umpan patin
Umpan yang pertama ni saya selalu naik patin yang kira agak baik
beratnya. saya guna 1 kilo dedak dinding 923, 10 sudu besar dedak
920C dan 15 sudu dedak merah (udang). air dimasukkan secukup rasa
i.e. agak-agak bila kita kepal dengan tangan, masih terdapat rekahan
kecil pada dedak tu. kalau kena cara bancuh, insyallah, ikan saiz 5
kilo ke atas akan naik. umpan yang saya pakai ni tak pernah naik keli
langsung. selain daripada patin, saya pernah naik ikan kap, rohu dan
juga bawal dengan umpan ni. banyak kolam saya dah cuba dan ianya tak
menghampakan langsung. selamat mencuba.
umpan kedua saya yang selalu saya pakai ni agak susah sikit nak buatnya. bahan-
bahan nya pun agak susah nak cari. saya guna dedak 929, kernel sawit dan juga
cendawan liar. ambil biji sawit dan dapatkan isinya. bakar dan goreng sehingga
hampir hangus dan keluar minyak. tumbuk sehingga hancur dan masukkan ke dalam
blender. cendawan liar yang saya maksudkan ialah cendawan/kulat yang terdapat di
atas najis lembu yang telah kering atau yang tumbuh melata di dalam hutan. kerat
cendawan tersebut kecil-kecil dan campurkan ke dalam kernel di dalam blender.
blender sehingga halus. ambil dedak 929 dan campurkan dengan "ibu" tadi sehingga
bau "ibu" dah mengatasi bau dedak apabila dicampurkan dengan air yang sangat
sedikit (umpan kering). gunakan pam untuk dedak ini. seekor ikan patin jackpot telah
tewas dengan umpan ini. selamat mencuba.
ketiga yang saya pakai ialah 1 kilo dedak 929, 1 pek tongkat ali CNI, 5 sudu besar
gula Icing, 10 sudu besar 920C dan sedikit dedak merah. gaul sehingga rata.
masukkan sedikit air sahaja dan gunakan jack untuk umpan ini. insyallah patin yang
agak besar boleh naik. selamat mencuba.