Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MELAYU TAHUN 2

Tarikh 10/1/2020
Masa 8.30 – 9.30 pagi
Kelas 2 Jasmine
Tema Kekeluargaan
Tajuk Kejutan untuk Ibu
Tema PKJR 1 : Pengangkutan darat
Tajuk Komponen Keselamatan Kenderaan dan Fungsi.
Kemahiran Bahasa Kemahiran menulis
Standard Kandungan 5.1 Memahami fungsi dan menggunakan golongan kata mengikut konteks
Standard Pembelajaran 5.1.1 Memahami, mengenal pasti dan menggunakan golongan kata mengikut konteks;
(i) kata nama am
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
1. Membina 3 ayat menggunakan kata nama am berdasarkan gambar yang diberi

Aktiviti 1. Murid mengimbas pelajaran lalu tentang kata nama am.


2. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dengan tajuk pelajaran.
3. Murid membuka buku teks ms 6 dan diminta membaca teks.
4. Murid menyebut kata nama am yang terdapat dalam teks.
5. Murid membuat latihan di dalam buku aktiviti.
6. Murid mengenal pasti dan menulis kata nama am dalam gambar.
7. Murid mengenal pasti dan membina ayat dengan kata nama yang terdapat dalam
gambar.
8. Murid bersoal-jawab dengan guru semasa guru membuat kesimpulan tentang isi
pelajaran.
Pengisian Kurikulum KBAT Menganalisis
Strategi Mengenal pasti
Pendekatan Tematik Kekeluargaan
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Nilai Murni – Kasih sayang

BBM Buku teks, buku aktiviti


Pentaksiran Murid berjaya membina 3 ayat menggunakan kata nama am berdasarkan gambar yang diberi
dengan betul.
Refleksi Pada akhir pengajaran;

______ murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan ______ murid yang tidak mencapai
objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi akan datang.

PdP ditunda
kerana………………………………………………………………………………………..

Catatan

Anda mungkin juga menyukai