Anda di halaman 1dari 1

Isnin ( ) 15/6/2020

Seni Ubah Wajah (buku aktiviti muka surat 45)

Pada hari Ahad yang lepas, Gauri telah 1) berkunjung ke rumah Mei Fung. Dia
ingin 2) meminta bantuan daripada Mei Fung untuk menyiapkan tugasan.
Tugasannya tentang seni budaya kaum Cina.

Mei Fung 3) bersetuju untuk membantu Gauri. Dia 4) memberikan idea


tentang sejenis persembahan tradisional Cina iaitu Seni Ubah Wajah atau Bian Lian.
Mereka 5) mencari maklumat tentang Seni Ubah Wajah ini dengan 6) melayari
internet.

Seni Ubah Wajah ini 7) diwarisi oleh masyarakat Cina sejak beratus tahun
dahulu. Penghibur Bian Lian mampu bertukar-tukar topeng dengan 8) pantas.
Pertukaran topeng diiringi dengan muzik yang dramatik dan 9) menghiburkan.

Topeng yang dipakai oleh penghibur Bian Lian sangat cantik. Topeng ini
berwarna 10) cerah. Topeng ini menunjukkan perasaan marah, sedih, gembira,
kecewa, terkejut dan sebagainya. Gauri berterima kasih kepada Mei Fung kerana
telah membantunya menyiapkan tugasan.

cerah diwarisi pantas menghiburkan berkunjung


meminta melayari bersetuju mencari memberikan
bantuan internet maklumat idea

Anda mungkin juga menyukai