Anda di halaman 1dari 1

ELEMEN-ELEMEN PEMILIHAN TERHADAP PRODUK KOSMETIK HALAL

Farah Nabila Azizan


Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia
E-mel: faraahnabilaa@gmail.com
Tel: 013-7168258

Abstrak

Pada masa kini, produk kosmetik merupakan satu kepenggunaan yang penting terhadap masyarakat.
Pengguna produk kosmetik bukan sahaja terdiri daripada golongan wanita sahaja malah lelaki juga
menggunakan produk kosmetik. Namun, dalam Islam, setiap kepenggunaan Muslim perlu memenuhi
Shariah Islam yang telah ditetapkan. Kepenggunaan halal bukan hanya dalam makanan malah dari semua
kepenggunaan harian Muslim. Hal ini juga termasuk produk kosmetik. Produk kosmetik halal telah
diwujudkan sejak 30 tahun lalu. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini, produk kosmetik halal telah
mendapat permintaan yang tinggi disebabkan produk kosmetik halal merupakan satu trend kepada
masyarakat. Jadi, terdapat beberapa isu yang sering tular di media massa berkaitan produk kosmetik.
Pertama, produk kosmetik yang tidak mendapat pengiktirafan halal daripada pihak berautoriti. Kedua,
produk kosmetik yang mempunyai kandungan racun dan produk kosmetik tersebut dapat menjejaskan
kesihatan pengguna. Ketiga, terdapat produk kosmetik tiruan dipasaran. Jadi berdasarkan isu-isu tersebut,
timbul beberapa persoalan. Pertama, mengapakah masih ada pengguna yang memilih produk kosmetik yang
tidak ada pengiktirafan halal? Kedua, apakah elemen-elemen pemilihan terhadap produk kosmetik halal?
Ketiga, adakah elemen-elemen tersebut mempengaruhi dalam pemilihan produk kosmetik halal? Dalam
kertas kerja ini terdapat dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti elemen-elemen pemilihan terhadap
produk kosmetik halal. Kedua, menganalisis elemen-elemen pemilihan terhadap produk kosmetik halal.
Kertas kerja ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif melalui kajian dokumen. Data-data yang
diperolehi dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan.

Kata kunci: Elemen Pemilihan, Produk Kosmetik Halal

Anda mungkin juga menyukai