Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Bismillahirrahmanirrahim…alhamdulillahirobiil alamin………
Yang Berbahagia, En Mohd Noor bin Misran, Guru Besar SK Seri Belahan,
Barisan Warga Pendidik SK Seri Belahan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
rahmatNya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama
berkumpul pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2019
dengan penuh keamanan dan kedamaian.
Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih merupakan tema yang telah dipilih adalah untuk
menegaskan keutamaan perpaduan dan semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan
keharmonian di samping memupuk amalan budaya intergriti serta menolah rasuah dalam
kehidupan.
Sesungguhnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan
pelajar sekolah ini seiring menjadi warganegara yang patriotik.
2. Bacaan Doa
Bagi memberkati lagi majlis pada pagi ini dipersilakan saudara __________________
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
3. Nyanyian lagu
Seterus nyanyian lagu Sekolah, lagu Bangsa Johor dan Negaraku. Diminta semua bersedia.
4. Bacaan Ikrar
Seterusnya saya ingin menjemput ketua pengawas SK Seri Belahan Syafiah Balqis bin
Syamsul Nizam untuk memimpin bacaan ikrar. Majlis dengan ini dipersilakan.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput En Muhammad Hafiz bin Nordin sebagai guru
penyelaras Sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2019 untuk menyampaikan ucapan tentang
program yang akan dijalankan sepanjang sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah.
Majlis dengan ini mempersilakan.
………
Majlis dengan ini mengucapkan terima kasih kepada En Muhammad Hafiz bin Nordin atas
ucapannya sebentar tadi.
Seterusnya saya menjemput Guru Besar EN Mohd Noor Bin Misran Guru Besar Sk Seri
Belahan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan perasmian
Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah pada tahun 2019. Majlis dengan ini
mempersilakan.
…….
Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar kerana sudi menyempurnakan majlis
perasmian pelancaran sambutan bulan kemerdekaan sebentar tadi.
7. Nyanyian lagu patriotik
8. Penutup
Hadirin sekalian
Sekian. Majlis disudahi dengan tasbih kifarah dan surah Al- Asr.