Anda di halaman 1dari 8

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


SEMESTER 3
SESI I 2020/2021

KOD & NAMA KURSUS:


PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK SEC 2332

TUGASAN 1:
TUGASAN BERTULIS

TAJUK TUGASAN:
LAPORAN TINGAKAH LAKU KANAK-KANAK KETIKA PERINTAH KAWALAN
PEGERAKAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK TANDATANGAN

NUR ATHIRAH BINTI NOOR AZAHA D1910091

NAMA PENSYARAH:
MOHAMAD ARIF ZAKI BIN ALI

TARIKH SERAHAN:
16 JULAI 2020
ISI KANDUNGAN

No PERKARA HALAMAN
.
1. PENGENALAN
a) Maksud Tingkah Laku 1-3
b) Kepentingan Pengurusan Tingkah Laku
c) Tingkah Laku Saya

2, Biodata kanak-kanak
4

3. a) Perbincangan
b) Kesimpulan 5
LAPORAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

PENGENALAN

Tingkahlaku dan emosi kanak-kanak adalah suatu perkara yang berlainan namun saling
berkaitan antara satu sama lain. Kanak-kanak adalah insan yang jujur dan tidak bijak
menyembunyikan perasaannya. Sebab itulah kanak-kanak bersifat telus sehingga ia boleh
menjadi saksi kejadian dalam prosiding mahkamah.

Carl Rogers (1999) menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut
persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep diri yang positif
maka berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.

Menurut Garry Martin & Joseph Pear(2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi,
prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi. Dari segi teknik pula , tingkah laku adalah
aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.
Pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu.

Menurut Lewis M.Beaker(2001) tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan
sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah
manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.

Menurut Al-Ghazali tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.
Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri iaitu setiap tingkah laku manusia adalah
berasaskan dorongan serta tujuan. Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia
itu sendiri. Ianya didorong oleh keperluan fisiologi atau emosi seperti rasa lapar atau cinta
kepada Allah.

Emosi pula adalah suatu ekspresi perasaan atau naluri yang kuat seperti gembira, sedih,
marah, sayang, cemburu dan lain-lain. Perasaan ini pula selalunya akan diluahkan melalui
tingkah laku sama ada tingkah laku positif mahu pun negatif.

1
Model Asertif Lee Center (1976) menekankan peraturan dalam bilik darjah sebagai satu
langkah mengurus tingkah laku murid. Peranan guru adalah memastikan semua murid dapat
mengikuti segala peraturan agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
lancar. Dengan cara ini, guru dapat mengajar tanpa sebarang gangguan manakala murid dapat
belajar dengan selesa.

Guru yang asertif adalah tidak pasif dan juga tidak agresif. Tetapi guru asertif adalah guru
yang konsisten dan tegar dalam mengambil tindakan yang sesuai ke atas tingkah laku murid
berpandukan peraturan yang telah digariskan. Model ini lebih kepada menghukum murid jika
melangggar peraturan. Sebagai contoh, guru mencatat nama murid yang suka mengganggu
guru ketika sedang mengajar dan kemudiannya memangggil penjaga murid datang ke sekolah
untuk berjumpa guru. Mungkin cara ini berkesan hanya untuk seketika dan bersifat luaran.
Kebanyakkan murid prasekolah keliru jika model pengurusan Center ini dijalankan di
sekolah. Ini kerana mereka tidak jelas mengenai kesalahan sebenar yang mereka lakukan.
Tambahan pula, disiplin yang ditekankan hanyalah berkesan jika ia berada di sekolah kerana
takut dihukum. Mereka tiada kesedaran dalaman dan tidak membantu murid
bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara.

Model ini adalah suatu pendekatan motivasi dalaman yang membimbing kanak-kanak ke
jalan yang dipilih. Pembimbing akan memberi pilihan uuntuk murid memilih dan
memberitahu risiko dan akibat pilihan tersebut. William Glasser percaya bahawa sekiranya
keperluan kanak-kanak dipenuhi, kanak-kanak tidak akan melanggar peraturan. Ini bermakna
jika sekolah dan keluarga memenuhi keperluan kanak-kanak, mereka akan berasa dihargai
dan selamat. Keperluan yang dimaksudkan oleh Glasser adalah kuasa, kebebasan dan
berjenaka atau keseronokan.

Sekolah harus melibatkan murid dalam memilih sesuatu perkara. Contohnya guru harus
bertanyakan mengenai bahan bantu mengajar yang akan digunakan pada esok hari. Murid
akan berbincang secara bimbingan guru sama ada menggunakan aktiviti permainan, LCD,
kad imbasan dan sebagainya. Mereka akan mempunyai perasaan memiliki( sense of
belonging) dan seterusnya seronok dalam pembelajaran. Begitu juga dengan peraturan dalam
kelas, kanak-kanak harus dilibatkan dengan penggubalan peraturan kelas serta membuat
perjanjian kelas

2
akan menuruti segala peraturan yang dibuat. Peraturan yang dibuat bersama akan
membuatkan murid berasa bertanggungjawab kerana mereka telah menggubal sendiri
peraturan tersebut. Tanamkan semangat cintakan kelas melalui pelbagai aktiviti seperti
menghias kelas. Cara ini dapat mewujudkan rasa memiliki dan murid akan sayang kepada
kelas. Kesan posotif daripada itu, guru akan kurang mengenakan hukuman manakala murid
akan seronok ke sekolah setiap hari.

Ginott percaya bahawa pengelolaan iklim mempengaruhi tingkah laku. Beliau


memperkenalkan 6 konsep dalam model ini iaitu berkomunikasi dengan murid,
menggalakkan disiplin kendiri, tidak melabel murid, tidak menilai murid terlalu awal,
menyebut nama murid dan menggalakkan penglibatan murid.

Menurut Ginott, guru perlu menggunakan bahasa atau arahan yang jelas serta bersopan.
Komunikasi adalah kunci kepada hubungan guru dan murid. Murid akan berasa selesa dan
dihargai meskipun mereka telah membuat salah. Murid akan berusaha untuk belajar daripada
kesilapan jika guru memahami situasi murid. Ginott juga berpendapat, guru harus
mengelakkan hukuman terhadap murid sebaliknya bercakap dengan murid yang bersalah.
Guru juga dinasihatkan agar tidak menggunakan kata-kata kesat apabila murid melakukan
kesalahan kerana ini akan menimbulkan dendam terhadap guru. Murid harus dibimbing
daripada dikritik atau dipersalahkan. Ini kerana mereka masih keliru dengan perkaran yang
dilakukan sama ada ianya betul atau salah. Murid juga akan berasa gembira dan dihargai
apabila guru memangggil namanya dan bukannya dengan panggilan “kamu”,”awak” atau
“kau”. Elakkan melabel murid contohnya “Tina, mana buku latihan awak?Awak ni pemalas
la!”. Kata-kata ini akan menyebabkan murid merendah diri dan menganggap kata-kata guru
itu benar. Kesannya, esok dan seterusnya murid itu tidak melakukan kerja rumah dan enggan
ke sekolah kerana percaya bahawa dirinya malas. Selain itu, beliau percaya disiplin adalah
proses berterusan yang perlu dilalui sepanjang hayat.

3
BIODATA

NAMA: MUHAMMAD AIDIL BIN ABDULLAH

UMUR: 5 TAHUN 9 BULAN

TARIKH LAHIR: 5 OKTOBER 2014

TEMPAT LAHIR: KLINIK PAKAR WANITA REKHA DAN RUMAH BERSALIN

JANTINA: LELAKI

AGAMA: ISLAM

KETURUNAN: MELAYU

NAMA BAPA: MOHD SAIFUL SYAZWAN BIN ALIMAN

NAMA IBU: JAMIRA BINTI SUHARTO

BILANGAN ADIK BERADIK: ANAK TUNGGAL

CITA-CITA: ASKAR

HOBI: BOLA SEPAK

MINUMAN KEGEMARAN: AIR SIRAP

MAKANAN KEGEMARAN: AYAM GORENG

4
PERBINCANGAN: TINGKAH LAKU YANG TERDAPAT PADA KANAK-KANAK

Aidil adalah seorang kanak-kanak yang mudah menyesuaikan diri dengan suasana dan
tempat. Selain itu, Aidil ialah anak tunggal ibu bapanya. Ini kerana ibu bapanya terlalu
memanjakan hingga kanak-kanak terlampau suka bermain dan tidak berminat untuk belajar.
Ini boleh menyebabkan kanak-kanak ini lambat menerima pembelajaran. Masalah tingkah
laku positif dalam diri kanak-kanak ini adalah, masalah tingkah laku ingin tahu dalam
dirinya. Jika dia ingin tahu sesuatu dia akan bertanya kepada orang sekelilingnya tentang
perkara ingin tahu. Seterusnya, masalah tingkah laku negatif adalah Aidil seorang kanak-
kanak yang suka bergantung pada orang lain secara berlebihan seperti ibu bapa, guru dan
rakan sebaya.

Selainnya, Dia juga lambat menerima pembelajaran kerana kurang minat faktonya ialah
keluarganya terdiri daripada dewasa yang sibuk bekerja sehingga tidak dapat menumpukan
perhatian. Akhir sekali, kanak-kanak ini memepunyai tingkah laku agresif. Hal ini mungkin
menyebabkan dia selalu menonton cerita-cerita berunsur ganas dan kurang berminat dengan
cerita yang biasa ditonton kanak-kanak lain.

KESIMPULAN

Dari segi umum, perkara yang perlu saya bagi mengatasi masalah tingkah laku kanak-kanak
dari segi cadangan adalah mendisiplikan dengan cara menghadkan pembelian mainan atau
lain-lain dan ibu bapa perlu membahagikan masa bermain dan belajar agar mudah menerima
pembelajaran. Ibu bapa hendaklah memantau tingkah laku kanak-kanak agar tidak berlaku
tingkah laku agresif. Kanak-kanak hendaklah selalu dipantau oleh ibu bapa atau penjaga agar
tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Ibu bapa perlulah memerhati aktiviti kanak-kanak
jika tidak dipantau kanak-kanak boleh mencari perkara yang tidak patut diketahui oleh kanak-
kanak contohnya unsur keganasan. Hal ini boleh menyebabkan kanak-kanak bersikap agresif
dengan orang di sekelilingnya.
5

Anda mungkin juga menyukai