Anda di halaman 1dari 1

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


TARIKH CETAK : 23/02/2019
MASA : 01:54:18 PM
LAPORAN JURNAL/REFLEKSI
PROGRAM LATIHAN MENGAJAR

NAMA : Nur Wafaa Izzati Binti Arifin


NO MATRIK : cb150057
SEMESTER : SEM3-LM1&LM2 (SMPV) 2017/2018

TARIKH 27 JULAI 2018


TAJUK Pengajaran dan pembelajaran Minggu Keempat
PERISTIWA Pelatih memulakan proses pengajaran dan pembelajaran untuk dua subjek iaitu subjek Occupational
Safety and Health dan subjek Mechatronic seperti biasa. Pelatih mendapati bahawa tahap kawalan kelas
masih terkawal sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan tetapi pelatih menghadapi
kesukaran dalam menangani pelajar yang datang lewat ke sekolah. Pelatih mendapati bahawa pelajar
menumpukan perhatian semasa proses PdP dijalankan terutama semasa kelas teori mengikut tahap
kekreatifan pelatih mengawal kelas.
REFLEKSI : Sepanjang tempoh perlaksanaan PdP dijalankan, seramai 90 peratus pelajar mengikut arahan yang
1.Bisikan Hati diberikan serta menumpukan perhatian manakala 10 peratus pelajar tidak menumpukan perhatian
2.Menganalisis/Menilai kerana kurang bersedia semasa awal proses PdP dijalankan. Pelatih telah membuat tindakan dengan
3.Kesedaran Baru menegur pelajar yang tidak bersedia supaya lebih bersedia dan bercerita kepada pelajar tentang
4.Cadangan/Tindakan keperluan membuat persiapan diri sebelum memulakan PdP untuk mempermudahkan proses
penerimaan ilmu dan minat pelajar terhadap keperluan ilmu pada masa akan datang. Pelajar memberi
kerjasama semasa proses PdP dijalankan dan mendengar semua arahan yang diberikan ketika tugasan
diberikan. Pelajar juga memberi respon yang baik semasa proses soal jawab dijalankan. Pelajar telah
mengajukan soalan terhadap pelatih sekiranya pelajar tidak faham tentang soalan yang diberikan oleh
pelatih semasa di dalam kelas. Selain itu, pelatih menggunakan ABBM yang menarik untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sebagai satu tarikan pelajar teerhadap topik yang
diberikan.

Pelatih berpendapat bahawa keadaan ini berlaku kerana tarikan daripada ABBM yang digunakan oleh
pelatih mempengaruhi perhatian yang diberikan oleh pelajar di dalam kelas.

Pelatih berpendapat bahawa teknik penggunaan ABBM yang menarik juga sangat mempengaruhi
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Seterusnya, bagi kelas akan datang, pelatih perlu menggunakan ABBM yang berbeza dan menggunakan
pendekatan yang lebih menarik untuk memastikan pelajar sentiasa menumpukan perhatian semasa sesi
PdP dijalankan.

SEMAKAN PENYELIA
STATUS SEMAKAN PENYELIA Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA)
TARIKH KOMEN (PENYELIA) 23-02-2019

SEMAKAN PEMBIMBING
STATUS SEMAKAN PEMBIMBING Belum Disemak
KOMEN (PEMBIMBING)
TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) 23-02-2019

Anda mungkin juga menyukai