Disediakan Oleh:
Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan Malaysia
FKISS KPM / 1
PERATURAN DAN SYARAT
PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU KEROHANIAN (SOLO)
PERINGKAT KPM KHAS TAHUN 2020
A. PENDAHULUAN
Keperluan manusia kepada hiburan tidak dapat dinafikan lagi.
Pelbagai bentuk hiburan di luar sana mampu mencorak generasi yang bakal
dilahirkan nanti. Oleh itu, perlu ada satu hiburan yang dapat membentuk
masyarakat yang positif dan holistik. Hiburan yang bermanfaat bukan sahaja
dapat mengisi kehendak naluri seorang insan, malah dapat memupuk tingkah
laku positif dalam kalangan mereka yang menghayatinya. Genre lagu
berunsur kerohanian dilihat sebagai satu bentuk hiburan yang dapat
memenuhi kriteria ini. Di samping berhibur, murid-murid dapat mengambil
manfaat daripada lirik-lirik lagu yang mengajak kepada perkara positif.
FKISS KPM / 2
1.3 Penyanyi solo yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri
berkenaan ke peringkat kebangsaan.
1.4 Semua peserta hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada
ibubapa/penjaga.
1.5 Kementerian Pendidikan Malaysia berhak menggunakan rakaman
pertandingan nyanyian solo berunsur kerohanian ini untuk tujuan
penyiaran atau penerbitan.
2. CARA PENYERTAAN
2.1 Setiap negeri hendaklah menghantar video nyanyian solo berunsur
kerohanian mengikut kategori dalam masa yang ditetapkan oleh pihak urus
setia sama ada di peringkat zon/daerah/negeri/kebangsaan.
2.2 Video nyanyian solo yang dirakam perlu mengikut spesifikasi
sebagaimana butiran di bawah :
a) Durasi video deklamasi sajak/syair secara keseluruhannya mesti tidak
kurang daripada 2 minit dan tidak melebihi 5 minit .
b)Format video yang dibenarkan adalah MOV, FLV dan MP4.
c) Resolusi minima video adalah 720p dan maksima 1080p dengan
saiz ratio video 16:9.
2.3 Borang Penyertaan perlu diemail bersama video nyanyian solo.
3. TEMA
TAHUN TEMA
2004 Akhlak Mulia Wawasan Negara
2005 Penghayatan Islam Hadhari Membentuk Jatidiri
2006 Pelajar Mulia Negara Maju
2007 Insan Cemerlang Ummah Terbilang
2008 Minda Hadhari Insan Bestari
2009 Akidah Pembentuk Jatidiri Cemerlang
2010 Tiada pertandingan
2011 Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji
2012 Al-Quran Menjana Transformasi Ummah
2013 Al-Quran Penjana Wasatiyyah Ummah
2014 Al-Quran Menjana Transformasi Ummah Wasatiyyah
2015 Al-Quran Nadi Transformasi Ummah
FKISS KPM / 3
2016 Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2017 Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Al-Quran Asas Kesatuan Ummah dan Kesejahteraan
2018
Negara
2019 Al-Quran Pembawa Rahmat Untuk Umat
2020 Akidah Mampan Insan Cemerlang
4. SUARA
4.1 Penghakiman suara adalah daripada aspek kualiti ton, ketepatan pic,
nada, frasa, sebutan, dinamik, keseimbangan dan harmoni.
4.2 Penilaian suara bermula apabila penyanyi solo menyanyikan lagu
pertama dan berakhir penilaian dengan tamatnya lagu kedua.
Sebarang intro dan outro lagu tidak dibenarkan.
4.3 Penyanyi solo terbaik dinilai oleh juri suara, lagu dan persembahan
terhadap keupayaannya menyampaikan kedua-dua buah lagu.
5. LAGU
5.1 Setiap penyanyi solo dikehendaki mempersembahkan DUA buah lagu.
5.2 Lagu pertama dan lagu kedua BUKAN ciptaan baharu di mana
BOLEH menyanyikan lagu yang sedia ada di pasaran.
5.3 Lagu Pertama hendaklah berbentuk lagu bergenre Tradisional yang
mengandungi unsur-unsur lagu Tarannum seperti Bayyati, Soba,
Nahawand, Hijaz dan lain-lain.
5.4 Lagu Kedua hendaklah berbentuk lagu bergenre Kontemporari
yang TIADA unsur-unsur seperti hip-hop, metal dan seumpamanya.
6. LIRIK
6.1 Lirik kedua-dua buah lagu BUKAN ciptaan baharu di mana BOLEH
menyanyikan lagu yang sedia ada di pasaran.
6.2 Lirik lagu pertama hendaklah menepati tema yang ditetapkan urus
setia.
6.3 Lirik bagi kedua-dua lagu BOLEH menggunakan Bahasa
Melayu/Bahasa Arab/Bahasa Inggeris secara sepenuhnya atau secara
gabungan antara ketiga-tiga bahasa tersebut.
FKISS KPM / 4
6.4 Kedua-dua lirik lagu TIDAK boleh menyentuh isu-isu sensitif dan
negatif.
7. PERSEMBAHAN
7.1 Persembahan penyanyi solo bermula daripada mula muzik untuk lagu
pertama hinggalah berakhir muzik bagi lagu kedua (berdasarkan
ketetapan yang ditentukan oleh juri).
7.2 Hanya pergerakan yang bersesuaian dengan lagu, lirik dan muzik
yang disampaikan dan tidak keterlaluan dibenarkan. Pergerakan yang
tidak keterlaluan bermaksud tiada unsur tarian dan unsur yang
mengganggu sensitiviti agama Islam.
7.3 Setiap penyanyi solo DILARANG mempersembahkan unsur puisi,
sajak, pentomen dan seumpamanya dalam persembahan.
8. MUZIK
8.1 Iringan muzik hendaklah dipersembahkan secara minus one.
9. PAKAIAN
9.1 Pakaian penyanyi solo mestilah menutup aurat dan bersopan
berdasarkan kriteria seperti berikut:
9.1.1 Peserta lelaki memakai pakaian kebangsaan (baju melayu
“cekak musang” versi tradisional atau moden) yang lengkap
(bersampin dan bersongkok hitam).
9.1.2 Peserta perempuan berbaju kurung kebangsaan dan bertudung
sempurna.
9.1.3 Hanya hiasan yang bersesuaian dengan pakaian kebangsaan
sahaja yang dibenarkan. Pakaian, hiasan dan solekan boleh
mempengaruhi pemarkahan.
10. MASA
10.1 Setiap penyanyi solo diberi masa 12 minit sahaja untuk
mempersembahkan kedua-dua buah lagu.
10.2 Masa dikira apabila penyanyi solo menyanyikan lagu pertama dan
berakhir penilaian dengan tamatnya lagu kedua.
10.3 Masa keseluruhan persembahan hendaklah tidak kurang dari 10 minit
FKISS KPM / 5
10.4 Pemotongan markah berlaku sekiranya masa kurang atau lebih dari
yang telah ditetapkan.
11. PEMARKAHAN
11.1 Penghakiman dibahagikan kepada lima bahagian iaitu :
11.1.1 Suara - 40 markah
11.1.2 Lagu - 30 markah
11.1.3 Persembahan - 30 markah
13 HADIAH PERTANDINGAN
13.1 Hadiah yang disediakan di Peringkat Kebangsaan seperti berikut:
13.1.1 Hadiah Utama
13.1.1.1 Johan (Piala Pusingan, Piala Iringan dan Sijil
Penghargaan)
13.1.1.2 Naib Johan (Piala Iringan dan Sijil Penghargaan)
13.1.1.3 Ketiga (Piala Iringan dan Sijil Penghargaan)
13.1.1.4 Hadiah Saguhati tempat ke 4, 5 dan 6
(Cenderamata dan Sijil Penyertaan)
FKISS KPM / 6
13.2 Hadiah di Peringkat Sekolah/Daerah/Negeri adalah tertakluk kepada
keputusan Jawatankuasa Pelaksana Sekolah/Peringkat Daerah/Negeri
masing-masing.
14 BANTAHAN PERTANDINGAN
14.1 Sebarang bentuk bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis
kepada Pengerusi Jemaah Hakim.
14.2 Sebarang bantahan hendaklah disertakan dengan bukti dan saksi.
14.3 Sebarang bantahan hendaklah diterima oleh Pengerusi Jemaah
Hakim sebelum keputusan diumumkan. Bantahan yang diterima
selepas keputusan diumumkan tidak akan dilayan.
14.4 Semua bantahan akan dibincangkan di dalam mesyuarat Jemaah
Hakim dan keputusan selepas mesyuarat adalah MUKTAMAD.
FKISS KPM / 7
3.2.1 Koreografi - 10 markah
3.2.2 Ketepatan gaya - 8 markah
3.2.3 Ekspresi - 5 markah
3.2.4 Pakaian dan Aksesori - 5 markah
3.2.5 Bonus - 2 markah
D. JEMAAH HAKIM
1. Jemaah hakim terdiri daripada:
1.1 Pengerusi Jemaah Hakim - 1
1.2 Timbalan Pengerusi Jemaah Hakim - 1
1.3 Naib Pengerusi Jemaah Hakim - 2
1.4 Ketua Hakim - 1
1.5 Hakim Suara - 1
1.6 Hakim Persembahan - 1
1.7 Hakim Lagu Bergenre Tradisional - 1
1.8 Hakim Lagu Bergenre Kontemporari - 1
1.9 Hakim Masa - 1
JUMLAH BESAR - 10
E. CARTA PERBATUAN
JU
BIL PERKARA APR MEI JUL OGO SEP OKT
N
1 Penyediaan Peraturan dan
Syarat Pertandingan
2 Kelulusan Peraturan dan
Syarat Pertandingan dalam
Mesyuarat Pengurusan
PPADNI/BPI
3 Peraturan dan Syarat
Pertandingan disebarluas ke
JPN
4 Pemilihan peringkat
sek/PPD/JPN
5 Video hardcopy dari JPN ke
BPI
6 Penjurian peringkat BPI
7 Majlis Penyampaian Hadiah
FKISS KPM / 8
F. PENGHANTARAN KARYA
1.1 Karya yang dihantar menjadi hak milik penganjur. Pihak penganjur berhak
menyunting, mencetak dan menerbitkan bahan tersebut. Hak cipta karya yang
dihantar menjadi milik penganjur.
1.2 Keputusan panel juri adalah muktamad.
FKISS KPM / 9
Nombor Siri
(Untuk kegunaan urus setia):
NO PERKARA
1. Nama
3. Tajuk Lagu
4. Tema
6. No Telefon Sekolah
7. No Faksimile Sekolah
8. Emel Peribadi
9. E-mel Sekolah
Disediakan oleh :
Unit Akhlak dan Syiar Islam
Pembangunan Program Adab dan Nilai BPI KPM
Rujukan : Mohd Zamri bin Mohamed Noor
Tel : 03 8321 7200
Faks : 03 8321 7293
Email : zamri.noor@moe.gov.my
ANGGARAN KEWANGAN
FKISS KPM / 10
(Piala Pusingan, Piala Iringan dan Sijil
Penghargaan)
2 Naib Johan RM400.00
(Piala Iringan dan Sijil Penghargaan)
3 Ketiga RM200.00
(Piala Iringan dan Sijil Penghargaan)
4 Hadiah Saguhati tempat ke 4, 5 dan 6 RM100.00 x 3 orang
= RM 300.00
(Cenderamata dan Sijil Penyertaan)
JUMLAH KESELURUHAN : RM1,500.00
FKISS KPM / 11