Anda di halaman 1dari 13

Lawatan Riza Atiq

Kerajaan Cermin
Aku lama menetap di Kelantan dan bersekolah di negeri Darul Naim itu tetapi aku tidak pernah
mendengar kerajaan Cermin sehinggalah apabila aku telah bersara dan hairan dengan ramainya orang
yang menziarahi makam Syed Husin Jamadil Qubra di Trawulan, Mojokerto, Jawa Timur, Indonesia.
Trawulan adalah ibukota Kerajaan Mojopahit tetapi aku tidak pernah mendengar nama Syed Husin
sebagai raja Mojopahit. Lantas aku mencari maklumat mengenai Syed Husin dan mendapati tuan syiekh
asal Thaif kemudian membesar di Samarkand dan pernah bermastautin di Kelantan, mengislamkan Raja
Bharabhasa yang memerintah Kerajaan Cermin. Baginda kemudian menggunakan nama Sultan
Mahmud Jiddah Riayah Saadatussalam selepas memeluk Islam. Sultan Mahmud kemudian
mengahwinkan adiknya dengan Syed Husin.

Pusat pemerintahan Kerajaan Cemin ialah berhampiran dengan Bukit Panau di Danau To’ Uban. Tapak
pemerintahan ini sekarang ditenggelami air kerana empangan yang dibina untuk mengatasi masalah
banjir di Rantau Panjang. Kedudukan tapak pemerintahannya ditunjukkan dalam Rajah di bawah.

Danau To’ Uban yang pernah menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Cermin. Kini ia telah menjadi tasik
kerana empangan yang dibina untuk mengatasi banjir di Pasir Mas

Sebelum bercerita mengenai Kerajaan Cermin, aku ingin menceritakan Syed Husin terlebih dahulu
kerana keturunannya memainkan peranan penting dalam sejarah Kelantan, Kerajaan Champa, Kerajaan
Brunei, Kerajaan Mojopahit, Kerajaan Demak, kerajaan Mataram dan Islamnya orang-orang Jawa secara
besar-besaran.
Lawatan Riza Atiq

Syed Husin Jamadil Qubra


Nama sebenarnya ialah Syed Jamaluddin Al-Hussein adalah seorang ulama yang juga dikenali sebagai
Syed Husin Jamadil Qubra atau ringkasnya Syed Ajlan. Ia dilahirkan pada tahun 1310 dan wafat pada
tahun 1453. Ia mengembara untuk berdakwah dari Timur Tengah ke India, Pasai, Langkasuka dan terus
ke Kelantan, tiba pada tahun 1349. Di India ia sempat dilantik menjadi panglima perang oleh Kerajaan
Delhi di India untuk mematahkan pemberontakan. Ia juga sempat dilantik menjadi amir satu daerah
berhampiran Delhi. Ia tidak lama memegang jawatan amir kerana ia ingin meneruskan
pengembaraannya ke Pasai dan Kelantan. Di Kelantan ia berjaya mengislamkan Raja Bharubhasa, raja
Kelantan lama yang berpusat di Jiddah, berhampiran Tasik To’ Uban dan Bukit Panau sekarang. Raja
Bharubhasa mengambil nama Islam Sultan Mahmud Jiddah Riayah Saadatussalam. Sultan Mahmud
kemudian mengahwinkan Syed Husin dengan adik perempuannya, Putri Linang Cahaya yang juga
merupakan adik Cik Siti Wan Kembang.

Seterusnya Syed Husin mengembara ke Champa untuk meneruskan dakwahnya. Di sana, pada tahun
1355 ia dikahwinkan dengan puteri raja Champa, Sultan Zainal Abidin, iaitu Puteri Ramawati. Selepas
perkahwinan ini, ia selalu berulang alik antara Champa dengan Kelantan. Di Kelantan ia telah membina
Masjid Kampung Laut. Kampung ini telah menjadi tempat orang-orang Champa berlabuh untuk
menjalankan peniagaan. Kini masjid itu telah dipindahkan ke Nilam Puri untuk menyelamatkannya dari
banjir. Masjid ini ialah tempat yang selalu ku kunjungi bahkan selau qiamul lail ketika zaman bersekolah
dahulu.

Masjid Kampung Laut asalnya dibina oleh Syed Husin. Masjid ini telah dipindahkan dari Kampung Laut
Ke Nilam Puri kerana tapak asalnya telah ditenggelami air.
Lawatan Riza Atiq

Tapak asal Masjid Kampung Laut di tempi Sungai Kelantan yang kini telah ditenggelami air. Kampung
Laut asalnya adalah penenpatan orang-orang Champa yang selalu berulang-alik antara Kelantan
dengan Champa.

Dengan putri Kelantan, Putri Linang Cahaya, Syed Husin dikurniakan anak lelaki yang bernama Syed
Malik Ibrahim Asmara. Syed Malik Ibrahim juga berkahwin dengan Putri Champa yang bernama Dewi
Chandrawulan. Syed Malik Ibrahim bersama bapanya, Syed Husin telah pergi ke Trowulan untuk
berdakwah. Kegigihan mereka berdakwah telah menyebabkan ramai orang Jawa berubah ugama kepada
Islam. Syed Malik Ibrahim sampai sekarang dikenang sebagai Wali Songo (Wali Sembilan) pertama yang
dikenali dengan nama Sunan Gresik. Aku sangat bersyukur apabila dijemput ke sebuah universiiti di Jawa
Timur yang dinamakan sempena namanya, Universiti Islam Maulana Malik Ibrahim, untuk melakukan
audit kuaiti.

Cucu Syed Husin menerusi isterinya putri Champa, Putri Ramawati, iaitu, Syed Rahmat yang dikenali
sebagai Sunan Ampel adalah Wali Songo yang kedua. Raden Fatah, anak Raja Mohopahit berguru
dengannya dan dengan pertolongannya mengasaskan Kesultanan Demak. Kesultan Demak adalah
kerajaan Islam yang pertama di Pulau Jawa.

Syed Husin kembali ke Kelantan dan pada usia 80 tahun telah berkahwin putri Sultan Kelantan, Puteri
Selindong Bulan, Putri Sultan Baki Syah ibni Sultan Bharbhasa. Dengan putri ini beliau dikurniakan
seorang putra yang bernama Syed Ali Nurul Alam. Syed Ali dihantar ke Borneo untuk berdakwah.
Kemudian beliau telah diangkat menjadi sultan Brunei yang dikenali dengan nama Sultan Sharif Ali atau
Lawatan Riza Atiq

sultan Berkat Ali pada tahun 1425 apabila sultan yang sedia ada mangkat dan tiada pewaris. Beliau
sangat wara’ dan telah membina masjid yang pertama di Brunei. Beliau selalu menjadi imam dan khatib
di masjid itu. Pada tahun 1432 baginda telah dilantik oleh raja Mojopahit menjadi wakilnya di Kelantan
dengan gelaran Patih Aria Gajah Mada apabila negeri itu bersekutu dengan kerajaan Mojopahit. Syed Ali
kemudian dilantik menjadi raja di Petani dengan gelaran Sultan Qunbul. Syed Husin tidak sempat
melihat perlantikan anaknya kerana ia telah kembali dan wafat di Trowulan, Mojokerto, pada tahun
1453.

Dahulu aku hairan kenapa Sultan Brunei yang sekarang telah membina masjid besar dan cantik di
tempat terpencil di tepi Tasik To’ Uban. Rupa-rupanya moyangnya, Syed Husin Jamadil Qubra yang juga
dikenali dengan nama Syed Ajlan pernah menetap di To’ Uban dan berkahwin dengan putri Raja
Bharabhasa yang memerintah Kelantan pada masa itu.

Syed Husin wafat di Trowulan, ibukota Kerajaan Mohopahit pada tahun 1453. Makamnya diziarahi oleh
ramai orang setiap hari hingga ke saat ini.

Pemerintahan Kerajaan Cermin


Kerajaan Cermin kurang mendapat perhatian kerana ia tidak meniggalkan sebarang monument.
Kewujudannya diketahui dari rekod-rekod Cina, kerajaan Mojopahit dan buku yang ditulis oleh Sir
Stamford Raffles. Rajanya, Bharubhasa pernah ke Trowulan untuk berjumpa dengan Raja Mojopahit.
Wilayah pemerintahannya dikatakan meliputi Kelantan sekarang, Sebahagian Trengganu, sebahagian
Pahang, sebahagian Petani di Thailand, sebagian dari Perak dan sebahagian Aceh. Dalam sebuah batu
bersurat yang dinamakan Minye Tujuh yang dijumpai di Aceh ada dituliskan nama Raja Bharubhasa
dalam bahasa Melayu kuno seperti berikut:

Hijrat nabi mungstapa yang prasaddha


Tujuh ratus asta puluh savarssa
Hajji catur dan dasa vara sukra
Raja iman varda rahmatallah
Gutra bharubhasa mpu hak kedak pasema
Taruk tasik tanah samuha
Ilahi ya rabbi tuhan samuha
Taruh dalam svargga tuhan tahuha

Terjemahan dalam Bahasa Melayu Moden:

Setelah hijrah nabi, kekasih yang telah wafat


Tujuh ratus lapan puluh satu tahun
Bulan Zulhijjah, empab belas hari, hari Jumaat
Raja iman rahmat Allah bagi baginda
Lawatan Riza Atiq

Dari keluarga Bharubhasa mempunyai hak Kedah dan Pasai


Menaruh di laut dan tanah semua
Ilahi, ya Rabb tuhan semua
Taruhlah baginda dalam surga Tuhan

Seperti kerajaan-kerajaan Melayu yang lain dahulu, Kerajaan Cermin juga mengamalkan sistem mandala,
iaitu persekutuan seperti Malaysia sekarang. Wilayahnya menjadi besar kerana beberapa kerajaan lain
bersekutu dengannya. Di antara kerajaan-kerajaan yang bersekutu dengannya ialah Kedah, Gangga
Negara (Perak), Lamuri di Aceh dan Patani. Asalnya kerajaan ini berpusat di Ligor, Nakhor Si Thammarat
di Thailand. Tetapi disebabkan serangan-serangan dari Siam menyebabkan Raja Sang Tawal pindah ke
Jiddah, kawasan To’ Uban sekarang pada tahun 1295. Pada tahun 1339, Raja Bharubhasa menjadi raja
Cermin. Serangan-serangan dari Siam menyebab Kerajaan Cermin bersekutu dengan Siam Ayutthaya
tetapi pada tahun 1357 Mojopahit dapat mengalahkan Ayyuthaya di Kelantan yang menyebabkan
Kerajaan Cermin menjadi kerajaan bersekutu dengan Mojopahit. Raja-raja Kerajan Cermin diberikan
dalam Jadual 1.

Jadual 1: Senarai Raja-Raja Chermin

Nama Tahun Catatan


Memerintah
Sang Tawal 1267 – 1339 Memindahkan ibu negara dari Phattalung ke Patani
pada tahun 1267 dan kemudian ke Kelantan 1325
Bharubhasa 1339 - 1362 Syed Husin Jamadil Qubra tiba di Kelantan dan
Menggunakan nama mengislamkan Raja Bharubhasa.
Sultan Mahmud Jiddah Mengawinkan adiknya, Puri Linang Cahaya
Riayah Saadatussalam Menamakan ibukotanya sebagai Jiddah di Bukit
selepas memeluk Panau berhampiran To’ Uban sekarang.
Islam Bergabung dengan Mojopahit pada tahun 1357
Sultan Baki Syah 1391 – 1418 Anaknya, Putri Selindong Bulan dikawinkan dengan
Syed Husin Jamadil Qubra. Perkahwinan ini
dikurniakan seorang putra, Syed Ali Nurul Alam
Sultan Sadik 1418 – 1429 Memindahkan ibu kota ke Nenggiri
Muhammad Syah Dikenali juga dengan Maulana Nenggir kerana kota
Jiddah di To’ Uban selalu dilanda banjir dan juga untuk
mengelakkan serangan dari Siam
Kemas Jiwa 1429 – 1465 Memindahkan ibukota ke Kota Mahligai, Bacok
Dikenali dengan nama sekarang.
Sultan Iskandar Kerajaan ini dihancurkan oleh Ayyuthaya pada tahun
1465. Baginda menyelamatkan diri ke Vijaya, Binh
Dinh sekarang di Vietnam dan mangkat di sana pada
tahun 1467
Lawatan Riza Atiq

Bila melihat keadaan To’ Uban, Bukit Panau dan kemudian Nenggiri, aku tertanya-tanya apa sebabnya
kerajaan Cermin dahulu memilih tempat di Hulu Kelantan. Setelah ku pikir-pikir, aku teringat beberapa
tahun dahulu ramai orang berhenti kerja di Kuala Lumpur untuk mendulang emas di sana. Aku pernah
perhatikan mereka hanya dengan menggunakan dulang, cangkul dan pam air mereka boleh dapat emas
sehingga ramai tukang-tukang pembeli emas berkemah di tepi jalan untuk membeli emas dari
pendulang. Aktiviti mendulang ini berjalan selama hampir dua tahun sehinggalah kerajaan
mengharamkan aktiviti itu. Akan tetapi sehingga kini masih ada lagi aktiviti mendulang secara sembunyi-
sembunyi di hulu Kelantan, pendalaman Perak dan pendalaman Pahang. Maknanya kerejaan Cermin
dahulu tidak salah pilih tempat kerana kawasan-kawasannya adalah lombong emas. Mungkin kerajaan
Cermin pada masa itu amat kaya kerana mengikut catatan diplomat Cina, tiang istananya bersalut emas
dan dihiasi oleh daun-daun dari emas. Satu perkara lagi, dengan memilih ibu kota jauh dari laut
menyebabkan mereka sukar diserang. Pada masa itu mereka selalu sahaja diserang oleh tentera Siam.

Masjid Sultan Brunei di tepi Tasik Tok Uban


Lawatan Riza Atiq

Peninggalan Kerajaan Cermin


Kerajaan Cermin tidak meninggalkan monument-monument fizikal yang kita boleh lihat hari ini.
Kewujudannya hanya diketahui dari catatan-catatan kerajaan Cina, Mojopahit dan Sir Stamford Raffles.
Tetapi keluarga diraja Cermin telah meninggalkan keturunan yang menjadi pembesar-pembesar
Kelantan, Sarawak, Champa, Patani, Brunei dan tanah Jawa. Rajah-rajah di bawah memperlihatkan
keturunan mereka. Rajah ini diperolehi dari Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan. Satu perkara yang
aneh, Kerajaan Cermin dihancurkan oleh Kerejaan Ayutthaya pada tanun 1465. Kemudian pada tahun
1582, keturunannya, iaitu Syed Muhammad Hassan telah dilantik menjadi Raja Ayutthaya dengan
gelaran Nuresuan.

Ramai raja-raja Champa adalah keturunan Raja Cermin. Sultan Brunei dan raja Sarawak yang berpusat di
Santubong adalah keturunannya. Beberapa orang Wali Songo yang Sembilan itu adalah keturunanya. Di
Kelantan, Dinasti Kerajaan Jembal yang memerintah Kelantan Utara 1637 – 1721 adalah keturunannya.
Dinasti Kerajaan Kelantan yang ada sekarang juga keturunannya. Orang yang bernama Nik juga
keturunanya melalui putri Sultan Baki Syah, Putri Selindung Bulan dengan Syed Jamaluddin Al-Hussein
yang dikenali juga nama Syed Husin Jamadil Qubra. Nama Nik dikatakan sebagai ganti Syed di Champa
sebagai langkah keselamatan dari sasaran Kerajaan Dai-Viet di Champa.

Satu lagi peninggalannya yang besar ialah keturunannya yang bernama Syed Muhammad Hassan, Sultan
Brunei yang ke-9 yang memerintah dari tahun 1582 hungga 1598. Sebelumnya, Kerajaan Brunei
bergabung dengan Kerajaan Mojopahit. Apabila kerajaan Mojopahit hancur dilanda oleh Kerajaan
Demak pada tahun 1518, Kerajaan Brunei bergabung dengan kerajaan Siam Ayutthaya. Kerajaan
Ayyuthaya mengamalkan sistem mandala, gabungan kerajaan-kerajaan dan maha raja atau Yang Di
Pertuan Agung adalah dipilih dari kerajaan yang bergabung secara bergilir. Ketika Syed Muhammad
Hassan memerintah Brunei, ia juga dipilih untuk menjadi Maha Raja Ayutthaya dengan gelaran
Naresuan. Ia dianggap pahlawan besar kerana ia telah berjaya membebaskan wilayah-wilayah Siam yang
sebelum ini telah dirampas oleh Burma. Pada masa itu wilayah pemerintahan Ayutthya meliputi
Thailand, sebahagian dari Burma, sebahagian dari Kamboja, sebahagian Pulau Sumatra, Kelantan,
Trengganu, Kedah, dan Perlis. Ia dianggap pahlawan besar oleh orang Siam dan satu monument khas
telah didirikan untuk memperingatinya.
Lawatan Riza Atiq
Lawatan Riza Atiq
Lawatan Riza Atiq

Monumen Raja Naresuan (Syed Muhammad Hassan), raja Ayutthaya yang memerintah dari tahun 1582
hingga tahun 1598. Baginda adalah juga Sultan Brunei, keturunan putri Kerejaan Cermin dengan Syed
Jamaluddin Al-Hussin. Baginda adalah keturunan Raja Bharubasa melalui cucundanya Putri Selindung
Bulan dengan Syed Jamaluddin Al-Hussein yang dikebali juga dengan nama Syed Husin Jamadil Qubra.

Sultan Hasanal Bolkiah keturunan Raja Cermin melalui cucu Raja Bharubasa, Putri Selindung Bulan binti
Sultan Baki Syah dengan Syed Jamaluddin Al-Hussein yang dikenali juga nama Syed Husin Jamadil
Qubra. Mereka dikurniakan putra yang bernama Syed Ali Nurul Alam yang menjadi Sultan Brunei yang
ketiga dengan nama Sultan Sharif Ali.
Lawatan Riza Atiq

Memorandom Persefahaman yang pernah ditandatangani antara UKM dengan Universiti Islam Sultan
Sharif Ali. Sultan Sharif Ali adalah keturunan Raja Bharubhasa dan telah menjadi Sultan Brunei yang
ketiga yang merupakan moyang sultan yang sekarang.

Salah seorang lagi keturunan Kerajaan Cermin ialah Syed Rahmat atau Raden Rahmat yang dikenali
sebagai Sunan Ampel, salah seorang wali songo. Syed Rahmat ialah keturunan Raja Cermin melalui anak
Siti Zubaidah dengan Sultan Zianal Abidin yang lebih dikenali dengan nama Che Embong Ngah atau Che
Bo Nga atau Po Binasuar. Syed Rahmat amat terkenal sebagai ulama dan pendakwah. Tidak ramai yang
tahu sebenarnya ia juga merupakan berpengetahuan amat luas dari segi pemerintahan dan ketenteraan.
Atoknya sebelah bapa, Syed Jamaluddin Al-Hussein pernah menjadi panglima perang di Delhi dan di
Champa, banyak menasihati Sultan Zainal Abidin untuk mendapatkan semula wilayah-wilayah Champa
yang telah diambil oleh Dai-Viet. Atoknya sebelah emak ialah Sultan Zainal Abidin yang amat terkenal
dengan kehebatannya di Champa sehingga ia digelas Po Binasuar. Di Demak, Syed Rahmat adalah guru
Raden Fatah, sultan Demak yang pertama dan menjadi penasihat kepada kerajaan yang masih teramat
muda itu. Dia juga bertanggung jawab membentuk tentera yang kuat sehingga berjaya menghancurkan
kerajaan Mojopahit yang gagah itu. Kemudian mengalahkan kerajaan-kerajaan yang menghalang
dakwah di Pulau Jawa sehingga Islam berkembang dengan sangat pesat. Bahkan tentera inilah juga yang
pernah menyerang Portugis di Melaka. Walaupun serangan itu tidak berjaya, tetapi ia telah
menggagalkan rancangan Portugis untuk menyerang Sunda Kelapa (Jakarta).

Seorang lagi keturunan Cermin yang hebat ialah Syed Ahmad Fatahillah yang terkenal dengan nama
Syarif Hidayatullah, Sunan Gunung Jati, seorang lagi Wali Songo. Ia terkenal sebagai ulama dan
pendakwah tetapi ia juga sebenanya panglima perang yang gagah. Ia adalah anak Raja Champa di
kauthara (Nha Trang), Syed Abu Abdullah yang terkenal dengan nama Wan Bo Tri Tri yang banyak
mematahkan serangan-serangan dari Dai-Viet. DI Demak ia banyak belajar dari Syed Raden Rahmat.
Apabila Portugis dapat bertapak di Sunda Kelapa dan berpakat dengan raja—raja yang belum Islam
Lawatan Riza Atiq

untuk menyerang Demak, ia telah dihantar oleh sultan Demak, Sultan Trenggana mengepalai satu
ketumbukan tentera untuk menyerang Portugiis. Dalam perjalanan ke Sunda Kelapa ia telah
menghancurkan kerajaan-kerajaan yang berpakat dengan Portugis di pantai utara Jawa. Akhirnya ia
sampai ke Sunda Kelapa dan dapat mengancurkan Portugis pada 22 Jun tahun 1527. Lalu ia menukar
nama Sunda Kelapa kepada Jayakarta. Sehingga kini secara rasmi tarikh permulaan Jakarta ialah 22 Jun
1527.

Kini sebuah universiti Islam yang besar di Jakarta telah dinamakan dengan beliau, Aku pernah dijemput
ke Universiti Islam Syarif Hidayatullah untuk melakukan audit kualiti pada tahun 2016. Pada waktu itu
aku tidak kenal siapakah sebenarnya Syarif Hidayatullah. Aku dapat tahu mencari maklumat mengenai
Kerajaan Cermin di Kelantan. Tidak ku sangka, Syarif Hidayatullah adalah seorang ulama, pendakwah,
panglima perang dan menjadi Sultan Cirebon adalah anak raja Champa dan keturunan Raja Bharubhasa
dari Kelantan.
Lawatan Riza Atiq

Bersama rector Universitas Islam Syarif Hidayatullah, Jakarta. Nama universiti ini adalah sempena nama
Sunan Gunung Jati, pengasas Bandar Jakarta dan keturunan Raja Bharubhasa dari Kelantan dan Syed
Husin Jamadil Qubra

Anda mungkin juga menyukai