Anda di halaman 1dari 8

PERTANYAAN:

Saya sering ditanya dan diminta berhujjah dengan dalil syara,


apakah solat hajat itu hukumnya sunnah (dituntut) atau
bid'ah?

JAWAPAN:

Menurut para ulama hadis (muhaddis) bahawa semua hadis-


hadis tentang solat hajat adalah hadis dha'if (hadis lemah).
Maka tidak boleh mengamalkan hadis lemah walaupun
banyak bilangannya.

Oleh itu mendirikan solat hajat hukumnya adalah bid'ah


kerana menurut Imam Bukhari rahimahullah (dan ramai
imam-imam hadis yang lain) bahawa:

“Setiap rawi yang telah aku jelaskan tentang


hadis solat hajat padanya mungkarul hadis, maka
tidak boleh diterima riwayatnya.” [1]

1
Lihat Mizanul l’tidal. jld. 1. Hlm. 6.
Antara hadis yang menjadi hujah pada mereka yang
melakukan solat hajat ialah:
“Dari Abdullah bin Abi Auf, ia berkata: Telah bersabda
Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang
mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang dari
Hani Adam (manusia), maka hendakIah ia berwuduk serta
menyempurnakan (membaguskan) wuduknya, kemudian soIat
hajat dua rakaat. Setelah selesai solat hajat hendaklah ia
menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad
sallallahu 'alaihi wasallam. Kemudian membaca doa hajat:”

Menurut ulama hadis, hadis di atas ini sangat lemah (daif). la


dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1/477), oleh Imam Hakim (1/320) dan
dikeluarkan juga oleh imam-imam yang lain. Hadis di atas ini dari jalan
Faaid bin Abdullahrahman Abu al-Waruqa, dari Abdullah bin Abi Auf
secara marfu'.
Imam Tirmizi dalam riwayatnya menjelaskan bahawa:

“Hadis ini gharib (asing), pada sanadnya ada


perbincangan (maqal) disebabkan Faaid bin Abdurrahman
telah dilemahkan di dalam hadisnya.”

Didapati sanad hadis ini sangat lemah kerana Faaid bin Abdurrahman
telah dilemahkan oleh ramai (sejumlah besar) ulama hadis (muhaddis).
Di bawah ini dibawakan penjelasan para ulama hadis tentang Faaid bin
Abdurrahman Abdul Waruqa':

1. Berkata Abdullah bin Ahmad dari bapanya (Imam Ahmad)


bahawa hadis ini termasuk "Matrukul hadis" orang yang
ditinggalkan (tidak boleh dipakai) hadisnya.
2. Berkata Imam Ibnu Ma'in: Dhaif dan bukan orang yang siqah (tidak
dipercayai).
3. Berkatra Imam Abu Daud: Tidak berguna (istilah bermakna
lemah/perawi lemah).
4. Berkata Imam Nasaii: Perawi yang tidak siqah atau matrukul
hadis.
5. Berkata Imam Abu Hatim: Hadis-hadisnya dari Ibn Abi Aufa batil.
6. Berkata Imam al-Hakim: la meriwayatkan dari Ibnu Abi Aufa dan
hadis-hadisnya adalah maudu' (palsu).
7. Berkata Ibn Hibban: Mungkarul hadis (hadis mungkar).
8. Berkata Imam Bukhari: Mungkarul hadis. Dan menurut jarah Imam
Bukhari: “Setiap Rawi yang telah aku katakan padanya
mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya.” [2]

2
Lihat Mizanul I’tidal. 1/6.
Dengan keterangan ini jelaslah bahawa hadis tentang solat hajat sangat
lemah kerana telah dilemahkan oleh ramai para ahli (ulama) hadis.
Maka melakukan solat hajat adalah perbuatan bid'ah yang diada-adakan
kerana tiada keterangan dalil yang sahih yang membolehkannya.

Adapun pengganti solat hajat apabila ada keperluan atau hajat, ialah
solat istiharah sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis yang
sahih.

Antara yang memuatkan hadis solat hajat di dalam kitab mereka dan
melemahkannya ialah:

1. Imam al-Hakim. Lihat Al-Mustadrak 1/320.


2. Imam at-Tirmizi. Lihat Hadis no. 1/477.
3. Imam lbn Majah. Lihat Hadis no. 1348.
4. lbn Hajar. Lihat Kitab Tahzibut Tahzib 8/255
5. Imam An-Nawawi. Lihat Al-Azkar Hlm. 156.

Selain hadis daif (lemah) yang telah dijelaskan, terdapat lagi hadis
lemah untuk membolehkan solat hajat yang dimuatkan oleh Syed Sabiq
dalam kitabnya "Fiqih Sunnah" yang dianggap oleh beliau hadis tersebut
sebagai hadis sahih, tetapi menurut al-lmam Nasiruddin al-AlBani
rahimahullah bahawa hadis tersebut terbukti hadis lemah. [3]

3
Lihat penjelasan Al-Albani dalam kitabnya Tamamul Minnah. Hlm. 260.
Hadis yang dimaksudkan ialah:

“Dari Abi ad-Darda' radiallahu 'anhu berkata: Wahai


sekalian manusia! Sesungguhnya aku pernah mendengar
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Barang sesiapa
yang berwuduk lalu ia sempurnakan wuduknya, kemudian
melakukan solat dua rakaat dengan sempurnanya, nescaya Allah
akan menunaikan segala hajatnya (apa sahaja yang diminta)
cepat atau lambat".

Hadis di atas ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad rahimahullah dalam


Musnadnya 6/442 - 443 dengan sanadnya yang lemah (dhaif). Di
dalam sanadnya terdapat seorang rawi yang majhul (tidak dikenal/tidak
diketahui), iaitu Maimun Abi Muhammad. [4]

Dengan demikian, kenyataan Syed Sabiq bahawa sanad hadis ini sahih
adalah merupakan kesilapan dan tasaahul (perbuatan yang bermudah-
mudah) dalam mengambil hadis sebagai hujjah syara.

4
Lihat Tamamul Minnah. Hlm. 260.
Dengan keterangan ini juga, diharap para ulama yang mengamalkan
dan membiarkan umat mengerjakan solat hajat ketika mereka ada
keperluan, seperti amalan di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian
tinggi apabila hampirnya menghadapi peperiksaan akhir, persatuan-
persatuan agama apabila ada perayaan-perayaan tertentu, masjid-
masjid dan surau-surau serta orang-orang perseorangan apabila
menyambut hari-hari yang dianggap sebagai kebesaran Islam, maka
mereka (terutamanya para ulama) perlu berhujjah dengan hujjah-huijah
dari syara untuk membolehkannya agar mereka tidak melakukan bid'ah
yang tercela iaitu bid'ah dhalalah.