Anda di halaman 1dari 4

MODUL AKTIVITI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN KUCHING

AKTIVITI 1 : JALINAN MESRA ( ICE BREAKING)

Objektif 

1. Memberi peluang kepada para peserta mengenali di  antara satu sama lain dengan
lebih rapat lagi.
2. Memupuk semangat bekerjasama  di kalangan para peserta.Mengetahui sikap
perserta terhadap program yang dijalankan.

Kaedah
 
1. Para peserta diminta membuat bulatan besar kemudian peserta akan diminta
berkumpul ke tengah bulan apabila dipanggil seperti: lahir ikut bulan kemudia
diminta mengingat nama2 kawan bersama berada di tengah.
2. (Nama berantai) Peserta menyebut namaya  dan menyebut pula nama orang
pertama memperkenalkan dirinya dan diikuti pula orang kedua dan seterusnya.
  

AKTIVITI 2 : TAFAKKUR FI KHALQILLAH

Objektif

1. Memberi pendedahan dan pengalaman kepada peserta tentang flora dan fauna
yang terdapat di dalam hutan sambil berjalan sambil berzikir subhanallah
walhamdulillah wa la ilahailallah wallahu akhbar
2. Meningkatkan kesedaran peserta akan fungsi, kepentingan hutan kepada
manusiadan merenung kebesaran Allah swt
3. Memupuk semangat bekerjasama  di kalangan para peserta. ( ukhhuwwah teras
kegemilangan )
 
Kaedah

1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.


2. Peserta bergerak mengikut kumpulan masing-masing dengan bantuan anggota 
RELA dan urusetia  serta perlu mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan
urusetia Peserta tidak boleh membuat bising dan membuang sampah di sepanjang
perjalanan.
3. Peserta perlu menghayati dan setiap kumpulan kena mencatat 5 jenis serangga
dan menyatakan nama serangga dan melukis bentuk serangga tersebut ke buku
catatan sebelum di minta untuk melukis di kertas manila dan diminta
menerangkan kelebihan serangga tersebut menurut kefahaman peserta.
 
Alatan
1. Buku catatan
2. Alat tulis
3. Tali
4. Kertas Manila
5. Marker

AKTIVITI 3 : PENGEMBARAAN SI BUTA

Objektif 

1. Memberi pendedahan kepada peserta  berkenaan penggunaan deria selain deria


penglihatan.
2. Menambah ilmu dan pengalaman para peserta berkenaan keunikan unsure-unsur
yang terdapat dalam alam sekitar yang mana mereka alami dalam kaedah yang
berbeza ( kaedah deria )
3. Mewujudkan kerjasama dan sikap saling membantu di antara satu sama lain
dalam satu kumpulan.

Kaedah 

1. Para peserta dikehendaki berbaris panjang mengikut kumpulan.


2. Peserta ditutup mata dengan kain penutup mata dan bagi peserta yang berkaca
mata dikehendaki menanggalkan cermin mata terlebih dahulu.
3. Urusetia memberi arahan dan peserta akan mengikut arahan yang diberi  dan tidak
dibenarkan bercakap semasa aktiviti di jalankan.
4. Urusetia aktiviti akan menyediakan beberapa halangan semasa aktiviti
dijalankan.Peserta mestilah bergerak mengikut kumpulan.

 Alatan 

1. Kain penutup mata.


2. Tali.
3. Halangan buatan
 

AKTIVITI 4 : IKATAN DAN SIMPULAN

Objektif
 
1. Para peserta dapat mengenali, membuat dan memulakan beberapa simpulan asas
seperti simpul manok/ cincin ayam,bunga geti/ keti, buku sila dan tindih kasih.
2. Mengetahui cara dan fungsi ikatan sesuatu ikatan

Kaedah 
1. Tunjukcara memula dan membuat sesuatu ikatan asas
2. Latihan membuat simpulan / ikatan Pertandingan membuat ikatan/ simpulan di
dalam kumpulan

Alatan
1. Tali nylon
2. Model ikatan/ simpulan

AKTIVITI 5 : PERTOLONGAN CEMAS

 Objektif 

1. Mengetahui dan mengenal beberapa jenis ubatan / alatan dalam kotak pertolongan
cemas.
2. Mempelajari dan mengetahui cara memberi bantuan asas pertolongan cemas bagi
kecederaan kecil

 Kaedah 
1. Penerangan jurulatih tentang kotak dan peralatan asas dalam kotak pertolongan
cemas.    
2. Membuat demonstrasi pertolongan cemas
3. Latihan memberi pertolongan cemas 

Alatan 
1. Kotak pertolongan cemas lengkap
2. Kain anduh

 AKTIVITI 6 : PERTANDINGAN MEMASAK DALAM BULUH

 Objektif

1. Mengetahui cara dan teknik memasak nasi dalam buluh

 Kaedah 
1. Cuci beras
2. Masukkan beras dan air
3. Salai hingga masak
 
Alatan 
1. Keratan buluh
2. Beras
3. Daun pisang