Anda di halaman 1dari 2

SOFIYAH KHAIRUN NAJWA

EKONOMI ( 15.06.20 )

2. a ) Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Fiskal? [2m]

Dasar fiskal merupakan dasar kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan (G)


dan cukai (T) untuk mengurangkan pengangganguran dan mengawal inflasi.

b ) Huraikan bagaimanakah perlaksanaan Dasar Fiskal dapat mengurangkan


masalah kemelesetan ekonomi di sesebuah negara [8m]

I. Menaikkan perbelanjaan kerajaan (G)


a) Apabila perbelanjaan kerajaan meningkat, perbelanjaan agregat (AE)
akan meningkat. Hal ini menyebabkan peluang pekerjaan meningkat dan
pengangguran berkurang.
b) Kesannya, kegiatan ekonomi meningkat, pertumbuhan ekonomi
meningkat, pendapatan negara meningkat dan kemelesetan ekonomi di
sesebuah negara dapat dikurangkan.

II. Menurunkan cukai (T)


a) Apabila cukai dikurangkan, pendapatan boleh guna isi rumah meningkat
dan keuntungan selepas cukai firma juga meningkat. Oleh itu, penggunaan
isi rumah dan pelaburan firma akan meningkat.
b) Keadaan ini menyebabkan perbelanjaan agregat (AE) meningkat dan
peluang pekerjaan meningkat. Kesannya, kegiatan ekonomi akan
meningkat, pertumbuhan ekonomi meningkat, pendapatan negara
meningkat dan kemelesetan ekonomi di sesebuah negara dapat
dikurangkan.

III. Menaikkan perbelanjaan kerajaan dan menurunkan cukai secara serentak


a) Peningkatan perbelanjaan kerajaan menyebabkan perbelanjaan agregat
meningkat dan penurunan cukai menyebabkan pendapatan boleh guna isi
rumah meningkat serta keuntungan selepas cukai firma juga meningkat.
b) Hal ini menyebabkan perbelanjaan agregat meningkat, peluang
pekerjaan meningkat pengangguran berkurang, kegiatan ekonomi
meningkat, pendapatan negara meningkat dan kemelesetan di sesebuah
negara dapat dikurangkan.

IV. Menaikkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cuki secara serentak


a) Peningkatan perbelanjaan kerajaan menyebabkan perbelanjaan agregat
meningkat. Manakala peningkatan cukai menyebabkan pndapatan boleh
guna isi rumah menurun dan keuntungan selepas cukai firma juga
menurun. Hal ini menyebabkan perbelanjaan agregat berkurang.
b) Peningkatan AE akibat peningkatan perbelanjaan kerajaan perlu lebih
besar daripada penurunan AE akibat peningkatan cukai. Kesannya, peluang
pekerjaan meningkat, pengangguran berkurang, kegitan ekonomi
meningkat, pendapatan negara meningkat dan kemelesetan ekonomi dapat
dikurangkan

Anda mungkin juga menyukai