Anda di halaman 1dari 5

SJKT BESTARI JAYA.

MINIT MESYUARAT GARIS PANDUAN AM/KHAS PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH 2020.

TARIKH : 17 JUN 2020


MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : BILIK GURU

KEHADIRAN :

1. PUAN.SIVAGAMY A/P VELLAYUTHAM


2. PN.FLORANCE
3. PN.JAYANTHI
4. PN.KALYANY
5. PN RENUGAH MANIAM
6. PN DURGA NAGAPAN
7. PN RAJESWARI
8. PN UMATHEVI A/P BALAKRISHNAN
9. PN.SITI NAZIHAH BT MOHD KAYAT
10. PN.NOOR FAIZAH BT HAMIL HAMZAH

AGENDA MESYUARAT :

1) KATA-KATA ALUAN PENYELARAS PRASEKOLAH


1.1 Mesyuarat dimulai dengan bacaan doa.
1.2 Penyelaras mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir
pada mesyuarat ini.

2) UCAPAN TUAN GURU BESAR


2.1 Guru Besar, Puan Sivagamy mengucapkan kata aluan .
2.2 Pembukaan prasekolah adalah 1 Julai tetapi SOP belum dikeluarkan oleh pihak KPM lagi. Oleh
itu, sebagai persediaan awal berpandukan garis panduan am /khas pembukaan semula sekolah
maka guru guru dan PPM perlu berganding bahu membersihkan kelas prasekolah.
2.3 Semua peralatan dan alat permainan perlu dicuci dengan mengunakan sabun. Peralatan seperti
sabun , penyapu dan sebagainya diperolehi daripada unit kebersihan. Guru – guru diminta
mencuci kelas dengan mengeluarkan semua barang. Guru juga boleh meminta bantuan ibubapa
untuk membersihkan kelas dan susun atur meja sebagai langkah memperkasakan norma baharu
persekolahan.
2.4 Meja perlu diatur mengikut 1 meter penjarakan sosial dan perlu ditandakan supaya murid dapat
mengenal tempat duduk masing masing. Semua peralatan seperti beg sekolah ,botol air ,peralatan
menulis disimpan di tempat masing masing supaya pergerakan murid dapat dikawal. Guru juga
perlu memastikan jumlah murid yang boleh duduk dalam 1 kelas bagi mengambil alternatif yang
lain dan berurusan dengan pegawai PPD.
2.5 Pelan kelas perlu dilukis dan diberi kepada Guru Besar selepas menyusun dan membersihkan
kelas. Tandas, tempat makanan dan tempat menunggu juga perlu melekatkan petunjuk arah
supaya murid tidak bertembung antara satu sama lain. Setiap kali murid ke tandas perlu ikuti
laluan yang mempunyai anak panah.
2.6 Pada hari pertama persekolahan, murid dan ibubapa perlu diberi penerangan oleh guru tentang
kesan Covid 19,penjarakkan sosial, langkah –langkah pencegahan serta kebersihan yang perlu
diamalkan oleh murid sepanjang waktu di sekolah. Murid akan menggunakan sanitizer pada
waktu pagi dan masa balik. Murid juga perlu digalakkan untuk kerap mencuci tangan dengan
menggunakan sabun.
2.7 Setiap pagi guru perlu berada di pintu gerbang dan mengambil suhu badan murid dengan suhu
pengimbas badan. Jika suhu melebihi 37.5 murid wajib dihantar pulang ke rumah. Hanya murid
yang bergejala seperti batuk, selsema perlu diberi pelitup muka dan diasingkan sehingga
ibubapanya membawa pulang. Murid juga perlu mengamalkan penjarakan sosial 1 meter semasa
beratur dan menunggu kenderaan.
2.8 Tong sampah bertutup harus disediakan oleh pihak sekolah supaya kebersihan selalu dijaga.
Semua kerja pembersihan perlu di dokumentasikan untuk memasukkan dalam fail. Guru juga
tidak tidak dibenarkan menyentuh anak murid semasa berada di dalam kelas mahupun di luar
kelas.
2.9 Walaubagaimanapun Guru Besar mengatakan perlu menunggu SOP yang akan dikeluarkan oleh
KPM bagi prasekolah.
3) PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PRASEKOLAH KALI
PERTAMA
3.1 Pencadang : Puan Uma Thevi
3.2 Penyokong : Puan Durga Nagappan

4) PERKARA BERBANGKIT
4.1 Tiada perkara berbangkit

oleh, Disahkan oleh,

………………………… ………………………………….
(RENUGAH MANIAM) (PN.SIVAGAMY A/P VELLAYUTHAM)
Guru Guru Besar
SJKT BESTARI JAYA.
MINIT MESYUARAT GARIS PANDUAN AM/KHAS PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH 2020.

TARIKH : 24 JUN 2020


MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : PEJABAT

KEHADIRAN :

11. PUAN.SIVAGAMY A/P VELLAYUTHAM


12. PN.FLORANCE
13. PN.JAYANTHI
14. PN.KALYANY
15. PN RENUGAH MANIAM
16. PN DURGA NAGAPAN
17. PN RAJESWARI
18. PN UMATHEVI A/P BALAKRISHNAN
19. PN.SITI NAZIHAH BT MOHD KAYAT
20. PN.NOOR FAIZAH BT HAMIL HAMZAH

AGENDA MESYUARAT :

1) KATA-KATA ALUAN PENYELARAS PRASEKOLAH


1.3 Mesyuarat dimulai dengan bacaan doa.
1.4 Penyelaras mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir
pada mesyuarat ini.

2) UCAPAN TUAN GURU BESAR


2.1 Guru Besar memberikan penerangan kepada ibu bapa atau penjaga tentang norma baharu yang
perlu dipatuhi.
2.1.2 Memastikan kemudahan untuk mencuci tangan dan pengimbas suhu disediakan di setiap kelas
prasekolah.
2.1.3 Bilik pengajaran dan pembelajaran (PdP)dibersihkan sebelum sesi persekolahan bermula dan pada
setiap hari selepas sesi persekolahan tamat.
2.1.4 Guru dan Pembantu Pengurusan Murid membuat persediaan sebelum pembukaan semula kelas,
seperti menentukan kedudukan murid dengan mematuhi penjarakan sosial; membersihkan kelas,
bahan dan peralatan; dan guru perlu memastikan tiada penggunaan permaidani, tikar dan skirting
meja.
2.1.5 Menyediakan bilik kesihatan atau bilik sakit yang dijadikan sebagai bilik isolasi untuk
menempatkan murid yang didapati bergejala sebelum dibawa oleh ibu bapa untuk rawatan.
Guru dan PPM perlu memakai pelitup muka semasa berada bersama –sama dengan murid.
Pemeriksaan suhu badan perlu dijalankan dan dicatatkan. Ibu bapa atau penjaga dan murid yang
bergejala tidak dibenarkan memasuki kawasan prasekolah.
2.2.6 Murid perlu mencuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan (hand sanitizer) sebelum
serta selepas aktiviti PdP. Murid juga perlu membawa sapu tangan ke sekolah. Setiap murid akan
diberi 1 botol air yang mengandungi nama mereka dan diletakkan di bawah tempat duduk mereka.
Apabila mereka balik botol air itu dikumpul dan dicuci serta dikeringkan.
2.2.7 Memastikan murid tidak berkongsi bahan dan peralatan. Selepas waktu sekolah semua bahan dan
peralatan perlu dibersihkan (disinfeksi) selepas digunakan.
2.2.8 PPM mencadangkan makanan dibungkus dan diedarkan semasa waktu rehat. Guru tidak boleh
meninggalkan murid bersendirian di kelas.
2.2.9 Ibu bapa perlu menghantar dan mengambil anak mengikut waktu yang ditentukan. Diminta guru
Prasekolah dan guru – guru bertugas perlu berdiri di pntu pagar dan sepanjang laluan ke kelas bagi
memastikan murid murid mematuhi arahan penjarakan sosial iaitu 1 meter.
2.2.10 Menggalakkan anak memakai pelitup muka. Khususnya anak jagaan berimuniti badan yang rendah
mesti sentiasa memakai pelitup muka manakala anak yang tidak boleh mengurus pemakaian
pelitup muka tidak perlu memakainya.
2.2.11 Guru diminta untuk membuat fail mengikut panduan KPM.
2.2.12 Pegawai PPD memberi 4 pemilihan untuk menyelesaikan masalah kekurangan tempat iaitu
memaksimumkan murid, pecah kelas , mengadakan 2 sesi dan pengiliran. Namun begitu menurut
Pn.Siti Aminah penggiliran kelas tidak digalakkan. Oleh itu, sekolah yang ingin memohon
penggiliran perlu menunjukkan justifikasi yang rasional. Sekiranya, pengiliran sekolah tidak
diluluskan maka kelas berumur 5 tahun dibuka sebanyak 2 kelas dan enam tahun sebanyak 3
kelas.
2.2.13 Sekiranya seorang murid disahkan Covid positif namun sekolah itu tidak akan ditutup hanya murid
itu diasingkan.
2.2.14 Setiap hari guru perlu membincangkan tentang kebersihan dan keselamatan Covid -19 semasa
perbualan awal.
3) PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PRASEKOLAH KALI
>>>>>PERTAMA
3.3 Pencadang : Puan Uma Thevi
3.4 Penyokong : Puan Durga Nagappan

4) PERKARA BERBANGKIT
4.1 Tiada perkara berbangkit

oleh, Disahkan oleh,

………………………… ………………………………….
(RENUGAH MANIAM) (PN.SIVAGAMY A/P VELLAYUTHAM)
Guru Guru Besar
AHLI JAWATAN KUASA PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH 2020

 
  Pengerusi Pn.V.Sivagamy
(Guru Besar)

Naip Pengerusi 1 :Pn.A.Florance


(PK Hem)

Naip Pengerusi 2 :Pn.P.Jayanthi


(PK Kurikulum)

Setiausaha :Pn.Renugah Maniam

AJK :Pn.N.Durga

Pn.Umathevi

Pn.Rajaswari

Pn.Siti Nazihah

Pn.Noor Faizah

Anda mungkin juga menyukai