Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK ALAM MEGAH 3 Kod Sekolah:

1. Nama Guru Punitha Paramasivan

2. Judul 3. Bidang: Pembangunan Diri


Karakter Guru
4. Tarikh Pembentangan 26 5. Masa: 2.30 Petang

6. Tempat Pembentangan
Bilik Mesyuarat
7. Sinopsis

Buku ini mengisahkan tentang konsep keilmuan dalam pelbagai bidang seperti perkembangan
pembelajaran, strategi pengajaran dan pendidikan kaunseling. Ianya merangkumi kosep, kaedah,
teori dan teknik pemgajaran dan pembelajaran untuk membentuk daya pemikiran yang kreatif dan
sistematik. Buku ini juga merangkumi pelbagai tajuk berkaitan nilai peribadi yang perlu dimiliki
oleh para guru dan bakal guru bagi meningkatkan kualiti serta nilai profesion keguruan.
Sesungguhnya, ia menyentuh personaliti seorang guru mahupun bakal guru yang diperlukan
dalam menjiwai bidang profesion keguruan yang mulia ini. Personaliti seseorang guru yang
dipaparkan meliputi pelbagai aspek umum dan khusus yang melibatkan ciri-ciri, sikap, tingkah
laku dan tindakan yang sewajarnya diamalkan oleh seseorang guru. Semua aspek tersebut
amatlah pentingbagi melaksanakan tugas, tanggungjawab, amanah dan integriti sebagai seorang
pendidik yang berwibawa.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Seseorang guru dan bakal guru perlu mengetahui nilai profesionalisme, dasar dan perundangan
pendidikan bagi memudahkan mereka melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan
kompeten. Antara nilai profesionalisme yang perlu dimiliki oleh seseorang guru adalah
menghormati murid, menyayangi profesion, pemaaf, positif, menaruh harapan tinggi,
berpandangan jauh, menanam rasa dipunyai atau sense of belonging, belas kasihan, mengaku
kesalahan sendiri, penyayang, bertanggungjawab, kepercayaan, jenaka, sabar, adil dan saksama
serta ikhlas. Perubahan dalam sistem pendidikan negara sentiasa berlaku dan masyarakat guru
perlu menghadapinya dengan bijaksana. Atas hakikat inilah, para guru perlu kompeten dalam
memahami dan menghadapi sebarang perubahan dan inovasi dalam pendidikan. Semangat yang
jitu dan jiwa guru yang kental serta mantap akan dapat menjamin kejayaan wawasan pendidikan
negara.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Segala nilai dan pengajaran yang diperoleh dari buku ini sememangnya akan dapat diaplikasikan
atau dicurahkan dalam proses menjadi guru yang kompeten dan berwibawa. Nilai-nilai
profesionalisme yang dipelajari dan diketahui melalui buku ini dapat digunakan bukan sahaja
dalam aspek pdp malah juga dalam pelbagai situasi sebagai seorang guru disamping bagi
memantapkan diri dari pelbagai aspek. Misalnya, buku ini mengajar kita bahawa guru perlu
melaksanakan pelbagai tugas yang berkaitan dengan pelajar seperti pengurus akademik dan
bukan akademik serta memainkan peranan dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Selain itu,buku
ini dapat memberi penduan kepada golongan guru dari segi memantapkan personaliti seorang
guru yang unggul dalam pada menjadi golongan pendidikan yang kompeten.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai