0 KONSEP
Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam buku Tatabahasa Bahasa Melayu
menyatakan bahawa, kata tugas ialah jenis perkataan yang berbeza daripada kata
nama, kata kerja dan kata adjektif kerana ia tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam
prediket ayat. Perkataan-perkataan yang tidak digolongkan sebagai kata nama, kata
kerja dan kata adjektif dapat dikelompokkan dalam golongan kata tugas, iaitu
perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas
sintaksis tertentu. Fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang,
penentu, penghubung, pembenar, penguat. Penegas dan beberapa tugas yang lain.
Kata tugas boleh dipecahkan kepada tiga kelompok iaitu kata penyambung, kata
praklausa dan kata prafrasa. Dalam kajian ini, kata sendi nama akan menjadi bahan
kajian yang terdapat dalam kata prafrasa.
Menurut Siti Hajar, kata sendi nama ialah perkataan-perkataan yang biasanya
terdapat pada bahagian hadapan frasa nama. Dalam bahasa Melayu ada banyak kata
sendi nama yang setiap satunya mempunai tugas serta fungsi yang berbeza. Setiap
penggunaan kata sendi nama ditentukan oleh peraturan-peratuan yang khusus dan
perlu dipatuhi supaya ayat-ayat yang digunakan tepat dan gramatis.
Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Tatabahasa Dewan pula, kata sendi
nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata-kata sendi
nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada,
kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak terhadap,
akan, oleh, hingga, antara, untuk, dengan dan sampai.
Walaupun semua kata sendi nama hadir dihadapan kata nama atau frasa
nama, namun tiap-tiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan
penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khusus, yang akan
dijelaskan seterusnuya. Tambahan lagi antara kata sendi nama ini terdapat juga
beberapa bentuk yang menganggotai golongan kata yang lain, iaitu akan juga
berfungsi sebagai kata bantu, dalam juga berfungsi sebagai kata nama arah dan kata
adjektif, sampai juga berfungsi sebagai kata kerja dan antara juga berfungsi sebagai
kata nama arah.
2.0 CIRI-CIRI
Abdullah Hassan menyatakan bahawa kata sendi dalam bahasa Melayu dapat
dibahagikan kepada tiga golongan kecil, iaitu kta sendi tunggal, kata sendi terbitan
dan kata sendiri gabungan atau frasa.
Sendi tunggal: di, ke, dari, dekat, demi, kerana, pula, sambil, sebab, untuk dan
sebagainya
Sendi gabungan atau frasa: daripada, di samping, si muka, di tepi, kepada, daripada,
kepada, oleh kerana, oleh sebab, selain dari dan lain-lain
4.0 DAPATAN
Dalam buku yang dikaji telah menyatakan bahawa kata sendi menunujukkan
perkaitan perkataan dengan perkataan dan juga menunjukkan perkaitan perkataan
dengan frasa. Kata sendi tidak digunakan di depan kata nama dan frasa nama sahaja.
Oleh yang demikian, golongan kata tersebut telah dipanggil sebagai sendi nama.
Disebabkan oleh kata sendi juga berlaku di depan perkataan bukan nama,
penggunaan panggilan sendi nama tidak tepat. Maka, penggunaan penggunaan istilah
kata sendi sudah mencukupi berbanding kata sendi nama. Berdasarkan istilah Z’aba
dalam penulisannya, beliau telah membahagikan kata sendi kepada dua bahagian
besar iaitu sendi nama dan sendi kata. Sendi nama dikenali sebagai kata sendi yang
menunjukkan perkaitan atau persangkutan antara kata nama dan ganti nama dengan
perkataan yang lain. Manakala, sendi nama pula merupakan kata sendi yang
menghubungkan perkataan selain daripada nama dengan nama.
i. Sendi Nama
Sendi nama menurut Z’aba menunjukkan perkaitan antara kata nama dan ganti nama
dengan kata nama dan ganti nama lain. Contohnya :
Berdasarkan jadual 1 di atas, golongan perkataan yang sendi nama yang dipanggil
oleh Z’aba mencakupi kata hubung dan kata sendi nama. Dalam Tatabahasa Dewan
memperkatakan perkataan dan, lagi, atau dan tetapi adalah berada dalam golongan
perkataan yang dipanggil sebagai kata hubung. Manakala, perkataan di, ke, dengan
dan seperti pula digolongkan sebagai sendi nama oleh Tatabahasa Dewan.
ii. Sendi Kata
Menurut Z’aba dalam bukunya mengatakan bahawa terdapat perkaitan antara kata
nama dengan kata kerja, kata adjektif dan kata tugas selain daripada yang terdapat
dalam kata sendi nama. Contohnya :
Menurut Z’aba terdapat dua jenis kata sendi iaitu sendi nama dan sendi kata.
Manakala, dalam Tatabahasa Dewan hanya dijelaskan mengenai sendi nama sahaja.
Keperluan untuk membezakan sendi nama dan sendi kata adalah tidak perlu
dititikberatkan. Hal ini demikian kerana, jika dilihat dari segi bentuk dan fungsi
adalah tidak menunjukkan perbezaan di antara kedua-duanya. Sama ada kata sendi
digunakan di depan kata nama, kata kerja, kata adjektif atau kata tugas, fungsinya
tetap untuk menunjukkan perkaitan antara perkataan-perkataan tersebut dan perlulah
dipanggil sebgai kata sendi sahaja. Bagi pengkaji, istilah sendi nama dan sendi kata
sepatutnya tidak digunakan untuk mengajar pelajar-pelajar disekolah. Perkataan yang
sesuai bagi pengajaran tatabahasa melayu sewajarnya menggunakan istilah yang
ringkas, tepat dan mudah difahami oleh pelajar. Istilah kata sendi diguna pakai di
dalam tatabahasa kerana kata sendi mencakupi kedua-duanya iaitu sendi nama dan
sendi kata. Oleh sebab itu, pelajar dapat memahami istilah tatabahasa dengan lebih
mudah serta menggalakkan guru-guru mengajar pelajar dengan lebih berkesan.
Kata sendi perlu disesuaikan dengan istilah Tatabahasa Dewan bagi memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran. Istilah sendi nama penambat yang dipanggil
oleh Z’aba merupakan kata hubung dalam Tatabahasa Dewan. Kata hubung
merupakan kata yang digunakan untuk menyambung sesuatu ayat. Selain itu,
perkataan sendi nama penambah dan seni nama penyambut yang dipanggil oleh
Z’aba merupakan sendi nama di dalam Tatabahasa Dewan. Seterusnya, perkataan
yang disebut sebagai sendi kata oleh Z’aba tidak dihuraikan dalam Tatabahasa
Dewan. Namun begitu, apabila timbul contoh sendi kata dalam sesuatu ayat,
perkataan tersebut dipanggil sebagai sendi nama. Lantaran itu, segala perbezaan
perlu diselaraskan dari segala aspek. Hal ini demikian kerana bagi memudahkan guru
mengajar tatabahasa melayu kepada pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar juga akan
memperoleh ilmu dengan mudah dan akan di aplikasi dalam penulisan dan
sebagainya.
Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu yang dikaji, didapati penggunaan
istilah bagi kata sendi adalah berbeza. Penggunaan istilah kata sendi nama digunakan
di dalam buku ini. Ia sedikit berbeza dengan buku yang ditulis oleh Abdullah Hassan.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata sendi nama ialah perkataan yang
berada di hadapan frasa nama. Walaupun semua kata sendi nama dikatakan hadir di
hadapan kata nama atau frasa nama, namun setiap daripadanya mempunyai tugas
atau fungsi yang berlainan. Penggunaan setiap kata sendi nama itu juga ditentukan
oleh peraturan-peraturan yang khusus. Kata sendi nama juga terdapat dalam beberapa
bentuk yang menganggotai golongan kata yang lain. Contohnya :
Berdasarkan jadual 3 diatas menunjukkan bahawa kata sendi nama ‘akan’ boleh
menjadi kata bantu dalam sesuatu ayat. Begitu juga dengan kata sendi nama ‘dalam’
boleh menjadi kata nama arah dan kata adjektif. Jadual di bawah menunjukkan
contoh ayat bagi setiap kata sendi nama yang boleh menjadi golongan kata lain.
Dalam buku ini juga turut disenaraikan kata sendi nama yang lazim ataupun sering
digunakan dalam bahasa melayu seperti di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi,
demi, tentang, seperti, bagai, akan, oleh dan lain-lain. Penggunaan setiap kata sendi
nama mempunyai kedudukan yang sesuai di dalam ayat. Contohnya penggunaan kata
sendi nama ‘di’ digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang
menunjukkan tempat dan tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Kata sendi nama ‘di’ ini juga
ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
Oleh itu, dapat dilihat bahawa penjelasan kata sendi nama dan istilah yang digunakan
dalam buku ini amat sesuai bagi semua golongan tenaga pengajar serta para pelajar.
Dengan adanya Tatabahasa Dewan ini akan membantu para guru untuk
meningkatkan cara untuk mengajar bagi topik kata sendi nama. Penggunaan istilah
yang tepat dan mudah difahami oleh pelajar akan menjadi panduan oleh semua
lapisan masyarakat.
5.0 KESIMPULAN
Berdasarkan ketiga-tiga buku yang dikaji iaitu buku Nahu Melayu Mutakhir (2009),
buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015) dan Tatabahasa Asas Edisi Kedua
(2014) kesemuanya mempunyai tentang kata sendi nama. Namun begitu, ia masih
mempunyai perbezaan diantara ketiga-tiga buku tersebut dari aspek pengolahan
definisi kata sendi nama dan penjelasan ciri kata sendi nama tersebut bagi setiap
buku.
Secara kesimpulannya, hasil daripada perbincangan dan pandangan-
pandangan tokoh yang penulis telah kongsikan telah membuktikan bahawa walaupun
istilah dan cara pengolahan yang digunakan adalah berbeza, namun demikian
maksud untuk istilah tersebut adalah sama.
6.0 RUJUKAN