Anda di halaman 1dari 2

Syair Nasihat

Dengarkan kalian ibunda berperi,


Untuk anaknda wajah berseri,
Nasihat kebajikan ibunda beri,
Berkelakuan baik menjadi penyeri.

Tuntutlah ilmu seluas lautan,


Ilmu yang benar jangan yang bukan,
Semestinya ilmu perihal kebajikan,
Termaktub dalam Quran menjadi ikutan.

Disediakan oleh:
Nurul Quratul Ain binti Sabli
PISMP Bahasa Melayu (SJKC) Ambilan Jun 2019
Pantun Empat Kerat – Ilmu

Pergi Melaka menaiki beca,


Beca dibawa untuk tetamu,
Amalkan tabiat membaca,
Kerana membaca jambatan ilmu.

Pergi ke pekan bersama rakan,


Mengenakan pakaian cantik bertuah,
Jika ilmu tidak diamalkan,
Ibarat pohon tidak berbuah.

Pergi ke kedai bersama Pak Atan,


Untuk membeli buah salak,
Tuntutlah ilmu seluas lautan,
Jadi bekalan akhirat kelak.

Disediakan oleh:
Nurul Quratul Ain binti Sabli
PISMP Bahasa Melayu (SJKC) Ambilan Jun 2019