Anda di halaman 1dari 2

Soalan topik bumi dan sains angkasa.

- sumber DIDIK BH dan lain-lain

1. Mengapa bulan bercahaya pada waktu malam?


🌟 Kerana bulan memantulkan cahaya dr matahari ke bumi.
2. Mengapa cahaya bulan tidak kelihatan pada waktu tengah hari?
🌟Kerana cahaya matahari yg terlampau terang.
3. Mengapa fasa-fasa bulan berlaku?
🌟Kerana bulan beredar mengelilingi bumi dan memantulkan cahaya matahari
4. Mengapa tempoh masa gerhana penuh bulan lebih lama berbanding gerhana penuh matahari?
🌟Kerana baying-bayang bumi yang menghalang bulan lebih besar daripads baying- bayang
bulan yang menghalang matahari.
5. Mengapa gerhana bulan berlaku?
🌟Kerana bumi berada antara bulan dan matahari dalam satu garis lurus.
6. Mengapa gerhana matahari berlaku?
🌟Kerana bulan berada antara bumi dan matahari dalam satu garis lurus.
7. Mengapa saiz bulan dan matahari kelihatan sama besar jika dilihat dari Bumi?
🌟Kerana jarak matahari dari bumi lebih jauh berbanding bulan.
8. Mengapa planet2 tidak berlanggar antara satu sama lain semasa beredar mengelilingi matahari?
🌟Kerana planet-planet beredar melalui orbit masing-masing
9. Mengapa planet Musytari merupakan planet paling ringan walaupun planet paling besar?
🌟Kerana Musytari terbentuk dari gas-gas termampat.
10. Mengapa planet sentiasa beredar mengelilingi matahari pada orbitnya?
🌟Kerana tarikan graviti matahari terhadap planet.
11. Planet yang berputar ikut arah jam
🌟Zuhrah
12. Planet yang berputar pada sisi
🌟Uranus
13. Planet manakah paling panas? Mengapa?
🌟Zuhrah. Kerana planet Zuhrah memerangkap haba.
14. Planet yang digelar sebagai planet merah
🌟Marikh
15. Dimanakah kedudukan lingkaran asteroid?
🌟Diantara Marikh dan Musytari

Soalan tambahan
1. Apa yang akan berlaku kepada bongkah ais di kutub utara dan kutub selatan sekiranya bumi
mendekati Matahari?
🌟Bongkah ais akan cair.
2. Apakah kesan putaran bumi?
🌟Kejadian siang dan malam
🌟Perubahan panjang bayang2
🌟Kedudukan Matahari kelihatan berubah-ubah
3. Apakah kesan peredaran bulan?
🌟Kejadian fasa bulan
4. Apakah yang akan berlaku jika planet terkeluar dari laluan (orbit ) masing-masing?
🌟Planet2 akan berlanggar antara satu sama lain.
5. Apakah yang akan berlaku jika kedudukan bumi di planet Neptune?
🌟Tiada hidupan di Bumi
6. Apakah yang berlaku kepada haiwan ketika fenomena gerhana Matahari penuh?
🌟*Jawapan bergantung pd haiwan
Cth: kelawar dan burung hantu akan keluar mencari makanan.

7. Mengapakah kita hanya dapat melihat buruj tertentu pada bulan yang berbeza?
🌟kerana Bumi beredar mengelilingi Matahari dan menghadap bahagian langit yang berbeza
8. Mengapakah meteor terbakar?
🌟kerana geseran di antara batu meteoroid dgn udara di atmosfera (dipanggil sebagai meteor)
9. Mengapakah bintang-bintang di langit kelihatan berkelip-kelip?
🌟Pembiasan cahaya bintang apabila melalui medium berbeza (lapisan atmosfera) sebelum
sampai ke Bumi.

Anda mungkin juga menyukai