Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PELAKSANAAN

DERMATHON PIBG 2015

1.0 PENGENALAN
Perkembangan serta kemajuan yang begitu pesat selari dengan era globalisasi
dunia yang begitu canggih serta berteknologi ini perlu adanya perubahan yang
boleh dipraktikkan. Oleh yang demikian, pihak sekolah dan PIBG mengharapkan
agar dapat menerapkan kemajuan itu di tempat yang sedang dalam
pembangunan dari segi persekitaran mental, corak kehidupan dan pemikiran.
Keuzuran bangunan, serta kekurangan bahan bantu mengajar, pihak sekolah
merasa terpanggil untuk berusaha mendapatkan sumber kewangan sendiri
dengan bantuan PIBG sekolah ini dalam meningkatkan pembangunan fizikal
sekolah. Pihak sekolah dan PIBG buat pertama kalinya ingin menganjurkan
Program Dermathon 2015 pihak sekolah dan PIBG sangat berharap agar
kerjasama di antara kedua-dua pihak ini akan berjalan dengan lancar. Tujuan
utama program ini diadakan adalah untuk mencari sumber kewangan bagi
meningkatkan keperluan prasarana, bahan bantu mengajar serta menjadikan
persekitaran sekolah lebih kondusif untuk proses pengajaran-pembelajaran. Di
harapkan dana yang dikumpulkan ini dapat membantu memenuhi keperluan
fizikal sekolah.

2.0 AKTIVITI PELAKSANAAN


Aktiviti yang dicadangkan

2.1 menjalankan kutipan derma melalui program dermathon


2.2 memberi hadiah kepada murid yang berjaya membuat kutipan
dermathon tertinggi.
2.3 cabutan bertuah

3.0 MATLAMAT
3.1 Menjana pendapatan tabung PIBG SK Sungei Way 2015
3.2 Mengeratkan silatulrahim antara warga sekolah dengan ahli
masyarakat tempatan agar wujud interaksi yang harmonis
antara semua pihak

- - 1
3.3 Memberi pengalaman kepada pihak sekolah dan ibu bapa
melaksanakan projek masyarakat.

4.0 OBJEKTIF KUTIPAN WANG


4.1 Menambah bilangan bahan bacaan dan bahan bantu P&P
Pusat Sumber Sekolah, menaik taraf bilik ICT dan meningkatkan
penggunaan vle frog melalui program program yang bersesuaian.

4.2 Membiayai aktiviti-aktiviti kelas pemulihan bagi murid-murid yang


menguasai 3M, program j-QAF dan aktiviti aktiviti murid.
4.3 Membiayai keceriaan sekolah.

5.0 SASARAN KUTIPAN : RM 50,000.00

6.0 GOLONGAN SASARAN


6.1 Penduduk di kawasan perumahan SK Sungei Way dan sekitarnya.
6.2 Warga Pendidik seluruh negeri Selangor.
6.3 Badan Korporat dalam negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
6.4 Dermawan dari semua daerah dalam negeri Selangor dan Wilayah
Persekutuan.

7.0 CADANGAN AGIHAN


7.1 50% untuk bahan bacaan dan bahan bantu P&Pdan sktiviti murid.
7.2 30% untuk baik pulih kerosakkan infrastruktur sekolah.
7.3 20% untuk keceriaan sekolah

8.0 PELAN TINDAKAN KUTIPAN


8.1 Sumbangan melalui kutipan oleh semua ibu bapa murid

8.2 Sumbangan daripada pihak korporat dan sebagainya

- - 2
9.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung :

Penasihat : Pn. Safiah Bt Ramlan

Guru Besar SK. Sungei Way

Pengerusi I : Kapt. (B) Hazrizal @ Muhammad Rizal Bin Haris.

Pengerusi II : i. Pn. Salmah Bt sulaiman

GPK Kurikulum , SK. Sungei Way

ii. Tuan Syed Mustafa Bin Syed Abdul Rahman

GPK HEM , SK Sungei Way

iii. Pn zuliana Bt Ismail

GPK Kokurikulum, Sk Sungei Way

Setiausaha : Pn. Siti Hajar aisyah Bt Ibrahim

Bendahari : i. Pn Rauzita Bt Mohd Judin

Ahli Jawatankuasa : i. Semua AJK PIBG

ii. Semua guru SK Sungei Way

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

- - 3
Pendapatan RM Perbelanjaan RM
1. Tempahan Kad 1.00 x 450 1. menempah kad 450.00
2. Sumbangan 2. basikal 300.00
3. hamper 300.00
4. banner 360.00
5. dokumentasi 150.00
6. Dokumentasi 150.00

Baki di bank
Jumlah Jumlah Keseluruhan 1350.00
12.0 KESIMPULAN

Adalah menjadi harapan sekolah agar jumlah kutipan mencapai sasaran.


Sekiranya berjaya mencapai sasaran , maka banyaklah aktiviti
penambahbaikan ke atas infrastruktur sekolah serta akan bertambah BBM
yang amat diperlukan untuk meningkatkan pretasi akademik murid-murid
sekolah ini.

Disediakan oleh , Disahkan Oleh,

……………………….. ………………………..
(PN. SITI HAJAR AISYAH IBRAHIM) (KAPT (B) HAZRIZAL @ MUHAMMAD RIZAL BIN)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SK. Sungei Way SK Sungei Way
Petaling Jaya. Petaling Jaya.

- - 4
- - 5
,Yang Berhormat Haji Ab Wahab bin Hj En Ibrahim
,Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
,Kawasan Taman Medan
,15A, Jalan MJ/9, Medan Maju Jaya
.Petaling Jaya 46000

,Yang Berhormat

LANTIKAN SEBAGAI PENAUNG MAJLIS MAKAN MALAM ANJURAN


(PIBG SEK KEB TAMAN DATO’ HARUN (2

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman Yang Berhormat pihak sekolah , dengan bantuan PIBG


sekolah ini akan menganjurkan program tersebut di atas. Butir-butir program
adalah seperti berikut :

2.1 Tarikh : Oktober 2007


2.2 Masa : 8.00 malam
2.3 Tempat : Dataran SK Taman Dato’ Harun (2)

3. Sehubungan itu pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya Yang


Berhormat sudi menjadi Penaung program tersebut.

- - 6
4. Untuk makluman Yang Berhormat antara tujuan program ini diadakan ialah
untuk mengisi tabung PIBG sekolah ini bagi menjalankan pelbagai aktiviti yang
membantu ke arah kecemerlangan pengajaran -pembelajaran warga sekolah ini.
Selain itu diharapkan program ini dapat menjana interaksi yang harmonis antara
warga sekolah dengan ibu bapa dan penduduk setempat.

5. Oleh itu besarlah harapan kami agar Yang Berhormat sudi menerima
lantikan tersebut.

Segala kerjasama dan perhatian dari Yang Berhormat kami dahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(RAHIM B. MAT JUSIN)


YDP PIBG
SK Taman Dato Harun (2)

- - 7

Anda mungkin juga menyukai