Anda di halaman 1dari 42

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


Tel : 03-8884 5154
ARAS 5 & 6, BLOK E14, PARCEL E,
Faks : 03-8884 5047
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN Laman Web
PERSEKUTUAN, http://www.bptv.edu.my
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KULIAH 1
SEMESTER SEMESTER 4 DVM SESI 2/2020

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK

KOD / KURSUS DEA4313 INSTALLATION OVERHEAD CABLE AND ACCESSORIES

KOMPETENSI 01. OVERHEAD LINE INSTALLATION

1. Define mark location of overhead line route.


2. Identify mark structure base location.
3. Prepare structure base.
KOMPETENSI UNIT
4. Erect overhead structure
5. Install overhead line.

Trainee must be able to:


• Allocate and mark the route follow according to electrical act & regulations.
HASIL PEMBELAJARAN • Perform structure base specification according to electrical act & regulations.
• Identify erecting requirement of height and width structure according to
electrical act and regulations.

NO KOD DEA4313/K 01/NK 01-07


MUKA : 01 DARIPADA 42
NO KOD JPK E-320-4 : 2012 CU03

MAKLUMAT CALON

NAMA
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 2 drp : 42

1. PENGENALAN SISTEM KABEL BERTEBAT DI UDARA

Sistem kabel bertebat diudara yang dilaksanakan terdiri daripada satu hingga empat pengalir
aluminium yang bersalut dan pengalir-pengalir tersebut membelit disekeliling satu pengalir
penggantung yang juga dikhususkan sebagai dawai neutral.

Dengan menggunakan sistem kabel bertebat diudara keterusan bekalan kepada pelanggan
dapat dijamin dengan lebih berkesan disebabkan kurangnya berlaku kerosakan. Kemungkinan
berlakunya litar pintas tidak mudah terjadi disamping itu kos-kos pembinaan dan senggaraan
lebih murah.

Pemasangan talian dapat dilakukan dengan lebih cepat dan masalah untuk mencatas dan
menebang pokok-pokok kayu dapat dikurangkan.

Oleh kerana keseluruhan sistem pemasangan kabel ini bertebat sepenuhnya, pemasangan
sistem ini lebih selamat dan tidak memberi satu keadaan yang merbahaya kepada pekerja dan
orang awam yang menyentuh kabel tersebut. Keterangan ringkas berikut adalah diantara
beberapa perkara yang perlu dilaksanakan didalam pembinaan talian kabel bertebat diudara :-

1. Terdapat dua saiz-saiz kabel bertebat diudara yang telah diseragamkan


penggunaannya sebagai sesalur talian utama

a) 3 x 185mm2 + 16mm2 + 120mm2


b) 3 x 95mm2 + 16mm2 + 70mm2

Pengalir 16mm per. terdapat pada kedua-dua kabel tersebut untuk kegunaan pengalir lampu awam.

2. Terdapat dua saiz-saiz kabel bertebat diudara yang telah diseragamkan penggunaannya
sebagai sesalur sebis

a) 3 x 16mm2 + 25mm2 untuk bekalan 3 fasa


b) 1 x 16mm2 + 25mm2 untuk bekalan 1 fasa

3. Semua sambungan pada pengalir kabel bertebat diudara perlu menggunakan


penyambung bersalut Piercing.

4. Penggunaan Perangkai Fusable (mekanikal) diperkenalkan bagi melindungi kabel dan


pelbagai pepasangan lain daripada mengalami kerosakan sekiranya dahan atau pokok-pokok
kayu yang berat menimpa talian.

5. Dawai bersalut PVC perlu digunakan sebagai dawai bumi bagi memastikan keseluruhan
pepasangan sistem ini bertebat sepenuhnya.

6. Tegangan kabel dibuat sehingga kelegaan kabel ke paras tanah sepertimana yang
diperlukan didalam kehendak peraturan diperolehi dengan cara membuat pengukuran di
tapak kerja dan tidak perlu menggunakan Dynamometer atau papan kenduran.

7. Walaubagaimanapun didalam pemasangan kabel bertebat diudara, kadaran fius-fius


yang dipasang perlu ditentukan pada kadar yang betul bagi mengelak berlakunya kerosakan
pada bahan penebat.

8. Semua sambungan sesalur servis bagi tujuan pengimbangan beban pada setiap fasa
perlu dibuat dengan berhati-hati.
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 3 drp : 42

2. KABEL BERTEBAT DI UDARA VOLTAN RENDAH

2.1 Binaan dan Rekabentuk


Kabel ini mempunyai satu hingga empat pengalir aluminium bertebat dengan Polyethylene.
Pengalir-pengalir ini membelit disekeliling dawai penggantunng bersalut aluminium Alloy.
Dawai penggantung ini juga dikhususkan sebagai dawai Neutral.

2.2 Pengalir Fasa


Bahan pengalir yang digunakan adalah Aluminium Tarik Kuat (Hard Drawn Aluminium)
dikeluarkan mengikut keadaan H68 mengikut panduan BS 2627 Wrought Aluminium for
Electrical Purposes. Pengalir-pengalir ini dibentukkan dalam keadaan bulat, berlembar dan
dipadatkan bersesuaian seperti kehendak IEC228 : Conductors of Insulated Cables.

2.3 Dawai Penggantung / Neutral


Dawai penggantung / neutral diperbuat daripada bahan aluminium alloy didalam bentuk
dawai yang ditarik daripada rod yang sentiasa melalui proses pengolahan dan pemasangan.
Sambungan tidak boleh dibuat sama sekali pada dawai pengantung/neutral kecuali pada rod
asas atau dawai sebelum proses penarikan.
Dawai penggantung / neutral perlu mempunyai ciri-ciri fizikal berikut :-

Beban Putus ( sebelum dilembarkan ) 30 h Bar(Min)


Kerintangan pada suhu 20º C 0.0328 ohm mm2 /m

Ketumpatan pada suhu 20º C 2.70 kg/dm3

2.4 Penebat
Semua pengalir termasuk dawai penggantung / neutral perlu disalut dengan lapisan
Polyethylene hitam penentang cuaca padatan tinggi.

2.5 Arah Pusingan Membelit Pengalir

Pengalir-pengalir membelit disekeliling dawai penggantung / neutral mengikut arah tangan


kanan susunan cara ( Z ). Semua teras-teras pengalir perlu kemas dan rapat diantara satu
sama lain.
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 4 drp : 42

2.6 Pengenalan Pada Teras

Semua teras-teras pada kabel perlu ditandakan dalam bentuk yang timbul dipermukaan
penebat. Untuk pengalir fasa ditanda dengan nombor 1, 2 dan 3 ( 1-Fasa Merah, 2-Fasa
kuning, 3-Fasa Biru ) dan bagi pengalir lampu jalan ditanda dalam huruf S/L. Tanda-tanda ini
boleh didapati pada setiap jarak 150mm atau tidak lebih daripada jarak ini.

Disepanjang dawai penggantung / neutral ditandakan dengan perkara-perkara berikut :-

- Nama pengeluar
- Kadar Voltan
- Sekatan TNB

2.7 Saiz Kabel

Saiz-saiz kabel bertebat di udara voltan rendah di standardkan seperti berikut:-

a) Untuk talian sesalur utama


i) 3 x 185mm2 + 16mm2 + 120mm2
ii) 3 x 95mm2 + 16mm2 + 70mm2

b) Untuk talian sesalur servis


i) 3 x 16mm2 + 25mm2 untuk bekalan 3 fasa
ii) 1 x 16mm2 + 25mm2 untuk bekalan 1 fasa
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 5 drp : 42

3. DATA-DATA TEKNIKAL KABEL BERTEBAT DIUDARA

3.1 Ciri-Ciri Fizikal dan Ukuran Pengalir Fasa dan Lampu Jalan

3 x 95mm2 3 x 185mm2
1 x 16mm2 3 x 16mm2
+ 16mm2 + 16mm2
Saiz Kabel + 25mm2 + 25mm2
+ 70mm2 + 120mm2

Bilangan Lembar 7 7 19 / 7 37 / 7

Garispusat lembar 4.7 4.7 11.5 / 4.7 16.2 / 4.7


Pengalir ( mm )

Tebal Penebat ( mm ) 1.05 1.05 1.7 / 1.05 2.2 / 1.05

Garispusat fasa /
6.8 6.8 14.9 / 6.8 20.6 / 6.8
Lampu jalan ( mm )
Garispusat keseluruhan 45.0
11.3 16.9 33.4
Kabel ( mm )
Rintangan pada 300C
1.99 1.99 0.33 / 1.99 0.17 / 1.00
( ohm / km )
Berat keseluruhan
150 270 1500 2280
Kabel ( kg / km )

3.2 Ciri-Ciri Fizikal dan Ukuran Untuk Dawai Penggantung / Neutral

Saiz Dawai Penggantung ( mm2 ) 25mm2 70mm2 120mm2


Bilangan lembar 7 19 19
Garispusat Lembar Dawai 13.0
5.9 9.9
Penggantung ( mm )
Tebal Penebat ( mm ) 1.25 1.5 1.7
Garispusat Dawai Penggantung (mm) 8.4 12.9 16.4
0
Rintangan pada 30 C ( ohm / km ) 1.44 0.46 0.26
Modulus Keanjalan ( kg / mm2 ) 6300 6300 6300

Pengembangan Pengkalisuhu (per0C ) 23 x 10-6 23 x 10-6 23 x 10-6

Tegangan Putus ( kN) 7.4 20.9 35.9


Tegangan Selamat
= Tegangan Putus ( kN ) 2.96 8.36 14.36
25
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 6 drp : 42

3.3 Kadar Membawa Arus dan Litar Pintas

1 x 16mm2 3 x 16mm2 3 x 95mm2 3 x 185mm2


Saiz Kabel + 25mm2 + 25mm2 +16mm2 +16mm
+70mm2 +120mm2

Keupayaan membawa arus pada 80A 70A 180A 300A


suhu udara 30ºC perfasa (A)

Kadar arus litar pintas maksima


fasa ( kA ), rintangan pada 300ºC (
ohm / km )

0.1 saat 3.08 3.08 18.33 35.69

0.5 saat 1.38 1.38 8.20 15.96

1.0 saat 0.98 0.98 5.80 11.29

3.0 saat 0.56 0.56 3.35 6.52

3.4 Rintangan Dan Aruhan Kabel Bertebat Diudara

Saiz Kabel Fasa Lampu Jalan Neutral Aruhan


mm2 ( ohm/km ) ( ohm / km ) ( ohm / km ) ohm/km/fasa

R30ºC R75ºC R30ºC R75ºC R30ºC R75ºC XL

1 x 16 + 25 1.99 2.33 - - 1.44 1.65 0.285

3 x 16 + 25 1.99 2.33 - - 1.44 1.65 0.105

3 x 95 + 16 + 70 0.33 0.39 1.99 2.33 0.46 0.591 0.095

3.5 Susutan Voltan Kabel Bertebat Diudara

Saiz Kabel % Susutan Voltan Per kVA / km Untuk 3 Fasa Pada Pelbagai Faktur
mm2 Kuasa
1.00 0.95 0.9 0.85 0.80

3 x 16 + 25 1.35 1.30 1.24 1.18 1.12

3 x 95 + 16 + 70 0.226 0.232 0.228 0.222 0.214

3 x 185 + 16 + 120 0.116 0.127 0.128 0.127 0.126


NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 7 drp : 42

4.0 BAHAN – BAHAN PEPASANGAN ATAS TIANG

Bahan yang digunakan dibahgian atas tiang adalah seperti berikut :-

a. Penebat Belenggu / Belenggu Berpenebat (Shackle Insulator)

Contoh Penggunaan

Berperanan menetapkan kedudukan pengalir pada laluann atau sebagai


pengkalan tamatan pengalir talian atas. Diperbuat daripada ceramik berpenebatan
tinggi. Satu lurah keliling belenggu direkabentuk semasa penghasilan agar pgalir
boleh mengelunsur melaluinya tanpa merosakkan pengalir itu sendiri.

b. Pendakap “D” (“D” Iron)

c. Pencekak / Pengikat Belenggu (Straps)


NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 8 drp : 42

d. Belenggu U e. Bolt dan Nut

BOLT, NUT & SESENDAL


BELENGGU “U”

Jadual penggunaan lengkap bahan – bahan dikepala tiang.

BAHAN – BAHAN DIKEPALA TIANG


Nama Tiang
Jenis Tiang

BOLT DAN NUT 16mm


Pendakap D

GARISPUSAT
Belenggu U
Pencekak
Belenggu

Belenggu
Sesendal
Penebat

120mm

160mm

180mm

200mm

240mm
Tamatan 5 5 10 5 5
Sesalur Terus 4 4 1 10 4 4 1
Sesalur Terus Bersudut 5 5 10 5 5
KAYU

Pembahagian 10 10 5 10 5
Sesalur Terus & tamatan Tee 5 10 10 10 10 5
3 cawang Pembahagian 10 15 20 5 20 5
4 Cawang Pembahagian 10 20 40 5 30 5
Tamatan 5 5 10 5 2 3
Sesalur Terus 4 4 1 10 4 2 2 1
KONKRIT

Sesalur Terus Bersudut 5 5 10 5 2 3


Pembahagian 10 10 5 10 3 2
Sesalur Terus & tamatan Tee 5 10 10 10 10 2 3
3 cawang Pembahagian 10 15 10 5 20 3 2
4 Cawang Pembahagian 10 20 40 5 30 3 2
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 9 drp : 42

5.0 KAEDAH SIMPAI TERUS

Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk simpai terus:


a) Pengalir aluminium 100 mm²
b) Penebat belenggu
c) Dawai pengalir
d) Pemotong dawai
e) Besi perapat (alat yang digunakan untuk membuat lilitan)
f) Penukul
g) Pita pengukur
h) Pemotong pengalir

Langkah 1 : Lilit dawai pengalir aluminium 16 lilitan.


NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 10 drp : 42

Langkah 2 : Lilit dawai (hujung A) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir 1 setengah lilitan.

Langkah 3 : Lilit dawai (hujung B) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir 1 setengah lilitan.

Langkah 4 : Lilit dawai (hujung A) pada penebat belenggu dan lilit pengalir 6 lilitan.

Langkah 5 : Lilit dawai (hujung B) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir 6 lilitan.
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 11 drp : 42

Langkah 6 : Potong lebihan dawai pada hujung dawai A dan B.

6. PEPASANGAN TIANG UNTUK KABEL BERTEBAT DIUDARA VOLTAN RENDAH

6.1 Cara Pepasangan Pada Tiang

Cara pemasangan kabel pada pelbagai kedudukan tiang ditunjukkan didalam rajah-
rajah dibawah: -

i. Tiang Sesalur terus


ii. Tiang Sesalur Terus Bersudut
iii. Tiang Pembahagian
iv. Tiang Tamatan
v. Tiang Sesalur Terus dengan Tamatan Tee
vi. Tiang Sesalur Terus “ Beberapa Litar “

6.2 Penggunaan Tiang

Tiang spun kongkrit digunakan untuk menyokong talian kabel bertebat diudara.
Panjang tiang yang digunakan untuk menyokong kabel dinyatakan seperti berikut : -

Panjang Tiang Saiz Kabel Bertebat

3 x 185 mm2 + 16 mm2 + 120 mm2 dan


9 meter
3 x 95 mm2 + 16 mm2 + 70 mm2
3 x 16 mm2 + 25 mm2
7.5 meter
1 x 16mm2 + 25 mm2
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 12 drp : 42

6.3 Panjang Span Maksima

Jarak span maksima bagi penggunaan tiang yang piawai seperti diatas bagi
kesemua saiz kabel ialah 50 meter.

Talian Fasa Merah

Talian Fasa Kuning

Talian Fasa Biru

Talian Lampu Jalan Talian Fasa Merah

Wayar Neutral Talian Fasa Kuning

Talian Fasa Biru

3 Fasa, Talian
Lampu Jalan &
Neutral
Wayar Neutral

3 Fasa & Neutral

Talian Fasa Kuning Talian Fasa Merah

Talian Fasa Biru Talian Fasa Kuning

Wayar Neutral Talian Fasa Biru

Talian Lampu Jalan

Wayar Neutral

2 Fasa & Neutral

Talian Fasa Merah Talian Fasa Merah

Talian Lampu Jalan Talian Fasa Kuning

Wayar Neutral Talian Fasa Biru

Talian Lampu Jalan

Wayar Neutral

1 Fasa, Talian
Lampu Jalan &
Neutral
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 13 drp : 42

6.4 Bilangan Maksima Litar Per Tiang

Bilangan litar ( kabel ) yang digantung diatas tiang dihadkan oleh rekabentuk tegasan
kelenturan “ Design bending stress “ yang terjadi pada tiang apabila berlakunya
tiupan angin terhadap kabel dan tiang. Tiang spun kongkrit yang digunakan sekarang
mempunyai momen kelenturan muktamad “ Ultimate bending moment “ lebih
kurang 3.1 ton-meter. Bilangan maksima litar yang dapat disokong oleh setiap tiang
adalah seperti berikut: -

Panjang Tiang Bilangan Litar dan Saiz Kabel Bertebat

1 Litar 3 x 185mm2 + 16 mm2 + 120 mm2 dengan


9 meter
1 Litar 3 x 95 mm2 + 16 mm2 + 70 mm2
3 Litar 3 x 95 mm2 + 16 mm2 + 70 mm2
7.5 meter 4 Litar 3 x 16 mm2 + 25 mm2

Di kawasan tanah lapang misalnya di kawasan tanah sawah, yang berkemungkinan


tiupan angin akan melebihi 96km/j, Umbang Angin mungkin digunakan untuk
mengimbangi penambahan beban yang terjadi pada tiang.

6.5 Pembumian Di Tiang ( Rajah 7 )

Sistem pembumian neutral berbilang “ Multiple Earthed Neutral “ perlu diamalkan.


Dawai aluminium bersalut PVC saiz 7/2.14mm ( 7 / .083in ) digunakan sebagai dawai
bumi. Cara pemasangan pembumian ini adalah sama sepertimana pembumian pada
talian tak bersalut. Untuk pemasangan pada bahagian pangkal tiang, salutan
penebat PVC perlu dikeluarkan dan pengalir yang telah terdedah dililit disekeliling
bahagian pangkal tiang untuk memastikan sentuhan yang berkesan dengan tanah
sekeliling. Pada bahagian atas, cantuman dawai bumi dengan neutral dibuat dengan
menggunakan penyambung penebat “ piercing”.
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 14 drp : 42

Rajah 7: Pembumian pada tiang

7. KELEGAAN DAN LINTASAN KABEL BERTEBAT

7.1 Kelegaan Talian Kebumi

Kelegaan minima kabel diatas paras tanah adalah seperti berikut : -

Merentangi jalan raya 5.49 meter

Merentangi kawasan tanah lapang 5.18 meter

Merentangi kawasan dimana kenderaan


4.57 meter
tidak mungkin boleh masuk
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 15 drp : 42

Rajah 8: Kelegaan Talian Ke Bumi

7.2 Kelegaan Dengan Bangunan

Oleh kerana kesemua pengalir termasuk dawai pengantung / neutral adalah


bersalut, kabel ini dapat ditempatkan dibangunan dan dilarikan disepanjang
bangunan sama seperti dawai PVC.

7.3 Penempatan Kabel Di Bangunan

Apabila kabel bertebat diudara direntang diperantara tiang ke bangunan, kabel


tersebut hendaklah ditempatkan pada bangunan dengan ketinggian tidak kurang
dari 2.7 meter daripada paras tanah.

7.4 Kelegaan Daripada Dahan Pokok dan Pokok-Pokok

Semua dahan pokok dan pokok-pokok yang berada dalam lingkungan 300 mm
hendaklah ditebang atau dicantas. Sekiranya terdapat pokok-pokok yang merbahaya
terhadap talian. ( Pokok-pokok yang condong ke talian ) yang berada luar daripada
jarak ini juga perlu ditebang.
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 16 drp : 42

7.5 Melintasi Talian Telekom

Keadaan-keadaan berikut perlu dipatuhi apabila kabel bertebat diudara melintasi


talian telekom: -
a) Sudut minima yang perlu dibuat diantara talian pengalir dengan talian
telekom ditempat pelintasan tidak boleh kurang daripada 30º.
b) Jarak minima diantara kabel dengan talian telekom adalah 610 mm.

7.6 Melintasi Talian Atas Voltan Tinggi

Apabila talian voltan rendah perlu melintasi talian voltan tinggi, talian tersebut akan
disambung dengan menggunakan kabel bawah tanah. Cara ini merupakan cara yang
selalu diamalkan.

7.7 Melintasi Rel Keretapi

Kebenaran mestilah terlebih dahulu diperolehi daripada pihak berkuasa Jabatan


Keretapi. Kelegaan minima daripada tanah perlu diperolehi sama seperti kelegaan
talian melintasi jalanraya dan kelegaan dengan talian telekom juga perlu dipatuhi
sekiranya terdapat talian telekomunikasi direntang disepanjang rel keretapi
tersebut.

8. JENIS-JENIS TIANG

8.1 Fungsi Tiang

Tiang adalah sebagai penyokong dawai pengalir dan lain lain bahan pepasangan
seperti fius, peti kabel, dan lain-lain supaya:
a) Kelegaan yang selamat daripada tanah, bangunan dan lain-lain dapat diperolehi.
b) Kelegaan di antara fasa dan neutral dapat diperolehi.

8.2 Panjang Tiang

a) 9 meter - digunakan pada talian sesalur utama


b) 7.5 meter- digunakan pada sesalur bekalan

8.3 Dalam tiang yang ditanam

Tiang yang didirikan ditanam sedalam 1.5 meter, kecuali tiang spun konkrit 7.5 m
(kebiasaannya digunakan pada talian talikom, ditanam sedalam 1.2 meter)
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 17 drp : 42

8.4 Terdapat 4 jenis tiang yang biasa digunakan iaitu:

a) Tiang Kayu
• Saiz
Terdapat 2 saiz dan ianya dibentuk segiempat sama seperti ukuran berikut:
a. 130mm x 130mm x 7.5meter
b. 150mm x 150mm x 9.0meter
• Lubang
a. Terdapat 5 lubang di kepala tiang bersaiz 18mm garis pusat
b. Jarak dari tiang kelubang yang pertama ialah 150mm
c. Jarak antara lubang ke lubang adalah 230mm
• Lubang alur
a. Terdapat satu lubang alur yang memanjang dari kepala tiang hingga ke
pangkal tiang bersaiz 5 mm
b. Kedudukannya terletak disalah satu permukaan yang mempunyai lubang
dikepala tiang.
c. alur bertujuan bagi melarikan dawai bumi
• Berat
Tiang kayu berukuran 9 meter, di dalam lingkungan 180 kg hingga 210 kg
bergantung kepada jenis dan kekeringan kayu. Bagi berat tiang 7.5 meter, di
dalam lingkungan 105 kg hingga 130 kg
• Jenis kayu
a. Jenis kayu keras (cengal, balau)
b. Jenis kayu setengah keras @ jenis yang diawet (Keruing, Kempas, Simpoh,
Kulim, Merapuh, Mertas)
• Tempat penggunaan
Digunakan dikawasan luar bandar
• Penjagaan tiang
Sebelum tiang didirikan, hujung pangkal tiang sepanjang 2 meter disapu dengan
cat perlindungan kayu (creosote, soliganam)

(b) Tiang konkrit bercerucuk


• Saiz
Panjang tiang konkrit adalah 9 meter dan pada bahagian atasnya berbentuk
empatsegi dengan ukuran 130mm x 130mm dan membesar di bahagian bawah
280mm x 200mm. Pada kedua-dua permukaan terdapat lubang alur yang
bermula daripada 2.7 meter daripada hujung kepala tiang.
• Lubang
Terdapat 5 lubang yang disediakan di kepala tiang dan ukurannya adalah seperti
di tiang kayu.
a. Terdapat 5 lubang di kepala tiang bersaiz 18mm garis pusat
b. Jarak dari tiang kelubang yang pertama ialah 150mm
c. Jarak antara lubang ke lubang adalah 230mm
• Berat
Berat tiang adalah lebih kurang 655 kg
• Punca sambungan pembumian
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 18 drp : 42

Terdapat 2 bol dan nat untuk sambungan dawai bumi. Jarak bol dan nat tadi
adalah:
a. 1.2 meter daripada hujung pangkal tiang
b. 1.1 meter daripada hujung kepala tiang
Saiz bol dan nat untuk pembumian ialah 13mm garis pusat dan kedua duanya
mempunyai sambungan keterusan melalui kimpalan ke cerucuk keluli di dalam
tiang.
• Cara binaan Tiang konkrit dibuat dengan menyusun rod-rod keluli dan
dimasukkan kedalam acuan. Kemudian kongkrit dituangkan kedalam acuan dan
digegarkan sehingga mampat. Setelah 48 jam, ia dikeluarkan daripada acuan dan
direndam di dalam air selama 14 hari dan seterusnya dibiarkan ditempat redup
selama 14 hari
• Tempat penggunaan
Digunakan dikawasan bandar dan komplek-komplek perumahan.

(c) Tiang Konkrit Spun


• Saiz
Tiang jenis ini dibentukkan dalam keadaan bulat dan membesar hingga di
bahagian pangkal tiang. Terdapat 3 saiz tiang yang mempunyai ukuran yang
berbeza:-
a. Panjang 9 meter, garis pusat bahagian atas 140mm dan 260mm untuk
bahagian bawah. (rekabentuk taper 1:75)
b. Panjang 7.5 meter, garis pusat bahagian atas 140mm dan 240mm untuk
bahagian bawah. (rekabentuk taper 1:75)
c. Panjang 7.5 meter, garis pusat bahagian atas 100mm dan 175mm untuk
bahagian bawah. (rekabentuk taper 1:100)
• Lubang
Terdapat 5 lubang yang disediakan pada tiang konkrit rekabentuk taper 1:75.
ukuran saiz dan jarak adalah sama seperti tiang kayu.
a. Terdapat 5 lubang di kepala tiang bersaiz 18mm garis pusat
b. Jarak dari tiang kelubang yang pertama ialah 150mm
c. Jarak antara lubang ke lubang adalah 230mm
Bagi rekabentuk taper 1:100, terdapat hanya 4 lubang yang disediakan di
bahagian atas tiang dengan jarak 305mm antara lubang.
• Berat
a. Tiang konkrit spun 9 meter x 140mm = 400 kg
b. Tiang konkrit spun 7.5 meter x 140 mm = 320 kg
c. Tiang konkrit spun 7.5 meter x 100 mm = 120 kg
• Punca sambungan pembumian
Terdapat satu lubang di bahagian atas yang disediakan pada kedudukan 1.2 meter
daripada hujung kepala tiang dan satu lubang di bahagian bawah pada kedudukan
1.2 meter daripada hujung pangkal tiang. Lubang lubang ini digunakan bagi
melarikan dawai bumi.
(untuk memasuk dan mengeluarkan dawai bumi, telah disediakan dawai pandu
yang menghubungkan dua lubang tadi)
• Tempat penggunaan
Secara amnya tiang ini digunakan pada kesemua pembinaan sesalur talian atas
tidak kira kawasan mana. Tiang ini digunakan secara meluas pada masa kini.
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 19 drp : 42

(d) Tiang Keluli


• Saiz
Tiang jenis ini dibentukkan dalam keadaan bulat dan mempunyai 3 bahagian.
a. 75mm x 100mm x 130mm x 7.5 meter
b. 90mm x 120mm x 140mm x 9.0 meter @ 9.8 meter
• Lubang
Terdapat 5 lubang yang disediakan pada tiang keluli. Ukuran saiz dan jarak adalah
sama seperti di tiang kayu.
a. Terdapat 5 lubang di kepala tiang bersaiz 18mm garis pusat
b. Jarak dari tiang kelubang yang pertama ialah 150mm
c. Jarak antara lubang ke lubang adalah 230mm
• Berat
a. 7.5 meter x 75mm = 85 kg
b. 9.0 meter x 90mm = 114 kg
c. 9.8 meter x 90mm = 120 kg
• Tempat penggunaan
Disebabkan harganya yang mahal, tiang jenis ini tidak lagi digunakan kecuali
sebagai tiang sokong bagi tiang konkrit di dalam pembinaan talian atas.

9. NAMA – NAMA TIANG

a) TIANG KAYU
i) Tiang Tamatan
ii) Tiang Sesalur Terus
iii) Tiang Sesalur Terus Bersudut
iv) Tiang Pembahagian
v) Tiang Sesalur Terus Dengan Tamatan Tee
vi) 3 C a w a n g /4 Cawang Tiang Pembahagian

b) TIANG KONKRIT SPUN


i) Tiang Tamatan
ii) Tiang Sesalur Terus
iii) Tiang Sesalur Terus Bersudut
iv) Tiang Pembahagian
v) Tiang Sesalur Terus Dengan Tamatan Tee
vi) 3 Cawang / 4 cawang tiang Pembahagian

9.1 Pemilihan nama tiang bergantung pada keadaan jalan yang digunakan seperti:-
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 20 drp : 42

• Keadaan jalan yang lurus


Samada tiang tamatan sesalur terus atau pembahagian boleh digunakan.

i) Apabila talian pengalir ditamatkan – tiang tamatan


ii) Dipertengahan talian pengalir - tiang saluran terus
iii) Apabila terdapat lebih dari 10 atau 12 spun – tiang pembahagian.
• Keadaan jalan yang mempunyai selekoh
Samada tiang sesalur terus bersudut atau tiang pembahagian digunakan.

i) Apabila sudut peraliham adalah kurang dari 60  - tiang sesalur terus bersudut
ii) Apabila sudut peralihan melebihi 60  - tiang pembahagian
Pada penghabisan jalan
Tiang tamatan digunakan.

• Pada simpang T
Tiang saluran terus dengan tamatan tee atau tiga cawang tiang pembahagian digunakan.
• Merentangi Jalan
Tiang tamatan terus dengan dua tamatan tee atau 4 cawang tiang pembahagian
• Sekitar pencawang
Tiang tamatan atau tiang pembahagian

Rajah 11: Tiang sesalur Terus

Rajah 12: Tiang tamatan


NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 21 drp : 42

Rajah 13: Tiang pembahagian

Rajah 14: Tiang sesalur terus bersudut


NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 22 drp : 42

Rajah 15: Tiang sesalur terus dengan tamatan tee

Rajah 16: 4 cawang tiang pembahagian

Rajah 11: Contoh tiang konkrit (Span Concrete)

10. PENENTUAN DAN PEMILIHAN KEDUDUKAN TIANG

1. Faktor-faktor Penentuan Kedudukan Tiang.


(Untuk Kerja-kerja Memancang)
i. Di dalam kawasan simpanan jalan.
ii. Di perantaraan longkang dengan susur jalan (tepi jalan).
iii. Mengikut keadaan simpang-siur jalan, selekoh, simpang tiga dan lain-lain.
iv. Mempunyai kawasan tanah yang mencukupi untuk pembinaan umbang.
v. Pada kedudukan tanah yang sesuai misalnya mengelak daripada terletak di atas saluran
perkhidmatan lain seperti kabel elektrik atau paip air dan pada keadaan tanah yang tidak
perlu membuat penambakan tapak asas.
vi. Pada kedudukan perantaraan sempadan antara rumah, bangunan atau pintu pagar
bangunan.
vii. Pada kawasan yang tidak memberi gangguan pada penghuni dan orang awam.
viii. Penempatan tiang membolehkan pengalir mempunyai kelegaan-kelegaan yang
mencukupi misalnya kelegaan dengan tanah, bangunan, pokok atau dahan kayu dan
talian perkhidmatan lain.
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 23 drp : 42

ix. Panjang atau jarak ‘span’ lebih kurang sama dan tidak melebihi had maksima sesuatu
pembinaan talian seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah.

Jenis Talian ‘Span’ Maksima (Meter)


Pengalir Tak Bersalut 55
Pengalir Bertebat Di Udara (ABC) 50
7/1.12 mm 25

Dawai PVC 7/2.14 mm 35


19/1.53 mm 45
19/2.14 mm 45

2. Pemilihan Kedudukan Tiang.


a. Keadaan Jalan Yang Lurus.
i. Sama ada untuk Tiang Tamatan, Sesalur Terus atau Tiang Pembahagian.
ii. Apabila talian pengalir ditamatkan, Tiang Tamatan digunakan.
iii. Di pertengahan talian pengalir, Tiang Sesalur terus digunakan.
iv. Setelah terdapat lebih kurang 10 hingga 12 ‘span’, Tiang Pembahagian biasanya dibina.

Tiang
Sesalur Tiang
Tiang Terus Pembahagian
Tamatan

Jalanraya

b. Keadaan Jalan Yang mempunyai Selekoh.


i. Di selekoh jalanraya, dibina sama ada Tiang Sesalur Terus Bersudut atau Tiang
Pembahagian.
ii. Tiang Sesalur Terus Bersudut dibina sekiranya didapati sudut peralihan kurang daripada 60o.
iii. Untuk sudut peralihan yang lebih daripada 60o, Tiang Pembahagian perlu digunakan.

Tiang
Sudut

Tiang
Pembahagian

Jalanraya
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 24 drp : 42

c. Di Penghabisan Jalan.

i. Tiang Tamatan digunakan disetiap penghabisan jalan.

Tiang
Sesalur
Tiang Terus
Tamatan

Jalanraya

d. Simpang Tiga (Simpang ‘T’).

i. Di simpang tiga ,sama ada menggunakan Tiang Sesalur Terus Dengan Tamatan ‘Tee’ atau
Tiang Tiga Cawang Pembahagian.

Tiang Sesalur Terus Dengan Tiang Tiga Cawang


Tamatan ‘Tee’. Pembahagian
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 25 drp : 42

e. Merentangi Jalan (Simpang Empat).

i. Sama ada menggunakan Tiang Sesalur Terus Dengan Dua Tamatan ‘Tee’ atau Tiang Empat
ii. Cawang Pembahagian.

Tiang Sesalur Terus Dengan Dua


Tamatan ‘Tee’.

Tiang Empat Cawang


Pembahagian

f. Bulatan Jalan.
i. Di kawasan bulatan jalanraya terdapat beberapa cara untuk pemilihan tiang dilakukan
antaranya menggunakan Tiang Pembahagi yang disambung menggunakan pengalir bersalut
pada satu lagi Tiang Pembahagi ataupun menamatkan pengalir pada Tiang Tamatan dan
menyambung menggunakan Kabel Bawah Tanah kepada satu lagi Tiang Tamatan di
seberang jalan.

Pengalir
Bersalut

Kabel
Bawah
Tanah
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 26 drp : 42

g. Sekitar Pencawang.

i. Di sekitar pencawang, digunakan sama ada Tiang Tamatan atau Tiang Pembahagian. Ianya
boleh digunakan untuk penamatan Kabel Bawah Tanah yang menyambungkan bekalan ke
talian atas daripada pencawang.

Kabel Bawah
Tanah

2. Arah Permukaan Kedudukan Tiang.

Tiang mestilah di tempatkan pada arah kedudukan permukaan yang betul supaya dayakilas tidak
akan berlaku apabila tegangan pada talian pengalir dibuat.

11. UMBANG DITALIAN ATAS VOLTAN RENDAH.


A) Fungsi
Fungsi umbang adalah untuk memperseimbangkan daya – daya yang dihasilkan oleh
tegangan dawai pengalir serta daya – daya yang terhasil disebabkan tiupan angin ditalian
supaya tegak.

B) Bahan – bahan yang digunakan diumbang


i) Dawai Umbang
Dawai umbang yang digunakan adalah dari jenis dawai keluli galvanis berlembar
gred 700N/mm2. saiz – saiz yang boleh didapati adalah seperti berikut:-
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 27 drp : 42

SAIZ BEBAN PUTUS BEBANKERJA SELAMAT BERAT


mm kN kg kN kg Kg/m
SWG 12 7/2.00 15.4 1571 6.16 628 0.17
SWG 10 7/2.65 27.0 2754 10.8 1102 0.30
SWG 8 7/3.25 40.65 4146 16.26 1659 0.46

Dawai umbang bersais 7/2.65mm dan 7/3.25mm gred 700 digunakan pada talian
sesalur utama sementara dawai umbang bersaiz 7/2.00 digunakan pada talian
sesalur bekalan.

ii) Komponen – komponen umbang


➢ Sepit umbang
➢ Didal
➢ Penebat umbang
➢ Bebusar umbang dan didal
➢ Rod dan pelit umbang

iii) Jenis – jenis umbang


➢ Umbang biasa (satu umbang)
➢ Umbang biasa (dua umbang)
➢ Umbang terbang
➢ Umbang penolak luar
➢ Tiang sokong

Rajah 17: Sepit umbang


NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 28 drp : 42

Rajah 18: Didal

Rajah 19: Penebat Umbang

Rajah 20: Bebusar Umbang dan Didal


NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 29 drp : 42

Rajah 21: Rod dan Pelit Umbang


NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 30 drp : 42

Rajah 22: Umbang Biasa ( satu umbang ) Rajah 23: Umbang Biasa ( dua umbang )

Rajah 24: Dua Umbang Terbang

Rajah 25: Umbang Penolak Luar


NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 31 drp : 42

Kaedah membuat simpai tamatan.

1. Dawai umbang diluruskan terlebih dahulu denagn menggunakan tangan.


2. Dawai umbang seterusnya dibengkokkan berdasarkan pemasangan yang diperlukan
seperti didal ataupun belimbing.
3. Dawai umbang tersebut seterusnya diumgkaikan supaya lembar tengah dapat
diperolehi.
4. Lembar tengah ini digunakan sebai permulaan didalam belitan pertama iaitu
sebanyak 8 lilitan.
5. Untuk belitan seterusnya, lembar yang sedekat yang mungkin dengan lembar yang
dipotong dipilih.
6. Sebelum dawai umbang tersebut dipotong, ia hendaklah dipadatkan terlebih dahulu
untuk mendapatkan kemasan yang baik.
7. Untuk memutuskan dawai tersebut, dengan menggunakan mini hacksaw, gergajikan
dawai tersebut sehingga hampir putus. Dengan menggunakan player 8” kepitkan
dawai tersebut dan kepakkan bahagian yang hendak dipotong.
8. Belitan yang seterusnya dilakukan sebanyak 7 lilitan sebanyak 3 set, 6 lilitan
sebanyak 2 set dan 5 lilitan sebanyak 1 set.

Kaedah dengan bantuan gambar.

Gambar menunjukkan bagaimana


belitan pada dawai umbang
dilakukan.

Gambar menunjukkan bagaimana


dawai umbang diketuk supaya
menjadi lebih kemas
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 32 drp : 42

Gambar menunjukkan bagaimana


dawai umbang dipotong dengan
menggunakan mini hacksaw

Gambar menunjukkan dengan


menggunakan player 8”, dawai
dikapit serta lebihan dikepak utk
memutuskan dawai tersebut

Gambar menunjukkan tamatan yang


telah siap dilakukan pada didal.

Gambar menunjukkan tamatan tany


dilakukan pada belimbing / penebat
belenggu

Gambar menunjukkan bagaimana tamatan


dilakukan pada kedua – dua bahagian
penebat belenggu. Bahagian atas akan
disambungkan pada didal manakala
dibahagian bawah akan disambungkan pada
bow.
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 33 drp : 42

13. MENDIRIKAN TIANG/PENGGALIAN LUBANG TIANG

1. Bentuk dan ukuran Lubang Yang Digali.

Cangkul dan alat penggali digunakan untuk menggali lubang tiang dibuat seperti bentuk
dalam gambarajah di bawah:

300 mm

1 – 2 meter

300 mm

Lebar 1 mata cangkul

Peg Penanda

Lubang Tiang

2. Cara Mendirikan Tiang.

Langkah-langkah tertentu haruslah diikuti apabila mendirikan tiang. Untuk memudahkan


pergerakan tiang masuk kedalam lubang, satu penahan (papan gelongsor) perlu diletakkan
ke dalam lubang tiang tersebut dan tiang tersebut perlu diselaraskan supaya ianya sentiasa
dalam keadaan yang lurus semasa mendirikannya menerusi tali-tali yang diikat pada kepala
tiang.

Teknik mendirikan tiang cara ini sudah tidak dipraktikan lagi kecuali pada tempat-tempat yang
tertentu yang tidak boleh dimasuki oleh jentera., Pada masa sekarang ‘Kren Auger’
digunakan untuk mengali dan mendirikan tiang.

‘Kren Auger’ yang digunakan masa kini untuk menggali dan mendirikan tiang.
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 34 drp : 42

3. Tegak Tiang Dan Menimbus Lubang.

Tegak tiang dapat dipastikan dengan menggunakan tali batu pelambam yang dipasang pada
tiang. Selepas tiang dilaras tegak pada kedudukannya, lubang akan ditimbus dan pada setiap
150 mm hendaklah dipadatkan dengan menggunakan penumbuk bumi.

PEMASANGAN UMBANG

1. Pemilihan Umbang

1.1 Bilangan, Saiz Dawai dan Jarak Umbang

Bilangan dan saiz dawai umbang yang perlu digunakan pada tiang sudut atau tamatan boleh
diperolehi daripada jadual pemilihan umbang.

1.2 i) Sudut peralihan merupakan buka sudut diantara dawai pengalir yang diubah daripada
kedudukan yang lurus.

ii) Cara penentuan sudut peralihan

a) Sudut peralihan boleh ditentukan dengan membuat pengukuran yang sebenar dengan
menggunakan papan jangka sudut.
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 35 drp : 42

Pancang Tiang Pancang Ukuran

3 meter

Ukuran Keputusan
X
3 meter
Pancang Ukuran
Kos A 2bc = b² + c² - a²
Kos A = b² + c² - a²
2 bc
Kos A = 3² + 3² - 2.3²
2(bxc)
Kos A = 18 – 5.29
2(9) 3 meter
A c B
Kos A = 0.706
Kos A = 45º
3 meter a 2.3
b meter

Panjang “ X “ Sudut Peralihan


0.78 meter 15º
1.6 meter 30º
2.3 meter 45º
3.0 meter 60º
3.7 meter 75º
4.2 meter 90º
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 36 drp : 42

Atau

(a)Dengan menetapkan ukuran pada garisan talian dan garisan rujukan pengalir seperti rajah
dibawah ( ukuran garisan ini dibuat sepanjang 3 meter ), sudut peralihan dapat diketahui dengan
membuat ukuran pada X berpandukan pada jadual dibawah.

Pancang Tiang 3 meter Pancang Ukuran

Ukuran Keputusan

X
3 meter

Pancang Ukuran

Menentukan Arah / Kedudukan Umbang.

Kedudukan umbang mestilah diletakkan pada kedudukan yang betul dan tepat bersetentangan
dengan daya dihasilkan oleh tegangan dawai pengalir.

Pada Tiang Tamatan

Kedudukan umbang selari dengan talian pengalir


NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 37 drp : 42

Pada Tiang Pertengahan

Umbang

900 / sudut tepat

Pada Tiang Sesalur Terus Bersudut Kedudukan umbang adalah dipertengahan sudut diantara
dawai pengalir.

Contoh : Tiang Sudut 30º

Cara-cara untuk membahagi sudut ini boleh dilakukan dengan menggunakan pita pengukur seperti
rajah dibawah.
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 38 drp : 42

Nota: Ukuran A ke B dan A ke C mestilah sama panjang


( katakan 3 meter ), sementara ukuran B ke pancang keputusan dan ukuran C ke pancang keputusan
juga mestilah sama panjang.

Pengalian Lubang Umbang


Ukuran Lubang Umbang
Lubang umbang digali dalam bentuk empatsegi berserta dengan lubang alur untuk rod umbang
seperti saiz berikut 0.6 m x 1 m x 150 mm.

1.3 Dalam Lubang Dan Panjang Lubang Alur

Berpandukan kepada jarak umbang, dalam dan panjanng lubang alur boleh diperolehi daripada
jadual carta umbang.

Dalam dan panjang lubang alur ( dalam carta umbang ) diperolehi dengan membuat kiraan supaya
apabila pemasangan rod dan pelit umbang dibuat, bebenang rod umbang berada diatas paras tanah
pada kedudukan dalam pelit umbang yang betul dan rod umbang didalam keadaan yang lurus.

1.4 Pemasangan Pelit dan Rod Umbang

Selepas lubang dan lubang alur digali, masukkan rod dan pelit umbang pada kedudukannya hingga
tersentuh dengan dasar lubang dan seterusnya pelit umbang dihentak masuk dengan menggunakan
penumbuk bumi sehingga rod umbang seiring dengan dasar lubang alur.

1.5 Menibus Lubang

Selepas pemasangan pelit dan rod umbang, lubang perlu ditimbus kembali dan pada setiap 150mm
lapisan tanah yang dimasukkan hendaklah dipadatkan dengan menggunakan penumbuk bumi.

1.6 Pematian Dawai Umbang.


NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 39 drp : 42

Selepas lubang ditimbus, bebusar umbang dan didal dipasang pada rod umbang. Pematian dawai
umbang perlu dilakukan dengan cara membuat sambat didal pada berbusar umbang.

Penyelarasan umbang boleh dibuat dengan cara menyelaraskan nat penyelaras bebusar yang
terdapat pada rod umbang.

15. PROSEDUR PEMBINAAN ASAS

1. Sebelum tiang didirikan, dawai pembumian di dalam tiang pada kedudukan pangkal tiang
perlu ditarik keluar dan dililit pada pangkal tiang bagi tujuan pembumian.
2. Dawai pembumian pada bahagian atas tiang tidak perlu ditarik keluar . Dawai ini hanya
untuk sambungan kepada aksesori dan dawai neutral LV ABC sahaja.
3. Pemasangan umbang hendakalah dilakukan pada tiang pertama, terakhir, pembahagian dan
tiang sudut.
4. Pastikan dram kabel diletakkan pada jarak 8 – 9 meter dari tiang sebelum mula merentang
kabel.
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 40 drp : 42

5. Dram kabel juga perlu diletakkan pada jarak 1 meter bersebelahan dari tiang pertama bagi
mengelakkan sebarang geseran atau kabel yang berpintal pada tiang.
6. Bagi kes kawasan pembinaan yang mempunyai kecerunan yang tinggi, dram
perlu diletakkan pada kedudukan yan g lebih tinggi bagi memudahkan
penarikan kabel.

7. Penyelia hendakalah memastikan bahawa tali yang mengikat come along tong
kepada penarik berkeadaan baik dan pengalir tidak mengalami kerosakan oleh
objek-objek tajam.

8. Pengalir kemudiannya diangkat ke tiang kedua dan ditarik. Tindakan ini


diulangi dengan tiang seterusnya sehinggalah ke tiang kedua terakhir.
9. Dead End Clamp dimasukkan ke messenger wire dan bahagian hujung Dead
End Clamp yang akan disangkut pada Dead End Clamp Bracket diikatkan pada
tali.
10. Tali berkenaan dimasukkan ke roller cable pada tiang tamatan dan ditarik
supaya pengalir dinaikkan ke paras dead end clamp bracket.
11. Peringkat terakhir pembinaan ialah mengubahsuai kenduran pengalir. Pengalir
dibiarkan dalam tegangan bunuh selam a sejam.

15.1 Pengukuran tegangan dengan menggunakan papan kenduran.

a) Formula kenduran.
Formula yang digunakan untuk mengira kenduran pengalir adalah seperti
beriku:-

K = ( W I x I ) / 8T

Dimana: K = Kenduran pengalir


W= Berat dawai perunit panjang
I = Panjang Span
T = Tegangan pada pengalir
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 41 drp : 42

Contohnya : Dengan data – data yang diberi seperti berikut, kira kenduran
pengalir 100mm²
Berat = 200 kg/km
Panjang Span = 50 meter
Tegangan = 2.44 KN

Jawapan : K = (W x I x I)/8T
8 x 2.44 x 102

= 0.364 meter.

15.2 Jadual kenduran


Jadual kenduran untuk pengalir pada tegangan bunuh dan tegangan bina
pada pelbagai panjang span di beri di dalam jadual berikut.

Span (meter) Kenduran bunuh (mm) Kenduran bina (mm)


25 45 90
65 65 130
35 90 180
40 115 230
45 145 290
50 180 360

15.3 Menyiapkan Tamatan Pada Tiang Permulaan.

1. Pada tiang permulaan pemasangan, come along tong yang mengepit dan
memegang messenger wire ditarik dan ditetapkan menggunakan pull lif. Ia
dijalankan dengan mengikat pull lift di antara come along tong dan tiang.
NO. KOD DEA4313/K 01/NK 01-07 Muka : 42 drp : 42

2. Apabila kenduran pada span talian seperti yang dikehendaki telah tercapai,
tandakan dimana dead end clamp hendak diletakkan dan kemudian potong
messenger wire pada tempat berkenaan. Masukkan hujung messenger wire
yang dipotong tersebut kepada dead end clam.
3. Tambahkan tegangan untuk sementara waktu pada messenger wire
menggunakan pull lift bagi memudahkan pemasangan dead end clamp
bracket.