Anda di halaman 1dari 7

e-Bengkel Asas Dendangan Syair

Tarikh: 14 Julai 2020 (Selasa)


Waktu: 10 – 12 tengah hari
Medium: Google Meet

Pendahuluan

Bengkel Asas Dendangan Syair Atas Talian merupakan program yang


pertama kali diadakan ekoran berlakunya wabak pandemic COVID-19. Bermula
18 Mac 2020 lalu, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) yang pertama. Ekoran kejadian wabak ini, masyarakat di seluruh dunia
amnya, dan di Malaysia khususnya, telah mengambil initiatif mempergiat aktiviti
seharian mereka menerusi atas talian.

Pengisian bengkel

Bengkel ini akan berlangsung selama 2 jam. Pengisian bengkel


dapat dibahagikan kepada 3 bahagian:

i) Pengenalan ringkas mengenai puisi tradisional syair;

Syair merupakan puisi lama yang tinggi nilainya. Keindahan syair


dilihat kepada pemilihan bahasa yang digunakan sebagai bahasa klasik/lama.
Dalam syair, rima hujung adalah penting supaya keindahan syair terpelihara.
Menurut Roslan Madun, wujudnya rima seperti a-a-a-a berasaskan huruf akhir
beberapa surah di dalam al-Quran. Namun, ada juga ditemui rima akhir a-a-a-b
dan a-b-a-b seperti rima pantun, namun dalam konteks ini, ia jarang digunakan.
Tidak seperti pantun, syair tidak mempunyai pembayang maksud.
Setiap barisnya adalah maksud. Baris syair sebaik-baiknya terdiri daripada lebih
kurang sepuluh suku kata, iaitu empat atau lima perkataan. Syair bermula
dengan baris pertama memulakan cerita atau hal. Baris kedua menyambung
kisah baris pertama. Baris ketiga menyambung cerita baris kedua. Baris keempat
menyambung cerita baris ketiga dan sekaligus melengkapi isi cerita rangkap
rangkap syair. Syair bersifat wadah cerita atau naratif.

ii) Kategori dan bentuk syair;

Ada beberapa kategori syair yang diketahui, iaitu Syair Sejarah,


Syair Agama, Syair Panji, Syair Romantis dan sebagainya. Kategori dan sifat syair

1
akan diperkenalkan kepada pelajar secara ringkas. Menurut Md. Ali bin Bachik,
bentuk syair dibahagikan kepada tujuh bentuk iaitu:

Syair bentuk seragam (a-a-a-a)


Syair bentuk berselang atau bertingkah (a-b-a-b)
Syair bentuk terbalik atau bentuk songsang (a-b-b-a)
Syair bentuk berpasangan
Syair bentuk bercerai-cerai
Syair bentuk ringkas
Syair bentuk terkawal

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pertandingan dendang syair


sering diadakan sebagai salah satu cara melestarikan irama dan teks syair.
Beberapa teks syair yang digunakan dalam pertandingan dendangan syair di
Malaysia akan diberi perhatian dalam bengkel ini. Antaranya ialah “Syair Burung
Pungguk”, “Syair Nasihat”, “Syair Bidasari” dan “Syair Definisi Orang Berakal”.
Berikut saya sertakan teks-teks syair tersebut.

“Syair Burung Pungguk”

Pungguk bercinta pagi dan petang


Melihat bulan di pagar bintang
Terselap rindu dendam pun datang
Dari saujana pungguk menentang

Pungguk menentang dari saujana


Di dalam hati gundah gulana
Jikalau ditolong Tuhan yang gana
Makanya pungguk boleh ke sana

Di atas beraksa berapa lama


Gilakan cahaya bulan purnama
Jikalau bulan jatuh ke mana
Dimanakan pungguk dapat bersama

Bulan purnama cahayanya terang


Bintang seperti intan dikarang
Rawannya pungguk bukan sembarang
Berahikan bulan di tanah seberang

Gemerlapan cahaya bintang kartika


Beratur majelis bagai dijangka

2
Sekaliannya bintang terbit belaka
Pungguk melihat kalbunya duka

“Syair Nasihat”

Dengarkan tuan ayahanda berperi


Kepada anakanda muda bestari
Nasihat kebajikan ayahanda beri
Amalkan jangan malas dan nyeri

Ayuhai anakanda muda remaja


Jika anakanda menjadi raja
Hati yang betul hendak disahaja
Serta rajin pada bekerja

Kerja kebajikan janganlah malas


Zahir dan batin janganlah culas
Jernihkan hati hendaklah ikhlas
Seperti air di dalam gelas

Menuntut ilmu janganlah segan


Ilmu yang benar jangan yang bukan
Iaitu ilmu yang kebajikan
Di kitab ini sudah disebutkan

Hendaklah anakanda mengaji selalu


Dari yang lain lebihkan dulu
Had syarak jangan dilalu
Tidaklah anakanda beroleh malu

Segala perbuatan dengan berilmu


Maka kebajikan boleh bertemu
Jika sebarang-barang diramu
Akhirnya anakanda jatuh tersemu

“Syair Bidasari”

Dengarkan tuan suatu riwayat


Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat

3
Ada raja suatu negeri
Sultan halifah akas bestari
Asalnya baginda raja yang bahari
Melimpah ngadil dagang senteri

Hairan orang empunya temasya


Baginda itulah raja perkasa
Sangat tiada merasai susah
Entah pada esok dan lusa

Seri sultan raja bestari


Setelah ia sudah beristeri
Beberapa bulan beberapa hari
Hamillah puteri permaisuri

Beberapa lamanya dalam kerajaan


Baginda duduk bersuka-sukaan
Datanglah beroleh kedukaan
Baginda meninggalkan takhta kerajaan

Datanglah kepada suatu masa


Melayanglah unggas dari angkasa
Unggas gurda sangat perkasa
Menjadi negeri rosak binasa

“Syair Definisi Orang Berakal”

Orang berakal sangatlah mulia


Pakaian ambia dan aulia
Barang siapa mengikut dia
Itulah tanda orang bahagia

Kerana ia akalnya tajam


Menjadi kepala bela bermacam
Jikalau mata melihatkan kejam
Disebutlah jalannya ia tersunjam

Telek pandangan dengan makrifat


Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat
Tiada mengasihi orang yang jahat
Takut akhirnya menjadi fazihat

4
Sebagai lagi tanda berakal
Perintah syarak tidak menyangkal
Menjauhkan tamak hendak tawakal
Hibanya tahu dunia tak kekal

Jika ia dikasihi raja


Tiadalah ia melanja-lanja
Tiadalah menyombong pada bekerja
Dengan taulannya bersamaan sahaja

Apabila raja kasih sangat


Makin itu makin ia ingat
Segala taulannya hatinya dihambat
Merendahkan diri serta berkhidmat

iii) Irama-irama syair dan demonstrasi dendangan syair

Daripada penyelidikan En. Roslan Madun, terdapat pelbagai irama


syair yang ditemui di Alam Melayu (Malaysia, Indonesia dan Brunei). Namun di
Malaysia, terdapat beberapa irama syair yang sering digunapakai dalam
pertandingan dan persembahan di acara-acara kebudayaan. Antara irama syair
yang dimaksudkan ialah:

1. Irama Selendang Delima


2. Irama Tok Kenali
3. Irama Perantau
4. Irama Sarawak/Narasi
5. Irama Mayang
6. Irama Batu Belah
7. Irama Hiasan
8. Irama Perindu
9. Irama Dodoi
10. Irama Dandan Setia
11. Irama Siti Zubaidah

Namun, ada beberapa irama syair dari Indonesia dan Brunei yang
sudah mulai dikenali dalam kalangan pendukung syair di Malaysia:

12. Irama Rawi


13. Irama Beghondak
14. Irama Siti Zubaidah versi Pekanbaru

5
15. Irama Malalak
16. Irama Burung
17. Irama Kapal
18. Irama Perang
19. Irama Berunggai Lanjar (Brunei)

Dalam bahagian ketiga ini, penceramah akan melakukan


demonstrasi dendangan syair pilihan. Penceramah akan meminta pelajar ikut
serta mendendangkan syair. Beberapa kaedah dendangan syair akan
dikongsikan. Selain itu, diskusi berkaitan penilaian/kriteria dendangan syair
yang digunapakai dalam pertandingan dendangan syair akan dikongsikan
kepada peserta bengkel sebagai persediaan jika mereka menyertai pertandingan
dendangan syair di masa akan datang.

Penyertaan

Seramai lebih kurang 60 pelajar dan beberapa orang pensyarah


akan ikut serta dalam bengkel ini.

Penutup

Diharapkan agar bengkel seperti ini mendapat sokongan daripada


pelbagai pihak. Semoga melalui pendekatan ini, para peserta bengkel dapat
mengenali puisi tradisi syair secara santai mengikut keselesaan masing-masing.

Disediakan oleh,

Shafa’atussara Silahudin
Penyelidik PhD dari Leiden University, Belanda

Disemak oleh,

Dr. Rahmah Abdul Ghani


Pensyarah
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

6
Disahkan oleh: