Anda di halaman 1dari 5

1

TEKS UCAPAN
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA 2019

Bil Perkara Butiran Catatan


1. KETIBAHAN mengumumkan ketibaan,
VIP Lans Koperal Harris bin Abdullah
Pegawai Perhubungan Sekolah SK Seri Belahan

Hadirin boleh mengambil tempat.


2. Kata- kata
aluan Ke Pekan Kuala membeli bingka,
pengacara Sayang pesanan terlupa sudah;
majlis Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Yang Berbahagia,
Lans Koperal Harris bin Abdullah
Pegawai Perhubungan Sekolah SK Seri Belahan

Yang Berusaha,
En Mohamad Nor bin Misran
Guru Besar Sk Seri Belahan

Yang Dihormati,
Pn Siti Fatimah binti Hanafi,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati,
Tn Hj Abd Rahman bin Isnin
Guru Penolong Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati,
En Mohd Nawi bin Abas
Guru Penolong Kanan Ko kurikulum

Rakan-rakan guru, kakitangan sekolah serta murid-murid


yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana


dengan izin dan limpah rahmatNya dapat kita berkumpul di
dewan ini dalam melaksanakan Majlis Penyampaian
Watikah Pelantikan Pemimpin Muda 2019

3. Nyanyian Hadirin yang dihormati sekalian.


2

lagu
Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa
Johor dan lagu sekolah.

Semua hadirin diminta bersedia.

4. Bacaan Doa Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita


memanjatkan doa ke hadrat ilahi. Untuk itu majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan

al- Fadhil Ustaz Mohd Nasir bin Sujo

untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakannya.

(Bacaan Doa)

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih


kepada Ustaz Mohd Nasir di atas bacaan doa tadi,
semoga majlis kita akan lebih diberkati dan dirahmati Allah
s.w.t.
5. Ucapan Guru Hadirin yang dihormati,
Besar
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan
Yang berusaha EN. MOHAMMAD NOR BIN MISRAN
selaku Guru Besar SK Seri Belahan untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Tuan Guru besar atas ucapan alu-aluan sebentar
tadi.

6. Ucapan Pergi ke kota beli selasih,


Perasmi Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Untuk tidak melengahkan masa marilah sama-sama


kita mendengar ucapan perasmian daripada
3

Yang Dihormati
(perasmi)
LANS KOPERAL HARRIS BIN ABDULLAH
Pegawai Perhubungan Sekolah SK Seri Belahan

Majlis dengan penuh hormat dan takzim


mempersilakan.

***

Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah


majlis kita pada pagi ini. Majlis merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan atas kesudian yang berusaha

(Perasmi)
LANS KOPERAL HARRIS BIN ABDULLAH
menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.

7. Majlis Kini , tibalah pada waktu yg dinantikan iaitu majlis


Penyampaian penyampaian Pelantikan Pengawas Sekolah dan
Watikah pengawas pusat sumber sekolah, ketua dan penolong
Pelantikan kelas 2019

Bagi menyempurnakan acara , majlis dengan itu


menjemput yang berbahagia

LANS KOPERAL HARRIS BIN ABDULLAH

Dan diiringi
EN. MOHAMMAD NOR BIN MISRAN
Guru besar SK Seri Belahan

untuk menyampaikan watikah pelantikan tersebut .

Bagi menerima watikah pelantikan pengawas SK Seri


Belahan 2019, dijemput wakil ketua pengawas

Safiya Balqis binti Syamsul Nizam

Untuk menerima sijil pelantikan.

Seterusnya dijemput

Hanis Hamimie binti Haron


Sebagai ketua pengawas pusat sumber SK Seri
Belahan 2019 untuk menerima sijil pelantikan.

Dijemput wakil ketua kelas dan penolong ketua kelas,


dijemput
4

Aliah Adriana binti Mohd Nor

Untuk menerima sijil pelantikan sebagai ketua dan


penolong ketua kelas.

Majlis merakam kan jutaan ucapan terima kasih


kepada

LANS KOPERAL HARRIS BIN ABDULLAH

Kerana menyampaikan watikah pelantikan ini .

Maka dengan ini rasmi lah sudah pelantikan jawatan


pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua
dan penolong ketua kelas SK Seri Belahan
8 Bacaan Ikrar Majlis diteruskan dengan menjemput dan
mempersilakan

Safiya Balqis binti Syamsul Nizam

selaku wakil yang dilantik untuk mengetuai bacaan


ikrar.

Pengawas Pengawas Pusat Sumber, Ketua kelas dan


Penolong ketua kelas diminta bersedia.

9 Penyampaian Majlis merakamkan ucapan terima kasih


cenderahati
Dari daik pulang ke daik ,
Sehari berkebun pisang ,
Berbuat baik dibalas baik ,
Didalam hati dikenang orang ,

Manjadi adat melayu orang berbudi kita berbahasa .


Sebagai jasa serta ucapan terima kasih , Majlis
mempersilakan

Yang Berusaha
EN. MOHAMMAD NOR BIN MISRAN
Guru besar SK Seri Belahan

untuk menyampai kan cenderamata


sebagai tanda kenang kenangan kepada Yang
berbahagia

LANS KOPERAL HARRIS BIN ABDULLAH


Pegawai Perhubungan Sekolah SK Seri Belahan

10 Lagu Mangkuk jorong pinggan pun jorong,


5

negaraku Sejorong berisi buah jati,


Dua tiga kata terdorong,
Jangan dibawa masuk ke hati ,

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia

LANS KOPERAL HARRIS BIN ABDULLAH

Barisan pentadbir, guru-guru dan para pelajar


sekolah
kerana telah menjayakan Penyampaian Watikah
Pelantikan pada kali ini dengan jayanya.

Sebelum majlis bersurai


Hadirin sekalian diminta bersedia untuk menyanyikan
lagu Negaraku.

.Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah


wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

11 Sesi fotografi Diminta semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat


Sumber Sekolah, Ketua dan Penolong Kelas untuk
tunggu sebentar untuk sesi fotografi