Anda di halaman 1dari 10

DRAF050710

http://syazalina83.blogspot.com

MODUL PENGAJARAN
TMK MERENTAS
MODUL TERAS ASAS
PENDIDIKAN ISLAM

(HAFAZAN)

TAHUN 1

48 Pendidikan Islam Tahun 1


DRAF050710
http://syazalina83.blogspot.com

MODUL PENGAJARAN
TMK MERENTAS MODUL TERAS ASAS PENDIDIKAN ISLAM

Topik: Tilawah Al-Quran / Hafazan

Penerangan: Murid dapat membaca dan menghafaz surah Al-Fatihah dengan


sebutan yang jelas, betul dan bertajwid. Dalam pelajaran ini, murid
diajar untuk meneroka dunia di hujung jari menggunakan internet.
dengan menggunakan pemacu CD. Selain itu murid juga diajar
merekodkan suara dengan menggunakan perisian yang ada.

Standard 1.2.1 Membaca dan menghafaz surah-surah berikut ( Al-Fatihah)


Kandungan-
Pendidikan
Islam:

Standard 1.2.1.3 Membaca dan menghafaz surah Al-Fatihah dengan betul


Pembelajaran- dan bertajwid.
Pendidikan 1.2.1.4 Membaca dan menghafaz surah Al-Fatihah dengan
Islam: fasikh dan bertadwir.

1.2.1.5 Bersungguh-sungguh dalam menghafaz ayat-ayat Al-


Quran.

Standard 2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian


Kandungan
TMK: 3.0 Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul memproses
dan menggunakan maklumat.

Standard 2.7 Merekodkan suara dengan menggunakan perisian sedia


Pembelajaran ada.
TMK: 3.2 Menggunakan pelayar untuk melayari internet.

Tempoh Masa: 2 jam

Kreativiti: Murid menggunakan fasa imaginasi untuk merakam suara seperti


bacaan qari/qariah dalam pertandingan tilawah Al-Quran.

49 Pendidikan Islam Tahun 1


DRAF050710
http://syazalina83.blogspot.com

Sumber: 1. VCD Doa Tilawah Al-Quran.

2. Modul Pembelajaran Hafazan.

Nota Guru: 1. Guru perlu menyediakan video orang sedang membaca Al-Quran.

2. Mempastikan semua komputer mempunyai kemudahan fon telinga


dan mikrofon yang berfungsi.
Standard Standard
Pembelajaran Pembelajaran
TMK Pendidikan
Islam

Aktiviti 1. Guru mempertontonkan video orang


sedang membaca Al-Quran.

2. Murid dan guru berbincang tentang video


yang mereka tonton.

3. Guru membuat perkaitan dengan


tajuk yang akan dipelajari.

Aktiviti 1 : Menggunakan Pelayar Untuk


Mengakses Internet

1. Murid mengunakan pelayar untuk


mengakses laman web berikut dengan 3.2
bantuan guru.
http://www.quranexplorer.com/quran/ seperti
gambar rajah 1.

Langkah 1: Klik Start.


Langkah 2: Klik All Programs.
Langkah 3: Klik Internet Explorer.

1 2 3

Gambar rajah 1

50 Pendidikan Islam Tahun 1


DRAF050710
http://syazalina83.blogspot.com

Paparan seperti gambar rajah 2 akan


diperolehi.

Gambar rajah 2

Langkah 4:
Taip http://www.quranexplorer.com/quran/
pada kotak alamat dan tekan kekunci Enter
seperti gambar rajah 3.

Gambar rajah 3

51 Pendidikan Islam Tahun 1


DRAF050710
http://syazalina83.blogspot.com

4. Paparan seperti rajah 4 akan diperolehi.


Guru menerangkan fungsi butang seperti
langkah berikut:

Langkah 1: Klik bar sura/verse


untuk pilihan surah.

Langkah 2: Klik butang untuk


petunjuk tajwid.

Langkah 3: Klik bar translation


untuk menukar bahasa
terjemahan atau tidak mahu
menggunakannya.

Langkah 4: Klik butang Play untuk


memainkan bacaan qari.

4 1 2 3

Gambar rajah 4

Aktiviti 2: Mendengar dan Membaca Surah


Al-Fatihah

1. Murid menggunakan set fon telinga


untuk mendengar bunyi bacaan
qari.

2. Murid diberikan bimbingan cara 1.2.1.3


bacaan yang betul dan sempurna
oleh guru.

3. Murid mendengar bacaan qari secara 1.2.1.4


berulang-ulang sebagai latih tubi
membaca secara fasih dan bertadwir.

52 Pendidikan Islam Tahun 1


DRAF050710
http://syazalina83.blogspot.com

4. Guru mengadakan aktiviti tasmiq dan 1.2.1.5


secara talaqi dan musyafahah.

Aktiviti 3: Merekod Suara

1. Guru membuat demonstrasi merekod


dengan menggunakan perakam suara.

2. Murid membuat rakaman suara 2.7


menggunakan perisian Sound Recorder
yang sedia ada pada komputer.

3. Murid akan merekod suara dengan


menggunakan mikrofon seperti gambar
rajah 5.

Set fon telinga


bersama mikrofon.

Fon telinga Mikrofon

Gambar rajah 5

53 Pendidikan Islam Tahun 1


DRAF050710
http://syazalina83.blogspot.com

4. Murid membuka perisian Sound


Recorder mengikut urutan nombor
yang diberikan seperti gambar rajah 6.

Langkah 1: Klik Start.

Langkah 2: Klik All Programs.

Langkah 3: Klik Accessories.

Langkah 4: Klik Entertainment.

Langkah 5: Klik Sound recorder.

3 4
5

Gambar rajah 6

5. Paparan seperti gambar rajah 7


diperolehi.

Gambar rajah 7

54 Pendidikan Islam Tahun 1


DRAF050710
http://syazalina83.blogspot.com

6. Murid menjalankan aktiviti membuat 2.7 1.2.1.3


rakaman bacaan ayat demi ayat
dengan bimbingan guru dengan
mengikut langkah merakam seperti 1.2.1.4
gambar rajah 8.

Langkah 1: Klik butang rekod


Baca sebaris ayat dari surah
Al-Fatihah.

Langkah 2: Klik butang berhenti

Langkah 3: Klik butang main


untuk mendengar semula
bacaan.

3 2 1

Gambar rajah 8

8. Murid menyimpan rakaman dalam folder My


Music seperti gambar rajah 9, 10 dan 11.

Langkah 1: Klik File.


Langkah 2: Klik Save As.

1 2 Gambar rajah 9

55 Pendidikan Islam Tahun 1


DRAF050710
http://syazalina83.blogspot.com

Langkah 3: Klik menu tarik turun.


Langkah 4: Klik My Music.

4 3

Gambar rajah 10

Pastikan My Music terpapar di ruangan Save


in seperti gambar rajah 11.

Langkah 5: Taip nama fail pada File


name.
Langkah 6: Klik butang Save.

5 6

Gambar rajah 11

56 Pendidikan Islam Tahun 1


DRAF050710
http://syazalina83.blogspot.com

9. Lakukan beberapa kali cubaan supaya murid 2.7


dapat mengingatI cara atau langkah
membuat rakaman suara bacaan mereka.

Pentaksiran: a. Guru mentaksir bacaan surah murid


berdasarkan rakaman.
b. Murid menceritakan bagaimana mereka
membuat rakaman suara.

Pemulihan: Murid merakam bacaan sebaris ayat Al-Fatihah


yang betul dengan bimbingan rakan sebaya
yang telah menguasai kemahiran.

Pengayaan: Murid merakam seluruh bacaan surah Al-


Fatihah dan surah yang lain.

57 Pendidikan Islam Tahun 1