Anda di halaman 1dari 6

Terima kasih Puan Pengacara Majlis,

Yang diraikan, Guru Besar kita, Encik Abdul Rahman Bin Haji Ismail
Guru-Guru, Kakitangan serta para pelajar SK BINTULU yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha


Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasaNya, dapat kita
bersama-sama pada hari yang penuh bermakna ini untuk meraikan majlis
persaraan Encik Abdul Rahman Bin Haji Ismail, Guru Besar yang kita kasihi
pada pagi ini.

Terlebih dahulu ucapan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana
telah memberi kepercayaan kepada saya berucap mewakili warga SK Bintulu di
majlis yang penuh bermakna ini. Saya bagi pihak warga pendidik sekolah ini
ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada [senarai
nama jemputan VVIP] yang dapat turut serta bersama kita dalam majlis yang
mulia ini.

Dalam salah satu tulisan karya agung Johann Paul Friedrich Richter, iaitu
seorang penulis masyhur dari Jerman ada menyatakan bahawa, ” Man feelings
are always purest and most glowing in the hour of meeting and farewell ”

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan
pasti amat menyedihkan dan menyakitkan. Apabila mengenang kembali saat-
saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang
tidak dapat dilupakan. Hari ini, kita semua akan merasa terharu kerana
perpisahan dengan Tuan Guru Besar yang kita amat sayangi dan cintai. Pada
saya, Encik Abdul Rahman ini bukan sahaja Guru Besar, tetapi pemimpin
dalam keluarga besar SK Bintulu.

Masa begitu pantas berlalu. Kadang-kadang kesibukan dengan tugas seharian


dan pelbagai komitmen menyebabkan kita tidak terasa dan adakalanya kita tidak
perasan bahawa waktu begitu pantas meninggalkan kita. Sepantas itu jugalah
tempoh perkhidmatan Encik Abdul Rahman sebagai guru besar di SK Bintulu.
Sesungguhnya, persaraan beliau memberi kesan kepada kita malah
menyedihkan kita kerana terpaksa berpisah dengan beliau. Berat mata
memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang kami rasai
sekarang ini. Berat sungguh bagi kami untuk melepaskan pergi Guru Besar
yang kami kasihi ini.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Lembut, tenang dan berjiwa rakyat. Itulah butir-butir kata yang dapat kami
gambarkan mengenai peribadi yang kita raikan pada hari ini. En Abdul Rahman
yang telah memegang jawatan sebagai Guru Besar di SK Bintulu selama
[___________________________] iaitu mulai tahun [_____] hingga 17 Jun
2019. Perwatakan beliau yang sentiasa tenang, memuliakan tetamu dan sentiasa
tersenyum amat sesuai dengan kata orang tua-tua, “ Jika kita senyum selalu,
mesti orangpun akan senyum. Jika ada orang marah, kalau kita tetap senyum,
akhirnya mereka pun akan senyum juga” dan inilah yang menjadi perwatakan
mithali beliau sepanjang di SK Bintulu
Sepanjang tempoh perkhidmatan Guru Besar kita ini di SK Bintulu , beliau
telah banyak menyumbangkan jasa terhadap kemajuan, perkembangan dan
pembangunan SK BINTULU samada dari segi akademik, kokurikulum,
keceriaan dan Bina Insan . Beliau bukan sahaja seorang yang berjiwa rakyat,
melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kemajuan
pendidikan di SK BINTULU melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali
sebagai seorang yang berhati murni, malah pengorbanan beliau tiada tolok
bandingnya. Beliau sentiasa berusaha membentuk elemen persekitaran ceria
untuk membina keseronokan bekerja untuk para guru kerana ‘ happy teachers
are productive teachers’ dan sebaliknya ‘productive teachers are happy
teachers’.

Semoga Allah mengganjari kebaikan ke atas usaha murni tersebut sebagaimana


sabda Rasulullah:
“ Barangsiapa menunjukkan seseorang kepada kebaikan, maka dia mendapat
ganjaran Sebagaimana ganjaran orang yang melakukannya. “ (Riwayat
Muslim)

Kepimpinan Encik Abdul Rahman selama memimpin dan menerajui SK Bintulu


telah pun membuktikan bahawa beliau adalah tokoh yang berwibawa dan
kepimpinan beliau tiada tandingannya. Kami, sebagai warga SK Bintulu amat
berbangga sekali kerana sempat menerima pimpinan beliau. Walaupun beliau
terpaksa meninggalkan kita semua, namun dengan ketokohan, kecemerlangan
dan sikap dedikasi beliau telah memberikan satu suntikan semangat dan azam
yang berkobar-kobar kepada seluruh warga SK Bintulu dalam meneruskan
tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Limau manis dimakan manis


Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya

Hadirin dan Hadirat sekalian,


‘Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are,
the things you never want to lose’.
Itulah Encik Abdul Rahman yang kita sama-sama raikan pada pagi ini. Beliau
sangat mesra dan mengambil berat tentang kebajikan semua pelajar. Sikap
beliau yang berdedikasi, ‘passionate’ terhadap tugas dan tanggungjawab,
berpegang teguh pada prinsip dan pada masa yang sama memiliki ‘homurous
sense’. Malah juga dikenang sebagai Guru Besar yang begitu ‘down to earth’
dan memahami.
Sikap kendiri beliau yang boleh dibawa berbincang, ‘easy-going’, dan sentiasa
berusaha mempermudah urusan serta tidak menyusahkan orang yang
menghadapi masalah dan kesusahan adalah kualiti yang perlu dicontohi dan di
teladani oleh kita semua terutamanya oleh warga SK Bintulu.
Hadirin dan Hadirat sekalian,

Kini, SK Bintulu kehilangan seorang Guru Besar yang berwibawa, berjasa, dan
pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma. Kehilangan beliau amat
dirasai oleh semua kita warga SK Bintulu . Bak kata pepatah Melayu, yang
patah akan tumbuh, hilang akan berganti, namun yang hilang akan tetap kekal
abadi terpahat di hati .

Pastinya selepas ini, kita semua akan merindui gelak tawa dan senyuman guru
Besar kita. Dengan hati yang berat, perpisahan dengan tuan guru besar yang kita
kasihi ini, kami relakan jua dan Insya Allah, persahabatan dan persaudaraan
kita tidak akan terhenti di sini dan akan terus berpanjangan.
“Memories last forever, never do they die. Friends stay together, never say
goodbye”..
Semoga persahabatan dan persaudaraan ini menjadikan kita golongan yang
diberi perlindungan arasy Allah .

Pada kesempatan ini, saya bagi pihak warga SK Bintulu merakamkan setinggi-
tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Encik Abdul Rahman Bin
Haji Ismail di atas sumbangan dan komitmen beliau sepanjang tempoh
perkhidmatan di SK Bintulu. Kita berdoa, semoga Allah S.W.T akan
melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Guru Besar kita, dipanjangkan
usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi
manfaat agama, bangsa dan negara

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya mengungkapkan beberapa


rangkap pantun khusus untuk Tuan Guru Besar yang kita kasihi,

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Asap api embun berderai,


Patah galah haluan perahu;
Niat hati tak mahu bercerai,
Kehendak Allah siapa tahu

Salam kemaafan kami hulurkan,


Semoga kemesraan terus berpanjangan;
Ilmu diberi harap halalkan,
Semoga perjuangan mendapat keberkatan.

As One Chapter Ends


Another Begins For You
Enjoy All The Things
You've Been Looking Forward To

Sekian, Terima Kasih.


Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai