Rumusan
Kesimpulan yang boleh dibuat dalam pelan konsep reka bentuk hiasan dalaman
adalah menekankan dua perkara utama iaitu fungsi dan nilai estetik. Dari segi fungsi
mesti mengutamakan keselesaan dan mesra pengguna terutama reka bentuk hiasan
pejabat dan ruang perniagaan yang sering berhubung dengan pelanggan.
Kemudahan lain pun penting seperti tempat duduk dan sudut pembacaan supaya
pelanggan tidak merasa bosan ketika menunggu urusan dapat diselesaikan.

8. Pendahuluan
Hashim Hasan dilahirkan dalam tahun 1936. Mendapat pendidikan di Croydon of Art College,
di London. Beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar di Universiti Teknologi Mara dan
berpindah ke Universiti Industri Selangor. Beliau telah menghasilkan lukisan batik yang
berjudul “Pencerobohan” dalam tahun 1987 menggunakan bahan akrilik.

a. Motif
F1 Motif flora dan fauna
Motif merupakan sumber idea dalam penghasilan reka corak catan batik yang dihasilkan
oleh Hashim Hasan dalam karyanya yang berjudul “Pencerobohan.” Dalam karya beliau
terdapat dua motif utama iaitu flora dan fauna. Motif flora yang terdapat dalam
karyanya seperti daun dan bunga. Manakala fauna pua ialah tiga ekor burung.

b. Makna
F1 Konflik
Setiap karya yang dihasilkan ole pelukis mesti mempunyai makna tertentu seperti yang
terdapat dalam karya Hashim hasan. Merujuk kepada karya terdapat konflik atau
pergaduhan di antara dua ekor burng. Burung yang sedang bersengketa itu terdapat
burung yang membawa watak baik dan seekor lagi membawa watak jahat. Burung yang
baik cuba mempertahankan kawasannya daripada diceroboh oleh burung yang
membawa watak jahat.

Rumusan
Kesimpulannya karya Hashim Hassan yang berjudul “Pencerobohan” telah berjaya
menyampaikan makna melalui motif flora dan fauna melalui karyanya. Keberkesanan tema
karya berkaian dengan pencerobohan amat jelas. Ini digambarkan melalui visual satelit di
bahagian atas catan. Satelit juga memberi maksud pencerobohan maklumat melalui ruang
udara. Akhir sekali makna yang ining disampaikan ialah mengenai kemanan. Simbol
kemanan yang berjaya digambarkan merupakan satu imej burung merpati yang berwarna
putih.
Bahagian C

9. F1 Realisme
Realisme merupakan satu gaya atau aliran seni dalam sejarah perkembangan seni visual.
Realisme memberi maksud subjek yang dilukis secara realistek dan menyamai objek sebenar
atau sama seperti gambar foto. Pelukis yang melukis landskap tempatan menggunakan gaya
ini adalah seperti pelukis Johan Marjonid.

F2 Impressionisme
Impressionisme juga merupakan satu gaya meluki dengan cara baru dan ianya cuba
mengalih dari kongkongan realistic atau lukisan yang mempunyai rupaya yang sama dengan
bentuk sebenar, Aktiviti melukis banyak dillakukan di luar studio, mementingkan kesan
Chaya dan baying serta suasana sesuatu tempat. Di Malaysia, ramai pelukis aliran ini sepert
Yong Mun Sen banyak mengolah landskap tempatan mengenai kampong nelayan dan Khalil
Ibrahim dengan siri Pantai Timur.

F3 Ekspressionisme abstrak
Karya yang dilukis banyak berkaitan dengan emosi, meluahkan idea, falsafah, peribadi dana
lam sejagat. Banyak mengekspresi emosi melaluii sapuan berus atau palitan warna, rupa dan
garisan. Di Malaysia terdapat beberapa orang pelukis yang mengolah landskap tempatan
menggunakan gaya ini. Syed Ahmad Jamal dengan karya Tanjung Kupang, Gunung Ledang
dan Endau Rompin. Latif Mohidin dengan karya Pemandangan 111 dan Ismail Latif dengan
karya Puncak Tarian Bintang Gunung Permata Delima.

10. Pendahuluan
Mohd Hoesein Enas dilahirkan dalam tahun 1924 di Bogor, Indonesia. Beliau tela dating ke
Malausia dalam tahun 1947. Beliau telah datan ke Malaysia dalam tahun 1947. Beliau tidak
belajar melukis secara formal cuma mendapat tunjuk ajar daripada Koima di Medan,
Indonesia. Gaya lukisan beliau adalah realistic. Antara karya beliau seperti potret diri, gadis
Melayu, gadis Iban dan lain-lain lagi. Beliau uga telah mengasaskan Majlis Kesenian dan
akhirnya ditukarkan kepada Angkatan Pelukis Semenanjung. Anugerah tertinggi adalah
pelukis Diraja Selangor dan selepas itu mendapat gelaran Dato’ kerana sumbangan dalam
seni lukis di Malaysia.

Isi:
F1 Pakaian tradisi orang Melayu
Nilai estetik adalah nilai keindahan yang terdapat dalam karya. Kebiasaannya berkaitan
dengan kebudayaan lama yang masih diamalkan dan seni tempatan. Melalui karya Mohd
Hoessein Ennas, nilai estetik yang terdapat dalam karya berkenaan adalah cara wanita
pemetik daun tembakau berpakaian. cAra mereka berpakaian ialah memakai kain yang
bercorak batik dan bertudung cara lama/

F2 Wanita yang bekerja sebagai petani


Nilai estetik seterusnnya adalah dai sudut pekerjaan sebagai pemetik daun tembakau.
Aktiviti pertanian seperti menanam pokok tembakau telah lama dilakukan di Kelanta.
Kebanyakkan pekerjaan ini dilakukan oeh kaum wanita. Keunikan disini adalah bekerja
sebagai petani teriri daripada kaum wanita dan dilakukan secara bergotong-royong.

Rumusan
Kesimpulannya, nilai estetik yang tedapat pada karya Mohd Hoessein Ennas yang berjudul
“Memetik daun tembakau,” adalah dari segi berpakaian dan pekerjaan. Selain daripada itu
kalau dilihat pada umumnya nilai estetik terdapat pada karya berkenaan kerana karya
berkenaan adalah karya lama. Dar aspek fromalnya pelukis mempersembahkan karya
berkenaan di kawasan yang mempunyai panorama yang cantik dan masih mengekalkan
keindahan alam semula jadi.

Anda mungkin juga menyukai