Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti berkebun sayur merupakan kegiatan yang digalakkan oleh pihak kerajaan.

Kegiatan ini bukan sahaja boleh dilakukan secara kemersil tetapi juga untuk
keperluan diri sendiri.

            
        Melalui aktiviti berkebun sayur, kita dapat menyihatkan tubuh badan. Kerja-kerja seperti menyangkul, menggemburkan tanah dan menyiram tanaman akan
menyebabkan seseorang itu berpeluh dan boleh mengeluarkan toksin daripada tubuh badan. Selain itu, apabila aktiviti ini dilakukan bersama-sama keluarga, secara tidak
langsung hubungan kekeluargaan dapat dieratkan.
          
          Seandainya kegiatan berkebun sayur dilakukan secara komersil, aktiviti ini akan memberikan pulangan yang lumayan serta boleh dijadikan sebagai  sumber
pendapatan keluarga. Di samping itu, aktiviti berkebun sayur juga dapat membekalkan kita sayur-sayuran yang segar dan terhindar daripada penggunaan bahan-bahan
kimia seperti baja dan racun serangga.
        
    Konklusinya, semua pihak perlulah menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan bumi hijau di negara kita.
                                                                                                            

Anda mungkin juga menyukai