Anda di halaman 1dari 1

NURUL QURATUL AIN PISMP BM SJKC SEM 3 JUMAAT, 4 SEPTEMBER 2020

TUTORIAL
Faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam
kalangan murid.

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran


bertutur dalam kalangan murid antaranya ialah faktor kecerdasan. Faktor
kecerdasan berkait rapat dengan kecerdasan dari segi fungsi otak yang
dihubungkan dengan kemampuan menghasilkan bahasa. Selain itu, faktor fizikal.
Pertuturan terhasil daripada proses yang berlaku pada organ-organ vokal manusia.
Jika organ-organ yang terlibat dalam proses pertuturan didapati rosak atau tidak lagi
berfungsi, maka seseorang kanak-kanak tidak akan dapat bertutur dengan baik dan
lancar. Seterusnya, faktor persekitaran juga turut mempengaruhi tahap penguasaan
kemahiran bertutur. Persekitaran dari segi taraf sosioekonomi serta perhubungan
antara keluarga boleh mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Di
samping itu, faktor jantina juga merupakan penyumbang utama kepada tahap
penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid. Kebanyakkan kajian
membuktikan bahawa kanak-kanak perempuan akan lebih awal bercakap
berbanding kanak-kanak lelaki. Hal ini adalah kerana perkembangan jasmani kanak-
kanak perempuan berkaitan dengan urat saraf yang mengawal pertuturan akan
berkembang terlebih dahulu berbanding kanak-kanak lelaki.