Anda di halaman 1dari 10

15 Kelebihan Mengaji Quran


Semua tahu Al-Quran merupakan kalam Allah yang penuh dengan petunjuk dan
panduan untuk umat manusia menjalani kehidupan. Al-Quran ini telah
digunakan sejak berzaman lamanya dan masih suci dan terpelihara sehingga hari
ini. Isi di dalamnya tidak pernah berubah dan menampakkan keasliannya.

Sebaik-baik buku itu adalah Al-Quran yang di dalamnya penuh dengan ilmu
pengetahuan termasuk berkaitan dengan moral, tingkah laku yang baik,
kebaikan, kejadian alam dan lain-lain. Dengan membaca Al-Quran, inshaAllah
akan memberikan ketenangan dan keamanan dalam diri dan fikiran kita.

Orang muslim yang tidak pernah membaca Al-Quran walaupun sepotong ayat
adalah sama sahaja seperti tubuh yang tidak berpakaian. Ianya sangat
memalukan dan tidak patut menjadi ikutan kerana Allah SWT tidak suka akan
orang yang tidak membaca Al-Quran.
Ini kerana, Al-Quran merupakan kata-kata yang Allah yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril. Segala suruhan, perintah
dan peraturan telah Allah SWT nyatakan di dalam Al-Quran supaya hambaNya

mengikut segala perintahNya dan menghindari segala laranganNya.

Membaca Al-Quran ini mempunyai banyak faedah dan kelebihannya. Walaupun


sepotong ayat mahupun satu huruf di dalam Al-Quran, sekiranya membacanya,
pasti akan diberikan ganjaran yang setimpal. Jadi apa yang kita boleh dapat
daripada membaca Al-Quran ini?

Dapat Pahala Dan Kebaikan


Dengan membaca Al-Quran, ia dapat menjadikan suasana dan keadaan di sekitar
kita menjadi lebih tenang, aman, damai dan penuh dengan keberkatan. Oleh iu,
sesiapa yang emembaa Al-Quran akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda
dan akan diberi kebaikan oleh Allah SWT sebagai seorang yang soleh.

Ini terbukti dalam firman Allah SWT yangbermaksud, “Sesungguhnya orang-


orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta
mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi
atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan
sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah
menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-
baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).” (Surah Al-Fathir : 29-
30)

Dapat Memberikan Darjat Yang Lebih Baik


Sambil kita membaca Al-Quran, kita juga sebenarnya belajar tentang isi
kandungnya sekali. Allah sangat menyukai orang yang menuntut ilmu seperti
yang tertera di dalam Al-Quran.

Firman Allah SWT bermaksud, “Dan apabila diminta kamu bangun maka
bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di
antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari
kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam
PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Mujadalah : 11)

Dengan membaca Al-Quran, ia akan membuatkan seseorang itu dilihat seperi


bercahaya dan dipenuhi nur. Situasi ini akan membuatkan seseorang itu menjadi
lebih disayangi, dihormati, disenangi dan dihargai oleh ramai orang.

Memperoleh Rahmat Dan Lindungan Daripada


Malaikat
Membaca Al-Quran dalam keadaan hari yang sabar dan tenang dapat 
mendatangkan rahmat daripada Allah SWT. Para malaikat juga akan memberikan
perlindungan daripada segala kejahatan yang dapat dilihat mahupun tidak
kepada orang-orang yang membaca kitab Al-Quran.

Ini adalah sama seperti kita membaca doa dan meminta perlindingan daripada
Allah kerana doa-doa tersenut datangnya daripada ayat-ayat di dalam Al-Quran
tersebut. Oleh itu, dengan membaca Al-Quran juga bermakna kita turut berdoa
kepada Allah. Segala ayat doa di dalam Al-Quran adalah perkara yang baik-baik.

Contohnya seperti membaca Surah Al-Shaffat ayat 100 yang membawa maksud,


“Wahai Tuhanku kurniakanlah untukku anak-anak yang soleh.” Ayat ini boleh
digunakan sebagai doa yang boleh diamalkan supaya anak-anak menjadi lembut
hati, pintar dan soleh.

Memberikan Syafaat
Membaca Al-Quran juga akan mendatangkan kebaikan, kemuliaan dan syafaat
yang pasti tidak pernah dibayangkan oleh manusia sebelumnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka
dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk
mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surat Al-A’raaf : 204)
Membuatkan Seseorang Menjadi Baik
Dengan membaca Al-Quran, seseorang itu akan berasa tenang dan aman dalam

hatinya. Maka, sesiapa yang berperangai yang tidak baik juga boleh berkelakuan
baik selepas membacanya. Oleh itu, saat kita marah atau berasa resah dan
gelisah, bacalah Al-Quran kerana ia akan menenangkan hati dan mengawal hawa
nafsu kita yang sedang runsing itu.

Allah telah berfirman yang bermaksud, “Dan demikianlah Kami menurunkan Al-
Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau
(wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya
kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau
peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan
kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini).” (Surah Ar-Ra’d : 37)

Membuatkan Hati Tenteram


Allah akan mententeramkan hati sesiapa sahaja yang mengaji Quran. Sesiapa
yang selalu ingatkan Allah dan berzikir kepadaNya Allah pasti akan memberikan
ketenangan fikiran dan batin kepada mereka. Ia juga dapat meningkatkan rasa
cinta terhadap Allah SWT, terhadap semua nabi dan rasul serta para malaikat.

Firman Allah SWT, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati
mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang
tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Ra’d : 28)

Agar Selamat Dunia Akhirat


Hati yang ikhlas dalam mengaji Quran dapat menyelamatkan diri dari kejahatan
yang dapat dilihat ataupun tidak dapat dilihat. Orang yang membaca Al-Quran
ini mendapat perlindungan dari Allah SWT daripada kesengsaraaan selama
didunia dan akhirat.

Firman Allah bermaksud, “Maka berita itu makin menambahkan iman mereka
lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik
pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami.)” Setelah (pergi
mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia

dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula
menurut keredaan Allah. Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang
amat besar.” (Surah Ali Imran : 173 -174)

Sebagai Penawar Penyakit


Orang yang sering mengalami penyakit-penyakit ringan ataupun penyakit berat,
rajinkan membaca Al-Quran. Maka, inshaAllah Allah SWT akan menolong untuk
menyembuhkan penyakit itu atau melindungi kita daripada mendapat penyakit.

Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud, “Kemudian


makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau
sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan
dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya
minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi
manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu,
ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu
berfikir.”(Surah Al-Nahl : 69)

Sebagai Penyembuh Penyakit Hati


Membaca Al-Quran sesungguhnya dapat menghalau dan menyembuhkan
penyakit hati termasuk hasad dengki, iri hati, memfitnah, mengaibkan orang
lain serta berdendam dan lain-lain.

Seperti firman Allah SWT yang bermaksud, “Kalau kamu beroleh kebaikan
(kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka;
dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu
sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu
sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang
mereka lakukan.” (Surah Ali-Imran : 120)
Memberi Kenikmatan Kepada Orang Tua
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang

engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap
mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan
meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat
kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh
kepadamu).”

Seorang anak yang membaca Al-Quran dan mendoakan ibu bapanya akan
dilimpahkan nikmat dan perlindungan kepadanya dan kedua orang tuanya
sebagai tanda keberkatan.

Mendapat Ganjaran Dengan Membaca Dan


Mendengarnya
Sesiapa membaca Al-Quran akan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Sesiapa
yang mendengar orang membaca Al-Quran juga akan turut mendapat rahmat
dariNya.

Allah SWT telah berfirman, “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka
dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk
mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surat Al-A’raaf : 204)

Menambahkan Iman
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah
mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati
mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka
bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” (Surah A-
Anfal : 2)

Menurut terjemahan ayat di atas, sesiapa yang membaca Al-Quran, ia akan


menambahkan iman dalam diri seseorang itu dan kepada Allah mereka
bertawakal ke atas segalanya.
Menjadi Panduan Hidup
Al-Quran sememangnya adalah panduan dan petunjuk kepada segala yang

terjadi dalam hidup kita. Sesiapa yang memerlukan jawapan daripada Allah,
bacalah Al-Quran kerana pasti kita akan temui jawapan ketika membacanya.

Allah telah berfirman yang bermaksud, “Dan demikianlah Kami wahyukan


kepadamu (Muhammad) – Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati
perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan
kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman
itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri
petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami.
Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan
Al-Quran itu ke jalan yang lurus” (Surah Ash-Syura : 52)

Memudahkan Untuk Mendidik Anak Supaya


Pandai Mengaji
Mengaji Quran dapat memudahkan ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya
pandai mengaji. Ini kerana, lidah kita sudah terbiasa dengan ayat-ayat Al-Quran
dan tajwidnya, maka akan menyenangkan kita untuk mengajar anak-anak.

Firman Allah, “Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk


pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? (Surah Al-Qamar : 17)

Memudahkan Untuk Menghafal Al-Quran


Selain itu, dengan membaca Al-Quran akan memudahkan kita untuk menghafal
ayat Al-Quran. Ini juga kan memudahkan kita untuk mempraktikkan bacaan
ketika menunaikan solat. Kita juga akan menjadi terbiasa dengan bahasa Arab
kerana sering membacanya sekaligus dapat memahaminya walaupun tanpa
terjemahan.

Firman Allah SWT bermaksud, “Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran


sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai
Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya
kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau
peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan

kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini).” (Surah Ar-Ra’d : 37)

Banyak kelebihan dan manfaat yang akan kita dapat daripada membaca Al-Quran
sahaja. Sememangnya dengan mengaji Quran sahaja sama ada bersendirian
ataupun beramai-ramai, pasti banyak ganjarannya di dunia bahkan di akhirat
kelak.

Previous Post

Kelebihan Belajar Mengaji Di Rumah

Next Post

13 Keistimewaan Belajar Bahasa Arab

Mengaji at Your Door Step

Pautan Pantas

Blog

Tentang Beana

Rumusan P&P

Pengasas Beana

Testimoni

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Kerjaya

Perkhidmatan

Pakej

Pakej Kelas Online

Produk

Tempahan Dewan

Seminar Mengajar Quran

Terma dan Syarat

Ebook

Social Media

Facebook

Instagram
YouTube

Whatsapp

Copyright © 2020. All Rights Reserved.

Anda mungkin juga menyukai