Anda di halaman 1dari 6

LATIHAN TEORI SET 3

Bahagian A
1. F1 Pertandingan keceriaan merdeka
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan bersa,a Jabatan Penerangan
Malaysia menganjurkan Pertandingan Keceriaan Merdeka. Tempoh penyertaan
pertandingan tesebut bermula dari 1hb Ogos sehingga 31hb Ogos 2011.

F2 kategori pertandingan dan tawaran hadiah


Dalam pertandingan hiasan jalur gemilang terdapat beberapa kategori seperti bangunan
kerajaan, bangunan swasta, sekolah, kampong, individu dan pintu gerbang. Hadiah lumayan
berbentuk wang tunai disediakan untuk para pemenang pertandingan berkenaan.

F3 Sayangi Malaysia
Matlamat atau objektif sebenar PErtandingan Keceriaan Merdeka adalah salah satu cara
memupuk atau menyemai semangat jati diri kepada rakyat supaya menyayangi Negara yang
tercinta Malaysia.

2. F1 Reka bentuk dan reka corak


Untuk mengkaji kraf tradisi iaitu labu sayong dari sudut sejarah adalah mengkaji reka bentuk
dan reka corak labu sayong berkenaan, Salah satu daripadanya dapat membantu pengkaji
bagaimana idea diperolehi untuk reka bentuk dan reka corak. Sudah pasti asal-usul kedua-
duanya daripada sumber alam yang ada di persekitaran mereka.

F2 Proses penghasilan
Pendekatan sejarah seterusnya adalah bagaimana ianya dihasilkan. Apakah bahan dan
teknik yang digunakan. Kalau begitu bahan yang digunakan adalah daripada bahan semula
jadi iaitu tanah liat yang ada di persekitaran tempat tinggal mereka. Proses penghasilannya
dilakukan menggunakan tangan.

3. a. Realisme merupakan satu aliran seni yang ada di barat. Realisme bermaksud gambaran
masyarakat sebenar termasuk masyarakat bawahan. Kerana sebelum in gambaran
masyarakat lebih tertumpu kepada golongan gereja dan bangsawan.

b. i. Ciri utama aliran ini ialah lukisan sesuatu objek menyamai objek sebenar. Sama seperti
gambar foto. Gambar figura dan landskap yang digambarkan kelihatan realistic.

ii. Gambaran kehidupan masyarakat sebenar seperti golongan gereja, bangsawan dan rakyat
jelata seperti dalam gambar karya Gustav Courbet yang berjudul “Stone breakers.” Gambar
masyarakat bawahan yang bekerja sebagai buruh pemecah batu.
4. i. Harmoni
F1 Berulang-ulang
Terdapat pengulangan unsur seni seperti warna coklat dan jingga. Selain itu pengulangan
garisan.

ii. Kepelbagaian
F1 Keragaman
Unsur seni yang pelbagai terdapat dalam karya seperti garisan yang pelbagai saiz, jenis dan
sifat. Ada yang panjang dan ada yang pendek, malah saiznya tetap tidak sama. Imej figura
juga dilukis dalam pelbagai aksi.

iii. Imbangan
F1 seimbang
Reka letak yang seimbang di antara ruang kanan dan ruang kiri. Subjek sepertii figura dan
pokok kedudukan diimbangi sebelah kanan dan ruang bahagian kiri.

iv. Makna
F1 kemasyarakatan
Imej figura dengan aksi yang pelbagai, ada lelaki, perempuan dan kanak0kanak serta
memunyai hubungan dan pertalian yang rapat di antara satu sama lain seperti dalam satu
keluarga. Mereka saling membantu dikalangan mereka. Itulah kehidupan masyarakat
sebenar yang digambarkan dalam karya “Tropical Life.”

Bahagian B
5. Pendahuluan
Aliran Surealisme adalah satu aliran seni yang menggambarkan keadaan atau situasi alam
bawah sedar. Gaya catan dilakukan secara spontan dan tanpa kajian hanya mengikut gerak
hati. Objek dalam karya digambarkan dalam keadaan yang luar biasa atau alam berkait
dengan alam fantasia atau khayalan manusia. Pelukis yang paling popular aliran ini adalah
Salvador Dali, Joan Miro dan Marxs Ernst.

F1 Imej-imej yang luar biasa


Merujuk kepada karya Salvador Dali yang berjudul “Spider of the evening” kelihatan imej
figura yang liut dan lemah longlai. Begitu juga dengan bentuk biola leadaan uang luar biasa.
Ini merupakan satu daripada ciri-ciri karya surealisme.

F2 Alam mimpi atau alam fantasi


Alam mimpi atau alam fantasi adalah keadaan yang tidak berpijak di alam nyata atau reality,
keadaan yang bertentangan dengan kehidupan sebenar. Kehidupan yang igambarkan ini
hanyalah khayalan pelukis. Pokok yang tidak berdaun, kuda keluar dari botol, imej figura
dengan tangan yang kurus dan panjang seolah-olah sudah tidak mampu menggesek biola.
Rumusan
Surealisme adalah bertentangan dengan realisme. Maksudnya ia tidak digambarkan dalam
keadaan yang sebenarnya. Banyak imej yang distailisasikan dalam wajah yang baru. Keadaan
yang luar biasa dan menakutkan. Gambaran yang diaplikasikan dalam karya hanyalah
khayalan pelukis yang lari dari reality kehidupan. Walau bagaimanapun ia juga satu kreativiti
dalam penghasilan karya kerana pelukis mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

6. a. Kreativiti
F1 Hasilkan ciptaan baru
Peranan seni visual dari aspek psikologi dapat membantu seseorang memperkembangkan
daya kreativitinya. Kesannya seseorang menjadi lebih kreatif dan dapat mencipta sesuatu
yang baru. Contoh, mencipta satu aliran baru dalam sejarah seni.

b. Sensitiviti
F1 Prihatin kepada budaya sehari-hari
Pembelajaran seni visual menjadikan seseorang peka dengan persekitaran mereka dan
berkebolehan untuk menghayati. Contoh karya Mansor Ghazali bertajuk “Ke Warung” tahun
1987. Mengingatkan budaya masyarakat kita lebih suka minum dan makan di warung
daripada minum di rumah.

c. Daya imaginasi
F1 Membantu mendapatkan idea atau ilham
Melalui pembelajaran seni visual dapat meningkatkan daya imaginasi seseorang. Selain itu
seni visual juga membantu mendapatkan idea atau ilham ketika berkarya. Malah kita juga
boleh membayangkan sesuatu dalam fikiran kita tentang gambaran sesuatu idea.

7. Pendahuluan
Mesej dalam karya seni visual bermaksud menyampaikan pesanan atau mana melalui visual
yang tersurat atau lambang-lambang tertentu. Oleh sebab itu sebelum proses penghasilan
karya seni dilaksanakan pelukis terlebih dahulu memilih tema yang difikirkan sesuai
berdasarkan kepekaannya terhadap isu-isu semasa atau persekitaran mereka.

a. Tema
F1 Fokus utama
Tema adalah pokok perbincangan atau sesuatu yang menjadi dasar utama yang perlu
diberikan tumpuan untuk diterjemah dalam karya seni visual. Sebagai contoh temanya
adalah berkaitan dengan kemanusiaan. Maka apakah visual yang akan diutarakan dalam
karya. Sebab fokus kira yang utama adalah memililh subjek yang sesuai dan berkaitan
dengan nilai kemanusiaan.
b. Hal benda
F1 Objek yang dipilih
Hal benda adalah visual atau objek yang difikirkan sesuai dan mempunyai hubungan
yang rapat dengan tema. Sebagai contoh kalau temanya berkaitan dengan “Nilai
kemanusiaan” hal bendanya mesti berkaitan dengan penderaan, kezaiman dan
kemusnahan. Maka ditegaskan di sini objek yang sesuai dan berkaitan dengan
penderaan adalah gambar kana-kanak mangsa penderaan.

Rumusan
Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan pertalian tema deangan hal benda maka mesej
dapat disampaikan melalui karya seni visual. Sekirannya bertemakan kemanusiaan maka
imej utamanya yang sesuai adalah kanak-kanak mangsa penderaan. Barulah mesej mengenai
nilai kemanusiaan dapat disampaikan kepada audien. Walaubagaimanapun ia masih tidak
mencukupi kerana ia belum diaplikasikan dalam karya sebenarnya tetapi masih lagi menjadi
idea utama. Ekspresi warna, teknik dan media yang digunakan dalam penghasilan karya juga
boleh menyumbang kepada keberkesanan mesej yang disampaikan.

8. Pendahuluan
Pengiklanan merupakan satu bidang yang paling popular dalam media eletronik.
Kebanyakkan iklan pada masa kini lebih realistik kerana mempunyai audio dan visualnya
yang hidup, ada dalam bentuk animasi dan ada dalam bentuk realistik. Kalau dahulu iklan
hanya boleh didengar di radio tetapi kini boleh dilihat di televisyen dan papan peraga
billboard. Iklan juga merupakan satu alat penyampai maklumat daripada pengeluar
barangan kepada golongan sasaran iaitu pengguna.

F1 membuat perbandingan
Melalui iklan bukan sahaja maklumat mengenai barangan sahaja yang pengguna dapat
tetapi melalui iklan juga menggalakkan kita berfikir. Sebagai contoh iklan beberapa buah
kereta keluaran terbaru daripada syarikat pengeluar kereta iaitu Honda, Nissan, Proton,
Perodua dan Toyota. Kita sebagai pengguna kita berhak memilih yang mana satu paling
sesuai untuk kita miiki. Semua kereta yang diiklan cantik, bergaya dan kelas yang tersendiri.
Kita sebagai pengguna mesti berfikir tentang kemampuan kita. Kita mampu membuat
perbandingan sebelum membuat pilihan yang muktamad. Cara kita berfikir membuat
perbandingan, menilai kemampuan kita dan akhirnya membuat keputusan itu juga salah
satu daripada unsur pendidikan.

F2 Cara penggunaan
Melalui iklan juga terdapat unsur pendidikan seperti iklan ubat gigi Colgate, Darlie dan
Zaitun untuk penjagaan kesihatan gigi. Iklan ubat gigi memberi panduan kepada ita
bagaimana kaedah memberus gigi dengan betul dan menjaga kesihatan gigi supaya tahan,
kelihatan cantik dan nafas tidak berbau.
Rumusan
Kesimpulannya melalui iklan bukan sahaja kita memperolehi maklumat tetapi terdapat
bentuk pendidikan yang boleh membantu kita berfikir untuk menilai yang mana boleh
memberi kebaikan dan memberi kesan yang negatif. Melalui iklan kita boleh membuat
perbandingan sebelum membuat keputusan yang bijak dan panduan mengenai kesihatan.
Selain memberi maklumat, memberi peringatan dan memberi panduan iklan juga boleh
memberi hiburan. Kadang-kadang dalam dialog dan aksi terdapat unsur sindiran kepada kita
sebagai pengajaran.

Bahagian C

9. Pengenalan
Stailisasi bermaksud pengayaan atau imej asal yang diubah suai dalam bentuk yang baru
seperti Motif Pucuk Kacang, Sulur Keladi dan Oucuk Bakung telah digayakan dalam bentuk
baru dengan lenggok yang lembut mewujudkan satu persembahan gubahan yang dinamik.
Ciri-ciri stailisasi dalam reka corak batik adalah seperti berikut:

F1 Penggabungan motif-motif untuk mewujudkan kesatuan


Penggabungan reka corak dari motif flora, fauna, geometrid an kosmos dapat mewujudkan
satu rekaan yang menarik. Contoh reka corak batik cap. Terdapat unsur flora iaitu tumbuhan
seperti bunga, daun, dan ranting. Fauna seperti burung merak, sayap geruda dan bahagian
kepala kain terdapat motif pucuk rebung atau lawi ayam dan geometri. Penggabungan
kesemua motif ini akhirnya mewujudkan satu kesatuan yang menarik.

F2 Pengulangan corak atau motif supaya kelihatan harmoni


Mengikut prinsip rekaan harmoni bermaksud sesuatu yang dilukis berulang-ulang. Dalam
reka corak batik tempatan seperti motif pucuk rebung, rama-rama, burung merak dan
burung geruda dibentuk dalam gaya organic. Motif tersebut dicetak dan disusun berulang-
ulang supaya kelihatan harmoni.

Rumusan
Dalam penghasilan reka corak batik tempatan, penggunaan motif kebanyakkan telah diubah
suai terutama sekali imej binatang. Imej binatang ini distailisasikan dalam rupa dan bentuk
baru. Penciptaan reka corak pada kain biasanya menggunakan unsur tumbuhan dan bunga.
Pada kaki kain pula menggunakan motif rebung. Kebanyakkan reka corak batik tempatan
kebiasaannya terdapat unsur penggabungan motif flora dengan fauna, pengulangan dan
pemenuhan ruang. Inia mat penting kerana dengan adanya stailisasi dalam reka corak akan
meningkatkan lagi nilai estetik corak tersebut.
10. Pendahuluan
Asal usul keris ini daripada kerajaan Majapahit dan tersebar di kepulauan Melayu. Keris
merupakan senjata bagi masyarakat Melayu tradisional untuk bertarung atau
mempertahankan diri. Keunikan reka bentuknya ia dianggap sebgai senjata yang sakti dan
mempunyai kuasa yang luar biasa sepertii Keris Tamingsari. Senjata tradisional ini juga
dianggap sebagai lambang kebesaran dan kekuasaan Raja-Raja Melayu sebagai sebuah
kerajaan yang berdaulat dan lambang kepahlawanan.

F1 berkaitan dengan sejarah Negeri Melaka


Sebuah arca keris di Alor Gajah, Melaka seperti yang terdapat dalam gambar mempunyai
nilai estetik tersendiri. Keris mempunyai pertalian sejarah dengan kerajaan Melayu Melaka
pada masa dahulu. Iaitu semasa Negeri Melaka diperintah oleh kerajaan beraja. Pada zaman
itu Negeri Melaka sebuah negeri yang berdaulat dan kuat, pelabuhan yang maju dan dikenali
di seluruh dunia.

F2 Lambang kepahlawanan
Arca keris juga berkait rapat dengan legenda Pahlawan Melayu Melaka yang terbilang lima
bersaudara. Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi. Hang Tuah
pula digambarkan sebagai seorang laksamana yang mat hebat dengan ilmu
kepahawanannya dan mempunyai kaitan dengan kesaktian Keris Tamingsari yang dimiliki.

Rumusan
Kesimpulannya arca keris yang terdapat di alor Gajah Melaka mempunyai nilai estetiknya
yang tersendiri. Arca keris bukan sahaja terletak kepada nilai keindahan dari segi reka
bentuk, reka corak dan fungsinya sebagai senjata tradisi tetapi juga sebagai lambang
keagungan, kedaulatan dan kebesaran Kerajaan Melayu Melaka pada masa lalu. Keris juga
lambang kepahlawanan, kesatriaan dan jati diri semangat orang Melayu. Begitu juga
dedngan ketokohan dan kepahlawanan Hang Tuah yang dikaitkan dengan kekuatan kerajaan
Melayu Melaka

Anda mungkin juga menyukai