Anda di halaman 1dari 9

Panitia Pendidikan Islam

SMK Dato’ Bendahara C.M. Yusuf


31800 Tanjong Tualang
Perak.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI PERTAMA 2011.

Tarikh : 12 Januari 2011 (Rabu)


Masa : 2.05 Petang
Tempat : Bilik Guru

Kehadiran :
1. Pn. Asiah Binti Zulkiply
2. En. Lukman Bin Mat Noor
3. En. Mohd Rani Bin Hassan
4. Pn. Zarinah Binti Shaari

Agenda :
1. Ucapan pengerusi.
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
3. Perkara berbangkit.
4. Dasar kurikulum sekolah.
5. Post mortem dan analisis peperiksaan (PMR 2010 dan Dalaman).
6. Skim pinjaman buku teks.
7. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
8. Head count.
9. Hal-hal lain.

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi.


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli-
ahli panitia. Beliau berharap mesyuarat yang bakal dijalankan

1
dapat mencetuskan pandangan yang bernas bagi meningkatkan
prestasi dan sahsiah pelajar Islam di sekolah ini.
1.2 Pengerusi menjelaskan bidang kurikulum adalah aspek
penting yang mesti diberi penekanan di peringkat sekolah.
Kedudukan sesebuah sekolah dan negeri adalah ditentukan
mengikut pencapaian pelajar dalam peperiksaan yang diambil.
1.3 Semua guru hendaklah bersedia ke arah perubahan dan
hendaklah menjalankan tugas dengan cemerlang.
1.4 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama ustaz
dan ustazah dalam menjayakan aktiviti peningkatan panitia
yang dirancang tahun 2010.

Tindakan : Makluman dan tindakan semua ahli panitia.

Agenda 2 : Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.


Cadangan : Pn. Zarinah Binti Shaari.
Sokongan : En. Lukman Bin Mat Noor.

Agenda 3 : Perkara berbangkit.


3.1 Ustaz Mohd Rani menjelaskan gabungan kelas tingkatan
satu telah mengikut tahap kecerdasan pelajar.
3.2 Ustaz Lukman memberitahu buku kerja (latihan) Pendidikan
Islam Tingkatan 1 hingga 5 telah dipesan kepada pembekal.
3.3 Penilaian PAFA untuk tingkatan 1 hingga 5 hendaklah dibuat
awal tahun.

Tindakan : Semua Guru Pendidikan Islam.

Agenda 4 : Dasar kurikulum sekolah.


4.1 Perancangan strategik tahun 2011 – 2015 ialah:
- Peningkatan kecemerlangan dalam peperiksaan.

2
- Meningkatkan kemahiran asas di kalangan murid.
- Memantapkan dasar 60 : 40
- Memantapkan penguasaan generik.
- Peningkatan ilmu (Pembelajaran sepanjang hayat).
4.2 Program utama:
- Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP).
- Pencerapan guru.
- Pencerapan buku latihan.
- Program head count.
- Program post mortem.
- Program celik 3M.
- Program cuti-cuti kerja rumah.
- Program NILAM.
- Modul kelas Ganti / Relief.
4.3 Program sokongan:
- Klinik Bahasa Melayu (SPM).
- Klinik mata pelajaran kritikal SPM.
- Klinik mata pelajaran kritikal.
- Program Kepung PMR dan SPM.
- Minggu Akademik.
- Program PSS.
- Program Gerak Gempur.
- Kursus kemahiran generik.
- Program mento-mentee.
- PPSMI Day Camp.
- Program Gemilang SPM.
4.4 Program sampingan:
- Solat hajat.
- Program solat zohor perdana.
- Hari temu waris.
- Hari Anugerah.

3
- Bacaan Yaasin dan motivasi.
- Aktiviti persatuan.
- Ceramah keibubapaan.
4.5 Buku Persediaan Mengajar.
4.5.1 Penulisan Buku Persediaan Mengajar
hendaklah mengandungi tajuk, objektif, aktiviti
pengajaran, bahan bantu menganjar (BBM), dan refleksi.
4.5.2 Ustaz dan ustazah boleh menghantar Buku
Persediaan Mengajar pada 7 Januari 2011 kalau sudah
lengkap.
4.5.3 Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah
boleh dibaca.
4.6 Latihan minimum.
4.6.1 Semua ahli panitia bersetuju bahawa
pemberian latihan kepada pelajar ialah satu latihan bagi
setiap tajuk.
4.6.2 Di bawah adalah latihan minimum setiap
tingkatan:

Tingkatan Bilangan Tajuk Latihan Minimum


Satu 52 52
Dua 45 45
Tiga 45 45
Empat 40 40
Lima 38 38

4.7 Penetapan sasaran/target PMR dan SPM 2011.


4.7.1 Target PMR pada tahun ini telah ditetapkan
sebanyak 65% dan GPS 2.83.
4.7.2 Target SPM pada tahun ini sebanyak 89% dan
GPS ialah 5.6.
4.7.3 Cadangan kedudukan (ranking) sekolah dalam
keputusan SPM 2011 adalah no.5 peringkat daerah.

4
Tindakan : Semua guru Pendidikan Islam.

Agenda 5 : Post mortem dan analisis peperiksaan (PMR 2010 dan Dalaman).
5.1 Post mortem dan analisis PMR 2010.
5.1.1 Keputusan Pendidikan Islam PMR 2010 adalah
92.7%. peratusan ini telah meningkat sebanyak 6.2%
berbanding 2009 (86.5%) seramai 8 orang pelajar yang
gagal – Gred E (7.3%).
5.1.2 Berikut adalah analisis keseluruhan Pendidikan
Islam PMR 2010 – perbandingan 2009:

Tahun Calon A B C D ABCD %L E %G


20 25 31 14
2009 105 90 86.5 14 13.5
19.2% 24.0% 29.8% 13.5%
18 36 23 25
2010 114 102 92.7 8 7.3
16.4% 32.7% 20.9% 22.7%

5.1.3 Antara faktor peningkatan ialah:


- Seminar teknik menjawab soalan PMR 2010.
- Modul Gemilang Pendidikan Islam PMR.
- Program peningkatan – Klinik Pendidikan
Islam.
- Soalan-soalan latih tubi Pendidikan Islam PMR
(SOLAR) set 1, 2, dan 3.
- Program BAJA Pendidikan Islam PMR.
- Penekanan kepada pemantauan kerja rumah
dan latihan.
- Pengagihan guru yang mengajar tingkatan 3 –
dua orang (Ustaz Lukman dan Ustazah Asiah).

Tindakan : Guru yang mengajar tingkatan 3.

5
5.2 Post mortem dan analisis peperiksaan dalaman.
5.2.1 Peratus lulus Pendidikan Islam dalam
Peperiksaan Akhir Tahun bagi tingkatan 1 ialah 65.71%
dan tingkatan 2 ialah 53.54%.
5.2.2 Berikut adalah analisis keseluruhan Pendidikan
Islam tingkatan 1 dan 2 dalam Peperiksaan Akhir Tahun
2010:

Tingkatan Calon A B C D E Lulus Gagal


14 17 17 21 36 69 36
Satu 105 13.33 16.19 16.19 34.29 65.71
20.0% 34.29%
% % % % %
4 15 30 19 59 68 59
Dua 127 11.81 23.62 14.96 46.46 53.54
3.15% 46.46%
% % % % %

5.2.3 Antara faktor kelemahan yang dikenal pasti


ialah:
1. Pelajar kurang membuat ulangkaji terutama
kelas Satria, Tiara, dan Kenari.
2. Pelajar tidak menjawab semua soalan.
3. Pelajar kurang menguasai bidang kefahaman
ayat, hadis, sejarah, dan ayat hafazan.

Tindakan : Guru Pendidikan Islam tingkatan 1 dan 2.

5.3 Peratus lulus Pendidikan Islam dalam Peperiksaan Akhir


Tahun bagi tingkatan 4 ialah 66.7%.
5.3.1 Berikut adalah analisis keseluruhan Pendidikan
Islam tingkatan 4 dalam PAT 2010:

Calon A+ A A- B+ B C+ C D E G
91 - 3 2 3 7 2 12 16 15 30
Peratus 0% 3.3% 2.2% 3.3% 7.8% 2.2% 13.3% 17.8% 16.7% 33.3%

6
5.3.2 Antara faktor kelemahan yang dikenal pasti
ialah:
1. Pelajar tidak menjawab semua soalan yang
diberikan terutama kelas 4V2 dan 4T2.
2. Pelajar kurang menguasai istilah Arab dalam
bahagian ibadat dan akidah.
3. Kurang penguasaan pemahaman ayat, ayat
hafazan, hadis, dan hukum tajwid – kertas 2.

Tindakan : Guru Pendidikan Islam tingkatan 4.

Agenda 6 : Skim pinjaman buku teks.


6.1 Buku-buku teks telah diedarkan kepada semua pelajar
mengikut tingkatan masing-masing.
6.2 Pelajar tingkatan 4 – buku teks akan diedarkan pada hari
kedua persekolahan.

Agenda 7 : Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).


7.1 Pengerusi menjelaskan ustaz dan ustazah yang mengajar
tingkatan 3 dikehendaki menjalankan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS).
7.2 PBS Pendidikan Islam PMR meliputi bahagian ujian tilawah,
hafazan, penilaian adab dan PAFA.
7.3 Semua borang-borang penilaian PBS akan diuruskan oleh
ketua panitia.
7.4 Ustaz dan ustazah yang mengajar tingkatan 5 mestilah
menyiapkan ujian PAFA sebelum bulan Ogos 2011.
7.5 Ujian penilaian PAFA bermula dari tingkatan 1 hingga
tingkatan 3 untuk PMR dan SPM bermula dari tingkatan 4.

7
7.6 Ustaz dan ustazah hendaklah merujuk borang penilaian
PAFA untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar mengikut
tingkatan yang diajar.
7.7 Fail PAFA diletakkan di dalam almari panitia (bilik guru)
untuk semakan dan dikemaskini mengikut kelas yang diajar.
7.8 Fail PBS akan dikemaskini oleh ketua pentaksir PBS
Pendidikan Islam (Pn. Asiah).

Tindakan : Semua guru Pendidikan Islam.

Agenda 8 : Head count.


8.1 Program head count akan dimantapkan dan dijadikan satu
budaya di peringkat sekolah.
8.2 Semua guru Pendidikan Islam dikehendaki
mengemaskinikan tov dan diletakkan dalam Buku Persediaan
Mengajar.
8.3 Guru Pendidikan Islam hendaklah memastikan pelajar
mengisi graf pencapaian pelajar (tov dan target).
8.4 Markah tov bagi tingkatan 2, 3, dan 5 diambil dari markah
Peperiksaan Akhir Tahun 2010. Manakala bagi tingkatan 1 dan
4 diambil dari markah Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011.

Tindakan : Semua guru Pendidikan Islam.

Agenda 9 : Hal-hal lain.


9.1 Pengerusi memberitahu mesyuarat panitia perlu ada perkaitan
dengan persatuan akademik.
9.2 Ustaz Lukman mencadangkan pertandingan kuiz agama dan
sambutan hari-hari kebesaran Islam diserapkan dalam
Persatuan Agama Islam.

8
9.3 Solat zohor perdana akan dilaksanakan pada minggu ke-4.
Ustaz Lukman menjelaskan beliau akan membuat jadual
pelaksanaannya.
9.4 Ujian Selaras 1 akan diselaraskan di Kinta Selatan. Soalan-
soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan soalan-soalan
percubaan PMR dan SPM akan digubal oleh JPN.
9.5 Ujian pra PMR dan SPM akan digubal oleh PPD Kinta Selatan.
9.6 Bagi tingkatan 3 terdapat topik-topik yang perlu dihabiskan
sebelum Peperiksaan Pertengahan Tahun (telah diedarkan
kepada guru yang mengajar tingkatan 3).
9.7 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama guru-
guru Pendidikan Islam dan berharap dapat menjalankan
amanah dengan baik dalam membentuk generasi yang berilmu.

Tindakan : Untuk makluman dan tindakan semua guru Pendidikan Islam.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.50 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ....................................... ..................................


(EN. MOHD RANI B. HASSAN)
Setiausaha
Panitia Pendidikan Islam 2011.