Anda di halaman 1dari 22

Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Pertama

Tarikh 28 Julai 1914 hingga 11


November 1918
Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914
Tempat Eropah, Afrika dan Timur
hingga 11 November 1918 dan bermula di
Tengah (secara ringkas di
Balkan.
China dan Kepulauan
Pasifik)
Pada 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand
Hasil Kemenangan pihak
dari Austria-Hungary bersama isterinya terbunuh
berikat. Berakhirnya
di Sarajevo, Bosnia. Bosnia merupakan kawasan
Empayar Jerman,
Austria yang dituntuti oleh Serbia, sebuah
Empayar Rusia, Empayar
negara Balka yang kecil di mana pembunuhan
Turki Uthmaniyyah, dan
tersebut telah dirancang. Dengan sokongan
Austria-Hungaria.
negara Jerman, Austria-Hungary memutuskan
Terbentuknya negara-
menghukum Serbia.
negara baru di Eropah
Timur.
Austria-Hungary menyerang Serbia pada 28
Julai 1914. Rusia membuat penyediaan untuk
menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Pihak bersengketa
Negara Perancis pula menyokong Rusia dan
Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Pihak Berikat Kuasa Pusat
Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman
menyerang Belgium, sebuah negara yang Rusia Bulgaria
berkecuali. Britain kemudian menyerang Perancis Empayar Turki
Jerman. United Kingdom Uthmaniyyah
Kanada Austria-
Itali Hungary
Pada permulaannya, negara Jerman memenangi Amerika Empayar
peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Syarikat Jerman
Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman,
Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan Korban dan kehilangan
"Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara Mati (tentera): Mati (tentera):
yang menentangi mereka digelarkan "Tentera 5,525,000 4,386,000
Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, Cedera (tentera): Cedera (tentera):
negara-negara lain bercampur tangan. Hampir 12,831,500 8,388,000
kesemuanya memihak dengan Tentera Hilang (tentera): Hilang (tentera):
[1]
Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai 4,121,000 3,629,000[1]
...perincian lanjut. ...perincian lanjut.
Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah
Austria. Dan pada tahun 1917, Amerika Syarikat memasuki peperangan memihak
Tentera Bersekutu.

Sekitar kemusnahan serta pertempuran yang berlaku semasa Perang Dunia I.

Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir


memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg,
kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga
menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918,
tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan
terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama,
semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera
Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi
serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan
perjanjian gencatan senjata pada 11 November.

Di bawah Perjanjian Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia I, negara


Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayah
Eropahnya. Poland diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar
Poznani), sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia Barat. Alsace dan bahagian
Lorraine yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara
Perancis juga dapat menguasai kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga
meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun.
Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang
mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu pampasan
perang yang sungguh besar.

Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak
Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta.
Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang
terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua peperangan"
sehinggalah Perang Dunia II berlaku.

Punca Perang Dunia I

Perang Dunia I berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi. Antara faktor
politik termasuklah kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara
Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Faktor ekonomi pula
melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.

Pada penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan
membentuk sebuah bangsa yang lebih besar, contohnya Jerman dan Itali. Kedua-dua
negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-
Hungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme yang kuat
menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan
masing-masing. Menjelang penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, persaingan
sengit berlaku di kalangan kuasa Eropah ini akibat Imperialisme Baru. Kuasa besar
mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk
mendapatkan bahan mentah serta untuk memasarkan barangan siap mereka.
Garis waktu

1914

• 28 Jun: Archduke Franz Ferdinand dibunuh di Sarajevo.


• 28 Julai: Austria-Hungary mengumumkan perang ke atas Russia.
• 2 Ogos: Jerman menceroboh Luxembourg.
• 3 Ogos: Jerman mengistiharkan perang ke atas Perancis.
• 4 Ogos: Britain mengistiharkan perang ke atas Jerman dan Austria-Hungary.
• 4 Ogos: Tentera Jerman menceroboh Belgium melanggar perjanjian yang
ditandatangani oleh Prussia untuk menghormati keberkecualian Belgium.
• 19 Ogos: Wilson merayu untuk berkecuali.
• 26-30 Ogos: Pertempuran Tannenberg.
• Ogos: Pertempuran Togoland dan pengejaran Goeben dan Breslau.
• 5-10 September: Pertempuran Pertama Marne.
• September: Pertempuran Pertama Aisne dan pertempuran Lemberg.
• Oktober-November: Pertempuran Pertama Ypres.
• November: Pertempuran Lodz.
• 25 Disember: Kedamaian sementara tidak rasmi sempena Krismas di Barisan
Barat.

1915

• 19 Januari: Serangan udara zeppelin Jerman pertama ke atas Britain.


• 4 Februari: Jerman mengistiharkan sekatan kapal selam kepada Britain.
• Februari: Pertempuran Masuria.
• Mac: Pertempuran Neuve-Chapelle.
• Mac-Disember: Pertempuran Rabung Aubers dan Festubert.
• 22 April-5 Mei: Pertempuran Kedua Ypres. Pengunaan senjata kimia pertama.
• 23 April: Serangan Tentera Bersekutu ke atas Gallipoli.
• 7 Mei: Kapal Lusitania ditenggelamkan oleh kapal selam Jerman.
• 13 Mei: Nota Lusitania pertama.
• Mei: Pertempuran Gorlice-Tarnow.
• 30 Ogos: Berdasarkan tuntutan Amerika, kapal selam Jerman menghentikan
menenggelamkan kapal tanpa amaran.
• 5 September: Tsar Nicholas memerintah askar Rusia.
• September-Oktober: Pertempuran Artois dan Champagne serta Pertempuran
Loos.
• 7 Disember: David Lloyd George menjadi Perdana Menteri Britain.
• 28 Disember: Tentera Bersekutu berundur dari Gallipoli.

1916

• 21 Februari: Pertempuran Verdun


• Mei-Jun: Serangan Trentino.
• 31 Mei: Pertempuran Jutland.
• 4 Jun: Serangan Brusilov.
• 1 Julai-18 November: Pertempuran Somme.
• 7 November: Woodrow Wilson dilantik semula.
• 31 Disember: Rasputin dibunuh.

1917

• 22 Januari: Ucapan "Keamanan tanpa Kemenangan" oleh Presiden Wilson.


• 1 Februari: Jerman mengistiharkan pertempuran kapal selam tanpa batasan
kembali.
• 24 Februari: Penenggelaman Laconia.
• 15 Mac: Tsar Nicholas turun takhta.
• Mac-September: Perpecahan Rusia berlaku.
• 6 April: Amerika Syarikat mengisytiharkan perang ke atas Jerman.
• 16-29 April: Serangan Chemin des Dames.
• April: Pertempuran Arras dan Vimy Ridge serta Serangan Nivelle.
• Jun: Pertempuran Messines.
• 6 Julai: Aquaba ditawan orang-orang Arab pimpinan T.E.Lawrence.
• 16 Julai-10 November: Pertempuran Ketiga Ypres.
• 6 Ogos: Aleksander Fyodorovich Kerensky dilantik sebagai Perdana Menteri
Rusia.
• Oktober: Pertempuran Caporetto.
• 7 November: Kerajaan baru Kerensky digulingkan oleh Bolshevik.
• 10 November, 1917 Pihak British sampai ke Passchendaele.
• November: Pertempuran Cambrai.
• 3 Disember: Gencatan senjata Jerman-Russia.
• 9 Disember: Jerusalem ditawan oleh Britain.

1918

• 3 Mac: Perjanjian Brest-Litovsk antara Rusia dan Kuasa-kuasa Pusat (Jerman,


Austria-Hungary dan Turki).
• 15 Mac: Rusia mengesahkan Perjanjian Brest-Litovsk yang membawa Rusia
keluar dari perang.
• Mac-Jun: Serangan Ludendorff.
• April: Serangan Zeebruggge.
• Jun-Julai: Serangan Piave.
• 16-17 Julai: Bolshevik membunuh Tsar Nicholas dan keluarganya.
• 17 Julai: Ekspedisi Archangel.
• 29 September: Tentera Bersekutu melintasi Garisan Hindenberg.
• September: Serangan St. Mihiel.
• September-Oktober: Pertempuran Megiddo.
• September-November: Pertempuran Meuse-Argonne.
• 28 Oktober: Kelasi Jerman memberontak.
• 9 November: Kaiser Wilhelm meletakkan jawatan.
• 10 November: Republik Jerman ditubuhkan.
• 11 November: Perang Dunia I berakhir. Kuasa-kuasa Pusat dipaksa
membatalkan Perjanjian Brest-Litovsk.

1919

• 28 Jun: Perjanjian Versailles secara rasminya mengakhiri Perang Dunia I.


Korban

Tentera Bersekutu Gambar zon peperangan

• Belgium: 13,700 (0.2%)


• Pihak British: 908,000 (16.5%)
o Australia: 60,000
o Kanada: 55,000
o India: 25,000
o New Zealand: 16,000
o Afrika Selatan: 7,000
o Britain: 715,000
• Perancis: 1,354,000 (24.6%)
• Greece: 5,000 (0.1%)
• Itali: 650,000 (11.8%)
• Jepun: 300 (0.0%)

• Rumania: 336,000 (6.1%) Sekitar kemusnahan serta


• Rusia: 1,700,000 (30.9%) pertempuran yang berlaku semasa
• Serbia: 450,000 (8.2%) Perang Dunia I.
• Amerika Syarikat: 50,600 (0.9%)
• JUMLAH: 5,497,600 (100%)

Kuasa-kuasa Pusat

• Austria-Hungary: 1,200,000 (35.5%)


• Bulgaria: 87,500 (2.6%)
• Jerman: 1,770,000 (5.3%)
• Kerajaan Uthmaniyah: 325,000 (9.6%)
• JUMLAH: 3,382,500 (100%)

Orang awam

• Austria: 300,000 (4.6%)


• Belgium: 30,000 (0.5%)
• Britain: 31,000 (0.5%)
• Bulgaria: 275,000 (4.2%)
• Perancis: 40,000 (0.6%)
• Jerman: 760,000 (11.7%)
• Greece: 132,000 (2.0%)
• Romania: 275,000 (4.2%)
• Rusia: 3,000,000 (46.2%)
• Serbia: 650,000 (10.0%)
• Kerajaan Uthmaniyah: 1,000,000 (15.4%)
• JUMLAH: 6,493,000 (100.0%)
Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia
Pertama
Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama:

1. Peristiwa di Sarajevo yang berlaku pada 28 Jun 1914 merupakan factor


serta-merta yang mencetus Perang Dunia Pertama.

2. Dalam peristiwa tersebut, Franz Ferdinand iaitu bakal Raja Austria dan
isterinya Countess Sophie telah dibunuh oleh seorang nasionalis Serbia.

3. Kerajaan Austria mengambil kesempatan daripada peristiwa ini untuk


menyerang kedaulatan Serbia yang sudah lama menghasut rakyat Austria
berbangsa Slav bangkit menentang kerajaan Austria.

4. Kerajaan Austria menuduh kerajaan Serbia bertanggungjawab


sepenuhnya atas pembunuhan itu dan tuduhan itu turut mendapat
sokongan daripada Jerman.

5. Apabila Serbia enggan menerima tuduhan ini maharaja Austria Joseph I


memohon bantuan Jerman untuk menyerang Serbia.

6. Rusia sebagai sekutu Serbia memberi amaran kepada Austria supaya


jangan menggangu kedaulatan Serbia. Rusia juga membuat persediaan
untuk berperang.

7. Jerman menasihatkan agar Rusia menghentikan persiapannya untuk


berperang tetapi Rusia enggan.

8. Akhirnya, Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia dan


sekutunya Perancis.

9. Britain menyertai peperangan dengan pihak kepada Rusia dan Perancis.

10. Serangan Jerman ke atas Perancis melalui Belgium dirancangkan


dengan cermat oleh Jeneral Count Von Schlieffen dari Jerman.

11. Selain daropada Britain, Itali turut menyebelahi Rusia dan Perancis
kira-kira selepas sembilan bulan perang itu berlaku.

12. Perang yang berlarutan selama empat tahun ini turut memperlihatkan
kerajaan Turki Uthmaniyyah memihak kepada kuasa-kuasa Tengah.

13. Manakala kebanyakan Negara di luar Eropah yang lain seperti Jepun
dan China menyebelahi Pakatan Bertiga.

14. Hasil campur tangan Amerika pada tahun 1917 telah membawa
kejayaan kepada pihak Pakatan Bertiga.

15. Perang Dunia I tamat pada 29 Jun 1919 selepas Perjanjian Versailles
ditandatangani di antara pihak Berikat (Pakatan Bertiga) dengan Jerman .
Kesan-kesan Perang Dunia Pertama
Kesan-kesan Perang Dunia Pertama :

1. Perang Dunia I telah meninggalkan pelbagai kesan negatif kepada negara yang
kalah dalam perang terutamanya Jerman dan Austria-Hungary.

2. Hampir semua syarat dalam Perjanjian Versailles merugikan Jerman yang


kalah dalam perang.

3. Perang Dunia Pertama menyebabkan keruntuhan empayar Austria-Hungary :

a) Semua negara di bawah naungannya mencapai kemerdekaan.


b) Kemunculan Negara-negara baru seperti Hungary, Poland,
Yugoslavia, dan Czechoslovakia.
c) Beberapa perubahan turut berlaku di kebanyakan sempadan
Eropah.
d) Pemerintahan Habsburg di Austria, Dinasti Hohenzollern di
Hungary dan pemerintahan Tsar di Rusia telah runtuh di Eropah.
e) Austria dan Hungary telah berpisah dan muncul sebagai sebuah
republic yang berasingan.

4. Perang Dunia Pertama menyebabkan empayar Jerman merosot. Jerman telah


kehilangan banyak wilayah dan tanah jajahanya.

5. Kemunculan fahaman nasionalisme dan fahaman ini berkembang pesat di


Rusia dan Turki:

a) Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah digulingkan dan sebuah


kerajaan
b) baru yang bercorak republik telah dibentuk. Kerajaan ini dipimpin
oleh Mustafa Kamal Ataturk.
b) Beberapa revolusi telah meletus selepas perang. Revolusi Rusia
(1917) telah berjaya menjatuhkan kerajaan beraja dan telah
menubuhkan kerajaan komunis yang pertama di dunia di bawah
Lenin.
c) Pengaruh nasionalisme dan komunisme turut tersebar ke benua
d) Asia dan kelihatan jelas dalam gerakan politik di China, India dan
Asia Tenggara.

6. Kemunculan Jepun sebagai kuasa yang kuat:

a) Semasa Perang Dunia Pertama, Jepun berpihak kepada Britain.


b) Selain itu, Jepun juga berjaya menduduki beberapa kawasan
jajahan Jerman
c) Jepun telah muncul sebagai kuasa yang terkuat di rantau Asia
timur.

7. Penubuhan Liga Bangsa

8. Perang Dunia Pertama turut meninggalkan banyak kesan sosial:

a) Mengorbankan berjuta-juta askar dan orang awam.


b) Memusnahkan banyak harta benda dan Negara-negara yang
terlibat mengalami kerugian .
c) Kemiskinan berleluasa di Eropah, begitu juga dengan taraf
kesihatan yang semakin merosot.
d) Ramai rakyat di Eropah menjadi pelarian

9. Perang Dunia Pertam turut meninggalkan kesan ekonomi yang teruk:

a) Negara-negara yang terlibat terpaksa menanggung kos


peperangan yang begitu tinggi
b) Inflasi dan pengangguran berleluasa di Eropah
c) Kemerosotan ekonomi yang teruk berlaku Eropah.
d) Negara-negara perindustrian di Eropah mengalami kerugian besar.
Kemusnahan sukar dipulihkan.
e) Amerika dan Jepun telah muncul sebagai kuasa ekonomi dunia
yang utama mengantikan negara-negara Eropah kerana kedua-dua
kuasa ini beroperasi semasa Perang Dunia Pertama.
f) Kedudukan kewangan kebanyakan Negara Eropah, terutamanya
Britain terancam, sebaliknya Amerika dan Jepun semakin kaya dan
makmur.
g) Di Tanah Melayu, kesan Perang Dunia Pertama tidak begitu dirasai
kecuali satu serangan kapal perang Jerman, “Emban” di pelaburan
Pulau Pinang pada Oktober 1914.
Perang Dunia Kedua
Perang Dunia Kedua Tarikh 1 September 1939 – 2
September 1945
Perang Dunia Kedua atau Perang Dunia II (PD2 atau Tempat Eropah, Pasifik, Asia
PDII) ialah satu konfik sedunia yang memakan masa Tenggara,
Benito China, Timur
Mussolini ("Il
hampir selama enam tahun dan dianggarkan Tengah, Mediterranean
Duce") bersama Adolf dan
Afrika
mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang Hasil
Hitler
Kemenangan Kuasa
awam). Rusia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang Bersekutu. Penubuhan
terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa
hampir 25 juta kematian, diikuti oleh China dengan 11 Bersatu. Kemunculan Amerika
juta, dan Jerman seramai 7 juta. Syarikat dan Kesatuan Soviet
sebagai kuasa besar.
Pemisahan negara-negara
Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling dunia kepada Blok Kapitalis
meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dan Blok Komunis,
dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua menyebabkan Perang Dingin.
membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan
pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara Pihak bersengketa
serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa.
Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan Kuasa Kuasa Bersekutu Kuasa Paksi
Bersekutu (perikatan negara-negara Komanwel, Perancis,
Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China) serta Komander
Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Pemimpin Kuasa Pemimpin Kuasa
Jepun). Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Bersekutu Paksi
Eropah Perang Dunia Kedua medan Atlantik dan di
sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Korban dan kehilangan
Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.
Kematian anggota Kematian anggota
tentera: tentera:
Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila Melebihi 14,000,000 Melebihi 8,000,000
kuasa udara memainkan peranan utama buat pertama Kematian orang Kematian orang
kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam awam: awam:
Perang Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman Melebihi 36,000,000 Melebihi 4,000,000
Jumlah kematian: Jumlah kematian
terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir Melebihi 50,000,000 Melebihi 12,000,000
adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki.
Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat keluar
daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan
Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan
Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa
kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh Kuasa
Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan
tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.

Pengenalan

Cara layanan oleh pihak yang menang terhadap Republik Weimar selepas Perang
Dunia I, dan kemelesatan besar ekonomi ( Great Depression ) menyebabkan
pergerakan pelampau nasionalis NSDAP Adolf Hitler merebut kuasa di Jerman.
Disebabkan keadaan politik yang rapuh, Adolf Hitler berjaya menggunakan kuasa
darurat dan memegang kuasa penuh negara Jerman. Adolf Hitler membelakangi
perjanjian selepas Perang Dunia I, dia membangunkan semula tentera Jerman melalui
perlembagaan demokratik yang kemudiannya diketepikan. Dia menguatkan tentera di
sempadan bersebelahan dengan Perancis, memaksa persekutuan semula dengan
Austria, dan dengan persetujuan Perancis-British dia menyerap sebahagian dari
Czechoslovakia.

Pada tahun 1922 Benito Mussolini dan parti Fascist bangkit memegang kuasa di Itali.
Fascist Itali, Mussolini berkongsi sebahagian matlamat ideologi dengan sosialis
Kebangsaan Jerman, dan walaupun Mussolini tidak begitu mempercayai Hitler, kedua
negara membentuk perjanjian yang dikenali sebagai "Rome-Berlin Axis" pada tahun
1936.

Perang Dunia Kedua lebih banyak mengorbankan orang awam berbanding


peperangan lain sebelumnya dalam sejarah. Ini disebabkan sebahagiannya
pengeboman udara secara besar-besaran terhadap penduduk awam pada skala yang
tidak pernah dilakukan sebelumnya. (Polisi yang dimulakan oleh Luftwaffe Jerman
terhadap Poland, Perancis dan Inggris membantu Poland, dan kemudiannya dilakukan
dengan lebih meluas oleh pihak Berikat terhadap bandar Jerman), dan penggunaan
teknologi zaman perindustrian untuk membolehkan pembunuhan beramai-ramai
orang awam yang tidak diperlukan di kem penghapusan.

Keseluruhannya, Perang Dunia Kedua mengakibatkan 50 juta kematian (sekitar dua


peratus penduduk dunia).

Medan Eropah

Peperangan di Eropah bermula pada 1 September 1939, apabila tentera Jerman


menjajah Poland. Pakar sejarah yang lain pula menyebut pencerobohan Jepun ke
negeri China pada tahun 1937 sebagai permulaan peperangan, atau pencerobohan
Jepun ke Manchuria pada tahun 1931.

Pada tahun 1939, Hitler menuntut sebahagian daripada wilayah Poland dan
memeteraikan Perjanjian Molotov-Ribbentrop ( Molotov-Ribbentrop Pact ) dengan
Kesatuan Soviet sebagai membalas kepada tindakan sokongan persekutuan
pertahanan British dan Perancis dengan Poland pada bulan Mac 1939. Pihak
Wehrmacht Jerman kemudiannya menjajah Poland dalam 'Kempen September Polish'
pada 1 September. Pada 3 September 1939 pihak British dan Perancis
mengisytiharkan perang ke atas Jerman. Kerajaan Poland tumbang, dan Presiden
Ignacy Moscicki melarikan diri serta menubuhkan kerajaan Polish dalam pelarian
pada 18 September 1939. Dalam tempoh beberapa minggu kemudian, Tentera Merah
Soviet turut menjajah Poland, dan pertempuran merebut Poland berakhir tanpa
sebarang bantuan ketenteraan daripada negara Perancis dan British.

Tempoh dari tamatnya penjajahan Poland pada Oktober 1939, sehingga penjajahan
Jerman terhadap Benelux dan Perancis pada Mei 1940, dikenali sebagai Perang Olok-
olok (Phony War). Pasukan Jerman dan Soviet dipindahkan dari menyerang Poland.
Tentera Merah menumpukan ke Negara-negara Baltik dan kepada Finland, di mana
Peperangan Musim Sejuk menjadi tumpuan dunia disebabkan ketiadaan pertempuran
lain. Pasukan Wehrmacht bergerak ke barat, dan sementara itu Operasi Weserübung
menjajah Denmark dan Norway. Perancis menggerakkan tenteranya dan
mengendalikan pertahanan sempadannya yang kukuh dengan Rhine; dan pihak British
pula menghantar pasukan expeditionary yang besar ke Perancis. Selain serangan
ringkas oleh pasukan Perancis yang menyeberangi Rhine, tiada pertempuran lain
sementara kedua pihak memperkukuhkan tentera mereka.

Pada Mei 1940 pasukan Jerman menyerang Negara Rendah (Low Countries)
(Belanda, Belgium dan Luxembourg). Ketiga-tiga negara diduduki dengan pantas dan
kesemua kerajaan dan pemerintahnya berundur ke British, kecuali raja Belgium
Leopold III yang kekal di negaranya.

Pihak Jerman kemudiannya menyerang Perancis. Taktik Blitzkrieg Jerman berjaya


mengalahkan tentera Perancis dan British di Perancis. Pasukan Ekspedisi British
(BEF) terpaksa diundurkan dari Dunkirk dalam Operasi Dynamo, meninggalkan
kelengkapan berat mereka, sementara kerajaan Perancis berdamai, dengan pihak
Jerman menguasai kawasan di Utara dan kerajaan Vichy Perancis Vichy (Vichy
France Vichy) pula berkuasa di selatan.

Sementara itu, tentera udara Jerman, Luftwaffe gagal mengalahkan Pasukan Udara
Diraja dalam Pertempuran Britain ( Battle of Britain ) untuk menguasai ruang udara
British. Sebaliknya pihak Luftwaffe memulakan kempen pengeboman strategik yang
dikenali oleh pihak British sebagai Blitz, dan mengepong British agar menyerah
dalam Pertempuran Atlantik. Britain tetap utuh menghadapi kedua-duanya.

Pada Jun 1941 Jerman menyerang Kesatuan Soviet, walaupun mereka mempunyai
pakatan tidak agresif (non-aggression pact), dalam Operasi Barbarossa, memulakan
apa yang dikenali di Kesatuan Soviet sebagai Peperangan Patriotik Agung (Great
Patriotic War) (Великая Отечественная Война). Pihak Rusia dikejutkan dan
Wehrmacht pada awalnya menakluk kawasan yang luas, dan menawan beratus ribu
tentera. Pihak Soviet berundur, dan berjaya memindahkan kebanyakan industri berat
mereka jauh daripada medan pertempuran dan membina semula dikawasan lebih
terpencil. Pengorbanan pertahanan yang kental menghalang pihak Jerman menawan
Moscow (Bandar Wira) sehingga musim sejuk melanda (lihat Pertempuran Moscow).
Hitler, menjangkakan kempen itu tamat dalam tempoh beberapa bulan, tidak
melengkapkan tentera mereka untuk peperangan musim sejuk. Lima hari selepas
Soviet melancarkan serangan balas mereka, pada 11 Disember 1941, Jerman
mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat selepas Serangan ke atas Pearl
Harbor oleh Jepun - Untuk rencana lanjutan, lihat Perang Dunia Kedua Medan Asia

Pada musim bunga pihak Jerman melakukan Ketua Perikatan "Besar Tiga" Winston
serangan lanjut terhadap Kesatuan Soviet, tetapi Churchill, Franklin Delano Roosevelt,
tidak dapat menetapkan antara serangan langsung dan Joseph Stalin
terhadap Moscow atau menawan padang minyak
Caucasus. Moscow sekali lagi berjaya
dipertahankan, dan pada akhir tahun 1942 tentera
Soviet berjaya menembusi baris hadapan pihak
Pusat di selatan, dan mengepong Tentera ke-6
Jerman dalam Pertempuran Stalingrad ( Bandar
Wira ). Pada Februari 1943 saki-baki 300,000
tentera Jerman menyerah.
Pada musim bunga, Wehrmacht berjaya memulihkan baris hadapan dan melakukan
serangan balas dalam Pertempuran Kedua Kharkov (Second Battle of Kharkov), tetapi
serangan mereka pada Pertempuran Kursk (Julai 1943) gagal mengakibatkan pihak
Jerman tidak lagi mempunyai sumber untuk bertahan. Tentera Merah berjaya
menyerang balas dan merampas kembali kawasan yang hilang. Semenjak itu,
Kesatuan Soviet mempunyai kelebihan di Timur Eropah.

Kekalahan pihak Jerman di Stalingrad diikuti pula dengan kekalahan pada skala yang
sama di Tunisia (lihat Perang Dunia Kedua#Medan Afrika dan Timur Tengah Medan
Afrika di bawah), mengakibatkan kehilangan tapak terakhir kuasa Paksi di Afrika
Utara dan penawanan suku juta tahanan perang Jerman dan Itali pada Mei 1943.
Selepas itu pihak Berikat menggunakan Afrika Utara sebagai papan loncatan untuk
pelanggaran Sicily melalui Operasi Husky pada Julai 1943 dan pelanggaran tanah
besar Itali oleh pihak Berikat Allied (September 1943), yang digambarkan oleh Sir
Winston Churchill sebagai "bahagian lembut perut Eropah". Itali menyerah, tetapi
tentera Jerman bertindak untuk melucutkan senjata tentera Itali dan bergegas
mempertahankan Itali bersendirian. Pihak Jerman mendirikan baris pertahanan kukuh
di negara bergunung yang sesuai untuk pertahanan, dan kemajuan pihak Berikat
adalah perlahan.

Pihak Berikat melanggar Normandy dalam Operasi Overlord pada Jun 1944 dan
membebaskan kebanyakan Perancis dan Negara Rendah ( Low Countries ) pada
penghujung tahun. Pihak Jerman yang terdesak telah menyerang balas dalam
Pertempuran Bulge pada Disember 1944 tetapi dapat dipatahkan. Pihak Berikat
kemudian berjaya memasuki Jerman pada 1945. Ketika ini pihak Soviet telahpun
sampai ke sempadan Timur Empayar Jerman ( German Reich ), dan nasib Jerman
telah ditentukan. Selepas Hitler membunuh diri ketika pihak Rusia memasuki Berlin,
pihak tentera Jerman menyerah tanpa syarat pada 7 Mei 1945.

Peperangan di Eropah berakhir dengan penyerahan diri oleh Jerman pada 8 Mei 1945,
tetapi berterusan di Asia dan Pasifik sehingga 2 September 1945, apabila Jepun
menyerah kalah.

Perang Pasifik
Askar Jepun sedang memancung
kepala seorang Banduan Perang
Australia.
Bendera 'Matahari Terbit' Tentera
Imperialis Jepun sewaktu Perang
Pihak Jepun telah berperang dengan negara China Dunia Kedua.
sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Eropah.
Ketika Amerika Syarikat dan negara-negara lain
menghentikan eksport ke Jepun, mereka telah membuat
keputusan untuk menyerang Pearl Harbor pada 7
Disember 1941 serentak dengan pengistiharan perang
dalam tempoh yang singkat. Disebabkan masalah
teknikal, pengistiharan tersebut tidak sempat
disampaikan. Angkatan Pasifik Amerika mengalami
kerosakan yang teruk, walaupun kapal induknya
terselamat kerana ketika serangan berlaku ia sedang belayar. Tentera Jepun turut
menyerang tanah-tanah jajahan milik British di Malaya, dan Borneo, serta Filipina
yang berada di bawah penguasaan Amerika secara serentak, dengan tujuan untuk
menguasai telaga minyak Belanda Hindia Timur. Pulau kota Singapura kepunyaan
British tewas dalam apa yang disifatkan oleh Churchill sebagai kekalahan British
yang paling memalukan sepanjang zaman.

Pada Mei 1942, tentera laut Jepun menyerang Port Moresby, New Guinea.
Seandainya serangan tersebut berjaya, ia akan mendekatkan jarak mereka untuk
menyerang Australia. Bagaimanapun, serangan tersebut digagalkan oleh Tentera Laut
Berikat dalam Pertempuran Laut Karang (Coral Sea), menjadikannya operasi
menentang pelan Jepun yang pertama berjaya, dan pertempuran tentera laut pertama
antara kapal induk sepenuhnya. Sebulan kemudian Tentera Laut AS sekali lagi
berjaya menghalang pencerobohan Kepulauan Midway dalam Pertempuran Midway,
kali ini memusnahkan empat kapal induk Tentera Laut Jepun, yang tidak mampu
digantikan oleh industri persenjataan Jepun, sekali gus meletakkan pihak Imperialis
Jepun dalam situasi bertahan.

Bagaimanapun, pada Julai Tentera Imperialis Jepun telah melakukan serangan darat
di Port Moresby, sepanjang Laluan Kokoda Kokoda Track. Pasukan simpanan
Australia, ramai yang masih muda dan tidak terlatih, bertempur sebagai pengawal
belakang, sehingga mereka digantikan oleh Tentera Australia biasa yang kembali
daripada pertempuran di Timur Tengah.

Pemimpin Pihak Berikat telah bersetuju walaupun sebelum


kemasukan Amerika dalam peperangan bahawa keutamaan
perlu diberikan untuk mengalahkan pihak Jerman.
Bagaimanapun pasukan Australia dan Amerika dibawah
pimpinan Jeneral Douglas MacArthur mula menyerang
jajahan yang tertawan, bermula dengan Pulau Guadalcanal
melawan tentera Jepun yang bertahan dengan gigih dan
bersungguh-sungguh. Pada 7 Ogos 1942 Pulau
Guadalcanal diserang oleh Kor Marin Amerika Syarikat
(United States Marine Corps; USMC). Pada akhir Ogos
dan awal September, ketika pertempuran berlarutan di
Guadalacanal, pasukan Australia dan Amerika Syarikat
bertempur dengan serangan amphibious Jepun di hujung
timur New Guinea dalam Milne Bay, kekalahan mutlak
pertama tentera darat Jepun. Pasukan Amerika Syarikat Arah jam dari kiri-atas: Askar
mencapai kejayaan di Guadalcanal pada Februari 1943. Komanwel di padang pasir;
Orang awam China
ditanam hidup-hidup oleh
Pasukan Australia dan Amerika Syarikat kemudiannya tentera Jepun; tentera
berusaha untuk menawan kembali kawasan yang ditawan Soviet semasa serangan
Jepun di sesetengah bahagian di New Guinea dan Dutch pada musim sejuk; Kapal
East Indies. Pulau Solomon dirampas kembali sepenuhnya terbang Jepun di atas kapal
pengangkut sedia untuk
berlepas; tentera Soviet
bertempur di Berlin;
serangan ke atas kapal
selam Jerman.
pada 1943, New Britain dan New Ireland pada tahun 1944. Filipina diserang pada
akhir tahun 1944 selepas Pertempuran Teluk Leyte.

Kapal selam AS dan pihak Berikat turut menyerang perkapalan perdagangan Jepun,
dengan itu menafikan perindustrian Jepun dari mendapatkan bahan mentah, yang
merupakan sebab utama Jepun berperang untuk mendapatkannya. Keberkesanan
cerutan ini meningkat apabila Amerika menawan kawasan kepulauan yang
berhampiran tanah besar Jepun.

Tentera Kebangsaan Kuomintang (Nationalist Kuomintang Army) di bawah Chiang


Kai-shek dan Tentera Komunis China (Communist Chinese Army) di bawah Mao
Zedong kedua-duanya menentang penaklukan Jepun di China, tetapi tidak pernah
bersatu menentang Jepun. Pertikaian antara kuasa Komunis dan Kebangsaan
Nationalist berterusan walaupun perang sudah tamat.

Pihak Berikat menawan kepulauan berhampiran Jepun seperti Iwo Jima dan Okinawa
meletakkan Jepun dalam jarak serangan udara dan laut, Tokyo diserang dengan bom
api dan kemudiannya bom nuklear menghancurkan Hiroshima. Pada 8 Ogos 1945,
Kesatuan Soviet yang sekian lamanya menyimpan dendam atas kekalahannya di
Pelabuhan Arthur dan Tsushima oleh Jepun pada tahun 1902 telah mengistiharkan
serang balas ke atas Jepun, menyerang jajahannya di Manchuria. Pada 9 Ogos
Nagasaki di bom dengan bom atom. Pihak Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945,
dan menandatangani dokumen menyerah kalah pada 2 September 1945.

Medan Afrika dan Timur Tengah

Kempen Afrika Utara bermula pada tahun 1940, apabila sepasukan kecil tentera
British di Mesir menghalang kemaraan tentera Itali daripada Libya. Kemaraan ini
dihentikan pada tahun 1941 ketika pasukan Jerman di bawah Erwin Rommel
mendarat di Libya. Tambahan lagi, pada Jun 1941 Tentera Australia dan pasukan
Berikat melanggar Syria dan Lebanon, menawan Damascus pada 17 Jun. Afrika
Korps dibawah pimpinan Rommel maju dengan pantasnya ke arah timur dan terus
mengepung pelabuhan strategik di Tobruk. Pasukan Australia dan British menangkis
kesemua serangan sehinggalah diganti, tetapi serangan pihak Pusat yang baru
menawan bandar tersebut dan menghalau Tentera ke Lapan ( Eighth Army )
kebelakang sehingga ke perbatasan di El Alamein.

Pertempuran El Alamein Pertama berlaku antara 1 Julai sehingga 27 Julai 1942. Pihak
Jerman telah mara ketitik pertahanan terakhir sebelum bandar Alexandria dan Terusan
Suez. Bagaimanapun mereka mendahului saluran bekalan, dan pertahanan British dan
Komanwel mematahkan serangan mereka. Pertempuran El Alamein Kedua berlaku
antara 23 Oktober dan 3 November 1942 selepas Bernard Montgomery menggantikan
Claude Auchinleck sebagai komander Tentera Kelapan ( Eighth Army ). Pasukan
Komanwel Commonwealth forces mula menyerang dan memusnahkan Afrika Korps.
Rommel dipaksa berundur, dan kali ini tidak berhenti berundur sehingga sampai ke
Tunisia.

Mengiringi kejayaan ini, pada 8 November 1942, tentera Amerika dan British
mendarat di Maghribi dan Algeria dalam Operasi Obor ( Operation Torch ). Pasukan
tempatan Perancis Vichy membuat penentangan terhad sebelum menyertai pihak
Berikat. Akhirnya pasukan Jerman dan Itali terkepit dari kemaraan berkembar dari
Algeria dan Libya oleh pihak Berikat. Mara dari kedua-dua belah timur dan barat,
pasukan Berikat mengundurkan Wehrmacht sepenuhnya dari Afrika dan pada 13 Mei
1943, baki pasukan Paksi di Afrika Utara menyerah diri. 250,000 tahanan ditahan;
sama ramai seperti di Stalingrad.

Afrika Utara digunakan sebagai batu loncatan untuk melanggar Sicily dan Itali pada
tahun 1943.

Kepentingan Sejarah

Berbeza dengan Perang Dunia I, pihak Barat yang menang dalam Perang Dunia
Kedua tidak meminta bayaran gantirugi daripada negara yang kalah. Sebaliknya,
dalam satu pelan yang dirangka oleh Setiausaha Amerika Syarikat, George Marshall,
"Program Pemulihan Ekonomi" ( Economic Recovery Program ), lebih terkenal
dengan nama Pelan Marshall, mengkehendaki Kongres Amerika Syarikat untuk
memperuntukkan berjuta dollar untuk pembinaan semula Eropah.

Oleh kerana League of Nations jelas gagal menghalang peperangan, badan dunia baru
dibentuk. Pada tahun 1945 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan.

Bahagian Eropah yang ditakluk atau dikuasai Soviet Union tidak mendapat untung
dari Pelan Marshall. Dalam Perjanjian Perdamaian Paris ( Paris Peace Treaties ),
1947 Paris Peace Treaty , musuh Soviet Union seperti Hungary, Finland and Romania
dikehendaki membayar pampasan perang sebanyak $300,000,000 setiap satu (dalam
nilaian dolar 1938) kepada USSR dan negara satelitnya. Itali dikehendaki membayar
$360,000,000, dikongsi kebanyakannya antara Greece, Yugoslavia dan Soviet Union.

Dalam kawasan diduduki oleh Kesatuan Soviet pada penghujung perang, regim
boneka diletakkan, walaupun dibantah oleh kerajaan buangan dan pihak Berikat yang
lain. Jerman dibahagikan kepada empat zon jajahan, dengan zon Amerika, British,
dan Perancis dikelompokkan sebagai Jerman Barat dan zon Rusia sebagai negara
satelit Rusia, dikenali sebagai Jerman Timur. Austria sekali lagi dikeluarkan daripada
Jerman dan ia juga dipecahkan kepada empat zon jajahan, tetapi zon Rusia akhirnya
disatukan menjadi negara Austria. Dalam kata Churchill, "Tirai Besi telah turun
membelah Eropah". Seterusnya ini mendorong commitment dari pihak Amerika untuk
membantu melindungi Eropah Barat, pembentukan NATO dan Perang Dingin.

Dalam gantirugi, menurut syarat Persidangan Yalta, lebih dua juta tahanan askar
Rusia yang jatuh di tangan pasukan Amerika dan British, mengakibatkan kematian
sebahagian besar daripada mereka.

Penyelidikan dan pembangunan yang terbabit dengan Projek Manhattan bertujuan


agar dapat mereka bentuk senjata nuklear yang boleh digunakan dengan cepat
memberi kesan besar kepada masyarakat saintifik, antara lain membentuk jaringan
makmal kebangsaan di Amerika Syarikat.

Dalam ruang ketenteraan, Perang Dunia Kedua menandakan kedatangan kuasa


udara, kebanyakannya menggantikan kapal perang. Ketika bandul terus berhayun
dalam persaingan tanpa akhir ini, kuasa udara menjadi rakan kongsi penuh dalam
sebarang tindakan ketenteraan.

Perang Dunia Kedua merupakan kemuncak kepada jumlah tentera yang ramai.
Walaupun jumlah tentera yang ramai berkuali rendah muncul semula (ketika Perang
Korea dan dalam beberapa pertikaian negara Afrika), selepas kemenangan ini kuasa
besar bergantung kepada tentera yang kecil tetapi terlatih dan bersenjata lengkap.

Selepas perang, ramai pemerintah Jerman berpangkat tinggi dibicarakan kerana


jenayah perang, termasuk juga pembunuhan beramai-ramai Holokus dilaksanakan
kebanyakan di bawah kawasan Kerajaan Jeneral ( General Government ), dalam
perbicaraan Nuremberg. Serupa juga pemimpin Jepun dibicarakan dalam Perbicaraan
Jenayah Perang Tokyo ( Tokyo War Crime Trial ). Dinegara lain, terutamanya di
Finland, pihak Berikat bertegas untuk mendakwa pemimpin politik untuk dibicarakan
dalam "perbicaraan tanggungjawab perang" war-responsibility trials - contohnya.
bukan kerana jenayah perang.

Kekalahan Jepun, dan penjajahannya oleh tentera Amerika ( American Forces ),


mendorong kepada Jepun gaya barat yang lebih menyeluruh dari apa yang mungkin
berlaku jika sebaliknya. Jepun mengikut lebih dekat demokrasi cara Barat dan,
disebabkan kekalahannya di tangan Amerika Syarikat, berusaha untuk meniru
Amerika Syarikat. Usaha besar-besaran kebangsaan ini menghasilkan keajaiban
ekonomi dan kebangkitan Jepun untuk menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di
dunia.

Pertempuran ketenteraan

Pertempuran

• Pertempuran Malaya
• Pertempuran Dunkirk (Operasi "Dynamo")
• Pertempuran Britain
• Pertempuran Crete
• Operasi Barbarossa
• Pertempuran Moscow
• Pertempuran Kursk
• Pertempuran Stalingrad
• Operasi Bagration
• Pertempuran Pertama El Alamein
• Pertempuran Kedua El Alamein
• Pertempuran Normandy, juga dikenali sebagai D-Day atau Operasi Overlord
• Pertempuran Tali-Ihantala
• Operasi Market-Garden (Pertempuran Arnhem)
• Pertempuran Monte Cassino
• Pertempuran Bulge (Pertempuran Ardennes, 1944)
• Pertempuran Hutan Hürtgen
• Pertempuran Berlin
• Pertempuran Leyte
• Pertempuran Peleliu
• Pertempuran Iwo Jima
• Pertempuran Okinawa
• Pertempuran Jambatan Lugou
• Pertempuran Taierzhuang
• Pertempuran Changsha
• Serangan Seratus Rejimen
• Pertempuran Teluk Milne

Pengepungan

• Pengepungan Leningrad
• Pengepungan Lwów
• Pengepungan Modlin
• Pengepungan Novorossiysk
• Pengepungan Odessa
• Pengepungan Sevastopol
• Pengepungan Tobruk
• Pengepungan Warsaw

Pertempuran laut

• Pertempuran Sungai Plate


• Pertempuran Narvik Pertama
• Pertempuran Narvik Kedua
• Pertempuran Atlantik (1940)
• Pertempuran Tanjung Matapan
• Pertempuran Pearl Harbor
• Pertempuran Laut Karang
• Pertempuran Midway
• Pertempuran Guadalcanal
• Pertempuran Teluk Leyte

Kempen pengeboman utama

• Dresden Februari 1945


• Kassel 1942 - 1945
• Rostock (Kilang pembinaan kapal terbang Heinckel, Dermaga, dan Bandar)
• Lübeck Mac 1942
• Baedeker Mac 1942
• London ("The Blitz" dan bom terbang roket V1 dan V2) 1940 - 1941
• Stalingrad Ogos 1942
• Helsinki Februari 1944, kurang berkesan kerana pertahanan udara dan
perdayaan
• Tallinn Februari - Mac 1944, kerosakan teruk
• Narva Mac 1944, bandar sempat dikosongkan sebelum pengeboman
• Hiroshima Little Boy 6 Ogos 1945
• Nagasaki Fat Man 9 Ogos 1945
• Tokyo 1942 - 1945
• Warsaw 1939 & 1944
• Rotterdam Mei 1940
• Hamburg 1939 - 1945
• Coventry November 1940

Garis pertahanan

• Dinding Atlantik
• Garis Gustav
• Garis Maginot
• Garis Mannerheim
• Garis Siegfried
• Garis GHQ
• Garis Henti Taunton

Sudut politik dan sosial peperangan

• appeasement
• Occupation of Denmark
• German children 1933-1945
• Nazi children in the times of peace
• Gold Star Mothers Club for those mothers who lost their children, KIA

Logistik dan pengeluaran

Bagi pendapat saya peperangan akan merosakan semua benda hidup so apa yang
terbaik dalam peperangan adalah berperang di negara orang lain macam yang emerika
buat dan baik dan canggih sekali pun peralatan masa kini ianya berasal daripada
peralatan menaual

Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua


Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua:

1. Kelemahan Perjanjian Versailles


a) Dalam Perang Dunia Pertama, negara-nagara yang kalah dalam perang
khasnya Jerman dituduh memulakan peperangan dan dikenakan
pelbagai denda dan sekatan yang berat.
b) Jerman berpendapat bahawa perjanjian ini berat sebelah dan tidak
adil kerana:
i. Jerman dipaksa membayar pampasan atau ganti rugi perang
yang banyak.
ii. Jerman kehilangan banyak wilayah dan tanah jajahan kepada
Perancis dan Poland. Wilayah Saar yang kaya dengan arang batu
diduduki oleh Perancis.
iii. Zon bebas tentera diwujudkan di Rhineland, iaitu satu wilayah
yang terletak di antara Jerman dan Perancis. Jerman dilarang
menempatkan tentera mereka di sini.
iv. Angkatan tentera laut dan udara Jeraman telah dikurangkan dan
dihadkan
v. Kesannya, Jerman hampir muflis.
vi. Rakyat Jerman pula berasa tertindas dan tercabar dengan
syarat-syarat Perjanjian Versailles.
c) Selain itu, Itali yang menang dalam Perang Dunia Pertama turut berasa
tidak puas hati dengan Perjanjian Versailles kerana pampasan yang
diterima oleh Itali tidak sebanyak yang diterima oleh Perancis dan Poland.
d) Tambahan pula, Itali tidak diberi sebarang wilayah baru sebaliknya
Perancis dan Britain mendapat wilayah yang luas.

2. Kesan kemelesetan Ekonomi Dunia :


a) Jerman dilanda inflasi yang teruk dan perbendaharaannya hampir muflis
akibat terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi.
b) Penderitaan dan kesengsaraan meyelubungi rakyat kelas menengah
Jerman. Selain itu, pengangguran juga berleluasa.
c) Keadaan menjadi semakin runcing apabila kemelesetan ekonomi dunia
berlaku di antara tahun 1929-1933.
d) Inflasi yang berlaku di Itali menyebabkan ramai rakyatnya menganggur.
Mereka bangun menentang dengan mengadakan tunjuk perasaan.
e) Kesannya, kerajaan Jerman dan Itali memperkenalkan gerakan politik yang
radikal bagi mengatasi masalah ekonomi negara.
f) Langkah ingin meluaskan pengaruh dan kuasa oleh Jerman dan Itali serta
membaiki taraf dan mengambilkan keutuhan ekonomi dalam negara turut
membawa kepada meletusnya Perang Dunia Kedua.

3. Kemunculan Benito Mussolini fahaman Fasis:


a) Penglibatan Itali dalam Perang Dunia Pertama dilihat sebagai satu usaha
pemimpinnya untuk mendapatkan lebih banyak tanah jajahan bagi
menampung rakyatnya yang semakin bertambah .
b) Cita-cita Itali tidak tercapai dalam Perang Dunia Pertama kerana ganjaran
yang diperolehi tidak seberapa berbanding Britain dan Perancis.

c) Gerakan politik bersifat radikal bermula di Itali apabila Benito Mussolini


menubuhkan Parti Fasis pada Mac 1919 di Milan .
d) Parti Fasis memperoleh sokongan dari semua lapisan masyarakat Itali.
e) Pada tahun 1922, Parto Fasis di bawah Benito Mussolini berjaya
mengambil alih teraju kerajaan (melalui rampasan kuasa) dan
menubuhkan kerajaan Fasis.
f) Semua parti lain di Itali telah dibubarkan dan Itali diletakkan di bawah
pemerintahan satu parti sahaja iaitu Parti Fasis.
g) Mussolini menjadi Perdana Menteri dan muncul sebagai pemerintah dictator
di Itali. Dengan itu, cabinet dan kerajaan tempatan dihapuskan .
h) Mussolini telah mengambil langkah menguatkan angkatan tenteranya bagi
mengembalikan kegemilangan Itali semasa empayar Rom dahulu.
i) Selain itu, beliau turut membangunkan Itali semula dan memulihkan
kembali ekonomi Itali melalui beberapa langakah yang radikal.
j) Beliau cuba mengembalikan maruah bangsa Itali dengan meluaskan tanah
jajahannya seperti:
i. Menyerang dan menguasai Habsyah (Ethiopia) di Timur Laut
Afrika pada tahun 1935.
ii. Menguasai Albania pada tahun 1939.
iii.Utali menyertai Perang Dunia Kedua di pihak kuasa-kuasa Paksi
pada tahun 1940 iaitu berpakat dengan Jerman.

4. kemunculan Adolf Hitler dan fahaman Nazisme:


a) Orang Jerman berasa bahawa mereka tidak diberi layanan yang adil dan
berperimanusiaan melalui Perjanjian Versailles.
b) Keadaan kemelesetan ekonomi yang semakin meruncing pada tahun1930
orang Jerman amat memerlukan seorang peninpin yang berwibawa
mengembalikan kekuatan Jerman .
c) Dalam keadaan ekonomi, politik dan sosial yang runcing inilah munculnya
seorang wira Jerman, Adolf Hitler.
d) Hitler membuat tuntutan terhadap hak-hak Jerman di Eropah.
e) Jerman berjanji tidak akan mengancam kedaulatan Czechoslovakia tetapi
akhirnya menguasai Czechoslovakia pada awal tahun 1939.
f) Rancangan Jerman untuk menyerang Poland menimbulkan kebimbangan
pihak Britain dan Perancis.
g) Britain dan Perancis pula berjanji akan membantu serta melindungi Poland
sekiranya diserang oleh Jerman .
h) Britain dan Perancis kemudiannya mengisytiharkan perang terhadap Jerman
apabila tentera Jerman menyerang Poland pada 1 September 1939.
i) Peristiwa ini telah mencetuskan Perang Dunia Kedua.

5. Kegagalan Liga Bangsa:

a) Perang Dunia Kedua dikatakan tercetus akibat kegagalan Liga Bangsa


memainkan peranan selaku pertubuhan antarabangasa yang
bertanggungjawab ke atas keselamatan dan keamanan sejagat.
b) Liga Bangsa gagal menyekat pencerobohan yang dilakukan oleh kuasa-
kuasa besar seperti Jerman dan Jepun
c) Kegagalan Liga Bangsa berfungsi dengan baik dilihat berpunca daripada
keengganan kuasa-kuasa besar di dunia menyertainya.

Kesan-kesan Perang Dunia Kedua


Kesan-kesan Perang Dunia Kedua:

1. Perpecahan Negara Jerman :

a) Selepas Perang Dunia Kedua, Jerman telah berpecah kepada dua


negara :

i. Jerman Barat (politik demokrasi)


ii. Jerman Timur (politik komunis)

b) Tembok Berlin didirikan untuk memisahkan kedua-dua Negara


yang berlainan ideology ini.
c) Penyatuan semula Jerman dilakukan pada tahun 1900 di mana
Tembok Berlin yang bersejarah ini diruntuhkan.

2. Kemunculan dua kuasa utama dunia yang baru:

a) Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa utama dunia


selepas Perang Dunia Kedua.
b) Kehilangan kuasa Jerman dan Jepun membolehkan Amerika
Syarikat dan Rusia mengambil alih kedudukan kuasa utama
c) Amerika Syarikat mengamalkan ideology demokrasi manakala
Rusia mengamalkan fahaman komunisme.
d) Perang Dingin telah wujud antara kedua-dua kuasa besar ini.
e) Walaubagaimanapun kedua-dua negara muncul sebagai Negara
terkuat dan terkaya di dunia
f) Oleh itu, kedua-dua kuasa besar ini berusaha untuk memperluas
kuasa dan pengaruh masing-masing di dunia.
g) Kesannya, beberapa Negara di Eropah Timur telah berpihak
kepada Rusia dan menjadi negara komunis.

3. Kesan ekonomi dan social:

a) Ekonomi Negara-negara Eropah dan Asia telah merosot.


b) Nilai mata wang jatuh dan inflasi nerleluasa.
c) Kemusnahan teruk berlaku dalam sektor pertanian, perlombongan
dan perindustrian .
d) Banyak orang kehilangan pekerjaan dan masalah pengangguran
berleluasa.
e) Berjuta-juta paun dibelanjakan ubtuk kos peperangan
f) Berjuta-juta rakyat terkorban, termasuk lima juta orang Yahudi
yang dibunuh oleh tentera Nazi.

4. Penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Berssatu (PBB):

a) Liga Bangsa yang dibentuk selepas Perang Dunia Kedua gagal


memainkan peranan dengan berkesan.
b) Kuasa0kuasa besar dunia mahu menubuhkan satu pertubuhan
baru untuk menggantikan Liga Bangsa
c) Matlamat utama penubuhan PBB ialah mengekalkan keamanan
dan keselamatan di dunia.

5. Keruntuhan empayar imperialisme Barat:

a) Pejuang nasionalis tempatan mendapat inspirasi untuk menentang


kuasa imperialis selepas Pertang Dunia Kedua.
b) Kuasa British dan Perancis mengalami kemerosotan di seluruh
dunia selepas Perang Dunia Kedua
c) Status dan imej kuasa imperialis Barat jatuh apabila mereka
dikalahkan oleh Jepun dalam Perang Dunia Kedua.
d) British yang merupakan kuasa imperialis yang paling besar
sebelum perang telah memberi kemerdekaan kepada kebanyakan
tanah jajahannya.
e) Perancis yang merupakan kuasa imperialis kedua terbesar
terpaksa melepaskan tanah jajahannya di Asia Tenggara dan
Afrika.
f) Amerika Syarikat pula melepaskan Filipina pada tahun 1946.
g) Belanda melepaskan Indonesia pada tahun 1949.
DASAR LUAR MALAYSIA

a) Terangkan definisi dan objektif Dasar Luar Negara.

DEFINISI DAN OBJEKTIF DASAR LUAR NEGARA

Dasar luar negara boleh dianggap sebagai instrumen atau alat yang diperlukan

oleh sesebuah negara untuk berhubung, berinteraksi dengan sebuah negara yang

lain, baik yang berjiran dengannya atau yang berada jauh dengannya. Melalui dasar

luar negara, kita menyatakan pendirian kita berhubung dengan sesuatu isu yang

berlaku di sempadan negara kita mahupun negara lain yang jauh dari segi kedudukan

geografi dalam hubungan antarabangsa. Dalam sistem perhubungan antarabangsa,

pembentukan dasar luar negara juga perlu mengambil kira dasar luar atau sikap