Anda di halaman 1dari 3

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-

kelebihan memperkasakan e-sukan dan usaha-usaha meningkatkan perkembangan e-


sukan dalam kalangan remaja. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Sukan elektronik atau e-sukan kian mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat
dunia. Oleh hal yang demikian, tidak menghairankan apabila golongan remaja menjadikan
e-sukan sebagai wadah untuk beriadah di alam maya. E-sukan ialah suatu bentuk sukan
yang menggunakan medium elektronik, iaitu permainan video yang membolehkan
seseorang pemain bersaing dengan pemain lain secara dalam talian.

Pelibatan golongan remaja dalam e-sukan membantu mereka memanfaatkan masa


lapang dan menghindarkan aktiviti negatif seperti lumba haram, melepak, ponteng sekolah,
dan sebagainya. Remaja yang terlibat dalam sukan ini akan menumpukan sepenuh
perhatian terhadap bidang yang diminati oleh mereka. Sehubungan dengan itu, remaja
dapat menjadikan e-sukan sebagai suatu kerjaya kerana bidang e-sukan sangat pesat
perkembangannya. Dalam sesuatu pertandingan e-sukan, contohnya kejohanan ESL Doat 2
di arena of Stars, Tanah Tinggi Genting yang menawarkan hadiah yang berjumlah RM1.12
juta. Tidak dapat disangkal lagi bahawa atlet e-sukan mendapat pulangan yang lumayan
dalam sesuatu kejohanan. Tambahan pula, “Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk
menjadikan Malaysia sebagai hab e-sukan di rantau Asia. Dengan terlaksananya hasrat
tersebut, maka akan wujud peluang pekerjaan kepada muda dalam bidang
pengkomputeran. Pelaksanaan cadangan kementerian berkenaan tidak sukar direalisasikan
kerana e-sukan sudah bertapak kukuh di Asia. Buktinya, peminat e-sukan kini berjumlah 9.5
juta orang pada 2018.

Kemajuan dalam bidang e-sukan turut membuka ruang yang luas terhadap
pembangunan perisian dan permainan digital khususnya untuk menghadapi kejohanan
antarabangsa. Misalnya, Sukan SEA 2019 di Filipina akan menampilkan sukan elektronik
buat kali pertama. Persaingan sengit dalam e-sukan yang memerlukan strategi dan tumpuan
yang tinggi dalam permainan video. Secara tidak langsung akan menyemaikan sikap
berdaya saing dan tidak putus asa dalam kalangan pemainnya. Jika kita tinjau dari aspek
yang lain, e-sukan memberikan impak positif terhadap sector pelancongan negara.
Pelancong yang berkunjung ke negara ini bukan sekadar melancong semata-mata,
sebaliknya mereka dapat memasuki gelanggang dan bermain dengan pemain tempatan
atau menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh penggiat sukan elektronik dari semasa ke
semasa.

Jelaskan bahawa e-sukan mempunyai ruang untuk terus gemilang pada masa
hadapan. Pelibatan golongan industri sukan ini sangat memberangsangkan dan seharusnya
diberikan sokongan. Hal ini disebabkan e-sukan membantu mereka meningkatkan
kemahiran sebagai atlet ruang maya. Usaha memperkasakan e-sukan juga wajar
dilaksanakan untuk mengembangkan sukan digital ini di rantau Asia. Apatah lagi,
kemampuan atlet tempatan boleh dikatakan setanding dengan atlet e-sukan pada peringkat
global.

Dipetik dan diubah daripada


‘E-sukan Alternatif Baharu untuk Berekreasi’
Oleh Zulfiqar Mohd Yusof
Dewan Siswa , Mac 2019

Pendahuluan
Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan memperkasakan e-sukan dan usaha-
usaha meningkatkan perkembangan e-sukan dalam kalangan remaja.

Isi tersurat
membantu mereka memanfaatkan masa lapang
menghindarkan aktiviti negatif
menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang yang diminati oleh mereka
remaja dapat menjadikan e-sukan sebagai suatu kerjaya
mendapat pulangan yang lumayan dalam sesuatu kejohanan
membuka ruang yang luas terhadap pembangunan perisian dan permainan digital
menyemaikan sikap berdaya saing dan tidak putus asa dalam kalangan pemainnya

Isi tersirat
Pihak sekolah dan pihak kerajaan menjalankan pelaksaanan aktiviti e-sukan di peringkat
sekolah
Ibu bapa bersikap fikiran terbuka dan menyokong penglibatan anak mereka dalam e-
sukan

Penutup

Kesimpulannya, masyarakat mestilah menyumbang tenaga dan sokongan supaya dapat


e-sukan di negara kita terus berkembang maju.

Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan memperkasakan e-sukan dan usaha-


usaha meningkatkan perkembangan e-sukan dalam kalangan remaja.

Kebaikan-kebaikan memperkasakan e-sukan ialah e-sukan membantu remaja


memanfaatkan masa lapang. Selain itu, e-sukan mampu menghindarkan aktiviti negatif. Di
samping itu, e-sukan menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang yang diminati oleh
remaja. Seterusnya, remaja dapat menjadikan e-sukan sebagai suatu kerjaya. E-sukan juga
membuka ruang yang luas terhadap pembangunan perisian dan permainan digital. Selain
itu, e-sukan menyemaikan sikap berdaya saing dan tidak putus asa dalam kalangan
pemainnya.

Usaha-usaha meningkatkan perkembangan e-sukan dalam kalangan remaja ialah


pihak sekolah dan pihak kerajaan perlu menjalankan pelaksaanan aktiviti e-sukan di
peringkat sekolah. Selain itu, ibu bapa mesti bersikap fikiran terbuka dan menyokong
penglibatan anak mereka dalam e-sukan.
Kesimpulannya, masyarakat mestilah menyumbang tenaga dan sokongan supaya
dapat e-sukan di negara kita terus berkembang maju.
Pemahaman 
1. Nyatakan maksud rangkai kata tidak dapat disangkal 
2. Pengarang berpendapat bahawa e-sukan mempunyai peluang untuk
berkembang pesat di rantau Asia. Nyatakan alasan-alasan tersebut. 
3. Fenomena e-sukan yang menjadi kegilaan remaja di Malaysia dilihat
semakin rancak seiring dengan kebangkitan bidang teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) 
Pada pendapat anda, mengapakah golongan muda sangat meminati
sukan digital ini? 
 
 
1. Maksud rangkai kata “tidak dapat disangkal” ialah 
2. Alasan alasan pengarang berpendapat bahawa e-sukan mempunyai
peluang untuk berkembang pesat di rantau Asia ialah kerana e-sukan sudah
bertapak kukuh di Asia. Selain itu, peminat e-sukan kini berjumlah 9.5 juta
orang pada 2018.
3. Pada pendapat saya, mengapakah golongan muda sangat meminati
sukan digital ini ialah kerana sukan digital merupakan medium yang senang
diakses dan digunakan. Selain itu, sukan digital merupakan medium yang
membolehkan remaja menemui rakan dari seluruh dunia dengan cara yang
cepat dan senang. Di samping itu, sukan digital ada lebih banyak fungsi dan
cara bermain berbanding dengan sukan fizikal, mengakibatkan sukan digital
mengjadi sesuatu yang lebih diminati dan disukai kerana merupakan lebih
menarik.