Anda di halaman 1dari 4

Kami warga Sekolah Kebangsaan Saujana Indah, Nibong Tebal,

Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dengan penuh rasa


tanggungjawab berjanji akan menumpukan tenaga dan usaha kami
untuk:-

1. Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan sekolah yang dinamik


dan berkesan serta mewujudkan suasana kerja yang harmonis dan
kondusif.
2. Menyediakan dan memberi peluang kepada setiap kanak-kanak tanpa
mengira latarbelakang, agama, bangsa dan keturunan.
3. Memberi pendidikan yang cemerlang dan efektif serta membimbing
supaya dapat melahirkan insan yang berilmu, beramal, berjasa,
berketrampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
4. Memastikan prestasi kecemerlangan murid dan kakitangan sentiasa
dicapai dan berterusan.
5. Memastikan jalinan dan hubungan mesra dengan ibu bapa, murid-
murid dan juga sesiapa yang berurusan dengan pihak sekolah
Menggunakan kekuatan sumber manusia secara menyeluruh melalui
budaya kerja profesional seiring dengan penghayatan budaya ilmu,
permuafakatan dengan komuniti dan agensi luar ke arah melahirkan warga
sekolah yang cemerlang dan berketrampilan.

Memantapkan Pengurusan dan Perancangan HEM 


Bagi Membentuk Budaya Sekolah Yang Terpuji

melalui:
  Peningkatan tahap akademik, sahsiah dan disiplin murid.
  Kemampuan menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, disiplin
kendiri, berbudaya positif dan berketrampilan.
  Persekitaran yang sentiasa dalam keadaan selamat, ceria, sihat, berkualiti
dan membanggakan.
  Program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan modal
insan di peringkat sekolah.
  Sumbangan kebajikan demi kesejahteraan murid.
  Program perpaduan dalam usaha mewujudkan persefahaman dan
perasaan saling hormat-menghormati di kalangan murid.
KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI)
UNIT HAL EHWAL MURID
SK SAUJANA INDAH

KPI 1
Penurunan kes ponteng sekolah dari 0.03% ke 0.02% yang merangkumi dua
aspek iaitu ponteng sekolah dan ponteng kelas pembelajaran.

KPI2
Penurunan peratus murid lewat hadir ke sekolah sebanyak 40% daripada 30
orang kepada 10 orang.

KPI3
Memastikan kes murid melakukan kesalahan disiplin kepada sifar.

KPI4
Menurunkan peratus murid yang mengalami obesiti dari 50% kepada 30%
melalui program pemakanan sihat.
KPI5
Meningkatkan peratus penghayatan murid dalam mengamalkan nilai-nilai
murni.

KPI6
Memastikan kebersihan Tandas Guru dan Murid SK Saujana Indah berada di
dalam tahap kebersihan optimum.

KPI7
Memastikan murid berada di dalam zon selamat sepanjang masa ketika
berada di dalam sekolah.

KPI8
Melaksanakan keceriaan persekitaran sekolah dan kelas agar murid berada
dalam suasana yang kondusif.

KPI9
Memastikan keperluan 1 murid 1 kerusi, 1 meja dan 1 set buku teks
mencukupi.

Anda mungkin juga menyukai