Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Setiap individu mempunyai cara belajar mereka tersendiri. Hal ini kerana manusia
dicipta dengan perbezaan kecekapan dan kepandaian. Oleh sebab itu, penting untuk kita perlu
belajar kemahiran belajar untuk memperbaiki tahap diri kita dan mengenal pasti teknik yang
sesuai dengan diri kita. Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama yang paling
penting dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Kemahiran belajar ini penting dari langkah
pertama lagi iaitu dalam menentukan bahan optimum hingga memperoleh maklumat untuk
diproses. Sebagai seorang pelajar, kemahiran belajar ini amatlah penting kerana ia merangkumi
semua teknik-teknik yang sangat berguna untuk belajar.

Menurut Abdul Razak Habib (2002), kemahiran belajar merujuk kepada gaya
pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang dipraktikkan oleh pelajar bagi
memperoleh maklumat dan hasil pembelajaran. Kemahiran belajar bermaksud kebolehan atau
kecekapan yang patut dikuasai oleh setiap pelajar agar membolehkannya mengumpul,
memproses dan merumuskan maklumat secara kendiri serta menuju ke arah pembelajaran
seumur hidup. Di samping itu, menurut Dr Ragbir Kaur Joginder Singh(2012) pula, gaya
pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam
memperolehi pengetahuan. Gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang individu
bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya untuk
berinteraksi dengan persekitarannya.

1
1.0 GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI

Pembelajaran ialah kebolehan seseorang mengambil maklumat, merekod dan failkan


maklumat tersebut supaya ia menjadi mudah untuk digunakan apabila hendak
menggunakannya. Menurut Dr Ragbir Kaur Joginder (2012), gaya pembelajaran merupakan
pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam memperolehi pengetahuan.
Gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang individu bertindak balas terhadap dunia
sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya untuk berinteraksi dengan
persekitarannya. Selain itu, terdapat beberapa pendapat lain mengenai konsep gaya
pembelajaran.

Gaya pembelajaran yang boleh dilihat daripada model gaya pembelajaran VARK iaitu
Visual, Aural, Reading- Writting, Kinesthetic Learning. Model VARK diasakan oleh Neil Fleming
pada tahun 2001 (Allen, Scheve & Nieter, 2011). Model ini menerangkan empat gaya
pembelajaran berasakan perbezaan individu yang pertama visual. Individu yang meminati gaya
pembelajaran visual ini meminati carta, poster, multimedia dan grafik dalam aktiviti
pembelajaran. Seterusnya, adalah audio. Gaya ini menekankan pelajar belajar melalui
pendengaran melalui kuliah dan penerangan. Yang ketiga adalah bacaan. Gaya ini pelajar itu
meminati menulis semula nota, membuat nota, menghafal, nota, menerangkan semula gambar
atau model menggunakan perkataan sendiri dalam bentuk Powerpoint. Akhir sekali adalah
kinestetik. Gaya ini pelajar belajar melalui pengalaman dan penglibatan melakukan aktiviti
pembelajaran iaitu seperti menggunakan kaedah hands on melalui eksperimen, pembelajaran
luar bilik darjah, menggunakan gambar rajah dan foto untuk menerangkan idea kerja lapangan
dan sebagainya.

Seterusnya adalah gaya pembelajaran Dunn dan Dunn. Gaya ini menekankan aspek alam
sekitar yang terdiri daripada bunyi, cahaya, suhu dan pola. Yang kedua, gaya ini juga
menekankan aspek emosi . Aspek emosi terdiri daripada motivasi, ketabahan, tanggungjawab
dan struktur. Aspek ini menunjukkan cara pembelajaran yang tersendiri melalui emosi seperti
memerlukan bimbingan daripada orang lain, memerlukan masa yang panjang atau pendek,
merasa tanggungjawab atas pembelajaran dan suka belajar mengikut jadual dan struktur yang
ketiga adalah apek sosiologi. Aspek ini menerangkan sama ada pelajar suka untuk belajar
sendirian ,kumpulan, pasangan, guru, rakan sebaya dan pelbagai cara. Aspek yang keempat
adalah fizikal. Aspek fizikal terdiri daripada persepsi, makan, gerakan dan waktu. Akhir sekali
adalah aspek psikologi. Unsur aspek ini adalah global atau analitik, otak kiri atau otak kanan
dan impulsif atau reflektif.

2
2.0 GAYA PEMBELAJARAN BERKESAN

Berdasarkan jadual pembelajaran kendiri saya di 2.1, gaya pembelajaran yang saya
terapkan adalah gaya pembelajaran Dunn dan Dunn dari aspek emosi. Dalam hal ini saya suka
belajar mengikut jadual yang ditetapkan. Hal ini membuatkan masa perjalanan harian saya lebih
teratur dan berjalan lancar. Masa yang diperuntukkan oleh saya adalah dua jam sahaja untuk
melakukan ulang kaji dan menyiapkan tugasan yang diberikan. Hal ini menunjukkan saya tidak
boleh mengambil masa terlalu lama untuk melakukan aktiviti pembelajaran.

Seterusnya dari apek sosiologi daripada gaya pembelajaran Dunn dan Dunn, saya
memilih untuk melakukan aktiviti secara berkumpulan. Aktiviti berkumpulan mestilah tidak lebih
daripada sepuluh orang bagi melancarkan aktiviti tersebut. Melalui aktiviti berkumpulan saya
dapat pelbagai idea-idea baharu dan inovatif yang dibincangkan dalam berkumpulan. Dari
aspek positif aktiviti berkumpulan dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan mudah kerana
pelbagai jenis idea dan perbezaan pendapat yang dapat dijana oleh ahli kumpulan. Belajar
secara kumpulan juga dapat mengenal pasti kekurangan yang saya ada dan memperbaiki
kekurangan daripada pandangan ahli kumpulan sendiri.

3
3.0 ALAT-ALAT BERFIKIR

Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen yang dapat
membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Dengan
menggunakan alat berfikir ini, idea-idea yang disampaikan akan menjadi lebih tersusun, jelas
dan mudah difahami. Terdapat beberapa alat-alat berfikir dalam membuat nota. Antaranya :

3.1 PETA MINDA


Peta minda ini ialah sejenis nota rajah yang dilukis untuk meringankan maklumat, idea,
tugasan dan huraian yang padat. Selain itu, peta minda juga merupakan lakaran grafik
pemikiran individu. Saya lebih tertarik kepada seni dan dengan penghasilan peta minda ini
dapat menarik minat saya untuk membaca dan mengulang kaji pelajaran dengan lebih lagi.
Tambahan lagi, dengan penggunaan peta minda ini, ia memudahkan proses mencatat,
merekod maklumat membuat suatu persembahan. Hal ini kerana kita membina peta minda
berdasarkan cara berfikir kita sendiri. Selain itu, penggunaan peta minda dapat membantu kita
untuk menjadikan maklumat yang tersirat kepada yang tersurat iaitu maklumat yang lebih
mudah difahami.

Rajah 1:
peta minda berkenaan kesihatan

4
3.2 PENGURUSAN GRAFIK

Pengurusan grafik adalah antara alat berfikir yang efektif dalam pembelajaran. Pengurusan
grafik adalah Satu rangka yang digunakan untuk memindahkan apa yang difikirkan ke
atas kertas untuk dilihat dan disusun. Sebagai contoh, isi penting yang terkandung di dalam
buku, menggunakan pemetaan atau pola penyusunan untuk mewakili hubungan antara
maklumat berkaitan satu idea atau maklumat. Antara jenis pengurusan grafik yang sering
digunakan :

i) Membanding dan membeza

ii) Rajah jaringan

iii) Peta konsep

iv) Carta aliran

v) Menyelesaikan masalah

3.3 TEKNIK SOAL ARAS TINGGI

Menurut Kindsvatter (1992) sekiranya soalan yang ditanya berasaska kognitif tinggi,
bermakna ia sedang berfikir pada aras yang tinggi. Soalan ini merupakan alat berfikir yang
sering digunakan di dalam kelas. Oleh itu untuk meningkatkan KBKK, soalan yang berasas
tinggi perlu diperkembangkan kepada para pelajar. Sesetengah pelajar tidak aktif di dalam
kelas bukan kerana tidak dapat faham apa yang diajar, tetapi lebih kepada sifat pemalu atau
pendiam. Oleh sebab itu, para pendidik perlu mencungkil idea-idea yang bernas dari pelajar-
pelajar. Dalam masa yang sama, ia dapat meningkatkan tahap IQ pelajar. Hal ini kerana,
pelajar perlu menjawab soalan yang beraras tinggi yang dikemukakan dengan pantas. Ini akan
mengembangkan daya pemikiran para pelajar supaya dapat meneroka pandangan yang lebih
alterbatif. Selain itu, perlu ada juga kemahiran menyoal dala kalangan pelajar. Di sekolah sudah
banyak menerapkan istilah guru muda iaitu pelajar menjadi mentor kepada kawan-kawan dalam

5
subjek yang tertentu. Dengan itu, mereka akan berfikiran lebih bijak untuk mejawab soalan yang
diajukan oleh kawan-kawan.

3.4 PEMETAAN I-THINK

Program i-Think yang merupakan singkatan kepada innovative THINKing telah


memperkenalkan alat berfikir iaitu peta pemikiran sebagai salah satu strategi untuk
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi kepada semua pelajar. Antara peta i-think adalah:
a) Peta Bulatan (Circle Map)

b) Peta Buih (Bubble Map)

c) Peta Pokok (Tree Map)

d) Peta Alir (Flow Map)

e) Peta Pelbagai Alir (Multiflow Map)

f) Peta Buih Berganda (Double Bubble Map)

g) Peta Dakap (Brace Map)

h) Peta Titi (Bridge Map)

3.5 CoRT1
CoRT memberi fokus kepada penguasaan alat-alat penyusun grafik, yang apabila
digunakan di dalam bilik-bilik darjah dapat membantu pelajar ‘melihat’ sesuatu situasi atau
masalah melalui pelbagai sudut. Dengan ini setiap individu dapat membuat pertimbangan yang
teliti mengenai baik dan buruk, sebab dan akibat berdasarkan bukti-bukti tertentu sebelum
mengambil sesuatu tindakan. Alat cort merupakan instrumen dalam bentuk garis panduan yang
digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang untuk membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah yang dihadapi. CoRT 1 terdiri daripada 7 alat iaitu :

1. PMI (plus, minus, interesting) (baik , buruk, menarik)

2. CAF (consider all factors) (Ambil kira semua faktor)

3. C & S (consequence & sequel) (Kesan dan akibat dari kesan)

6
4. AGO (Aims, Goals, Objectives) (Tujuan, matlamat, objektif)

5. FIP (First, Important, Prioriti) (Keutamaan Mengikut kepentingan)

6. APC (Alternatives, Possibilities, Choices) (Alternatif, Kemungkinan & Pilihan)

7. OPV (Other People’s Views) (Mengikut Pandangan Orang Lain)

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pelbagai cara yang kreatif dan inovatif yang dapat memberikan kesan yang
efektif dan positif dalam kemahiran pembelajaran seharian kita. Untuk berada selangkah di
hadapan orang yang maju, kita mestilah berfikiran terbuka untuk mengaplikasikan cara atau
kaedah yang sesuai dengan hidup kita dari segi pembelajaran dan dalam kehidupan seharian.
Dalam abad yang ke- 21 ini, kita mestilah banyak menggunakan kemudahan teknologi
maklumat dengan baik . kaedah-kaedah yang telah dibincangkan di atas mestilah diterap dalam
diri individu untuk memudahkan pembelajaran harian dengan lebih teratur.

7
RUJUKAN

BUKU

Tee TK., et.al (2010) Kepentingan peta minda sebagai alat berfikir dalam mengambil nota
kuliah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

JOURNAL

Munirah Hamad., et.al (2017) Tinjauan literatur penggunaan peta minda dalam pengajaran


Matematik. International Academic Research Journal of Social Science, 03, 208-213.

INTERNET

Dina (2017). Alat Berfikir yang telah diakses pada 8 September 2019 melalui laman web

https://diyanasir.wordpress.com/2017/10/04/alat-berfikir/

Tiada Nama (2016). Mengenali Gaya Pembelajaran Kendiri yang telah diakses pada 8
September 2019 melalui laman web

https://pengurusanpembelajaran.wordpress.com/2016/08/07/mengenali-gaya-pembelajaran-
kendiri/

Wanita Solehah (2017). Alat-Alat Berfikir Dalam Membuat Nota yang telah diakses pada 8
September 2019 melalui laman web

https://wanitasolehahsite.wordpress.com/alat-alat-berfikir-dalam-membuat-nota/

8
Azizi Yahaya, Syazwani Abdul Razak (2010). Teori Berkaitan Gaya Pembelajaran Dan Kaedah
Pengajaran yang telah diakses pada 8 September 2019 melalui laman Web

https://www.researchgate.net/publication/46480625_Teori_Berkaitan_Gaya_Pembelajaran_Dan
_Kaedah_Pengajaran

Anda mungkin juga menyukai