Anda di halaman 1dari 24

C 4006/UNIT 7/ 1

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

MODUL
POLITEKNIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

C4006
ATURCARA KONTRAK &
UKUR BINAAN 2

MOHD SAFRI BIN OMAR


(POLISAS)

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 2

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

UNIT 7

PEMBAYARAN KEPADA KONTRAKTOR DAN PERAKUAN


INTERIM, PERAKUAN MUKTAMAD, PENAMATAN
PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR DAN
TIMBANGTARA

Objektif am: : Mempelajari dan mmemahami Syarat-syarat Kontrak Setara JKR


203A mengenai Fasal 47, Fasal 48, Fasal 51 dan Fasal 54.

Objektif khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

 Menerangkan kehendak-kehendak Fasal 47: Pembayaran Kepada


Kontraktor Dan Perakuan Interim

 Menerangkan kehendak-kehendak Fasal 48: Perakuan Muktamad

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

 Menerangkan kehendak-kehendak Fasal 51: Penamatan Pengambilan


Kerja Kontraktor

 Menerangkan kehendak-kehendak Fasal 54: Timbangtara

Ada 4 fasal lagi kena


belajar,,, Lepas tu…
Beres….

7.0 Pengenalan
Anda kini telah berada pada unit terakhir untuk memahami kehendak-kehendak
Fasal yang terdapat dalam Syarat-syarat Kontrak Setara JKR 203A. Untuk Unit
7 ini, 4 fasal akan dibincang iaitu mengenai pembayaran, perakuan muktamad,
penamatan kerja kontraktor dan timbangtara.

Mari kita merujuk dan dan memahami kehendak-kehendak Fasal 47, fasal 48,
fasal 51 dan fasal 54 Borang Kontrak Setara JKR 203A.

Borang Kontrak Setara JKR 203A

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 4

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

7.1 Fasal 47 : Pembayaran Kepada Kontraktor Dan Perakuan Interim


Pada amnya fasal ini memperuntukkan pembayaran yang perlu dibuat kepada
kontraktor keatas kerja yang dilaksanakan dan keatas barang atau bahan yang
telah diserah hantar ke tempat kerja kerana kebanyakkan kerja pembinaan
melibatkan jumlah wang yang besar dan memakan masa yang panjang.
Pembayaran akan dibuat melalui Perakuan Interim yang dibuat dengan satu
borang yang standard Borang JKR 56 (semakan 88) Lampiran 15A.

7.1.1 Sub Fasal (a)


Penilaian dibuat selepas kontraktor telah melaksanakan kerja dimana kerja telah
mencapai satu nilai yang ditetapkan atau disebut dalam kontrak termasuk bahan
atau barang tak pasang yang diserah hantar ke tapak bina sebelum atau pada hari
penilaian dibuat. Penilaian pertama akan dibuat setelah kontraktor siap kerja
antara 10 % - 15 % daripada nilai seperti mana disebut dalam lampiran syarat
kontrak. Selepas keluar Perakuan Interim Pertama, penilaian seterusnya dibuat
setiap hari atau kerap mengikut budibicara Pegawai Penguasa tetapi ia tidak
bermaksud yang Perakuan interim perlu dikeluarkan pada setiap kali penilaian
dibuat.

7.1.2 Sub Fasal (b)


Perakuan Interim hendaklah dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas daripada
penilaian padansetiap bulan dibuat dan menyatakan jumlah amaun yang kena
dibayar oleh kerajaan kepada kontraktor.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 5

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

Syarat bagi mengeluarkan Perakuan Interim Pertama;


a] Nilai bahan dan barang tak pasang ditapak
b] Nilai kerja dan bahan oleh kontraktor dinamakan dan pembekal dinamakan
c]Pelarasan turun naik harga bahan/barang
d] Kerja lebih masa untuk wakil JKR tapak (site agent)

7.1.3 Sub fasal (c)


Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat dengan jumlah
pembayaran bergantung kepada anggaran nilai kerja sebenar yang telah
dilaksanakan. Amaun yang perlu dibayar tertakluk kepada kerja yang telah
dilaksanakan dan 90 % daripada nilai bahan dan barang tak pasang yang diserah
hantar ke tapakbina semasa penilaian dibuat. Ia juga perlu menyatakan nilai-nilai
perubahan kerja dan ‘ overtime’ (site agent).

7.1.4 Sub fasal (d)


Kerajaan akan membuat pembayaran kepada kontraktor mengikut amaun yang
terdapat dalam Perakuan Interim dalam jangka masa yang terdapat dalam
Lampiran-lampiran kepada syarat-syarat kontrak ( Jika tidak disebutkan, maka
dalam masa 30 hari) selepas Perakuan Interim dikeluarkan.

Prosedur asas untuk penilaian interim/penyediaan Perakuan Interim ( prosedur ini


tidak dinyatakan dalam fasal tetapi sebagai prosedur yang dijalankan)
a) Perlu mendapat persetujuan kedua-dua pihak bagi menetapkan tarikh bagi
setiap penilaian yang akan dibuat. Semua pihak yang terlibat perlulsh
dimaklumkan.
b) Penilaian yang pertama perlulah dibuat mengikut tempoh yang dihadkan
dalam lampiran syarat kontrak. Jika tidak dinyatakan, ia perlulah dibuat tidak
lewat dari satu bulan selepas tarikh milik tapak bina. Dan penilaian yang
seterusnya dibuat sekurang-kurangnya sekali sebulan.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 6

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

c) Kaedah penilaian perlulah dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu Pegawai


Penguasa dan kontraktor.
d) Penilaian kerja termasuklah kerja-kerja awalan yang telah siap.
e) Penilaian juga termasuk kerja-kerja perubahan.

f) Kontraktor hendaklah mengemukakan satu senarai bahan/barang tak pasang


yang dilindungi dan hanya mengambil 90% dari nilai bahan/barang tak
pasang.
g) Penilaian hendaklah dibuat oleh wakil Pegawai Penguasa dan hendaklah
disampaikan kepada Pegawai Penguasa dan wakil Pegawai Penguasa Pakar
(Jurukur bahan) pada atau selepas penilaian dibuat.
h) Pelarasan Jumlah Harga Kontrak (J.H.K) hendaklah dibuat jika terdapat kerja-
kerja perubahan.
i) Pembayaran kepada kontraktor dinamakan/pembekal dinamakan dibuat secara
terus dari kerajaan dan hanya perlu dimaklumkan kepada Kontraktor Utama.
Fasal 47 kena faham dulu
sebelum ke Fasal 48 ni…..

7.2 Fasal 48 : Perakuan Muktamad

Perakuan Muktamad merupakan satu perakuan yang dikeluarkan oleh kerajaan


kepada kontraktor yang menyatakan jumlah baki terakhir yang masih belum
dibayar kepada kontraktor.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 7

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

7.2.1 Sub fasal(a) – Mengemukan Dokumen Tuntutan


Kontraktor mestilah membuat apa-apa tuntutan kepada kerajaan tidak lewat
daripada 3 bulan selepas penyiapan kerja yang praktikal. Adalah menjadi
tanggungjawab kontraktor mengemukakan semua butir-butiran maklumat
mengenai semua tuntutan yang perlu dibuat secara bertulis.

7.2.2 Sub fasal(b) – Perakuan Muktamad


Pegawai Penguasa hendaklah mengeluarkan Perakuan Muktamad dalam tempoh;
• 3 bulan selepas tamatnya Liabiliti Kecacatan. ATAU
• 3 bulan selepas dikeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan
(dimana diambil dari tarikh yang terkemudian)

7.2.3 Sub fasal(c) – Jumlah Wang Yang Hendak Diperakui Dalam Perakuan
Muktamad
Jumlah wang yang hendak diperakui dalam perakuan muktamad hendaklah
mengambil kira semua pelarasan jumlah harga kontrak untuk perubahan, tuntutan
kontraktor dan lain-lain pelarasan (contohnya disebabkan oleh susut nilai) dan
juga bayaran yang telah dibayar kepada kontraktor dan sub kontraktor/pembekal
dinamakan dan lain-lain yang berkaitan dengan kontrak.

7.2.4 Sub fasal(d) – Syarat-syarat Mengeluarkan Perakuan Muktamad


Syarat-syarat untuk mengeluarkan Perakuan Muktamad ini hendaklah dipatuhi
oleh Pegawai Penguasa dan syarat-syarat ini ialah:
• Akuan Statutori/Surat Sumpah melalui Pesuruhjaya Sumpah oleh atau
bagi pihak kontraktor. ATAU
• Surat Perakuan yang ditandatangani oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah
Buruh.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 8

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

Akuan ini dikeluarkan bertujuan untuk menunjukkan bahawa pekerja yang


diambil bekerja oleh kontraktor dan termasuk dengan pekerja sub kontraktor telah
menerima upah atau lain-lain bayaran semasa perlaksanaan ini hingga tamat
projek.

Rehat sebentar untuk meneliti Fasal 51 : Penamatan


Pengambilan Kerja Kontraktor

7.3 Fasal 51: Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor

Secara amnya, sesuatu kerja hendaklah berjalan dengan lancar dan tidak boleh
diberhentikan tanpa sebarang sebab yang munasabah walaupun ada lanjutan masa.
Apabila terbukti dengan nyata yang kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja atau
telah menyatakan keengganannya untuk menyiapkan kerja maka kerja kontraktor
perlu ditamatkan. Sebelum perakuan penamatan kerja kontraktor, satu notis niat
perlu dikeluarkan kepada kontraktor terlebih dahulu.

7.3.1 Sub fasal (a)


Perkara yang menyebabkan Pegawai Penguasa mengambil tindakan:
Kes Kemungkiran
Jika kontraktor melakukan kemungkiran mengenai mana-mana satu atau
lebih daripada perkara berikut:
• Jika tanpa sebab yang munasabah ia menggantungkan perjalanan
seluruh atau mana-mana bahagian kerja sebelum siapnya kerja.
• Jika ia gagal meneruskan kerja dengan mengikut aturannya.
• Jika ia gagal melaksanakan kerja mengikut kontrak dan cuai
menunaikan obligasinya.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 9

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

• Jika ia mungkir dan berulangkali cuai mematuhi sesuatu notis bertulis


dari Pegawai Penguasa untuk mengganti atau menukar apa-apa kerja
yang cacat aatau bahan/barang yang tak sesuai.
• Jika ia tidak mematuhi peruntukkan Fasal 27 (a),(c) dan (d) mengenai
sub sewa dan penyerahak.

Notis niat hendaklah dikeluarkan terlebih dahulu dimana kontraktor diberi tempoh
14 hari untuk meremedikan.Jika masih berterusan barulah notis penamatan di
hantar secara pos berdaftar atau serah hantaran yang direkodkan yang menyatakan
kemungkiran.

7.3.2 Sub fasal (b)


Kes Kebangkrapan
Jika kontraktor melakukan kebangkrapan mengenai:
• Melakukan sesuatu perbuatan kebangkrapan.
• Menjadi tak solven atau membuat penyelesaian dengan pemiutang-
pemiutangnya dan membuat perkiraan dengan mereka itu.
• Sebagai satu syarikat yang menghadapi perintah mahkamah (perintah
penggulungan)
• Mempunyai seorang likuidator, penerima atau pengurus sementara
bagi urusan atau pengusahaannya yang dilantik dengan wajar atau
menyerahkan pemilikan supaya diambil oleh atau bagi pihak
pemiutang-pemiutangnya dengan gadaian terapung akan apa-apa harta
yang terkandung dalam gadaian terapung atau tertakluk padanya.
Pihak kerajaan tidak perlu hantar notis niat tetapi terus sahaja
menghantar notis penamatan kerja.
Pertimbangan yang perlu diambil kira untuk memutuskan penamatan
pengambilan kerja kontraktor:

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 10

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

• Dimana kontraktor menyebabkan dirinya berterusan tidak berupaya untuk


meneruskan dan menyiapkan kerja, perkara mudah yang perlu dilakukan
oleh kontraktor ialah menamatkan kerja kontraktor.
• Dimana kontraktor ingkar atau gagal menunaikan obligasinya
terutamanya kontraktor gagal meneruskan kerja dengan tekun, keputusan
pengambilan kontraktor harus ditamatkan.
• Didalam memutuskan samada pengambilan kontraktor perlu ditamatkan
pertimbangan dibuat berdasarkan kepentingan majikan, pentadbiran serta
implikasinya dari segi social dan politik. Walau bagaimanapin yujuan
utamaadalah untuk memastikan kerja tersebut disiapkan dalam masa yang
ditetapkan.
Prosedur sebelum kontrak dimansuhkan:
Kerajaan memberi amaran sebelum kerja tamat kepada kontraktor atas
kemungkiran dalam tempoh 14 hari supaya kontraktor dapat mengambil
langkah sewajarnya.

14 hari

Jika tidak ada tindakan atau langkah-langkah positif dari kontraktor,


Pegawai Penguasa hantar notis niat untuk tamat kontrak secara pos
berdaftar.
14 hari

Jika masih lagi tiada tindakan dari kontraktor, notis penamatan kerja
dihantar secara pos berdaftar dan kontrak akan dimansuhkan .

Tindakan seterusnya:
• Kontraktor baru akan dilantik oleh kerajaan.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 11

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

• Penilaian serta kos kerugian dituntut daripada kontraktor lama


tidak lewat dari 3 bulan.
• Kerajaan keluarkan Perakuan Muktamad sebagai kontrak yang
ditamatkan pengambilan kerja kontraktor.
• Sekiranya kontraktor gagal mematuhi tuntutan tersebut walaupun
telah diberi peringatan, kerajaan akan mengambil tindakan
sewajarnya merujuk kepada penasihat undang-undang Kementrian
Kerja Raya.

7.3.3 Sub fasal(c) – Kesan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor


7.3.3.1 Sub fasal (c)(i) Tindakan segera Pegawai Penguasa:
• Majikan akan mengambil alih tapakbina dengan serta merta.
• Kontraktor hendaklah memberhentikan aktiviti dengan serta-merta.
• Kontraktor hendaklah meninggalkan segala bangunan sementara termasuk
bahan/barang tak pasang ditapakbina kecuali sekiranya diarahkan secara
bertulis daripada Pegawai Penguasa untuk dipindahkan dalam masa
tertentu.
• Memindahkan semua kakitangan dan pekerja dari tapakbina.

7.3.3.2 Sub fasal (c)(ii), (iii) & (iv) Tindakan selanjutnya oleh kerajaan:
• Kerajaan boleh menyiapkan kerja itu sendiri atau disiapkan oleh orang
lain.
• Kontraktor hendaklah menyerahkan hak atau kuasa kepada kerajaan atau
majikan keatas semua urusan perjanjian mengenai pembekalan barang @
bahan @ perlaksanaan kerja @ projek sebagaimana dinyatakan dalam
projek.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 12

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

• Menyenaraikan dan mengarahkan kontraktor untuk dipindahkan apa-apa


perkara yang dinyatakan dalam sub fasal c (iv).
• Kontraktor hendaklah membayar apa-apa kerosakan @ kerugian kepada
kerajaan/majikan jika Pegawai Penguasa telah mengeluarkan satu
Perakuan Muktamad mengenai amaun yang kena dibayar selepas
kontraktor yang baru dilantik.
• Menyediakan perkiraan akan kos-kos yang perlu dituntut bagi menyiapkan
kerja yang telah ditamatkan.(contohnya Kos panggil semula tawaran)
• Mengenakan tindakan disiplin kepada kontraktor (contonhya Disenarai
hitam kontraktor tersebut).

7.3.3.3 Sub fasal(c)(v) & (vi)


Apabila kontraktor yang baru dilantik kerajaan akan membuat penilaian terhadap
kos dan/atau kerosakan dan satu tuntutan akan dibuat kepada kontraktor asal
dimana tuntutan akan dibuat tidak lewat daripada 9 bulan daripada tarikh
penamatan pengambilan kerjanya yang mana kerajaan akan mengeluarkan satu
perakuan yang disebut Perakuan Muktamad sebagai kontrak yang ditamatkan
pengambilan kerja kontraktor.
Sekiranya kontraktor gagal untuk memenuhi tuntutan tersebut walaupun telah
diberi beberapa perinngatan, kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang
dengan merujuk kepada penasihat undang-undang Kementrian Kerja Raya.

Perkara yang terdapat dalam Perakuan Muktamad:


(a) Kos Penyiapan:
• Jumlah bayaran interim yang telah dibayar kepada kontraktor asal.
• Jumlah bayaran yang kena dibayar kepada sub k0ntraktor Dinamakan dan
Pembekal Dinamakan dan lain-lain.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 13

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

• Jumlah Harga Kontrak (J.H.K) yang baru iaitu bayaran yang kena dibayar
kepada kontraktor lain untuk menyiapkan kerja.
• Jumlah kos kerugian kepada kerajaan akibat projek tidak dapat disiapkan
termasuk kos pengawasan ke atas kerja atau projek yang perlu disiapkan
dimana kos ini dikira dari tarikh pengambilan kerja kontraktor ditamatkan
sehingga Tarikh Siap Kerja oleh kontraktor yang baru.
• Caj “On Cost” akan dikenakan keatas kontraktor asal bagi maksud
membayar balik kos pentadbiran yang ditanggung oleh majikan kerana
memanggil semula tender. Nilai caj ini biasanya telah dipersetujui (10 %
daripada Jumlah Harga Kontrak yang baru atau jumlah kos yang dibayar
kepada kontraktor baru atau orang lain yang menyiapkan kerja yang
terbengkalai).

(b) Harga Kontrak Asal Terlaras:


• Jumlah Harga Kontrak asal
• Nilai Bersih pelarasan Jumlah Harga Kontrak asal.
• Potongan gantirugi tertentu dan ditetapkan yang dikenakan terhadap
kontrak asal.
• Potongan lain yang boleh dikenakan oleh kerajaan dibawah kontrak
(contohnya Memperbaharui insuran iaitu bayaran premium).
Fasal yang
terakhir…..

7.4 Fasal 54 : Timbangtara

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 14

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

Timbangtara bolehlah didefinasikan sebagai satu proses penyelesaian masalah


atau pertikaian yang berlaku selepas Pegawai Penguasa tidak dapat
menyelesaikan masalah yang timbul yang dibuat diluar mahkamah yang mana
dirujuk kepada penimbangtara. Proses timbangtara tidak terhad kepada kes-kes
dalam pembinaan sahaja tetapi boleh juga untuk kes-kes yang lain.
7.4.1 Sub fasal (a)
Perkara-perkara yang boleh dirujuk kepada Penimbantara:
• Perselisihan/pertikaian yang berbangkit dari penafsiran kontrak.
• Perselisihan/pertikaian yang berbangkit dari apa-apa hal atau perkara
dalam apa jua bentuk yang timbul dibawah kontrak.
• Perselisihan/pertikaian yang berbangkit dari penahanan oleh Pegawai
Penguasa sesuatu perakuan yang didakwa oleh kontraktor yang beliau
berhak untuk mendapatkannya.

7.4.2 Sub fasal (b)


Keputusan Pegawai Penguasa mengenai salah satu pertelingkahan diatas
hendaklah mengikat kedua-dua pihak hingga siap kerja. Samada kontraktor
berpuashati atau tidak mengenai keputusan Pegawai Penguasa, dia mestilah
meneruskan kerja sehingga siap. Setelah siap kerja barulah perkara tersebut boleh
dirujuk kepada penimbangtara.

7.4.3 Sub fasal (c)


Aturcara bagi merujuk kepada proses timbangtara:
• Semua pertikaian hendaklah dibawa kepada Pegawai Penguasa terlebih
dahulu.
• Keputusan Pegawai Penguasa mestilah dibuat secara bertulis dalam
tempoh 45 hari selepas tarikh notis dari kontraktor. Jika tiada keputusan

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 15

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

dari Pegawai Penguasa atau kontraktor tidak berpuashati, kontraktor


hendaklah merujuk kes tersebut kepada penimbangtara untuk
menyelesaikannya.

Contoh aliran proses Timbangtara:

Tarikh surat Kontraktor 45 hari untuk Tiada keputusan


15/5/2001 P.P membuat 30/6/2001
keputusan

Ada keputusan 45 hari

Kontraktor setuju tak setuju


Kontraktor boleh membawa

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 16

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

Kes kepada Timbangtara


Untuk didaftarkan
Kes selesai
45 hari untuk bincang
dengan Pegawai Penguasa

7.4.4 Sub fasal (d) – Rujukan kepada timbangtara tidak boleh dimulakan
sehingga selepas penyiapan Kerja
Rujukan itu, kecuali perselisihan atau pertikaian dibawah Fasal 52 tidak boleh
dimulakan, melainkan dengan persetujuan bertulis Kerajaan dan Kontraktor.

7.4.4 Sub fasal (e), (f) & (g) – Kuasa Penimbangtara, Budibicara Penimbangtara
berkenaan kos dan award dan award peimbangtara adalah muktamad

• Penimbangtara berhak mengkaji atau menyemak perakuan, pendapat,


notis-notis, permintaan-permintaan atau keputusan yang telah dibuat.
• Penimbangtara berhak menentukan semua perkara-perkara yang menjadi
pertikaian diserah kepadanya jika dikehendakinya.
• Penimbangtara berhak menentukan kos perkhidmatan.
• Penimbangtara berhak menentukan siapa, kepada siapa dan bagaimana kos
perkhidmatan hendak dibayar.
• Keputusan yang hendak dibuat adalah muktamad dan mengikat kedua-dua
pihak.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 17

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

7.4.5 Sub fasal (h) – Pelantik Penimbangtara


Jika Penimbangtara mati atau tidak sanggup atau tidak berupaya bertindak,
kerajaan atau kontraktor , dengan persetujuan bersama melantik orang lain
sebagai penimbangtara.
Jika Kerajaan dan Kontraktor tidak mencapai persetujuan dalam perlantikan
penimbangtara berkenaan, seorang lain yang dinamakan dalam lampiran syarat-
syarat ini hendaklah dilantik.

7.4.6 Sub fasal (i) – Akta Timbangtara 1952


Rujukan yang dibuat adalah rujukan kepada Timbangtara dalam Akta
Timbangtara 1952 (sem. 1972)

BAGI MENGUJI KEFAHAMAN ANDA SILA BERALIH KE AKTIVITI 7

Sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut sebelum


meneruskan unit yang selanjutnya. Anda boleh menyemak jawapan berdasarkan
maklum balas di halaman berikutnya.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 18

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

7.1 Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran interim (Interim Payment)


7.2 Bilakah Perakuan Muktamad boleh dikeluarkan?
7.3 Apakah yang dimaksudkan dengan Timbangtara (Arbitrator)

PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat
menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 7
7.1 Perakuan Interim adalah merupakan perakuan yang dibuat oleh Pegawai Penguasa

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 19

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

keatas kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor termasuk 90 peratus barang-barang


takpasang yang dicadangkan untuk digunakan bagi Kerja untuk membolehkan
Kontraktor menerima bayaran. Perakuan Interim juga tertakluk kepada persetujuan
antara kedua-dua pihak berkenaan pembayaran secara berperingkata-peringkat.

7.2 Perakuan Muktamad akan dikeluarkan dalam tempoh 3 bulan selepas tamatnya
Tempoh Liabiliti Kecacatan atau 3 bulan selepas Sijil Siap Membaiki Kecacatan. Ini
bermakna selepas tamatnya tempoh liabiliti kecacatan (12 bulan) kontraktor berhad
memdapat perakuan muktamad sekiranya tiada kecacatan atau kekecutan berlaku
setelah tamatnya tempoh tersebut atau telah dibaiki oleh kontraktor sebelum
berakhirnya tempoh liabiliti kecacatan. Sekiranya Jadual Kecacatan dikeluarkan
setelah tamatnya tempoh tanggungan kecacactan, pihak kontraktor akan
memperbaikinya dalam tempoh 3 bulan dan Sijil Siap Membaiki Kecacatan akan
dikeluarkan. Perakuan muktamad akan dikeluarkan selepas Sijil Siap Membaiki
Kecacatan dikeluarkan.

7.3 Timbangtara adalah merupakan proses untuk menyelesaikan sebarang pertikaian atau
perselisihan yang berlaku dalam perlaksanaan kerja secara adil dan saksama.
Penimbangtara akan membuat keputusan yang muktamad yang mesti diukuti oleh pihak-
pihak yang terlibat. Penimbantara juga akan memutuskan kos tanggungan tersebut
kepada pihak tersebut mengikut budibicaranya. Rujukan yang dibuat berdasarkan kepada
Akta Timbangtara 1952.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 20

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

• SILA JAWAB SEMUA SOALAN DALAM PENILAIAN KENDIRI DI


BAWAH.
• SILA HUBUNGI PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG MASALAH.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 21

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

SELAMAT MENCUBA
SOALAN 1

Berdasarkan Fasal 51, apakah perkara-perkara yang menyebabkan penamatan


pengambilan kerja kontraktor boleh dilakukan.

SOALAN 2

Berdasarkan Fasal 54, beri penerang tentang proses timbangtara yang berlaku dalam
projek pembinaan.

Jawapan 1
Kontraktor boleh ditamatkan kerja sekiranya melakukan mana-mana satu atau lebih
perkara berikut:
a. Jika tanpa sebab ia menggantung perjalanan seluruh kerja atau mana-mana bahagian
kerja sebelum siapnya kerja tersebut.
b. Kontraktor gagal melakukan kerja dengan tekun dan mengikut aturan.
c. Kontraktor berulagkali cuai dan gagal menunaikan obligasinya .

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 22

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

d.Kontraktor berulangkali cuai mematuhi notis dari Pegawai Penguasa.


e. Kontraktor gagal mematuhi peruntukkan mengenai Subsewa dan Menyerahhak.
f..Kontraktor melakukan suatu perbuatan kebankrapan.
g. Kontraktor membuat penyelesaian dengan pemiutang-pemiutang.
h. Kontraktor menghadapi perintah mahkamah(gulung tikar).
i.Kontraktor menerima seorang liquidator atau pengurus sementara bagi urusan atau
pengusahaannya yang dilantik dengan sewajarnya.

Jawapan 2

Jika berlaku pertikaian atau perselisihan berbangkit antara Kerajaan dan Kontraktor
samada dalam masa perlaksanaan projek atau selepas penyiapan kerja mengenai
penafsiran kontrak, perkara-perkara yang berbangkit di bawah kontrak ini dan penahanan
perakuan oleh P.P. yang mana Kontraktor berhak mendapatnya, proses Timbangtara
boleh dilakukan.

Pihak Kontraktor akan menghantar surat tentang pertelingkahan yang berlaku kepada
Pegawai Penguasa. Dalam masa 45 hari P.P. hendaklah membuat keputusan terhadap
perkara tersebut dan jika kontraktor bersetuju masalah tersebut dikira selesai. Tetapi
sekiranya Kontraktor tidak bersetuju atau Pegawai Penguasa tidak memberi maklum
balas kontraktor boleh membawa kes ini kepada Timbangtata. Untuk penjelasan huraian
dibuat secara Carta Aliran dibawah:

Proses Timbangtara:

Tarikh surat Kontraktor 45 hari untuk Tiada keputusan


15/5/2001 P.P membuat 30/6/2001
keputusan

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 23

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

Ada keputusan 45 hari

Kontraktor setuju tak setuju


Kontraktor boleh membawa
Kes kepada Timbangtara
Untuk didaftarkan
Kes selesai
45 hari untuk bincang
dengan Pegawai Penguasa

TAHNIAH SEKIRANYA
ANDA DAPAT MENJAWAB
DENGAN BETUL

MARI BERPINDAH
KE UNIT 8
MENGENAIUKUR
BINAAN

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 7/ 24

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS