Anda di halaman 1dari 5

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas/2016

TEKS PENGACARA MAJLIS


MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN
PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, PENGAWAS MAKMAL
KOMPUTER DAN KETUA-KETUA DARJAH

TAHUN 2016

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En. Hammed bin Basheer


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah diiringi oleh Guru Besar SK
Durian Daun K ke tapak perhimpunan.

Majlis dimulakan dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Melaka
Maju Jaya, Lagu Melaka Maju Negeriku Sayang dan lagu Sekolah yang akan
dipimpin oleh Pn. Zailipah bt Zaimarol.

Mohon dengan segala hormatnya Yang Berbahagia,para pentadbir dan juga barisan
guru-guru untuk berdiri bagi turut sama menyanyikan lagu-lagu tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Zailipah di atas pimpinan lagu-lagu tersebut.

Yang Berbahagia, para pentadbir dan barisan guru-guru dipersilakan duduk.

Kicau beburung terbang berkawan,


Merentas buana terbang nan bebas,
Selamat datang kami ucapkan,
Ke Majlis Watikah Pelantikan Pengawas SK Durian Daun K, 2016.

Bismillahirrahmannirrahim...

Yang Berbahagia,
Encik Hammed b Basheer,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah,

Yang Berusaha
Pn. Maimunah bt Sam

1
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas/2016
Guru Besar SK Durian Daun K
Yang Dihormati
Pn. Hasmah bt Md Jadi
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

En. Hazri b Ayob


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan guru – guru, pengawas – pengawas sekolah, pengawas pusat sumber,


pengawas ict,dan murid – murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbkt...Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar


Teknologi Hijau, Melaka Maju Fasa 11 dan salam 1Malaysia.

Syukur alhamdulillah atas segala limpah dan kurniaNya jua dapat kita berkumpul
bersama-sama pada pagi yang mulia ini di dalam Majlis Penyampaian Watikah
Pelantikan Pengawas – pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas ICT,
Ketua-ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah bagi tahun 2016 ini.

Pantun Melayu penuh beradat,


Sopan santun sebalik kalimat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat rahmat.

Bagi memula dan memuliakan majlis pada pagi ini, marilah kita bersama – sama
menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar majlis kitaa mendapat rahmat.
Untuk itu, majlis menjemput al-fadil Ustaz Abdul Muiz bin Mohd Noor untuk
mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

Amin..amin..amin..ya rabbalalamin.

Terima kasih diucapkan kepada al-Fadil Ustaz Muiz atas bacaan doa itu tadi.

2
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas/2016

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,


Tak berguna, jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis kita, jika tiada yang berbicara.

Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar SK Durian
Daun K. Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn. Maiamunah bt Sam
untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Maimunah atas ucapan yang
disampaikan itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Bertonggak adat “yang datang disambut, yang pergi diiringi”, maka majlis dengan
penuh takzim memepersilakan Yang Berbahagia En. Hameed Bin Basheer, Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas-pengawas
Sekolah, Penngawas Pusat Sumber, Pengawas ICT, Ketua-ketua darjah dan penolong
ketua darjah tahun 2016. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En.
Hameed bin Basheer atas ucapan perasmian Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan
Pengawas-pengawas Sekolah, Penngawas Pusat Sumber, Pengawas ICT, Ketua-
ketua darjah dan penolong ketua darjah tahun 2016 sebentar tadi.

Indah pekerti santun bahasa,


Adat Melayu tak hilang di dunia,
Pemimpin berwibawa pembela bangsa,
Mencorak tamadun di mata dunia.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas-pengawas


Sekolah, Penngawas Pusat Sumber, Pengawas ICT, Ketua-ketua darjah dan penolong

3
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas/2016
ketua darjah. Dengan itu majlis sukacitanya menjemput Yang Berbahagia En.
Hameed bin Basheer diiringi oleh Pn. Maimunah bt Sam untuk menyempurnakan
mjalis, dipersilakan.

Penyampaian watikah dimulakan dengan barisan Pengawas Sekolah. Dijemput...


(Rujuk lampiran)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En. Hameed bin Basheer atas
kesudian beliau menyampaikan watikah pelantikan itu tadi.

Majlis diteruskaan lagi, dengan bacaan ikrar yang akan dibacakan oleh Ketua

Pengawas Sekolah adik Mohammad Tareq Rafie Bin Abd Malek. Majlis

mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik Mohammad Tareq Rafie atas bacaan ikrar
itu tadi. Semoga lafaz ikrar yang dibacakan tadi, barisan pengawas, ketua –
ketua darjah dan penolong ketua darjah dapat menjalankan amanah dan
tanggungjawab yang diberikan dengan jujur dan telus.

Hadirin sekalian,

Orang berbudi kita berbahasa,


Orang memberi kita merasa.

Sebagai tanda penghargaan dan ucapaan terima kasih yang tidak terhingga daripada
pihak sekolah kerana sudi hadir bagi merasmikan majlis kami, majlis menjemput Pn.
Maimunah bt Sam diiringi oleh Pn. Hasmah bt Md jadi untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang Berbahagia En. Hameed bin Basheer.
Dipersilakan Yang Berbahagia En. Hameed untuk menerima cenderamata daripada
pihak sekolah.

4
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas/2016
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Maimunah atas penyampaikan cenderamata itu
tadi.
Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah jua Majlis
Watikah Pelantikan Pengawas-pengawas Sekolah, Penngawas Pusat Sumber,
Pengawas ICT, Ketua-ketua darjah dan penolong ketua darjah bagi tahun 2016.
Sebarang kekurangan harap dimaafi, segala kerjasama setuinggi – tinggi ucapan
terima kasih.

Tirai majlis ditutup dengan lafaz wabilahitaufik....

Dijemput Pn. Maimunah dan barisan pentadbir mengiringi Yang Berbahagia En.
Hameed bin Basheer untuk menikmati jamuan di kantin. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai