1.0 PENGENALAN
Komunikasi adalah medium terpenting yang berfungsi menyebar dan mentafsir maklumat yang
dihantar dan diterima pada waktu yang sama. Definisi lain, proses pertukaran maklumat diantara
penyampai dan penerima di kalangan pelbagai pihak (Johns,1996). Komunikasi adalah berasal
dari perkataan inggeris iaitu 'communication' yang juga berasaldari perkataan Latin
'communicare' yang bermaksud 'tomake common' iaitu mewujudkan persamaan.
[AUTHOR NAME] 1
KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN SCCG3143
Weiss (1985) berpendapat bahawa persekitaran maklumat adalah iklim komunikasi yang positif
seperti keterbukaan, mudah dihubungi, bekerjasama dan penglibatan dalam kalangan kakitangan
organisasi turut berperanan dalam komunikasi organisasi. Beliau juga berpendapat bahawa
persekitaran atau iklim yang positif akan meningkatkan kepuasan kerja, mengurangkan kos
akibat ketidakhadiran dan pusing ganti dan meningkatkan kepercayaan. Keadaan ini akan dapat
membantu organisasi mempertingkatkan kepuasan kerja kakitangan dan mempereratkan
hubungan dan tingkahlaku antara ahli dalam organisasi. Secara tidak langsung ini akan
memberikan impak dan pengaruh terhadap kepuasan komunikasi di dalam organisasi.
Dalam sesebuah organisasi, komunikasi memainkan peranan yang amat penting kepada para
pekerja ketana mereka memerlukan maklumat dalam melaksanakan tugas harian mereka.
Komunikasi merupakan antara elemen penting dalam menentukan kejayaan organisasi tetapi
seringkali dianggap mudah. Selain itu, ia turut menimbulkan masalah di mana penerimaan
maklumat yang tidak tepat dan tidak jelas akan menyebabkan para pekerja tidak akan mendapat
kepuasan dalam melakukan tugas yang dipertanggungjawabkan.
Tahap kepuasan seseorang pekerja dapat diukur serta dilihat apabila melakukan sesuatu tugas.
Kebiasaannya, para pekerja akan melakukan tugas mereka dengan baik sekiranya maklumat yang
diterima dari pihak atasan adalah tepat, jelas dan teratur. Manakala, sekiranya hasil tugas yang
diberi tidak memuaskan hati pihak atasan, ini menunjukkan bahawa pekerja tidak mendapat
kepuasan dalam kerja mereka.
Penerimaan maklumat yang tepat amat diperlukan bagi tujuan untuk mengelakkan kesan negatif
yang akan mempengaruhi produktiviti sesebuah organisasi. Menurut George dan Jon(1996),
komunikasi akan lebih efektif apabila kesemua ahli dalam organisasi berkongsi maklumat antara
satu sama lain dan semua individu yang terlibat dapat memahami maklumat yang disampaikan
dengan jelas. Komunikasi yang jelas akan membantu pekerja serta organisasi dalam usaha
meningkatkan motivasi, prestasi kerja dan organisasi serta mengurangkan masalah
pemberhentian pekerja dalam organisasi.
[AUTHOR NAME] 2
KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN SCCG3143
Untuk membina interaksi dan hubungan keorganisasian yang baik, sudah pasti
melibatkan sokongan yang kuat dari pihak pengurusan bagi menggalakkan perubahan dan
seterusnya meningkatkan penglibatan kakitangan dalam program pembaharuan (Rosli, 2015).
Hal ini disokong oleh Nadiah et al. (2015) yang turut berpendapat bahawa sokongan pengurusan
memainkan peranan penting dalam meningkatkan hubungan antara keberkesanan audit dalaman
yang mana berkait rapat dengan pelaksanaan aktiviti komunikasi. Oleh yang demikian, ia bukan
sahaja memberi peluang kepada kakitangan untuk menonjolkan diri dengan kemahiran yang ada,
bahkan meningkatkan keyakinan kakitangan untuk mencuba perkara baharu. Sokongan pihak
pengurusan dapat dilihat dari segi bentuk latihan dan kursus kepada kakitangan dalam
meningkatkan kepakaran mereka. Kepakaran yang biasanya diperoleh daripada pengetahuan,
pengalaman dan latihan yang konsisten dijangka dapat meningkatkan kebolehan kakitangan
dalam melaksanakan tugas dan seterusnya meningkatkan kualiti kerja (Noor Nizah, 2012).
[AUTHOR NAME] 3
KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN SCCG3143
Hal ini turut disokong oleh Faradillah et al. (2015) dengan menekankan penggunaan
media baharu bagi membantu penyampaian serta penyebaran mesej dengan mudah dan pantas.
Penggunaan media baharu yang betul mampu memberi impak yang besar kepada organisasi,
kerana media baharu semakin berkembang dan digunakan oleh khalayak tanpa mengira usia.
Oleh yang demikian, organisasi perlu mengambil langkah yang sewajarnya agar mesej secara
bersasaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pengggunaan saluran media dan komunikasi
yang sesuai dilihat dapat membantu meningkatkan kesedaran dalam sesuatu organisasi. Pihak
pengurusan harus memanfaatkan perkembangan teknologi pada masa kini. Teknologi media dan
komunikasi merupakan sebahagian daripada alat komunikasi. Teknologi media dan komunikasi
pada hari ini mempunyai pelbagai aplikasi seperti WhatsApp, Telegram, WeChat, Facebook dan
sebagainya yang menjadikan komunikasi boleh dilakukan tanpa halangan. Justeru pemilihan
saluran komunikasi yang tepat, mampu menyebarkan maklumat dengan tepat dan dengan itu
mampu meningkatkan keberkesanan komunikasi.
[AUTHOR NAME] 4
KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN SCCG3143
4.0 KESIMPULAN
Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada pekerja aktif dan produktif. Adalah
perlu bagi pihak majikan mahir menguruskan komunikasi dengan pekerja bawahannya kerana
proses komunikasi yang berkesan merupakan faktor penting dalam meningkatkan prestasi kerja
dan kepuasan kerja dalam kalangan pekerja bawahan. Justeru itu, kepuasan kerja didapati
mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kepuasan kerja dan komitmen terhadap
organisasi.
Keberkesanan komunikasi dalam organsiasi adalah sangat penting, ini kerana bermula
dengan proses komunikasi yang lancar maka kerjasama dalam pasukan antara rakan sekerja
menjadikan meningkatkan kualiti kerja dan membina kepuasan kerja dalam setiap organisasi.
Kerja berpasukan yang berkesan juga akan mengurangkan masalah pembaziran tenaga dan
meningkatkan semangat dan daya motivasi di kalangan ahli pasukan dalam organisasi.
Komunikasi merupakan proses perkongsian maklumat atau mesej yang penting dalam
organisasi. Sesebuah organisasi tidak dapat berjalan lancar sekiranya proses komunikasi dalaman
tidak dilaksanakan dengan baik dan sistematik. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada
ketidakpuasan hati pekerja, malah pekerja hanya datang ke tempat kerja untuk memenuhi
tuntutan kerja dan mencari rezeki tanpa merasa kepunyaan terhadap organisasi dan berkerja
untuk sama-sama mencapai matlamat organisasi.
[AUTHOR NAME] 5
KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN SCCG3143
5.0 RUJUKAN
Faradillah Iqmar Omar, Samsudin A. Rahim, & Ali Salman. (2015). Penyertaan digital dan ciri
31(1), 241-256
Gaspersz, V. (2007). Lean six sigma for manufacturing and service industries: Strategi dramatik
reduksi cacat/kesalahan, biaya, inventori, dan lead time dalam Waktu kurang dari 6 bulan
Greenberg, J., & Baron, R. A. (1997). Behavior in organizations: Understanding and managing
Mohd Yusof Abdullah. (2002). Merancang kempen komunikasi berasaskan penilaian formatif.
Noor Nizah Zakaria. (2012). Kesan kualiti audit dan sokongan pengurusan terhadap
keberkesanan fungsi audit dalaman sektor awam di Malaysia (Tesis Sarjana, Program
Nadiah Hassan, Mohd Mohid Rahmat, & Zakiah Muhammaddun Mohamed. (2015). Sistem
kawalan dalaman, sokongan pengurusan dan keberkesanan audit dalaman sektor awam di
Weiss, W. H. (1985). Communication: key to successful supervision. The Wall Street Journal,
19, 237-245.
[AUTHOR NAME] 6
KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN SCCG3143
[AUTHOR NAME] 7