Anda di halaman 1dari 9

STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN TAHFIZ

Topik 1 SEKOLAH MENENGAH

Hasil Pembelajaran

DiDiakhir
akhirtopik
topikini,
ini,pelajar
pelajarseharusnya
seharusnyadapat
dapat: :
Menjelaskan penggunaan istilah pendekatan, kaedah dan
Menjelaskan penggunaan istilah pendekatan, kaedah dan
teknik dalam pengajaran dan pembelajaran.
teknik dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menggunakan pendekatan dan kaedah mengajar yang
Menggunakan pendekatan dan kaedah mengajar yang
berbeza mengikut kesesuaian bidang dan topik pelajaran.
berbeza mengikut kesesuaian bidang dan topik pelajaran.
Membincangkan bentuk pendekatan dan kaedah pengajaran dan
Membincangkan bentuk pendekatan dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai bagi tahfiz sekolah menengah.
pembelajaran yang sesuai bagi tahfiz sekolah menengah.

SINOPSIS

Topik ini membolehkan pelajar menguasai penggunaan istilah pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran, serta dapat mengaplikasikannya dalam pengajaran
dan pembelajaran tahfiz al-Quran sekolah menengah.

1.1 Pendekatan

Pendekatan merupakan asas falsafah atau kepercayaan mengenai sesuatu perkara yang
menjadi pegangan seseorang. Dalam konteks pendidikan, ia merupakan satu set andaian
atau pandangan tentang pengajaran dan pembelajaran yang dipegang oleh guru
berlandaskan teori serta prinsip atau model tertentu.

Pendekatan menghuraikan sifat secara umum mata pelajaran yang diajar.


Pendekatan menyatakan suatu pendapat, falsafah atau suatu pengajaran, tetapi tidak
semestinya boleh dibuktikan secara mutlak. Umpamanya dalam sebarang pengajaran, kita
membuat beberapa tanggapan asas dan melalui asas-asas inilah yang menjadikan ia suatu
amalan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

1
Pendekatan seharusnya mencerminkan satu teori pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya dalam satu teori pembelajaran yang diasaskan oleh Gestalt, beliau menyatakan
bahawa kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudiannya
memperincikan elemen-elemen situasi itu sebagai satu pandangan atau sebagai satu teori
pembelajaran. Hal ini menunjukkan bahawa sesuatu pengajaran itu boleh dimulai dengan
mengamati secara keseluruhan terlebih dahulu dan kemudian dikaji pula bahagian-bahagian
yang terkandung di dalamnya. Sehubungan itu, dinyatakan beberapa jenis pendekatan yang
boleh diketengankan dalam pengajaran dan pembelajaran, antaranya pendekatan induktif,
pendekatan deduktif dan pembelajaran berpusatkan guru dan murid.

1.1.1 Pendekatan Induktif

Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat, kemudian


membuat generalisasi atau kesimpulan. Pada permulaan pengajaran, guru akan
memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama.
Berdasarkan kepada contoh yang diberikan, pelajar dibimbing untuk memikir, mengkaji,
mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh khusus itu,
kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan.

Melalui pendekatan induktif, pengajaran bermula dengan data seperti contoh-contoh


dan bahagian-bahagian kecil sesuatu konsep, dan berdasarkan contoh dan bahagian-
bahagian kecil tersebut, konsep yang lebih besar akan dibina. Akhirnya pelajar dibimbing
untuk membuat rumusan, definisi atau generalisasi tentang topik yang diperbincangkan
dengan mengambil kira contoh-contoh serta pemerhatian yang dilakukan.

Berdasarkan pendekatan induktif, lazimnya guru akan mengutamakan contoh pada


awal pengajaran dan kemudiannya barulah dibuat generalisasi. Guru tidak digalakkan
memberikan definisi awal, penerangan terhadap peraturan, isi atau kandungan keseluruhan
pelajaran yang hendak disampaikan atau memberikan objektif pengajaran pada awal
pengajarannya. Guru juga lazimnya mengemukakan soalan, berbincang, memerhati dan
mengkaji, membentuk contoh-contoh dan sebagainya. Seterusnya kesimpulan akan dibuat
pada peringkat akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.

2
Jenis-jenis pendekatan induktif

 Membentuk satu generalisasi daripada contoh tertentu.


 Membentuk satu prinsip daripada uji kaji tertentu.
 Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu.
 Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhati tingkah
laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.

Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara induktif

 Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru


harus menyediakan contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh pelajar
untuk membuat generalisasi.
 Soalan haruslah disediakan untuk membimbing pelajar mendapatkan kesimpulan
yang berkenaan.
 Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang
berkaitan dengan kesimpulan. Pelajar harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab
untuk mendapat kesimpulan.
 Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri
yang sama serta mudah untuk membolehkan pelajar mengenal pasti.
 Beberapa contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.
 Setelah beberapa contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, pelajar juga
digalakkan memberi contoh yang serupa.
 Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu pelajar mendapatkan
kesimpulan yang berkenaan.
 Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh yang spesifik.
 Bantuan guru amat diperlukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Kelebihan pendekatan induktif merupakan pendekatan berpusatkan pelajar. Oleh itu


bentuk komunikasi yang berlaku dalam bilik darjah merupakan komunikasi dua hala yang
menjadikan pelajar lebih aktif dalam proses pembelajaran dan lebih bermotivasi untuk
belajar.

3
1.1.2 Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif juga dikenali sebagai pendekatan cerakinan, iaitu suatu pendekatan
mengajar yang memulakan satu kajian dengan melihat secara keseluruhan aspek
pembelajaran sebelum kesimpulan tentangnya dilakukan.

Pendekatan deduktif juga merupakan satu pendekatan mengajar yang mengasaskan


pengajaran dan pembelajaran pelajar kepada hukum tertentu. Melalui pendekatan ini,
sesuatu pembelajaran akan dimulakan dengan melihat hukum atau mempelajari peraturan
tertentu. Seterusnya pembelajaran diikuti dengan mengaplikasikan peraturan-peraturan
yang telah diberikan untuk menuju kepada suatu fakta.

Antara konsep-konsep deduktif

 Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum


 Satu produksi fakta untuk membuktikan satu penyataan umum
 Menganalisis fakta yang membentuk generalisasi
 Membuat satu penghuraian daripada umum kepada khusus.

1.1.3 Pendekatan Berpusatkan Guru

 Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang amat
penting, sedangkan pelajar berperanan sebagai penonton sahaja.

 Komunikasi dan interaksi antara guru dan pelajar adalah sehala. Guru banyak

bercakap dan pelajar pula banyak mendengar.

 Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Pelajar tidak berpeluang menyumbangkan


pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberikan arahan.

 Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif

pengajaran guru.

 Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyebaran nilai murni


atau perkembangan emosi.

4
 Strategi ini mementingkan pencapaian pelajar berdasarkan keputusan ujian dan

peperiksaan

 Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta secara menghafal.


Pembelajaran pelajar banyak berbentuk mengingat dan menghafal dan kurang
berupaya membuat intepretasi.

 Interaksi antara pelajar adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat

dipupuk.

 Mementingkan pengolahan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan pelajar dari segi

kebolehan dan minat tidak diberi perhatian.

 Di bawah strategi pemusatan guru, pelajar menjadi kurang kreatif dan tidak
berinisiatif.

1.1.4 Pendekatan Berpusatkan Pelajar

 Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pelajar memainkan peranan yang

penting sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing pelajar


menjalankan aktiviti pembelajaran.

 Komunikasi dan interaksi antara guru dan pelajar adalah secara dua hala. Guru

menggunakan kaedah menyoal dan membimbing pelajar supaya berfikir dan


bertindak balas dengan memberikan jawapan kepada guru.

 Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Pelajar sentiasa digalakkan memberikan

pendapat mereka. Guru banyak menggunakan kaedah berbincang dalam aktiviti


pembelajaran dan pengajaran

 Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif

pembelajaran pelajar.

5
 Perkembangan pelajar adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek,

rohani, sosial dan jasmani

 Ujian formatif adalah ditekankan dan keputusan ujian kerap sekali digunakan untuk

mengkaji kelemahan pelajar.

 Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya pelajar


memahami fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan.

 Peluang interaksi antara pelajar adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif lebih
terdidik dalam kalangan pelajar.

1.2 Kaedah Pengajaran.

Kaedah pengajaran bermaksud segala kegiatan terarah yang dijalankan oleh guru dalam
proses menyampaikan pengajaran yang berkesan, dan membantu pelajar bagi proses
pembelajaran yang membawa kepada perubahan tingkah laku pelajar. Ia juga membantu
pelajar kepada perolehan maklumat, pengetahuan, sikap dan nilai-nilai yang dikehendaki.

Keperluan kepada kaedah pengajaran yang betul tidak boleh dipandang ringan
dalam sistem pembelajaran yang ideal. Kepentingan terhadap kaedah sama pentingnya
dengan kurikulum dan objektif yang dinyatakan dalam sistem falsafah pendidikan. Kejayaan
sesuatu kaedah juga amat bergantung kepada kesesuaian orang yang menggunakannya.
Kaedah yang sama berjaya kepada seorang guru, namun mungkin gagal kepada guru yang
lain.

Sehubungan itu beberapa panduan menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza


antaranya:
 Kaedah yang digunakan perlu bersesuaian dengan pelajar dalam bilik darjah
 Guru perlu menguasai kaedah yang bakal digunakan

6
 Pastikan kaedah membawa kesan yang baik dan perubahan positif kepada pelajar
 Keadah boleh membantu pelajar mencapai kejayaan dan kemajuan diri
 Kaedah yang digunakan dapat meransang pelajar berfikir dan melibatkan diri dalam
pembelajaran aktif.

Pemilihan sesuatu kaedah perlu disesuaikan dengan objektif dan seharusnya juga
sesuai dengan sifat sesuatu mata pelajaran. Hal ini kerana setiap bidang ilmu mempunyai
kandungan yang berbeza dan memerlukan metodologi dan kaedah yang berbeza. Seorang
guru al-Quran juga perlu mengetahui kesesuaian sesuatu kaedah dengan mengambil kira
faktor kemampuan pelajar, jangka masa pengajaran, situasi pembelajaran serta komitmen
guru dan pelajarnya. Tambahan pula, pengajaran al-Quran itu sendiri memerlukan kepada
kaedah khusus yang melibatkan hukum bacaan tertentu seperti kemahiran tajwid,
fasohah dan bacaan tartil.

1.3 Teknik Pengajaran

Teknik pengajaran pula merujuk kepada topik kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah
pengajaran. Teknik pengajaran merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang
digunakan dalam proses pengajaran. Hal ini menjadikan teknik merupakan satu cara
menjalankan pelbagai langkah dalam sesuatu pengajaran. Sehubungan itu, teknik juga
dikatakan sebagai bentuk kemahiran guru dalam mengelola dan menjalankan langkah-
langkah dalam aktiviti pengajaran.

Di antara teknik pengajaran yang lazim digunakan ialah teknik bercerita, syarahan,
perbincangan, demontrasi, latih tubi, hafazan, penyoalan, main peranan, simulasi,
penyelesaian masalah, sumbang saran dan permainan. Sifat sesuatu subjek juga menjadi
penentu kepada pemilihan teknik yang bersesuaian. Sebagai contoh teknik latih tubi sangat
sesuai bagi mata pelajaran tajwid. Sifat umum bagi mata pelajaran tajwid ialah kita membina
kemahiran bacaan yang tepat seperti mana ditentukan dalam kaedah-kaedah ilmu tajwid.
Untuk pelajaran resam uthmani juga demikian kerana daripada sesuatu rumusan ilmu atau
kaedah-kaedah resam kita perlu memberi latih tubi secukupnya. Kebolehan pelajar untuk
mengaplikasikan kaedah resam dapat dikenal pasti melalui latih tubi pada ayat-ayat yang
berkaitan dengan kaedah tersebut.

Walaupun sesuatu teknik menjadi dominan bagi sesuatu subjek tetapi teknik lain
juga perlu digunakan untuk mendapat hasil pengajaran pembelajaran yang lebih berkesan.

7
Selain daripada itu penggunaan pelbagai teknik juga dapat mengekalkan minat pelajar serta
membangkitkan rasa ingin tahu. Sebagai contoh dalam pengajaran pembelajaran kita juga
perlu menggunakan teknik penyoalan, sumbang saran dan penyelesaian masalah.

Pemilihan teknik pengajaran juga perlu berdasarkan kepada umur, kecerdasan,


kebolehan dan minat pelajar. Berdasrkan topik yang ditentukan kita perlu membuat
penyesuian teknik yang digunakan. Pelajar tingkatan empat dan lima taknik penyoalan yang
digunakan tentu tidak sama dengan aras penyoalan bagi tingkatan satu. Untuk tingkatan
empat dan lima teknik penyoalan tentu menjurus kepada penyoalan yang berligar atau
terarah di sekitar tahap penyoalan aras tinggi. Jika tahap kefahaman kita masih gunakan
kita perlu tingkatkan teknik penyoalan yang lebih mencabar yang memungkinkan pelajar
menjawab dalam beberapa ayat.

Untuk pelajar tingkatan satu teknik penceritaan dan permainan menggunakan


pelbagai bahan konkrit lebih sesuai digunakan. Sebagai contoh dalam pengajaran
pembelajaran tajwid permainan roda tajwid sesuai digunakan. Namun begitu bahan
permainan tersebut harus lebih mencabar dan tinggi tahap pencapaiannya.

Pemilihan teknik juga berkait rapat dengan aras kemahiran objektif yang hendak
dicapai bagi sesuatu objektif pelajaran.

Aras kemahiran Teknik Subjek maharat qiraah


Pengetahuan Syarahan Adab penghafaz al-Quran
Kefahaman Tunjuk cara Qiraat , tajwid
Aplikasi Tunjuk cara & perbincangan Resam Uthmani
Analisis Penyoalan Qiraat, resam Uthmani
Sintesis Perbincangan Usul dan fars qiraat
Penilaian Sumbang saran Resam Uthmani, qiraat

Pelaksanaan teknik-teknik pengajaran sebahagiannya dikendalikan oleh guru dan


sebahagian yang lain dikendalikan oleh pelajar sendiri. Untuk menarik minat pelajar, guru
perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan masa yang
diperuntukan dan juga tahap pelajar. Lokasi pengajaran juga boleh disesuaikan oleh guru
dan tidak semestinya pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam bilik darjah sahaja.

8
Oleh yang demikian, kaedah pengajaran ialah perancangan atau prosedur dalam
melaksanakan proses pengajaran secara sistematik dan berurutan bagi mencapai objektif
pengajaran. Manakala teknik pengajaran pula merujuk kepada topik kecil yang terkandung
dalam sesuatu kaedah. Teknik pengajaran juga merangkumi aktiviti, perlakuan dan
kemahiran guru dalam melaksanakan proses pengajaran.

1.4 Aktiviti Pengajaran

Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan. Dalam konteks pendidikan, ia


melibatkan segala gerak kerja yang dijalankan oleh guru dan pelajar untuk mencapai objektif
pelajaran. Dengan perkataan lain, aktiviti mengandungi segala tindakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Dalam pendidikan moden hari ini, terdapat pelbagai jenis aktiviti yang
boleh dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran antaranya aktiviti membaca,
menulis, perbincangan, nasyid dan sebagainya.

Aktiviti 1

Setelah anda melalui pengalaman kendiri sebagai guru pelatih,


anda diminta menganalisis tentang perbezaan penggunaan
istilah pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam satu topik
pengajaran yang telah anda laksanakan.

Aktiviti 2
Secara berkumpulan, nyatakan perbezaan antara pendekatan
induktif dan pendekatan deduktif dalam pengajaran tilawah al-
Quran dan tajwid al-Quran.

Anda mungkin juga menyukai