Anda di halaman 1dari 11

PEDAGOGI PERMATA

Kurikulum PERMATA Negara menggunapakai pedagogi yang bersesuaian dengan


kanak-kanak 0-4 tahun iaitu Pedagogi Bermain. Amalan pedagogi ini telah diterima pakai di
seluruh dunia kerana didapati kanak-kanak bukan sahaja ‘bermain’ tetapi ‘belajar’ semasa
mereka bermain. Pendekatan ini dinamakan “BELAJAR MELALUI BERMAIN’. Pakar
perkembangan kanak-kanak menerangkan, bermain adalah 'kerja' kanak-kanak, kerana secara
fitrahnya kanak-kanak suka bermain dan ia melibatkan pengalaman langsung mengendali dan
memanipulasi alat-alat mainan dan bahan-bahan dalam persekitarannya.

Belajar Melalui Bermain

MENGAPA BERMAIN SANGAT PENTING

Bermain merangsang Imaginasi


Imaginasi merangsang Kreativiti
Kreativiti merangsang Penerokaan
Penerokaan merangsang Penemuan
Penemuan merangsang Penyelesaian masalah
Penyelesaian merangsang Kemahiran baru
masalah
kemahiran baru merangsang Keyakinan diri
Keyakinan diri merangsang Rasa selamat
Rasa selamat merangsang Pencapaian diri

Bermain merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menggalakkan pembelajaran


kanak-kanak. Melalui pendekatan ini, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan, berinteraksi
dan bersosial, melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti, belajar menyelesaikan masalah,
membina sahsiah diri yang positif dan keyakinan diri serta keinginan untuk meneroka bagi
memenuhi perasaan ingin tahu. Melalui bermain juga kanak-kanak dapat meningkatkan
kemahiran psikomotor, di samping meningkatkan kecergasan badan dan kemahiran koordinasi
mata tangan. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif, pemikiran inovatif,
kritis dan kreatif kanak-kanak.
Aktiviti Bermain yang digalakkan di PERMAINAN
BEBAS
TASKA PERMATA PERMAINAN
TRADISIONAL PERMAINAN
MANIPULATIF
Jenis Permainan
Permainan Bebas
Permainan Manipulatif
Permainan Kognitif PERMAINAN AKTIVITI
KREATIF BERMAIN DI PERMAINAN
Permainan Fizikal TASKA KOGNITIF
Permainan Bahasa dan PERMATA
Literasi Awal
Permainan Sensori
Permainan Kreatif PERMAINAN
Permainan Tradisional SENSORI PERMAINAN
PERMAINAN FIZIKAL
BAHASA DAN
LITERASI
AWAL

1. Permainan bebas

Semasa permainan bebas kanak-kanak diberi peluang memilih barang permainan dan
sudut bermain yang mereka sukai. Mereka boleh bertukar-tukar alat mainan apabila merasa
jemu atau telah selesai bermain dan ingin bermain alat mainan yang lain. Pendidik hendaklah
menggalakkan kanak-kanak berfikir mengapa mereka pilih permainan atau alat mainan
tersebut dan membantunya membina pemahaman dan perbendaharaan kata yang berkaitan.
Pendidik sentiasa peka apa yang dilakukan oleh kanak-kanak kerana ini mungkin
mencerminkan minat dan bakat yang ada padanya.

2. Permainan Manipulatif

Main manipulatif ialah apabila kanak-kanak bermain dengan barang permainan dengan
berbagai cara dengan menggunakan idea dan kreativiti sendiri. Ini akan memberikan
keseronokan dan meningkatkan daya tumpuan dan perhatian kanak-kanak. Jenis main
manipulatif yang disediakan perlulah mengikut umur kanak-kanak. Contoh permainan
manipulatif yang dirancang untuk kanak-kanak PERMATA ialah:

x Menguntai manik
x Main blok dan binaan

x Main puzzle
Untuk menjadikan aktiviti ini lebih bermakna, pendidik bolehlah membantu kanak-kanak
semasa mereka bermain dengan menyediakan pelbagai bahan dan peralatan manipulatif dan
berbual-bual tentang apa yang mereka lakukan serta memberi galakkan untuk mewujudkan
perbincangan.

3. Permainan Fizikal

Main fizikal merupakan aktiviti harian yang dijalankan di TASKA sama ada di luar atau di
dalam bangunan TASKA. Ianya melibatkan pergerakan fizikal yang membolehkan kanak-
kanak menggunakan tenaga dan berpeluang untuk meningkatkan kemahiran motor kasar dan
motor halus, kordinasi deria dan menyumbang kepada kesihatan dan kecergasan tubuh badan
kanak-kanak.

Contoh main fizikal ialah merangkak ke dalam terowong, melompat tali, berlari dan
mengejar, main gelongsor, main buaian, memanjat pokok, meniti jambatan, menendang bola
dan mengayuh basikal. Contoh permainan motor halus ialah menguntai manik.

. Pendidik perlu memastikan peralatan dan bahan mencukupi, sesuai dan selamat. Untuk
membolehkan kanak-kanak bermain dan menggunakan alatan mainan dengan betul, pendidik
perlu membimbing cara bermain dan memerhati keselamatan kanak-kanak.

4. Permainan Bahasa dan Literasi Awal

Aktiviti permainan bahasa menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi melalui perbualan,


bercerita, tunjuk dan cerita (show and tell), mainan teka teki, berpantun, rhyming, berdrama
setelah mendengar cerita yang diceritakan oleh pendidik atau meniru tingkah laku yang
diperhatikan. Pendidik membantu menyediakan props dan ruang yang bersesuaian untuk
merangsang kanak-kanak bercerita dan melakonkan semula kisah yang didengar.

Main peranan membantu kanak-kanak memahami antara fantasi dan realiti. Kanak-kanak
memilih sendiri peranan yang disukai dan melakonkan watak tersebut. Contohnya: apabila
kanak-kanak berada di sudut main masak-masak, mereka akan melakonkan watak-watak
seperti ibu, anak atau lain-lain watak yang bersesuaian dalam suasana sebuah restoran atau
rumah. Kanak-kanak berbual sesama sendiri menggunakan perbendaharaan kata baru.

Contoh aktiviti main peranan yang boleh dijalankan:


x Main peranan watak-watak dalam keluarga

x Membeli belah di kedai atau pasaraya


x Pemandu dengan penumpang dalam kenderaan
x Main ‘kawin-kawin’
x Main ‘cikgu-cikgu’
x Doktor dan pesakit, ibu dan anak
Untuk menjadikan drama dan main peranan lebih bermakna dan interaktif, pendidik boleh
turut serta beraksi dalam situasi yang dimainkan oleh kanak-kanak dan mencabar minda
mereka dengan bertanyakan soalan-soalan terbuka. Lakonan dan main peranan dapat
memberikan keseronokan dan meningkatkan konsep kendiri serta keyakinan diri kanak-kanak,
di samping dapat menyuburkan sahsiah dan kemahiran sosial kanak-kanak. Permainan untuk
literasi awal adalah seperti padanan kad perkataan dengan gambar, dan permainan a,e,i,o,u.

5. Permainan sensori

Permainan sensori memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan


sepenuhnya deria sentuhan di mana kanak-kanak akan mengoyak, meramas, mengguli,
menggentel, membentuk dan lain-lain permainan menggunakan tangan yang dapat
merangsang saraf ke otak. Contoh permainan sensori ialah :

(a) Main Pasir

Kanak-kanak suka bermain dengan pasir dan air. Aktiviti main pasir dan main air
juga mendekatkan diri kanak-kanak dengan alam semulajadi kerana pasir dan air adalah unsur
semulajadi yang terdapat dalam persekitaran kanak-kanak. Kurikulum PERMATA Negara,
memberi fokus terhadap kepentingan bermain air dan pasir, kerana ianya bukan sahaja
memberi kesoronokan kepada kanak-kanak tetapi juga bersifat terapeutik dan boleh
menstabilkan emosi mereka.

Main pasir boleh dijalankan dalam dua keadaan sama ada menggunakan pasir basah
atau pasir kering. Pasir basah boleh dipadatkan dan dibentukkan mengikut acuan, manakala
pasir kering membolehkan kanak-kanak merasai tekstur pasir tersebut.

Aktiviti penerokaan dan eksperimen semasa main pasir:


x menggali, mencurah, menapis dan menceduk pasir
x membina istana pasir, menggali terowong, atau membina zoo, dan sebagainya
x mengisi pasir ke dalam bekas, corong atau botol
x menulis dan melukis atas permukaan pasir
x membuat pelbagai bentuk, dengan tangan atau acuan seperti cawan, mangkuk,
sudu dan penutup botol

6. Main Air

Main air boleh dijalankan semasa kanak-kanak berada di dalam atau di luar bangunan.
Permainan air yang boleh dijalankan ialah main buih sabun, mencuci anak patung, menuang
air dari bekas besar ke bekas kecil. Semua aktiviti ini secara tidak langsung akan membantu
kanak-kanak mempelajari pelbagai konsep sains seperti kosong, penuh, sebelum, selepas,
cetek, dalam, berat dan ringan. Kanak-kanak juga mempelajari perkataan-perkataan baru
seperti corong, permukaan, apungan, tenggelam dan timbul semasa akvtiviti main air.

Aktiviti penerokaan dan eksperimen semasa bermain air

x Menuang, menceduk, memerah air ke dalam pelbagai bekas


x Menebuk beberapa lubang keliling botol dan masukkan air
x Membasuh buah-buahan, pakaian, sayur-sayuran dan peralatan permainan yang
mereka gunakan selepas aktiviti bermain
x Eksperimen bahan tenggelam, timbul dan terapung
x Eksperimen bahan larut dan tidak larut – gula; garam; tepung; pasir
x Capan warna menggunakan bahan serap air dan yang tidak serap air
x Menyediakan air minuman seperti sirap, susu, teh dan kopi
x Konsep mengenai air: berpusar, mengalir, berkocak, memercik, melimpah,
memenuhi bekas, bertukar warna

Pendidik sentiasa berbual, bersoal jawab dan mendengar secara aktif semasa aktiviti
dijalankan. Kanak-kanak digalakan untuk memerhati, meramal, membuat keputusan,
merumus hasil dan bercerita tentang aktiviti yang mereka lakukan. Aktiviti main air dan main
pasir adalah aktiviti yang berkecah dan kotor. Dalam hal ini, pendidik hendaklah dapat
bertolak ansur dan menerima ka=eadaan tersebut. Kanak-kanak boleh dilibatkan untuk
mengemas dan membersihkan kawasan bermain air dan pasir apabila selesai bermain.

Bagi aktiviti main air, pendidik hendaklah memastikan kanak-kanak dikawal dan diawasi
pada setiap masa untuk keselamatan mereka. Ini kerana kanak-kanak boleh lemas walaupun
dalam air yang sedikit.

7. Permainan Kreatif

Permainan kreatif adalah merujuk kepada permainan yang menggunakan imaginasi kanak-
kanak semasa bermain. Kanak-kanak digalakkan menggunakan pelbagai bahan dan membuat
pergerakan mengikut idea dan minat masing-masing. Pendidik menyediakan permainan yang
mencabar minda dan memerlukan kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif semasa bermain.
Melalui cabaran-cabaran dalam permainan kanak-kanak akan berusaha untuk menghasilkan
sesuatu reka cipta atau menyelesaikan masalah. Antara permainan kreatif yang boleh
dijalankan oleh kanak-kanak:

x mencari harta karun


x permainan - Siapa ketua?
x permainan teka-teki
x menyambung cerita
8. Permainan Kognitif

Permainan kognitif melibatkan pemikiran logik, penyelesaian masalah dan pembelajaran


awal matematik. Permainan ini akan menggalakkan perkembangan intelek kanak-kanak.
Contoh permainan kognitif ialah permainan blok dan permainan binaan di mana kanak-kanak
akan belajar membuat perbandingan, pengelasan dan membina perbendaharaan kata seperti
kecil dan besar. Permainan kognitif lain yang melibatkan kuantiti seperti permainan congkak
kanak-kanak akan belajar berkaitan dengan padanan satu dengan satu dan membilang. Dalam
permainan jual beli kanak-kanak akan mempelajari konsep wang dan membilang nilai wang.

9. Permainan Tradisional

Kurikulum PERMATA Negara menggalakkan permainan-permainan tradisional seperti


bermain congkak, teng-teng, bermain pukul berapa datuk harimau, kejar-kejar dan sorok-
sorok, pukul lalat, jan-jan jala itik ayam dan bermain layang-layang. Permainan sebegini
menggalakkan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti kumpulan dan belajar untuk mematuhi dan
mengikuti peraturan permainan. Kanak-kanak akan belajar nilai murni yang terdapat dalam
permainan ini yang membantu perkembangan sahsiah, nilai dan kerohanian mereka,
contohnya, melindungi rakan, mengambil giliran, bekerjasama, ekspresi diri, tolak ansur dan
bersabar. Permainan tradisional juga berupaya menyokong kesemua enam bidang
perkembangan pembelajaran PERMATA.

Konsep 3E

3E bermaksud ‘Meneroka (Exploring), Mengeksperimen (Experimenting) dan Mengalami


(Experiencing). Pembelajaran beradaskan konsep 3E melibatkan pembelajaran secara hands-
on and aktif. Kanak-kanak diberi peluang meneroka masalah atau perkara-perkara yang
terdapat dalam persekitaran mereka. Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menyiasat perkara
yang mereka ingin tahu dan memanipulasikan bahan-bahan yang mereka ingin terokai seperti
tumbuh-tumbuhan, batu-batan, serangga, haiwan, air, angin, magnet dan
lain-lain. Melalui eksperimentasi, kanak-kanak belajar mengendali dan mengguna alat-alat
seperti kanta pembesar, perangkap serangga, jangkasuhu, penimbang, dan alat-alat lain-lain.
Kanak-kanak diberi peluang menguji idea-idea mereka sendiri, meneliti perhubungan dan
memanipulasi bahan-bahan.

Penerokaan tidak semestinya berlaku di luar TASKA sahaja. Pelbagai eksperimen boleh
dijalankan di dalam TASKA, misalnya kanak-kanak diberi peluang menguji campuran minyak
dan air, membuat buih dari sabun, mengukur jarak atau panjang objek dan membina carta,
mengukur berat dan tinggi rakan-rakan mereka dan membuat graf dan sebagainya.

Pendidik berperanan untuk menyediakan bahan yang menarik dan sesuai untuk kanak-
kanak membuat pemerhatian, memanipulasi dan meneroka alam bahan, alam hidupan, alam
fizikal dan alam semesta. Konsep 3E membina ciri-ciri penyelesaian masalah secara saintifik
dan dapat meningkatkan kefahaman kanak-kanak terutama tentang dunia persekitaran mereka.
Pendidik hendaklah sentiasa memerhati, menghargai dan berbual dengan kanak-kanak tentang
apa yang mereka lakukan. Minat dan semangat yang ditunjukkan oleh pendidik akan
mengukuhkan lagi keyakinan dan keupayaan kanak-kanak untuk terus meneroka,
mengeksperimen seperti seorang saintis.

(a) Nature Walk (Meneroka Alam Semulajadi)

Nature walk merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang berkesan kerana ianya
memberikan kanak-kanak pengalaman secara langsung (first hand experience) yang
melibatkan penggunaan kelima-lima deria iaitu penglihatan, sentuhan, rasa, bau dan
pendengaran. Penglibatan kanak-kanak semasa nature walk dapat memupuk daya imaginasi
dan kreativiti mereka serta pemerhatian yang baik. Aktiviti ini juga dapat menanamkan rasa
cinta kanak-kanak kepada alam sekitar dan melatih mereka sebagai pencinta alam sekitar.
Ianya boleh dilakukan dengan berjalan di taman, di sekitar TASKA atau di kawasan
berdekatan.

Semasa aktiviti nature walk, kanak-kanak dapat meneroka, mengalami sendiri dan
membuat eksperimen dengan objek-objek yang terdapat di persekitaran. Aktiviti ini dapat
menimbulkan keseronokkan di mana kanak-kanak dapat membuat penemuan baru, membuat
inferen dan menggumpul koleksi bahan-bahan yang dijumpai di persekitaran.

Contoh aktiviti yang boleh dijalankan semasa nature walk ialah:

x Meneroka tumbuh-tumbuhan seperti memerhati bentuk-bentuk daun, warna,


saiz; merasai tekstur daun, batang, buah; memeriksa bau dan sebagainya

x Meneroka dan memeriksa haiwan dan serangga: menggunakan kanta pembesar


untuk melihat pelbagai jenis, bentuk, anggota badan serangga dan membuat
perbandingan

x Meneroka batu-batan: kanak-kanak mengutip batu, memeriksa batu, saiz dan


sebagainya

Bahan-bahan yang perlu dibawa semasa nature walk ialah kanta pembesar, pita
pengukur, kamera, gunting atau pisau, beg plastik, botol, bekas, tali, sudip tanah, kertas dan
pensil. Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian semasa melakukan aktiviti nature walk
ialah menerangkan peraturan dan keselamatan seperti kanak-kanak tidak boleh keluar dari
kumpulan dan hanya mengutip objek-objek yang tidak merbahaya. Objek-objek yang telah
dikutip hendaklah diletakkan dalam bekas yang disediakan. Pada akhir aktiviti kanak-kanak
perlu mencuci tangan dan kaki atau menukar pakaian mereka.

(b) Eksperimen Sains.

Kanak-kanak secara semulajadi mempunyai sifat ingin mengetahui, oleh itu sifat ingin
tahu ini perlu disusuli dengan pelbagai aktiviti penerokaan dan penyelidikan. Kanak-kanak
sangat gemar jika mereka diberi peluang untuk membuat eksperimen sains yang mudah.
Pendidik sentiasa membawa kanak-kanak ke luar TASKA untuk menerokai alam sekitar dan
kawasan berhampiran bagi membolehkan mereka bereksperimen dengan pelbagai bahan
atau objek yang ada di sekeliling mereka. Aktiviti eksperimen juga boleh dilakukan dalam
bentuk ‘nature walk’ atau kerja projek. Eksperimen sains yang boleh dilakukan oleh kanak-
kanak di TASKA PERMATA ialah:
x Meneroka bayang-bayang di waktu pagi atau petang
x Membuat doh
x Memeriksa batu batan, tanah dan pasir
x Meneroka ciri-ciri tumbuh-tumbuhan, biji benih dan bentuk-bentuk dan tektur daun,
membuat pengelasan, mengumpul dan melukis daun/bunga/buah-buahan
x Meneroka bunyi
x Meneroka suhu, panas dan sejuk, angin dan udara segar
x Meneroka serangga dan haiwan dalam persekitaran
x Meneroka pergerakan dan lantunan bola

Kanak-kanak boleh membuat banyak aktiviti awal sains sekiranya diberikan peluang
meneroka sepenuhnya keadaan sekitaran mereka. Dalam melaksanakan aktiviti ini, pendidik
hendaklah memahami bahawa adalah penting bagi kanak-kanak menggunakan deria mereka
untuk membuat pemerhatian dan bertanya soalan untuk mencari jawapan, ianya bukan aktiviti
fakta sains.

4.3 Teknik-Teknik Lain

(a) Membaca dan Bercerita

Membaca dan bercerita sangat ditekankan dalam Kurikulum PERMATA Negara.


Kedua-dua aktiviti ini penting untuk membina kecekapan berbahasa, awal literasi dan
pengetahuan tentang dunia persekitaran. Melalui aktiviti membaca dan bercerita, kanak-kanak
boleh meningkatkan pemahaman tentang:

x konsep
x memperluaskan perbendaharaan kata
x meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi
x meningkatkan kemahiran mendengar
x bertutur
x awal membaca
x awal tulisan dalam kalangan kanak-kanak
x menerapkan nilai-nilai murni daripada cerita yang dibaca.

(a) Menyanyi, Berzikir dan Bermain Muzik

Menyanyi sambil membuat pergerakan kreatif adalah aktiviti yang sangat diminati oleh
kanak-kanak. Pilihan lagu-lagu atau nursery rhymes untuk nyanyian hendaklah sesuai dengan
kanak-kanak. Nyanyian kanak-kanak boleh diiringi dengan permainan alat muzik atau muzik
latar, untuk lebih menarik. Berzikir hanya sesuai untuk kanak-kanak Islam sahaja.

Pendidik boleh menggunakan pelbagai alat-alat muzik untuk membolehkan kanak-


kanak menghasilkan muzik atau bunyi-bunyi dalam aktiviti pembelajaran yang senggang.
Pendidik sepatutnya sentiasa menggalakkan kanak-kanak bermain dengan alat-alat muzik
yang ada di TASKA agar mereka sentiasa ceria, gembira dan terhibur. Ini akan membina
personaliti tenang, aman, mesra dan positif dalam kalangan kanak-kanak.
PERANAN PENDIDIK

Peranan pendidik ialah mencabar minda kanak-kanak, membina perbendaharaan kata


mereka dan membantu kanak-kanak memahami konsep dalam permainannya. Pendidik
menunjuk cara sesuatu aktiviti yang kanak-kanak masih belum menguasainya, tetapi bukan
membuatkannya untuk kanak-kanak. Pendidik hanya menyediakan kerangka (scaffolding) aktiviti
dan menggalakkan kanak-kanak melakukan sendiri aktiviti tersebut sehingga mereka mahir.
Pendidik hendaklah selalu memberi dorongan, pengukuhan, pujian dan galakan kepada kanak-
kanak semasa mereka melakukan aktiviti tersebut.

Semasa kanak-kanak bermain, pendidik perlu sentiasa menunjukkan minat kepada


kanak-kanak, memberi respon, menyoal dan merangsang pemikiran mereka. Interaksi yang
berlaku di antara pendidik dengan kanak-kanak semasa bermain itulah sebenarnya yang
dikatakan ‘Belajar Melalui Bermain’.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian berhubung pedagogi PERMATA:

x Kanak-kanak pada peringkat umur 1 hingga 2 tahun suka bermain secara bersendirian
dengan barang mainannya sendiri. Ini adalah sifat semulajadi kanak-kanak yang dikatakan
sebagai sifat egosentrik. Mereka akan meneroka objek secara aktif dan melalui kebolehan
sendiri, mereka bermain secara bebas dan berulang-ulang. Kurikulum PERMATA Negara
memberikan keluwesan (fleksibiliti) kepada kanak-kanak seluas-luasnya untuk bermain
secara sendiri jika itu adalah pilihannya.

x Kanak-kanak pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun telah mula menggemari permainan
sosial, berkongsi alat mainan dengan rakan-rakan, dan telah tahu beberapa peraturan
bermain misalnya main congkak, main ‘datuk harimau’, main masak-masak, main ‘enjit-enjit
semut’, membina menara dengan blok dan sebagainya. Kurikulum PERMATA Negara sangat
menggalakkan kanak-kanak bermain secara koperatif kerana ini akan meningkatkan sifat
tolerensi dan bersatu padu dalam kalangan kanak-kanak sehaluan dengan semangat 1
Malaysia dan masyarakat inklusif.