Anda di halaman 1dari 10

MAJLIS HARI APRESIASI

SK SERI BELAHAN 2019


13 NOVEMBER 2019
BI AGENDA TEKS CATATAN
L
Majilis Khatam Bismillahirahmanirahim.
Al- Quran
Tahun 6 Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi pada pagi yang


mulia ini, kita dapat bersama- sama dalam Majlis
Apresiasi Kecemerlangan Murid SK Seri Belahan 2019.

Sebelum majlis Apresiasi ini dimulakan, marilah kita


bersama- sama memperdengarkan alunan ayat- ayat SITI FATIMAH
Al Quran dalam Majlis Khatam Alquran yang akan
disampaikan oleh murid- murid Tahun 6.

Majlis Khatam Al- quran ini akan diketuai oleh saudara

MUHAMMAD ADAM HAFIZ BIN ABDUL SHUKOR

Majlis dengan penuh takzim nya mempersilakan.

Ketibaan Diumumkan ketibaan Yang Dihormati


jemputan dan
ibu bapa PROF. MADYA Dr. PATMAWATI BINTI IBRAHIM
PENSYARAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN

diiringi Guru Besar SK Seri Belahan

EN MOHAMAD NOR BIN MISRAN


FARHA
ke tempat duduk utama.

Semua hadirin dipersilakan berdiri.

- VIP duduk -

Semua hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan doa SITI FATIMAH


Kerat rotan bersama buluh,
Sayang bertahun tumbuh setempat,
Diangkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

1
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah
sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan
diketuai oleh.

EN KARNAIN BIN JUPRI

Majlis Mempersilakan.

*Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan


ucapan terima kasih atas bacaan doa daripada EN
KARNAIN BIN JUPRI sebentar tadi.

Ucapan alu- Assalamualaikum dan salam sejahtera, FARHA


aluan Pembuka kata lidah bicara,
pengerusi Izinkan kami mulakan acara,
majlis Semoga majlis disambut ceria.

Hinggap minum di tepi kali,


Penat si helang menjadi juara ,
Pelajar Cemerlang Sama dirai ,
Agar Terlaksana Wawasan Negara.

Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya


mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan
kehadiran.

Yang Berbahagia,

PROF. MADYA Dr. PATMAWATI BINTI IBRAHIM


PENSYARAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN

Yang Berusaha

EN MOHAMMAD NOR BIN MISRAN


GURU BESAR SK SERI BELAHAN

Yang Berusaha

EN SYAMSUL NIZAM BIN ABD KHALID


YDP PIBG SK SERI BELAHAN

Yang Berusaha

- Jemputan khas -

2
Barisan Guru Penolong Kanan.
Barisan guru- guru
AJK PIBG SK Seri Belahan
Ibu bapa
Seterusnya murid- murid yang diraikan pada hari ini.

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini,


sekali lagi kita dapat berkumpul di dalam dewan yang
telah dihias indah ini bagi meraikan Majlis Apresiasi
Murid SK Seri Belahan bagi tahun 2019.

Ucapan guru Para hadirin yang dihormati sekalian,


besar
Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan
ucapan alu-aluan .Untuk itu, majlis menjemput dan
mempersilakan

EN MOHAMMAD NOR BIN MISRAN


GURU BESAR SK SERI BELAHAN
SITI FATIMAH
untuk menyampaikan ucapan alu- aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- ucapan -

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan


Guru besar atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Ucapan FARHA
perasmian Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah puan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Sidang Hadirin yang dihormati sekalian

Kini, sampailah pula masanya untuk kita mendengar


ucapan perasmian Majlis Apresiasi Kecemerlangan
Murid SK Seri Belahan tahun 2019.

Majlis dengan segala hormat mempersilakan

Yang Berbahagia,

PROF. MADYA Dr. PATMAWATI BINTI IBRAHIM


PENSYARAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN

untuk menyampaikan ucapan dan memukul gong

3
sebanyak 3 kali sebagai simbol rasminya majlis pada
pagi ini.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- ucapan -

Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis


kita pada pagi ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan atas kesudian Yang Berbahagia

PROF. MADYA Dr. PATMAWATI BINTI IBRAHIM

Di atas menyampaikan ucapan perasmian sebentar


tadi.

Persembahan Hadirin Sekalian,


1
Seterusnya marilah kita sama-sama menonton
persembahanan daripada murid- murid Tahun 1 SK
Seri Belahan yang bertajuk ___________.

Majlis dengan ini mempersilakan. SITI FATIMAH

-persembahan-

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang


menarik sebentar tadi.

Penyampaian Berkebaya batik berwarna merah, FARHA


Sijil Pra Dipakai pula gadis pinggiran,
Sekolah Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.
&
Hadirin yang dihormati sekalian,
Penyampaian
sijil dan Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan penyampaian
Hadiah I sijil bagi murid- murid Pra Sekolah dan Sijil Graduasi
Tahun 6.
Sijil Pra
Sekolah dan Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput
Sijil Graduasi
Tahun 6 EN. MOHAMMAD NOR BIN MISRAN
GURU BESAR SK SERI BELAHAN

Bagi mengiringi Yang Berbahagia

PROF. MADYA Dr. PATMAWATI BINTI IBRAHIM

untuk menyampaikan sijil kepada murid Pra Sekolah

4
SK Seri Belahan.

Dijemput …… (buku program)

Seterusnya penyampaian Sijil Graduasi bagi murid


Tahun 6

Dijemput …… (buku program)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada Yang Berbahagia

PROF. MADYA Dr. PATMAWATI BINTI IBRAHIM

atas kesudian Dr kerana menyampaikan sijil dan


hadiah sebentar tadi.

Penyampaian Untuk pengetahuan hadirin yang dihormati sekalian.


cenderahati
perasmi Sekolah akan menerima sumbangan daripada.

PROF. MADYA Dr. PATMAWATI BINTI IBRAHIM

Sebagai simbolik penyerahan sumbangan, dijemput

EN MOHAMMAD NOR BIN MISRAN


GURU BESAR SK SERI BELAHAN

Bagi menerima sumbangan tersebut daripada Yang


Berbahagia.
SITI FATIMAH
PROF. MADYA Dr. PATMAWATI BINTI IBRAHIM

-penyampaian sumbangan-

Sebagai tanda kenangan dan terima kasih daripada


pihak sekolah di atas kesudian Prof untuk hadir
merasmikan majlis pada hari ini, dijemput Tuan Guru
Besar untuk menyampaikan cenderahati kepada

PROF. MADYA Dr. PATMAWATI BINTI IBRAHIM

Dipersilakan.

10. Rehat Hadirin yang dihormati sekalian, FARHA


Majlis akan direhatkan selama setengah jam.

Dijemput Yang Berbahagia

5
PROF. MADYA Dr. PATMAWATI BINTI IBRAHIM

Diringi Tn Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Para


Jemputan Khas, bersama AJK PIBG untuk menikmati
juadah yang telah disediakan di bilik PIBK.

Dijemput juga para ibu bapa untuk menikmati juadah


yang telah disediakan di makmal sains.
Untuk makluman hadirin sekalian majlis akan
disambung semula pada tepat pada pukul 10.30 pagi.
Oleh yang demikian, diharap hadirin dapat mematuhi
masa yang telah ditetapkan. Sekian, Terima kasih.

11. Persembahan Hadirin Sekalian,


2
Seterusnya marilah kita sama-sama menonton
persembahanan kedua daripada murid- murid Tahun 5
SK Seri Belahan yang bertajuk ___________.

Majlis dengan ini mempersilakan. SITI FATIMAH

-persembahan-

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang


mempersonakan sebentar tadi.

12. Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian. FARHA


Sijil dan
hadiah II Majlis akan diteruskan lagi dengan Penyampaian Sijil
Khatam Al- Quran bagi murid- murid tahun 6
Sijil khatam Al-
DIjemput Yang Berusaha

EN MOHAMAD NAWI BIN ABAS


GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM

Untuk mengiringi Yang Berusaha

PN MAZLINA BINTI AB AZIZ


GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Untuk menyampaikan sijil tersebut, majlis dengan ini


mempersilakan.

Dijemput …….(buku program)

Seterusnya penyampaian hadiah bagi Anugerah

6
Kurikulum
- Anugerah dalam kelas (tahun 4, 5, 6)
- Pencapaian Akademik terbaik (tahun 4, 5, 6)

-penyampaian sijil dan hadiah-

Terima kasih kepada PN MAZLINA BINTI AB AZIZ


kerana menyampaikan sijil dan hadiah kepada murid
sebentar tadi.

13. Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian.


sijil PBD
Seterusnya adalah penyampaian Sijil PBD kepada
murid Tahap 1 dan Anugerah PBD Cemerlang.

Bagi menyampaikan sijil dan hadiah tersebut, saya


ingin menjemput Yang Berusaha

PN MAZLINA BINTI AB AZIZ

Bagi mengiringi Yang Berusaha


SITI FATIMAH
PN SITI FATIMAH BINTI HANAFI
GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada murid


tahap 1.

Majlis dengan ini mempersilakan.

-penyampaian sijil dan hadiah-

14. Persembahan Hadirin yang dihormati sekalian,


3
Mari kira berehat sebentar untuk menikmati
persembahan yang akan disampaikan oleh murid
tahun 6 yang bertajuk _________________________

Majlis dengan ini mempersilakan.


FARHA
-persembahan-

Terima kasih diucapkan kepada murid- murid tahun 6


atas persembahan itu tadi.

15. Penyampaian Hadirin sekalian. SITI FATIMAH


Sijil dan
hadiah III Majlis diteruskan lagi dengan Ketua, Penolong Ketua

7
Kelas, Pengawas dan Pengawas Perpustakaan,
Anugerah kehadiran Penuh, Anugerah Anjakan
Saujana, Anugerah Khas, dan Anugerah Kelas
Kondusif. Untuk itu.

Dijemput Yang Berusaha

PN SITI FATIMAH BINTI HANAFI

Bagi mengiringi Yang Berusaha

EN MOHAMMAD NOR BIN MISRAN

Untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada


penerima.

Majlis dengan ini mempersilakan.

-penyampaian sijil dan hadiah-

- Sijil Ketua & Penolong Ketua Kelas


- Sijil Pengawas dan Pengawas Perpustakaan.
- Anugerah Kehadiran Penuh
- Anugerah Anjakan Saujana
- Anugerah Khas( Imam Muda, Nilam, Pembaca
Terbanyak)
- Anugerah Kelas Kondusif

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas


penyampaian hadiah dan sijil sebentar tadi.

16. Persembahan Mekarnya mawar mata melihat FARHA


4 Bunga merimbun dipetik sakan,
Majlis Apresiasi mohon berehat.
Persembahan murid kita saksikan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Persembahan ini merupakan persembahan terakhir


daripada murid tahun 6 yang akan meninggalkan
sekolah.

Sekali lagi saya ingin menjemput murid- murid Tahun 6


untuk menyampaikan persembahan yang bertajuk
___________.

Majlis dengan ini mempersilakan.

-persembahan-

8
Terima kasih kepada murid- murid Tahun 6 yang telah
menyampaikan persembahan mereka sebentar tadi.

Semoga memperoleh kejayaan dalam peperiksaan


UPSR 2019 dan pada masa akan datang. insyaAllah.

17. Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian.


Sijil & Hadiah
IV Selepas ini merupakan anugerah yang terakhir pada
hari ini iaitu Anugerah Tokoh Murid.

Bagi menyampaikan anugera kepada murid yang


cemerlang ini, saya ingin menjemput Tuan Guru Besar

EN MOHAMMAD NOR BIN MISRAN

Untuk menyampaikan anugerah Tokoh Murid 2019

** baca biodata dan pencapaian murid.

Saya ingin menjemput dan mempersilakan Tokoh


Murid 2019 SITI FATIMAH

SYAFIAH BALQIS BINTI SYAMSUL NIZAM

Bersama- sama ibu bapanya ke pentas.

EN SYAMSUL NIZAM BIN ABD KHALID


dan
PN SARINA BINTI ARBAIN

Bagi menerima Anugerah Tokoh Murid 2019.

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar kerana


menyampaikan sijil dan hadiah kepada Tokoh Murid
sebentar tadi.

18. Nyanyian lagu Sidang hadirin sekalian, FARHA


Negaraku
Kita telah pun tiba dipenghujung majlis,
Bersurai
Bersyukur kini kami panjatkan
Majlis Apresiasi telah disempurnakan
Sekalung penghargaan kami hulurkan
Segulung tahniah kami ucapkan.

Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari


memohon maaf sekiranya tersilap kata atau tersalah

9
bicara sepanjang perjalanan majlis ini.

Burung terkukur terbang rendah


Terbang bersama si burung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Apresiasi SK Seri


Belahan 2019. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua tetamu yang sudi menghadiri majlis ini
dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua
penerima anugerah.

Sebelum mengakhiri majlis, marilah kita bersama-


sama menyanyikan lagu Negaraku. Semua hadirin
diminta bersedia.

-Nyanyian Lagu Negaraku-

Sekian, wabilla hi taufik wal hidayah, Assalamualaikum


wbt.
19. PENGUMUMAN:

KEPADA IBU BAPA YANG TELAH MENEMPAH


GAMBAR DI PHOTOBOOTH PIHAK SEKOLAH,
SITI FATIMAH
BOLEH PERGI KE MAKMAL KOMPUTER. GURU-
GURU JUGA DIMINTA UNTUK BERKUMPUL
UNTUK SESI FOTOGRAFI DI HADAPAN. TERIMA
KASIH.

10