Anda di halaman 1dari 15

Topik Asas Arus

1 Terus
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyenaraikan sifat-sifat pengalir dan penebat;
2. Mengenal pasti unit dan simbol kuantiti elektrik;
3. Mengenal pasti kod warna dan simbol perintang;
4. Mengenal pasti ciri-ciri litar siri, selari dan siri selari;
5. Menyatakan jumlah rintangan, arus, voltan dan kuasa dalam litar siri,
selari dan siri selari; dan
6. Mentakrifkan hukum Ohm.

PENGENALAN
Litar elektronik memerlukan voltan arus terus untuk berfungsi. Arus terus
merupakan arus yang mengalir dalam satu arah sahaja. Contoh bekalan arus
terus ialah sel kering. Sebuah sel kering dapat membekalkan voltan arus terus
sebanyak 1.5V. Sebuah litar asas arus terus, biasanya terdiri daripada bekalan
voltan arus terus, suis, pengalir dan beban. Beban pada litar asas arus terus boleh
terdiri dari perintang atau lampu. Rajah 1.1 menunjukkan sebuah litar asas arus
terus.

Rajah 1.1: Litar Asas Arus Terus


2 TOPIK 1 ASAS ARUS TERUS

1.1 SIFAT-SIFAT PENGALIR DAN PENEBAT


Pengalir adalah bahan yang boleh membenarkan pengaliran arus elektrik
melaluinya dengan mudah. Biasanya, pengalir terdiri daripada logam. Pengalir
yang baik biasanya mempunyai elektron valansi kurang daripada 4 elektronnya.
Contoh bahan pengalir adalah seperti di Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Contoh Elemen Pengalir

Kumpulan Elemen Simbol Bilangan Atom Elektron valansi


Pengalir Emas Au 79 +1
Perak Ag 47 +1
Kuprum Cu 29 +1
Besi Fe 26 +2
Aluminium Al 13 +3

Sumber: Basic Electronicsi, (1987)

Daripada Jadual 1.1, jelas menunjukkan bahawa pengalir yang baik seperti emas,
perak dan kupram mempunyai elektron valansi +1 . Oleh itu, elektron valansi ini
mudah digerakkan dari satu atom ke atom yang lain. Oleh yang demikian,
pengalir mempunyai rintangan yang amat rendah dan kealiran yang sangat baik.
Rajah 1.2 menunjukkan struktur atom kuprum.

Rajah 1.2: Struktur atom kuprum


TOPIK 1 ASAS ARUS TERUS ! 3

Penebat ialah bahan yang menghalang pengaliran arus elektrik melaluinya.


Penebat boleh dikelaskan sebagai unsur bukan logam. Biasanya penebat
mempunyai 8 elektron valansi. Ini menyebabkan atom tersebut stabil dan
elektronnya susah digerakkan dari orbit valansi. Keadaan ini menyebabkan
penebat mempunyai rintangan yang sangat tinggi dan ini menyebabkan tiada
arus elektrik dapat mengalir melaluinya. Penebat diguna sebagai pelindung
pengalir. Ini boleh mengelakkan pengalir daripada memintas sesama sendiri.
Contoh penebat ialah kaca, mika, getah, seramik, plastik dan kayu.

AKTIVITI 1.1
1. Berapakah elektron valansi bagi pengalir?
2. Mengapa penebat digunakan sebagai pelindung pengalir?
Bincangkan.

1.2 KUANTITI ELEKTRIK


Kuantiti yang diukur dalam elektrik ialah cas, kuasa, arus, voltan dan rintangan.

1.2.1 Arus
Arus elektrik ialah pergerakan elektron bebas di antara atom-atom. Unit
pengukuran arus elektrik ialah ampere (A). Satu ampere bersamaan satu
coulomb cas elektrik yang bergerak melalui satu titik dalam satu saat. Di sini,
satu coulomb(Q) cas bersamaan dengan 6.25 ! 1018 elektron.
Formula untuk menentukan cas ialah

Q
I=
t
Di sini, I adalah mengaliran arus, Q ialah cas elektrik dan t ialah masa dalam
saat.

Simbol arus ialah I dan unitnya adalah ampere (A).

Contoh:
Kira jumlah cas apabila arus elektrik 2A mengalir dalam masa 5 saat.

Q=It
= 2A ! 5s
= 10 coulomb
4 TOPIK 1 ASAS ARUS TERUS

AKTIVITI 1.2
Berapakah nilai arus yang akan dihasilkan jika cas sebanyak 20
coulomb mengalir melalui satu titik dalam masa 5 saat?

1.2.2 Voltan
Voltan ialah tenaga keupayaan yang membolehkan arus mengalir dalam litar.
Tenaga keupayaan ini dipanggil daya gerak elektrik. Daya gerak elektrik
memberi tekanan berbentuk medan elektrik hingga menyebabkan arus mengalir
melalui beban dalam litar. Arus akan mengalir dari titik tekanan tinggi ke titik
tekanan rendah.

Daya gerak elektrik dan beza upaya diukur dalam unit volt. Simbolnya adalah V.

1.2.3 Rintangan
Rintangan merupakan kuantiti yang menghadkan pengaliran arus elektrik dalam
sesuatu litar. Jumlah pengaliran arus dalam litar adalah bergantung kepada nilai
rintang yang terdapat pada litar tersebut. Rintangan yang rendah dalam litar
membolehkan pengaliran arus yang tinggi manakala rintangan tinggi
membenarkan pengaliran arus yang rendah.

Kita juga harus ingat bahawa pengalir yang panjang akan menghasilkan
rintangan yang lebih daripada pengalir yang pendek.

Unit bagi rintangan ialah ohm ( ). Simbolnya ialah R.

1.3 LITAR ASAS ELEKTRIK


Subtopik ini menjelaskan litar asas elektrik yang menyentuh hukum ohm, litar
siri, litar selari dan litar siri-selari.

1.3.1 Hukum Ohm


Hukum diperkenalkan oleh George Simon Ohm. Beliau merupakan seorang ahli
fizik Jerman. Dengan menggunakan hukum ohm kita boleh menentukan nilai
arus, voltan, rintang dan kuasa dalam sesuatu litar arus terus.
TOPIK 1 ASAS ARUS TERUS ! 5

Takrif Hukum Ohm

Hukum Ohm menyatakan bahawa arus (I) yang mengalir melalui beban
dalam litar adalah berkadar terus dengan voltan (V) manakala berkadar
songsang dengan rintang (R) beban.

Hukum Ohm dirumuskan sebagai V = I ! R.


I Arus yang mengalir dalam litar
V Voltan dalam litar
R Rintangan dalam litar

Untuk memudahkan menghafal formula Hukum Ohm, kaedah berikut boleh


digunakan. Untuk menentukan nilai voltan (V) tutup pada huruf V. Maka
V = I!R .

I R

Contoh:
Kira jumlah voltan yang susut pada perintang 100 ; apabila arus yang mengalir
melalui perintang ialah 2 A.

Penyelesaian:
V=I ! R
= 2 A ! 100 "
= 200 V
V
Untuk menentukan arus (I) tutup pada huruf I. Maka I =
R

I R
6 TOPIK 1 ASAS ARUS TERUS

Contoh:
Kira nilai arus yang mengalir melalui perintang 20; jika voltan yang susut pada
perintang tersebut adalah 10 V.

Penyelesaian:
V
I=
R
10V 1
= = A
20 2
V
Untuk menentukan nilai rintangan (R) tutup pada huruf I. Maka R =
I

I R

Contoh:
Jika punca bekalan adalah 12 V, arus yang mengalir melalui perintang ialah 2 A.
Berapakah nilai rintangan tersebut?

Penyelesaian:
V
R#
I
12V
# # 6"
2A

1.3.2 Litar Siri


Litar siri ialah keadaan beberapa perintang disambung secara sederet antara satu
sama lain. Ini menyebabkan arus yang mengalir dalam litar tersebut adalah sama
pada setiap titik. Oleh itu, jumlah voltan yang susut adalah bersamaan:
Vj = V1 + V2 ....... + Vn

Contoh litar siri adalah seperti di Rajah 1.3.


TOPIK 1 ASAS ARUS TERUS ! 7

Rajah 1.3: Litar siri

Contoh:
Rajah 1.3 menunjukkan sebuah litar perintang disambung sesiri. Hitungkan nilai:
(a) Jumlah rintangan;
(b) Arus yang mengalir dalam litar; dan
(c) Voltan susut merentas R1 dan R2.

Penyelesaian:

Diberi: R1 = 30 " R 2 = 70 " VS = 20 V


(i) Jumlah rintangan bersamaan:
RJ # R1 $ R2
# 30" $ 70"
# 100"

(ii) Arus yang mengalir dalam litar:


V
I#
R
20V
# # 0.2 A
100"
(iii) Voltan susut di R1 Voltan yang susut di R2
VR1 = I ! R1 VR2 = I ! R2
= 0.2 A ! 30 ! = 0.2 A ! 70 !
= 6V = 14 V
8 TOPIK 1 ASAS ARUS TERUS

AKTIVITI 1.3
1. Lukiskan sebuah litar siri yang mengandungi 3 buah perintang.
Di mana R1 = 100, R2 = 120, dan R3 = 220. VS = 20V.
2. Kira nilai arus dalam litar, jumlah rintangan dan voltan yang
susut pada setiap perintang.

Pembahagi Voltan
Litar sesiri boleh digunakan sebagai pembahagi voltan dalam litar elektronik.

Rajah 1.4: Susutan voltan di litar pembahagi voltan

Merujuk kepada Rajah 1.4, VR1 boleh ditentukan melalui terbitan berikut:
VR1 = I ! R1 (i)

di mana
VS
I= (ii)
RJ

gantikan persamaan (ii) ke dalam persamaan (i).


VS
VR1 = × R1 (iii)
RJ
R J = R1 + R 2 (iv)

gantikan RJ = R1 + R2 ke dalam persamaan (iii), maka VR1 adalah,


TOPIK 1 ASAS ARUS TERUS ! 9

Contoh:
% R1 &
VR1 = ' ( × VS
) R1 + R 2 *

Rajah 1.5: Litar pembahagi voltan

Merujuk kepada Rajah 1.5, hitungkan voltan yang susut merentas R1 jika VS
bersamaan dengan 15 V.

Penyelesaian:
% R1 &
VR1 = ' ( × VS
) R1 + R 2 *
% 2K &
=' ( ×15V
) 2K +10K *
= 2.5V
10 TOPIK 1 ASAS ARUS TERUS

1.3.3 Litar Selari


Litar selari ialah beberapa perintang disambungkan merentasi punca bekalan.
Dalam sambungan litar selari, nilai voltan susut merentasi perintang adalah
sama bagi setiap perintang. Oleh itu, jumlah arus dalam litar bersamaan:
I j = I1 + I 2 .......I n

Contoh litar selari adalah seperti di Rajah 1.6.

Rajah 1.6: Litar selari


Contoh:
Rajah 1.6 merupakan sebuah litar perintang yang disambungkan secara selari.
Kira:
(a) Jumlah rintangan;
(b) Jumlah arus; dan
(c) Arus pada setiap cabang.

Penyelesaian:

Diberi VS = 10 V, R1 = 3", R 2 = 6"

(i) Jumlah rintangan bersamaan:

1 1 1
= +
R J R1 R 2
1 1
= +
3 6
1 3
= "
RJ 6
TOPIK 1 ASAS ARUS TERUS ! 11

Oleh itu, jumlah rintangan (RJ) adalah:


RJ = 2

(ii) Jumlah arus bersamaan:


VS
IJ =
R1
10V
=
2
= 5A

(iii) Arus pada setiap cabang pertama:


VS
I R1 =
R1
10V
=
3
= 3.33A

(iv) Arus pada setiap cabang kedua:


VS
I R2 =
R2
10V
=
6
= 1.66A

AKTIVITI 1.4

1. Lukis sebuah litar selari yang mengandungi 3 buah perintang, di


mana R1 = 100 !, R2 = 120 !, dan R3 = 220 !. VS = 20V.
2. Kira nilai arus dalam litar, jumlah rintangan dan arus yang
mengalir pada setiap cabang perintang.

1.3.4 Litar Siri-Selari


Litar sambungan siri-selari merupakan gabungan daripda litar siri dan selari.
Sebelum kita mengira nilai arus, voltan dan rintangan dalam litar, kita perlu
memahami konsep dan ciri-ciri litar perintang siri dan selari.
12 TOPIK 1 ASAS ARUS TERUS

Rajah 1.7: Litar siri-selari

Merujuk kepada Rajah 1.7, R2 dan R3 adalah bersambung secara selari manakala
R1 bersambung sesiri dengan perintang R2 dan R3.

Arus IJ akan mengalir melalui R1 dan akan berbahagi dititik A menghasilkan I1


dan I2.

Bagi menentukan arus I1 adalah bersamaan dengan:


VAB
(i) I R2 =
R2

(ii) Di mana VAB = I J ! R AB

Gantikan persamaan (ii) ke dalam persamaan (i).

Maka IR2 bersamaan:


I J × R AB
I R2 =
R2
% R 2 + R3 &
' (
' (
I R2 = ' R 2 + R 3 ( IJ
' (
' (
'R (
) 2 *

Contoh:
Merujuk kepada Rajah 1.7. Jika VS = 30V. R1 = 24 !, R2 = 40 !, R3 = 60 !. Kira:
(a) Jumlah rintangan dalam litar.
(b) Jumlah arus IJ dalam litar
(c) Voltan pada titik AB
TOPIK 1 ASAS ARUS TERUS ! 13

(d) Arus pada I1 dan I2.

Penyelesaian:

(i) Kira nilai rintangan titik AB.

Maka,
R2 R3
RAB #
R2 $ R3
40" ! 60"
RAB #
40" $ 60"
RAB # 24"

Oleh itu, RJ bersamaan,


R J = R1 + R AB
= 24" + 24"
= 48"

(ii) Jumlah arus dalam litar.


VS
IJ =
RJ
30V
=
40!
= 0.625A

(iii) Voltan merentas titik AB


VAB = I J ! R AB
= 0.625 A ! 24"
= 15V

(iv) + Arus I1
VAB
I1 =
R2
15V
= = 0.375A
40!
14 TOPIK 1 ASAS ARUS TERUS

+ Arus I2
VAB
I2 =
15V
R3
= = 0.25A
60!

AKTIVITI 1.5

Berpandukan Rajah 1.6, jika IJ = 2 A, R1 = 18", R2 = 60", R3 = 90".

Kira:
(a) Jumlah rintangan dalam litar.
(b) Jumlah voltan VS.
(c) Arus I1 dan I2.

Pengalir yang baik mempunyai kurang daripada 3 elektron valansi di orbit


valansinya.

Penebat mempunyai rintangan yang tinggi.

Hukum Ohm mengatakan bahawa arus adalah berkadar terus dengan nilai
voltan tetapi berkadar songsang dengan rintangan.

Arus dalam litar sesiri adalah sama pada setiap titik.

Susutan voltan litar sesiri adalah VJ = V1 + V2 + ............+ Vn.

Arus dalam litar selari bersamaan IJ = I1 + I2 + ..........+ In.

Ampere Ohm (")


Elektron valansi Voltan
TOPIK 1 ASAS ARUS TERUS ! 15

Abd. Samad Hj Hanif & Mohd Nazi Hj Mustafa. (1989). Teknologi elektrik. Kuala
Lumpur: Pustaka Sistem Pelajar Sdn. Bhd.
Bab 3: Pengalir dan Penebat.
Bab 4: Litar-Litar Dan Kuantiti Elektrik.

Grob, B. (1987). Basic Electronics. Singapore: McGraw-Hill Book Company.


Bab 2: OhmÊs Law.
Bab 3: Series Circuits.
Bab 4: Parallel Circuits.
Bab 5: Series-Parallel Circuits.