Anda di halaman 1dari 2

PLATO

Plato (427 – 347 SM), seorang ahli falsafah yang terkemuka pada zaman Yunani, berpendapat
pendidikan merupakan suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau
menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan adalah untuk memberi latihan moral
kewarganegaraan yang baik. Proses pendidikan dapat membentuk warganegara yang baik serta setia
dan mematuhi undang-undang negara.

ARISTOTLE

Aristotle (384 – 322 SM), ahli falsafah Yunani yang terkemuka selepas Plato, dalam bukunya Politik,
menghuraikan pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etikal dan politikal. Mengikut beliau, tujuan
pendidikan ialah memberikan setiap warganegara segala peluang untuk mencapai kebahagiaan
hidupnya. Proses pendidikan dapat melatih warganegara mematuhi peraturan-peraturan dan
tingkah laku yang baik dan cekap dalam pengurusan pentadbiran serta keupayaan mempertahankan
kedaulatan negara.

JEAN JACQUES ROUSSEAU

Buah pemikiran Rousseau tentang pendidikan secara lengkap diuraikannya dalam karyanya yang
berjudul Emile, seperti yang dituliskan oleh Rosalinda A. San Mateo dan Maura G. Tangco (1997:37)
bahwa, “His educational views contained in his book, Emile, became an educational classic” Buku
Emile yang menguraikan pandangan Rousseau tentang pendidikan dikemudian hari menjadi sebuah
karya klasik. Dijelaskan dalam The World Book Ency-clopedia, Q-R (1983:453) bahwa:

In Emile (1762), he stated that children should be taught with sympathy and an appeal to their
interests, rather than through discipline and strict lessons. But he also felt that children’s thoughts
and behavior should be controlled.

Pemikirannya menekankan bahwa anak-anak harus diajar dengan prinsip pendekatan minat dan
bukan melalui disiplin dan pelajaran tegas, tetapi disisi lain perilaku dan pemikiran anak-anak harus
dikendalikan.

AL-GHAZALI

Pendidikan secara umum mengikut al-Ghazali mempunyai makna yang hampir sama dengan erti
yang dinyatakan oleh ahli pendidikan moden. Bagi al-Ghazali, pendidikan berintikan warisan nilai-
nilai budaya suatu masyarakat kepada setiap individu supaya budaya tersebut dapat terus hidup di
dalam masyarakat tersebut. Sedikit perbezaan pandangan al-Ghazali dan ahli pendidikan moden
dapat dilihat dari segi nilai-nilai adat dan budaya yan diturunkan. Bagi alGhazali, nilai-nilai yang
diturunkan merupakan nilai ke-Islaman berdasarkan al-Quran, as-Sunnah, dan cara hidup para
Salafussoleh. Nilai-nilai tersebut adalah ilmu dan akhlak yang berdasarkan pada ketaqwaan
(ketaatan) kepada Allah s.w.t. Maksud taqwa di sini meliputi makna yang luas, di dalam al-Quran
sendiri, nilai taqwa dapat dibahagikan menjadi lima kategori besar iaitu, nilai individu, kekeluargaan,
kemasyarakatan, kenegaraan, dan keagamaan.

MOHAMMAD QATB

definisi pendidikannya sangat luas dan bersepadu, merangkumi seluruh cara hidup manusia.
Kurikulumnya datang daripada Allah, mengandungi aspek-aspek seperti akidah (kepercayaan),
syariah (undang-undang), ibadah (pekerjaan), akhlak (tingkah laku), sains, teknologi, sosiologi,
politik, ekonomi dan lain-lain. Ia merangkumi kehidupan di dunia dan akhirat dalam satu disiplin
yang lengkap (Syed Muhammad Qutb 1992)

IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun berpandangan bahawa pendidikan (belajar pembelajaran) merupakan suatu ciri
daripada sifat-sifat peradaban, dimana jua ada peradaban, maka pendidikan dan ilmu pengerahuan
tumbuh dan berkembang.

CONFUCIUS

Pendidikan dapat membina tingkah laku manusia supaya berakhlak mulia, mengikut peraturan serta
taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.

“Pendidikan adalah satu proses memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh dicapai
melalui amalan-amalan seperti bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua,
menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara”

Pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengambil kira status sosioekonomi atau kedudukan sosial.

RABINDRANATH TAGORE

Falsafah Pendidikan Rabindranath Tagore yang menyebutkan bahawa pendidikan untuk


perkhidmatan sosial dan kecekapan bertujuan untuk membolehkan individu hidup dalam
masyarakat dan berpegang kepada prinsip bekerjasama, berbaik-baik dan menghormati di antara
satu sama lain (Mok Soon Sang,2010).