Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN

Amalan membaca adalah merupakan satu proses minda yang sihat. Melalui pembacaan
kita boleh membuat nota tentang apa yang kita baca menggunakan alat-alat berfikir dalam
membuat nota. Penggunaan alat-alat berfikir dalam membuat nota adalah inisiatif yang dapat
memudahkan kita lebih sistematik dan berkesan serta efektif dalam membuat nota. Proses
membuat nota dapat membantu meransang minda kita untuk membuat perkaitan antara
pengetahuan sedia ada dengan perkara yang dipelajari untuk mencari fahaman yang baharu.
Teknik yang paling berkesan untuk membuat nota ialah menggabungkan penggunaak teknik
linear dan bukan linear supaya dapat menguatkan daya ingatan seseorang dan seterusnya
mengoptimumkan pembelajaran. Namun, minda manusia lebih gemar membuat perkaitan
antara maklumat yang diterima dalam bentuk bukan linear sebagaimana ciri fizikal sel dendrit
dalam otak manusia. Menurut dePorter (1992), bahagian otak berfikir atau neokorteks
mempunyai antara 12 hingga 15 neuron saling berinteraksi melalui dendrit yang berbentuk
jaringan untuk mencetuskan pembelajaran manusia. Oleh itu, penggunaan alat-alat berfikir
dalam membuat nota adalah kaedah yang membantu kita menggunakan minda dengan lebih
baik, sistematik dan berkesan. Antara alat-alat berfikir dalam membuat nota ialah Pengurusan
grafik, Peta minda, Pemetaan i-think, Soalan aras tinggi, Alat-alat coRT 1 dan Alat-alat coRT IV.
Alat ini mempunyai keistemewaan tersendiri. Jadi pilihan saya untuk membuat nota ialah peta
minda.

1
2.0 Pengenalan Kepada Pengurusan Grafik

Pengurusan grafik boleh diertikan sebagai perihal mengurus sesuatu maklumat dalam
bentuk lukisan, gambar rajah, simbol dan lain-lain untuk menyatakan atau menyampaikan idea
dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi Keempat : 2014). Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub
dan Mohd Zohir Ahmad (2016) mendefinisikan pengurusan grafik sebagai bentuk-bentuk
ilustrasi atau lakaran yang digunakan bagi membantu kita memberi fokus kepada apa yang
sedang kita fikirkan.

Pengurusan grafik adalah proses penstrukturan idea atau pemikiran dalam bentuk
ilustrasi yang terancang, sistematik dan lebih tersusun. Secara konsepnya pengurusan grafik
dalam pembelajaran di kelas adalah untuk membantu guru melihat dan menilai proses berfikir
yang berlaku dalam kalangan murid menggunakan gambar-gambar yang mewakili maklumat
tertentu. Pengurusan grafik juga merupakan salah satu alat berfikir yang dapat membantu
murid-murid dalam memahami sesuatu perkara dengan lebih teratur dan tersusun.

Dalam mengambil dan membuat nota,

2
2.2 Tujuan Penggunaan Pengurusan Grafik

MENGENALPASTI PROSES
MERANCANG DAN
PEMIKIRAN KENDIRI
MENYUSUN IDEA
SESEORANG

PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN LEBIH MENINGKATKAN
BERKESAN
TUJUAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI

ALAT BANTUAN
MENGAJAR YANG
BERKESAN

Rajah 2

3
2.2.1 Pengajaran dan Pembelajaran Lebih Berkesan

Penggunaan pengurusan grafik berupaya mempermudah proses pengajaran dan


pembelajaran dan menjadikannya lebih berkesan dan efektif. Dengan menggunakan
pengurusan grafik, kita dapat menyusun maklumat dengan sistematik dan menjalinkan
hubungkait antara maklumat atau konsep-konsep yang agak sukar difahami. Pengurusan grafik
dapat membantu kita melihat maklumat dari perspektif yang baru dan menggalakkan kita
mencuba strategi pembelajaran yang lebih baik dan sesuai dengan kita.

2.2.2 Merancang dan Menyusun Idea

Selain memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan pengurusan


grafik juga sangat membantu dalam perancangan dan penyusunan idea. Misalnya, apabila kita
diberikan tugasan untuk membuat esei. Kita akan membuat rangka esei dengan menggunakan
pengurusan grafik. Melalui rangka yang berbentuk grafik tersebut, kita dapat menulis sebuah
esei yang lebih berstruktur dan mempunyai pemerengganan serta olahan yang menarik.

2.2.3 Mengenalpasti Proses Pemikiran Kendiri Seseorang

Tujuan penggunaan pengurusan grafik yang seterusnya adalah untuk mengenalpasti


proses pemikiran kendiri seseorang. Hal yang demikian kerana kita boleh merangka sendiri
semua idea yang terlintas di fikiran dengan jelas dan sistematik. Sekiranya kaedah ini
digunakan secara berterusan dan disiplin yang tinggi, maka idea yang ingin kita kemukakan
akan bertambah jelas dan semakin baik dari semasa ke semasa

2.2.4 Meningkatkan Kemahiran Berkomunikasi

Penggunaan pengurusan grafik juga membantu meningkatkan kemahiran komunikasi


seseorang. Contohnya seorang guru yang mnggunakan pengurusan grafik secara terancang
sesungguhnya meningkatkan kemahiran komunikasi antara guru dengan murid-muridnya. Hal
ini demikian kerana, apabila guru menggunakan pendekatan pengurusan grafik untuk
menerangkan sesuatu kepada murid-muridnya, maka berlaku interaksi dua hala antara mereka.
Ini secara tidak langsung memaksimakan kemahiran komunikasi kedua-dua pihak tersebut.

2.2.5 Alat Bantuan Mengajar Yang Berkesan

Pengurusan grafik boleh diaplikasikan dan diguna pakai sebagai alat bantuan mengajar
yang sangat berkesan. Pengurusan grafik ini sesuai dijadikan medium untuk memberi

4
penerangan yang lebih jelas dan terperinci kepada murid-murid dalam usaha untuk
memudahkan mereka faham akan sesuatu perkara. Contohnya, guru meminta murid-murid
menghasilkan pengurusan grafik tentang sesuatu topik secara individu dan juga secara
berkumpulan.

5
2.1 Jenis-Jenis Pengurusan Grafik dan Kebaik

MERAMAL
KESAN AKIBAT

JENIS-JENIS MENGESAHKAN
MEMBANDING SUMBER
DAN MEMBEZA PENGURUSAN GRAFIK
MAKLUMAT

MEMBUAT
IDEA BERPUSAT
KATEGORI

Rajah 1

6
Menurut Mohd Nashuha Jamidin dan rakan-rakannya dalam buku mereka, Kemahiran
Berfikir dan Belajar, terdapat lima jenis pengurusan grafik seperti yang terkandung dalam Rajah
1.

2.1.1 Pengurusan Grafik Membanding dan Membeza

Jenis pengurusan grafik ini sangat bermanfaat untuk memperjelaskan dan membantu
kita memahami konsep-konsep yang sukar dan agak mengelirukan. Membanding bermaksud
menimbang tara persamaan antara dua konsep manakala membeza bererti mencari perbezaan
atau kelainan antara dua konsep tersebut.

Misalnya, kita membuat pengurusan grafik yang membanding dan membeza antara ciri-
ciri seekor ikan lumba-lumba dengan seekor kucing. Persamaan mereka yang paling ketara
ialah mereka melahirkan anak. Perbezaan yang paling dominan antara mereka pula ialah ikan
lumba-lumba merupakan haiwan akuatik yang tinggal di dalam laut manakala kucing
merupakan haiwan yang tinggal di daratan.

Contoh Pengurusan Grafik Membanding dan Membeza.

7
2.1.2 Pengurusan Grafik Meramal Kesan Akibat

Pengurusan grafik meramal kesan dan akibat melatih kita untuk membuat ramalan
tentang kesan dan akibat sesuatu perkara. Dengan adanya jenis pengurusan grafik ini, kita
dapat membiasakan diri untuk sentiasa membuat ramalan dan jangkaan yang bijak lagi tepat
tentang kesan dan akibat sesuatu perkara. Pengurusan grafik meramal kesan akibat ini juga
membantu memperkembangkan kemahiran berfikir.

Misalnya kita meramal kesan akibat Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA 2017.
Antara kesannya termasuklah memajukan sektor pelancongan Malaysia. Hal yang demikian
kerana, semua atlet, jurulatih dan juga penyokong mereka akan bertandang ke Malaysia untuk
sama-sama memeriahkan temasya sukan tersebut. Sekiranya mereka berkunjung ke negara
kita, mereka pasti akan menggunakan khidmat pelancongan seperti penginapan di negara kita.
Hal ini secara tidak langsung melonjakkan lagi sektor pelancongan negara.

8
Contoh Pengurusan Grafik Meramal Kesan Dan Akibat

2.1.3 Pengurusan Grafik Mengesahkan Sumber Maklumat

Pengurusan grafik mengesahkan sumber maklumat perlu untuk kita mengesahkan


kesahihan maklumat yang kita terima atau perolehi. Melalui pemerhatian terhadap sumber
maklumat itu, kita dapat mengenalpasti sama ada maklumat itu boleh dipercayai atau
sebaliknya.

Hasil kajian dan penyelidikan perlu dikaji dan disahkan kebolehpercayaannya. Sebab
itulah, sebelum sesebuah kajian diterbitkan, pengkaji tersebut hendaklah membuat
pembentangan tentang perolehan kajiannya pada peringkat global. Semasa pembentangan ini
dijalankan, semua pakar bidang kajian tersebut datang dari seluruh negara akan mendengar
pembentangan tersebut dan akan memberikan ulasan serta komen mereka tentang kajian
tersebut. Setelah semuanya mencapai kata sepakat, barulah kajian tersebut boleh diterbitkan
dan dijadikan rujukan kerana kebolehpercayaannya telah diiktiraf serta disahkan.

9
Contoh Pengurusan Grafik Mengesahkan Sumber Maklumat

2.1.4 Pengurusan Grafik Idea Berpusat

Pengurusan grafik ini diaplikasi untuk membuat pembahagian tentang sesuatu tajuk
atau idea. Jenis pengurusan grafik ini membantu kita untuk mendapat gambaran, melihat
dengan jelas dan menghubungkaitkan bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu tajuk dan
idea.

Misalnya kita membuat pengurusan grafik idea berpusat tentang tujuan penggunaan
peta minda. Kita akan menfokuskan hanya kepada konteks tujuan penggunaan peta minda dan
idea-idea yang dilakar pada pengurusan grafik tidak lari atau keluar daripada topik tujuan
penggunaan peta minda.

10
Contoh Pengurusan Grafik Idea Berpusat.

2.1.5 Pengurusan Grafik Membuat Kategori

Dengan menggunakan pengurusan grafik ini, kita dapat menganalisis dan


mengklasifikasikan serta menerangkan ciri-ciri sesuatu perkara atau objek untuk
memperjelaskan lagi kaitan antara perkara tersebut dengan idea utamanya.

Sebagai contoh, kita membuat pengurusan grafik untuk mengkategorikan piramid


makanan. Kita akan membuat grafik untuk membezakan antara makanan dengan kumpulan
makanannya menurut piramid makanan. Misalnya, kita mengklasifikasikan minyak, garam dan
gula dalam kumpulan makanan lemak. Ikan, ayam, daging dan kekacang pula dikategorikan

11
dalam kumpulan makanan protein manakala sayur-sayuran dan buah-buahan dikelaskan dalam
kumpulan makanan vitamin. Nasi, roti, bijirin dan ubi pula dikategorikan dalam kumpulan
makanan karbohidrat.

Contoh Pengurusan Grafik Membuat Kategori.

2.3 Kesimpulan

Kesimpulannya, penggunaan pengurusan grafik ini sangat diperlukan oleh murid-murid bagi
memudahkan mereka untuk memahami dengan lebih jelas dan tersusun mengenai apa yang
telah disampaikan oleh guru-guru mereka. Pengurusan grafik ini juga dapat menjadikan murid-
murid lebih kreatif dalam menyusun dan melakar setiap idea-idea atau ilmu yang mereka
peroleh tidak kira di dalam ataupun di luar bilik darjah.

Melalui pengurusan grafik ini, murid-murid dapat meningkatkan lagi daya ingatan mereka
terhadap topik-topik yang telah dipelajari oleh mereka. Oleh yang demikian, setiap guru dan

12
murid haruslah mempraktikkan penggunaan pengurusan grafik ini semasa proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas kerana murid-murid lebih cenderung dan minat kepada
lukisan-lukisan atau gambar-gambar yang menarik perhatian berbanding tulisan-tulisan yang
terlalu panjang untuk mereka faham.

RUJUKAN

Syed Ismail Bin Syed Mustapha dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010), Kemahiran Belajar.
Kuala Lumpur : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub dan Mohd. Zohir Ahmad (2007), Pedagogi
Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

13
Mohd. Nashuha Jamidin dan rakan-rakan (1995), Kemahiran Berfikir Dan Belajar. Shah
Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://belajarkemahiranbelajar.blogspot.my/2014/09/pengurusan-grafik.html diakses pada 16


Ogos 2018.

https://documents.tips/documents/pengurusan-grafik-55b4fc388a929.html diakses pada 17


Ogos 2018.

https://books.google.com.my/books?id=gD5AKc5OzAsC&pg=PA83&dq=pengurusa
n+grafik&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=twopage&q=pengurusan%20grafik&f=false
diakses pada 15 ogos 2017

14