Anda di halaman 1dari 1

Aku Seekor Ikan Emas.

Aku seekor ikan. Namaku ikan emas. Aku tinggal di dalam sebuah tasik yang
jernih airnya. Nama tasik itu ialah Tasik Suci.Tasik Suci mempunyai ramai
"penghuni" seperti ikan kaloi, bawal putih ,bawal hitam dan ikan kembung.

Aku mempunyai ramai kawan di dalam tasik itu. Pada suatu hari, seorang
kanak-kanak lelaki pergi memancing bersama ayahnya. Mereka pergi memancing
di tasik tempat aku tinggal. Aku tidak sedar akan kehadiran mereka.

Aku termakan umpan yang dipasang oleh mereka. Aku berasa sungguh
cemas tidak terkira. Manakala kanak-kanak lelaki itu berasa sungguh gembira.
Dia menyimpanku ke dalam sebuah besen yang kecil. Apabila sampai di rumahnya,
aku di masukkan ke dalam akuarium yang sederhana kecil. Di dalam akuarium itu
terdapat beberapa biji batu yang diambilnya dari pantai berdekatan. Aku berasa
gembira kerana dapat makan secukupnya tetapi aku berasa terseksa kerana
dikurung di dalam sebuah akuarium.

Pada suatu hari, aku berasa sempit berada di dalam akuarium itu. Aku
berasa badanku semakin membesar. Tuanku sedar akan hal itu. Ayahnya
menyarankan agar dia melepaskanku ke tempat asal. Dia berasa sedih apabila
mendengar saranan ayahnya itu. Aku menanti hari itu dengan sabar, dan hari itu
ialah hari Khamis. Tuanku pergi ke Tasik Suci untuk melepaskanku.

Selepas dilepaskan, aku terus pergi berjumpa ibuku, kemudian kawan-


kawanku. Ibuku berasa gembira dengan kepulanganku. Kawan-kawanku berasa
kagum mendengar ceritaku. Sejak hari itu, aku sangat menyukai hari Khamis.