Anda di halaman 1dari 2

Prinsip – Prinsip Pengurusan Sukan

Pengurusan adalah proses bekerja bersama orang lain dengan menggunakan


sumber secara optimum dalam persekitaran yang sentiasa berubah – ubah. Pengurus
bertanggungjawab memastikan proses pengurusan berjalan lancar, bertindak
menggunakan sumber fizikal dan manusia dengan cekap dan berkesan kea rah
mencapai matlamat organisasi.

Prinsip pertama ialah perancangan untuk membentuk hala tuju. Pengurus


memulakan tugas dengan menentukan matlamat, mengatur dengan merancang
program dan menentukan garis – garis kasar gerak kerja. Peranan pengurus disini amat
penting bagi menggerakan perancangan yang akan dilakukan dengan kuasa yang ada
padanya.

Kedua merupakan pengorganisasian iaitu pengurus memastikan semua


bahagian unit dapat bertindak, selaras melaksanakan apa yang dirancang. Ini berkaitan
dengan pembahagian kerja kepada individu dan kumpulan. Pada masa yang sama,
kerja haruslah dilaksanakan dengan betul dan bersama. Dua aspek utama
pengorganisasi ialah aspek teknikal dan social. Aspek teknikal ialah untuk mencari
individu yang mempunyai kebolehan teknikal yang tertentu dalam organisasi. Aspek
social melibatkan ahli – ahli bukan teknikal, tetapi individu dengan kebolehan
kemanusiaan yang unik.

Ketiga adalah kepimpinan yang mempunyai kebolehan seseorang mencari


pengaruh. Kepimpinan seorang pengurus ialah bagaimana ia mempengaruhi
pekerjanya dan bagaimana ia menyebarkan pengaruhnya dalam organisasi. Pengurus
memimpin dengan menunjukkan cara, membimbing dan member motivasi kepada
pekerja –pekerja dalam organisasi dengan tujuan mengekal dan meningkatkan moral
mereka. Motivasi diperoleh melalui komunikasi aktif, penghargaan dan kebajikan.

Pengawalan merupakan prinsip – prinsip yang terakhir dalam pengurusan


sukan. Pengawalan adalah proses menilai dan menyemak. Caranya ialah dengan
membandingkan status pencapaian organisasi sekarang ini berbanding dengan apa
yang dirancang. Tugas pengawalan adalah berterusan dan semakin penting di tahap
akhir sesuatu program. Pengurus menyelia perjalanan kerja dan menilai hasilnya yang
sebenar berbanding apa- apa yang dirancang. Pelaksanaan tugas dan kemajuannya
direkod untuk disemak dan diperbaiki.