Anda di halaman 1dari 7

LATIHAN TEORI SET 6

Bahagian A
1. a. Bahan
F1 Bahan semula jadi
Proses membuat tikar pada masa dahulu menggunakan dau pandan dan mengkuang.
Kebiasaanya daun pokok ini didapati di kawasan yang atau berhampiran dengan pantai.
Bahan pewarna yang digunakan untuk mewarna adalah daripada bahan semula jadi seperti
kunyit, buah pinang masak dan buah kesumba. Tetapi di zaman moden dengan kemajuan
sains dan teknologi telah menemui bahan yang baru seperti getah, plastic dan bahan
pewarna yang baru muka digunakan untuk membuat tikar.

b. Proses penghasilan
F1 Secara manual
Penghasilan karya seni visual bahagian perekaan seperti membuat tikar adalah daripada
bahan semula jadi iaitu mengkuang dan pandan. Daun yang diambil dipotong di bahagian
hujung dan pangkal. Proses seterusnya melayur, menjangka, merendam, meraut, mewarna,
menjemur dan akhir sekali menganyam. Kesemua proses dilakukan secara manual
menggunakan tangan tetapi kini semua tetapi kini semua proses dilakukan menggunakan
mesin.

c. fungsi
F1 fungsinya
Karya seni visual bahagian perekaan iaitu hasil seni tradisi semuanya digunakan untuk diri
sendiri dan keluarga. Contoh seperti tikar pandan digunakan untuk alas tempat duduk di
lantai. Labu sayong dibuat untuk menyimpan air di rumah. Penghasilannya lambat dan
terhad. Manakala zaman moden penghasilannya banyak kerana menggunakan teknologi yng
moden tujuannya untuk komersial.

2. a. F1 realisme
Merujuk kepada karya yang berjudul “The Cleaners” alirannya adalah realisme. Aliran
realisme yang jelas terdapat dalam gambar adalah menggambarkan kehidupan masyarakat
yang sebenar-benarnya. Sebelum ini subjek utama yang dilihat dalam akrya adalah
gambaran golongan bangsawan, tentera dan gereja. Tetapi dalam karya ini adalah kelompok
masyarakat bawahan yang bekerja sebagai petani atau buruh. Lihat tiga orang wanita
sedang bekerja membersihkan ladang.

b. F1 jarak
Ruang dalam karya menunjukkan jarak. Ini dengan jelas dapat dilihat objek di bahagian,
tengah dan bahagian belakang. Ruang di antara tiga figura juga menjelaskan tentang jarak.
Penglihatan kita jelas apabila melihat tiga orang pekerja ladang di bahagian hadapan kerana
jaraknya yang hampir. Tetapi penglihatan objek yang jauh kelihatan kabur kerana jaraknya
yang jauh.
F2 Infiniti
Dalam karya Jean Francois Millet ruang yang boleh dilihat adalah ruang atmosfera dan ruang
infiniti. Ruang atmosfera adalah ruang yang ada disekeliling figura berkenaan. Manakala
ruang infiniti adalah ruang yang tiada batasnya. Ruang infiniti yang digambarkan bagaimana
ruang yang berada di langit dan ruang belakang kelihatan tiada hadnya.

3. a. Makna tersurat
F1 tulisan jawi
Merujuk kepada karya Ahmad Khalid Yusof yang berjudul “alif, ba dan ta” adalah tulisan
jawi. Oleh yang demikia makna tersuratnya ialah tulisan jawi yang berwarna hitam dan
latarnya berwarna merah lengkap di gambarkan bermula daripada huruf alif. Ba ta dan
berakhir dengan huruf ya.

b. Makna tersirat
F1 asas pendidikan agama
Makna tersirat ini boleh ditafsirkan berpandukan apa yang tersurat dalam karya berkenaan.
Oleh kerana karya tersebut menggambarkan tulisan jawi, makna tersiratnya ialah tulisan
jawi ini perlu dipelajari kerana ia merupakan asas dalam pendidikan agama terutama
membaca Al Quran. Jikalau sesiapa tidak boleh membaca Al Quran bermakna tidak boleh
menunaikan solat.

4. a. Peristiwa
F1 peristiwa sejarah
Peristiwa merupakan sesuatu yang berlaku atau sesuatu kejadian. Sejarah pula peristiwa
yang besar pernah terjadi pada masa lalu. Peristiwa sejarah ini menjadi sumber idea kepada
pengkarya untuk menghasilkan sesebuah karya berdasarkan sejarah. Contoh Anuar Rashid
dengan karya “Kelahiran Inderapura”, Ismail Zain pula dengan karya “Perkhawinan Sultan
Mansor Syah.”

F2 Peristiwa semasa
PEristiwa semasa adalah sesuatu kejadian atau peristiwa yang berlaku. Sesuatu isu yang baru
dan sedang hangat diperkatakan. Ini akan mempengaruhi idea pelukis dalam penghasilan
karya. Contoh, Syed Ahmad Jamal dengan karyanya seperti “Palestine” tahun 1983. “Area
Bosnia” tahun 1994.

b. Pengalaman
F1 pengalaman peribadi
Hampir semua pelukis melakar dan mewarna berdasarkan idea daripada pengalaman yang
mereka lalui. Pengalaman peribadi yang mereka lalui seperti pengalaman dalam perjalanan,
penyelidikan, pembelajaran dan kerika berkarya. Contoh, Abdul Latif Mohidin dengan
karyanya “Pago-pago” tahun 1963, Mansor Ghazali dengan karyanya “Ke Warung” tahun
1987 dan lain-lain lagi.
F2 pengalaman sosial
Pengalaman social adalah merupakan pengalaman yang diperolehi bersama rakan-rakan
juga boleh menjadi sumber idea ketika berkarya. Contoh, Ekspedisi PErsatuan Cat Air
Malaysia ke Melaka pada tahun 2002. Yong Look Lam dengan karya “Pemandangan
Kampung”, Dr Wong Seng Tong dengan karya “Masjid Tengkera” Rafie Abd Rahman deangan
karya “Jalan Hang Tuah” dan lain-lain lagi.

Bahagian B
5. F1 pemilihan tema dan subjek
Merujuk kepada karya Syed Ahmad Jamal yang berjudul “Endau Rompin” kita boleh
membuat penilaian terhadap kekuatan karya tesebut daripada subjek yang dipilih iaitu di
kawasan hutan simpan yang banyak khazanah negra seperti pelbagai sepsis tumbuh-
tumbuhan, serangga dan binatang. Kawasan berkenaan juga merupakan salah satu hutan
tropika yang tertua di dunia.

F2 Harmoni
Keharmonian yang terdapat dalam karya “Endau Rompin” ialah dari aspek unsur seni yang
dilukis berulang-ulang. Unsur seni yang dimaksudkan ialah warna, garisan, rupa, dan jalinan.
Sebagai contoh penggunaan warna merah, jingga, kuning, biru, ungu dan hijau yang
berulang-ulang dealam catan tersebut. Selain daripada itu digambarkan dengan warna dan
suasana Endau Rompin pada waktu malam yang kelihatan indah dan suasana yang harmoni.

F3 Kepelbagaian
Terdapat kepelbagaian unsu seni yang diaplikasi dalam catan berkenaan. Di antaranya
kepelbagaian dari segi jenis, ukuran dan sifat unsue seni seperti warna, garisan, rupa dan
jalinan. Sebagai contoh kepelbagaian dari segi susun atur garisan yang terdapat dalam karya.
Ada garisan lurus yang mendatar, condong, menegak, panjang, pendek, lebar dan halus.
Malahan terdapat juga garisan yang beralun.

6. Pengenalan
Identiti bangsa bermaksud ciri-ciri atau sifat-sifat yang boleh dijadikan sebagai tanda kepada
masyarakat yang ada di Malaysia. Terutama perkongsian amalan nilai hidup dalam
mengalamalkan kebudayaan bersama di awah satu lambang. Kebiasaannya tema berkisar
mengenai keagamaan, imej kedaerahan, perpaduan dan budaya pelbagai bangsa di
Malaysia.

F1 Pemilihan tema
Kebanyakkan pelukis selepas merdeka memilih lokasi tertentu sebagai sumber idea dalam
pengkaryaan mereka. Contoh, Khalil Ibrahim dengan siri “Pantai Timur”, Latif Mohidin
dengan siri “Langkawi”, Chuah Thien Teng dengan catan batik yang menggambarkan budaya
orang Melayu. Kebanyakkan temanya adalah peristiwa dan lokasi yang digambarkan adalah
suasana tanah air.
F2 Pemilihan warna
Kebanyakkan pengkarya mempunyai pandangan yang berbeza mengenai warna. Kadangkala
warna yang digunakan mengikut mesej yang akan disampaian melalui karya mereka. Namun
begitu pemilihan warna merupakan cerminan nilai sesiatu masyarakat atau mengikut
kepercayaan sesuatu bangsa. Contoh penggunaan warna merah bagi kaum Cina mempunyai
makna tertentu.

F3 Media dan teknik


Kepakaran pelukis Malaysia dalam sesuatu bidang telah ditonjolkan dalam karya masing-
masing. Seperti ideantiti bangsa melalui media dan teknik. Contoh, Mohd Hoessin Enas
dengan kemahirannya melukis secara realistic menggunakan pastel telah menghasilkan
karya yang bertajuk “Potret Diri”, Syed Ahmad Jamal pula dengan gaya ekspresiionis abstrak
menggambarkan imej tempatan seperti Gunung Ledang dan Tanjung Kupang.

Rumusan
Persoalan identiti bangsa berjaya diolah oleh pelukis tempatan melalui karyanya yang
bertemakan imej kedaerahan sepeti Khalil Ibrahim. Kebanyakkan karyanya berkisar kepada
kehidupan nelayan di pantai timur. Selain daripada itu pelukis juga menggunakan media dan
teknik tempatan seperti Chua Thien Teng dengan teknik batik perekaan kepada catan batik.

7. F1 Tulisan atau teks


Elemen utama reka bentuk kulit Majalah Senikini adalah teks atau tulisan. Tajuk majalah
tersebut berada dalam keadaan seimbang dan bersaiz besar. Senikini yang berwarna putih
yang dikontraskan dengan latar bewarna merah dan kelihatan jelas dilihat. Bahagian bawahh
sebelah kiri adalah teks yang menjelaskan kandungan majalah tersebut seperti pameran di
Osaka, akta baru Balai Seni Visual Negara, lelongan kedua oleh pelelong seni Henry Butcher
dan lain-lain. Sebelah kanan tercatat bilangan keluaran yang ke 13 majalah tersebut.

F2 Visual
Elemen yang seterusnya adalah visual hiasan majalah Senikini. Visual tersebut berjudul “Hari
Istimewa” karya Shia Yih Ying. Visual berkenaan juga merupakan lukisan daripada buku
kanak-kanak yang ditulis oleh Mahzani Zubedy. Walaupun imeh berbagai sepsis kucing tetapi
Konsep “Malam Istimewa” adalah menceritakan tentang perpaduan masyarakat di Malaysia
yang berbilang banga, pelbagai budaya dan agama.

F3 Warna
Elemen reka bentuk yang lain ialah warna dan logo yang terdapat dalam gubahan kulit
majalah Senikini. Logo Balai Seni Visual Negara berwarna putih kelihatan seperti mata
berada di atas huruf “I” tajuk majalah berkenaan. Warna merah mendominasi keseluruhan
kulit majalah. Namun terdapat juga warna neutral hitam dan putih terutama pada tulisan
dan dalam gamabr hiasan. WArna merah yang jelas digunakan sebagai daya penarik dan
melambangkan kehangatan perkembagan seni masa kini.
8. Pendahuluan
Pereka bentuk Jesica Goldsbro telah menghasilkan sebuah kerusi ciptaan terbaharu. Kalau
diperhatikan kerusi tersebut mempunyai keunikan yang tersendiri kerana ia memang sesuai
untuk diletakkan di bilik rehat. Keistimewaan reka bentuk kerusi berkenaa kerana ia pelbagai
guna.

F1 Warna yang cantik dan menarik


Apabila kita melihat warna yang cerah dan menarik kerana gabungan tiga warna iaitu merah,
ungu dan biru. Gabungan warna keluarga ini akan memberikan satu inspirasi kepada
pengguna kerana ini idea baru. Ia merupakan satu daya penarik kepada orang ramai dan
ingin memilikinya. Warna kerusi ini akan menyerikan lagi bilik rehat dan kelihatan romantik.

F2 ciptaan yang terbaharu


KErusi merupakan barangan yang mempunyai nilai praktikal dan ia adalah barangan ciptaan
terbaharu. Apa yang menariknya ciptaan ini bentuknya yang ringkas dan bersaiz sederhana.
Mudah dimuatkan dan disusun dalam bilangan yang banyak di bilik seminar. Tarikan Utama
juga kerana reka bentuknya yang eksklusif, mudah digerakkan dan boeh berpusing ke kiri
atau ke kanan.

F3 Kelihatan selesa
Reka bentuk memang mempunyai ciri-ciri keselamatan kerana kaki kerusi yang kelihatan
kukuh. Dari aspek keselesaan pula tempat duduk yang lembut dan bahagiain belakang yang
selesa untuk menyandarkan badan. Bahagian kanan dan kiri kerusi boleh meletakkan tangan
secara tidak langsung memberi keselesaan dan kerehatan kepada tangan.

Rumusan
Memang tidak boleh dinafikan lagi reka bentuk produk Jesica Goldsbro merupakan datu
ciptaan yang amat luar biasa. Setiap ciptaan mestilah cantic dan dapat menarik perhatian
pengguna. Di pihak pengguna pula mengutamakan kecantikan, keselamatan, keselesaan dan
kesesuaiannya jika diletakkan di mana-mana ruang yang difikirkan perlu. Mungkin dalam
rumah di ruang tamu, pejabat dan ruang rehat. Kerusi berkenaan boleh diubahsuai mengikut
keselesaan pengguna.

Bahagian C
9. a. Imej harian menjadi objek seni
F1 Jambatan daripada imej sudu dan buah ceri
Popo art adalah bintang atau barangan yang popular. Sama seperti sudu dan buah ceri
semua orang mengenalinya. Dalam arca Pop Art barangan yang kita gunakan dalam
kehidupan seharian seperti sudu dan buah ceri yang dimakan dijadikan objek seni iaitu arca.
Arca ini dibina menyerupai objek asal dengan saiz yang besar oleh Claes Oldenburg untuk
dijadikan hiasan kawasan berkenaan.
b. Membangkitkan perasaan
F1 Suasana yang mempersonakan
Tempat-tempat yang mempunyai banyak bangunan dan terdapat kawasan lapang akan
dijadikan tempat beriadah atau taman rekreasi. Apabila tempat ini didirikan arca akan
menarik perhatian orang ramai ke tempat berkenan. Kawasan berkenaan pula disediakan
dengan pelbagai kemudahan serta dengan hiasan lampu berwarna-warni akan menggamit
perasaan pengunjung dating ke tempat berkenaan. Ini dapat dilihat seperti terdapat dalam
dengan warna yang mempersonakan.

c. Indahkan persekitaran
F1 Subjek yang luar biasa
Arca pop art iaitu replica sudu dengan buah ceri yang dibina kelihatan luar biasa kerana
saiznya yang besar dijadikan jambatan di atas sebuah tasik kecil. PErsekitaran kawasan yang
lapang dikelilingi alam semula jadi dan bangunan dibina arca di situ bertuuan untuk
mengindahkan kawasan tersebut. Pemandangan yang cantic dan terdapat arca yang luar
biasa secara tidak langsung akan menarik perhatian kepada pengunjung.

10. Pengenalan
Persekitaran boleh ditakrifkan sebagai kawasan di sekeliling kita atau sesuatu tempat,
manakala kebudayaan ialah keseluruhan pengertian berkaitan dengan nilai, norma
kehidupan seharian yang menyentuh adat resam, ilmu pengetahuan serta strukktur
masyarakat yang berkaitan dengan keagamaan, aktiviti dan penghasilan seni serta
intelektual yang membetuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.

a. Persekitaran
F1 Kawasan kampong
Persekitaran yang terdapat dalam karya tersebut adalah kawasan kampong. Dalam
gambar tersebut menggambarkan aktiviti wanita kampong yang sedang melakukan
aktiviti harian seperti menjaga anak, menggiling rempah dan lain-lain lagi.

b. Kebudayaan
F1 Pakaian
Dari segi kebudayaan iaitu dari segi mereka berpakaian. Hampir kesemua wanita yang
terdapat dalam gambar memakai pakaian baju kurung bercorak batik. Pakaian baju
kurung adalah pakaian tradisi perempuan berbangsa Melayu.

Rumusan
Merujuk kepada catan batik karya Chuah Thien Teng yang berjudul “Joy of Journey”
memaparkan persekitaran tempat tinggal orang Melayu/ Mereka menjalankan aktiviti harian
seperti menjaga anak, berniaga, bertani dan lain-lain. Pakaian rasmi perempuan Melayu
sudah pasti baju kurung yang mempunyai corak batik. Selain daripada itu karya berkenaan
menggambarkan masyarakat yang bersatu.

Anda mungkin juga menyukai