Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim

Yang berusaha
EN MUHAMMAD NOR BIN MISRAN
guru besar SK Seri Belahan

Yang diraikan
USTAZ NOORHADI BIN MASKAN

Yang berusaha
PN SITI FATIMAH BT HANAFI
gpk1 sk seri belahan

PN MAZLINA BT AB AZIZ
gpk HEM sk seri belahaN

EN MOHD NAWI BIN ABAS


gpk KOKO sk seri belahan

rakan-rakan guru, dan para murid- murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt,

Harum semerbah si bunga melur,


Jadi hiasan taman larangan,
Sejambak pantun mesra dihulur,
Setulus ingatan mengimbau kenangan.

(3)KATA- KATA ALUAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kerana kita sama-
sama dapat berkumpul di Dewan yang ceria ini untuk meraikan majlis sanjungan budi
kepada ustaz kesayangan ramai USTAZ NOORHADI BIN MASKAN yang telah berpindah ke
sekolah SK Seri Timbul.

(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Marilah kita mulakan majlis ini dengan doa. Majlis mempersilakan EN MUHAMMAD ZAFIK
IKHWAN BIN ZAMRI bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih EN MUHAMMAD ZAFIK IKHWAN BIN ZAMRI atas pimpinan ketulusan
pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis yang akan berlangsung diberkati oleh Allah
SWT.

(5) UCAPAN WAKIL MURID


Hadirin yang dihormati sekali,
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil murid yang akan disampaikan oleh Ketua
Pengawas SK Seri Belahan
Saudari SYAFIAH BALQIS BIN SYAMSUL NIZAM
Majlis dengan ini mempersilakan..
……………………………..
Terima kasih diucapkan kepada saudari SYAFIAH BALQIS BIN SYAMSUL NIZAM atas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi

(6) UCAPAN GURU BESAR

majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha, EN


MUHAMAMAD NOR BIN MISRAN Guru Besar SK SERI BELAHAN untuk memberi ucapan.
Majlis dengan ini mempersilakan.

……………..

Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar EN MUHAMAMAD NOR BIN MISRAN tadi.

(7) UCAPAN USTAZ NOORHADI BIN MASKAN

Majlis di teruskan lagi dengan mempersilakan yang diraikan USTAZ NOORHADI BIN
MASKAN
Untuk memberikan ucapan dan kata- kata pesanan kepada anak- anak murid SK SERI
BELAHAN

………………………..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan USTAZ NOORHADI BIN MASKAN
sebentar tadi.

.
(8) PENYAMPAIAN HADIAH
Hadirin yang dihormati sekalian

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang berundur jangan
Sebagai mengenang jasa dan budi
Semoga hadiah jadi ingatan

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-


kenangan buat insan yang kira raikan pada hari ini iaitu USTAZ NOORHADI BIN MASKAN
…..
Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan EN
MUHAMAD NOR BIN MISRAN, untuk mengiringi USTAZ NOORHADI BIN MASKAN untuk
menerima cenderamata sebagai tanda kenang- kenangan.

Majlis mempersilakan ketua pengawas dan penolongnya iaitu saudari SYAFIAH BALQIS
BINTI SYAMSUL NIZAM dan saudara MUHAMMAD ADAM HAFIZ BIN ABDUL SHUKOR
untuk menyampaikan cenderamata kepada USTAZ NOORHADI BIN MASKAN.

Seterusnya dijemput wakil Badan Kebajikan Guru dan Staf CIK SITI PATONAH BINTI
HAIYUN untuk menyampaikan cenderamata kepada ustaz.

Dijemput EN MUHAMMAD NOR BIN MISRAN untuk menyampaikan cenderamata daripada


pentadbir dan staf pejabat SK SERI BELAHAN kepada USTAZ NOORHADI

(8) PENUTUP

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai ke pelabuhan, umpama berkayun telah
sampai ke muara, umpama berjalan terlah sampai ke destinasi, para hadirin sekalian kita
telah pun berada di hujung acara

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dalam jambangan
Terima Kasih daun keladi
Budi Ustaz Hadi jadi kenangan.
Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu- layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu- rinduan

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang diraikan Ustaz Noorhadi bin
Maskan kerana sudi meluangkan masa bersama kita pada hari yang penuh bermakna. Kami
semua mendoakan agar Ustaz Hadi bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian.

Sekian …