Anda di halaman 1dari 8

CTU085

MATLAMAT DAN HIKMAH PENCIPTAAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN NURZAFREENA BINTI ABD AZIZ

DISEDIAKAN OLEH:
ANIQ IQBAL BIN ZULKARNAIN

PENILAIAN MARKAH
Pengenalan /2
Isi + huraian /12
Cadangan / kesimpulan /2
Bibliografi /2
Etika & profesianalisme /2
JUMLAH /20
ISI KANDUNGAN

1.1 Pengenalan…………………………………………………………………………………………………………………1

2.0 Isi dan huraian…………………………………………………………………………………………………………….2


i. Beribadah kepada Allah………..………………………………………………………………………………….2
ii. Manusia sebagai khalifah…………………………………………………………………………………………3
iii. Ilmu pengetahuan tentang kekuasaan Allah……………………………………………………………4

3.0 Kesimpulan…………………………………………………………………………………………………………..……..5

BIBLIOGRAFI………………………………………………………………………………………………………………………5
PENGENALAN

Manusia atau insan yang membawa maksud tidak sempurna atau pelupa merupakan ciptaan Allah
yang paling canggih. Kita dicipta daripada tanah dan mengambil masa yang lama untuk dijadikan.
Nabi Adam yang juga dikenali sebagai manusia pertama dicipta atau bapa segala manusia diciptakan
oleh Allah sebagai menunjukkan kekuasaannya kepada seluruh makhluk yang wujud ketika itu.
Terdetik di benak fikiran, apakah hikmah dan matlamat penciptaan manusia mengikut perspektif
yang dirakamkan di dalam Al-Quran? Sudah semestinya mempunyai sebab yang kukuh.

Allah mencipta sesuatu semuanya mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri. Allah tidak akan
sewenangnya menciptakan sesuatu yang tidak membawa manfaat dan sia-sia. Sebagai contoh,
manusia mencipta kenderaan berfungsi untuk memudahkan pergerakan manusia dari satu tempat
ke tempat yang lain. Begitu juga dengan manusia yang sememangnya mempunyai matlamat
penciptaan yang tersendiri. Berikut merupakan antara matlamat penciptaan manusia yang dapat
dikenalpasti di dalam Al-Quran

 Beribadah dan menyembah hanya kepada Allah


 Menjadi khalifah yang bertanggubgjawab memakmurkan bumi Allah
 Supaya mengetahui kekuasaan dan keagungan Allah berdasarkan penciptaan manusia

1
ISI DAN HURAIAN

Antara tujuan dan hikmah manusia diciptakan di muka bumi adalah untuk mengabdikan diri
kepada Allah SWT. Ini terbukti dengan firman Allah dalam surah Ad-Dhariyat ayat yang ke 56
yang bermaksud:

“tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereke menyembah (beribadat)
kepadaku”

(Ad-dhariyat 56)

Merujuk kepada ayat ini kita dapati bahawa tujuan utama manusia diciptakan adalah tidak
lain tidak bukan adalah untuk menyembah Allah SWT yang maha esa. Juga dapat difahami
bahawa kita diciptakan dan dihidupkan di muka bumi ini untuk mengabdikan diri hanya
kerana Allah secara menyeluruh yang merangkumi segala aspek termasuk gerak kerja dalam
kehidupan seharian. Ini membawa maksud , setiap perlakuan dan segala bidang yang kita
ceburi hendaklah diniatkan untuk beribadah kepada Allah SWT. Dengan cara ini, segala
tindakan akan dikira sebagai amalan dan diberi ganjaran pahala. Ini terbukti berdasarkan
hadis dibawah :

Sesungguhnya setiap perbuatan itu bergantung kepada niatnya. Dan sesungguhnya setiap
orang akan dibalas berdasarkan apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang berhijrah kerana
Allah SWT dan rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana menginginkan harta benda
dunia atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya mengikut kepada nilai
apa yang dia berhijrah kepadanya.

Hadith riwayat al-Bukhari: (54)

Beribadah kepada Allah merupakan fitrah kejadian manusia. Manusia telah membuat
perjanjian dengan Allah semasa awal penciptaan lagi. Firman-Nya dalam Al-Quran yang
bermaksud:

“Bukankah aku telahmengambil perjanjian (perintahkan) kamu wahai anak adam supaya kamu
tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya , ia merupakan musuh yang nyata terhadap kamu! Dan
(aku perintahkan): ‘Hendaklah kamu menyembah-Ku , inilah jalan yang lurus’”

(surah Yassin ayat 60-61)

2
Selain itu, manusia juga dicipta untuk dijadikan khalifah di muka bumi ini. Khalifah bermaksud
wakil atau pengganti. Sebagai manusia, kita adalah khalifah di muka bumi ini dengan
memakmurkannya berlandaskan syariat Allah dengan melaksanakan setiap perintah
berlandaskan hokum dan Islam. Sebaiknya kita tidak menggunakan perkataan “khalifah Allah”
kerana Allah tidak memerlukan pengganti. Kita hanyalah merupakan pengganti kepada
pemimpin terhadulu sahaja.

Islam adalah agama yang sempurna dan pelaksanaannya yang menyeluruh dalam semua
aspek yang ada di atas muka bumi ini. Sebagai khalifah, kita hendaklah bersama
melaksanakan syariat islam dan juga bertanggungjawab untuk menyebarkan dakwah kepada
setiap manusia di seluruh pelosok dunia. Sebagai contoh, seseorang yang merupakan insan
biasa yang tidak memimpin sesebuah organisasi atau negara juga merupakan seorang
khalifah dalam membimbing diri sendiri ke arah memakmurkan bumi dan beribadah kepada
Allah. Firman Allah tentang mencipta manusia sebagai khalifah jelas tertulis di dalam surah
Al-Baqarah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak
menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu
tidak mengetahuinya”.

(Al-Baqarah 30)

Dalam surah ini jelas menyatakan bahawa Allah merancana untuk menjadikan manusia
khalifah di muka bumi sebelum kejadian Nabi Adam lagi. Sebagai manusia, kita hendaklah
membawa gelaran khalifah dalam diri, keluarga dan lapisan masyarakat. Oleh itu sudah
menjadi tanggungjawab yang jelas dan besar untuk umat manusia memakmurkan bumi Allah
dengan menjadi khalifah.

Sekiranya kita melihat perkara munkar, tugas kita sebagai khalifah untuk mengelakkan
perkara itu melalui tiga cara iaitu:

1)menggunakan kuasa

2)menggunakan lidah

3)membenci dalam hati

3
Seterusnya, hikmah penciptaan manusia juga termasuk supaya kita mempunyai
pengetahuan tentang Allah SWT. Buktinya adalah terakam dalam firman-Nya yang
bermaksud:

”Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku
padanya, agar kamu mengetahui bahwasannya Allah itu Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Dan (agar kamu mengetahui bahwa) sesungguhnya Allah, ilmu-Nya benar-benar meliputi
segala sesuatu.”
 (QS. Ath-Thalaq 12) 

Ayat di atas jelas mengatakan banawa Allah yang mencipta langit dan bumi serta di antara
keduanya agar hambanya iaitu manusia mempunyai ilmu bahawa Allah yang maha kuasa
dan mengetahui tentang sesuatu perkara. Sebagai hamba Allah, merupakan satu
kewajiban untuk menuntut ilmu tauhid supaya kita lebih mudah untuk melakukan ibadah.
Oleh itu, mengenal Allah SWT melalui ilmu terhadap nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT
(tauhid asma wa shifat) adalah salah satu matlamat dan hikmah penciptaan manusia. Allah
berfirman di dalam surah yang lain yang bermaksud:

”Ketahuilah, bahwasannya tidak ada sembahan yang benar (yang berhak disembah)
kecuali Allah.” 
(QS. Muhammad 19)

Di dalam ayat di atas mengatakan bahawa hanya Allah yang layak di sembah kerana sudah
sememangnya menjadi tujuan utama manusia diwujudkan dan diletakkan di muka bumi
Allah yang luas ini.

4
KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan kita dapat mengetahui bahawa Allah mencipta manusia khusus adalah tidak
lain tidak bukan untuk sembah dan tunduk kepadanya. Kita boleh meningkatkan ketaqwaan kepada
Allah dengan melakukan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Kita juga dapat
mengetahui bahawa Allah mencipta manusia adalah sebagai khalifah di muka bumi ini dan
bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi Allah yang luas ini dengan menyebarkan dakwah dan
agama Allah. Akhir sekali kita dicipta supaya dapat mengenali Allah melalui nama dan sifat-Nya. Ini
bertujuan supaya kita lebih kenal dan mudah untuk melakukan ibadah.

Sebagai manusia yang juga merupakan ciptaan agung Allah, kita diseru supaya sentiasa istiqamah
dengan ibadah yang kita lakukan sebagai bekalan kita di alam kemudian. Oleh itu, hendaklah kita
meletakkan setinggi-tinggi kebergantungan hanya kepada Allah kerana dari Allah kita dating dan
kepada Allah jua kita akan kembali.

BIBLIOGRAFI

 http://www.addeen.my/index.php/rohani/fardhu-ain/item/271-
apakah-tujuan-manusia-dicipta
 http://ecampus.iainbatusangkar.ac.id/ojs/index.php/takdib/article/vi
ew/153
 MANHAJ ISLAM, DR FARIDAH MOHD SAIRI, CETAKAN JUN 2019

Anda mungkin juga menyukai